“Liya,
kenapa yang termenung sorang-sorang dekat luar ni?”ujar Fareyz lalu duduk
bersebelahan denganku.
“Saja,
ambik udara segar kejap.”
“Bohonglah
tu! Ada masalah erk? Cakap la, Fareyz boleh dengar.”pujuk Fareyz. Aliya hanya
mampu melemparkan senyuman yang manis pada Fareyz yang dianggap seperti
abangnya sendiri.
“Citer
la.. buat penat aje Fareyz datang. Lain kali, Liya jangan telefon Fareyz dah! Kalau
tak nak cakap dengan Fareyz.”ujar Fareyz merajuk.
Fareyz
kemudian mengangkat punggungnya dari buaian untuk pergi. Namun, langkah kakinya
terhenti sebaik sahaja Aliya memegang tangannya. Fareyz mula tersenyum sinis.
Fareyz tahu, Liya mesti nak ceritakan sesuatu padanya, desis hati Fareyz.
“Fareyz,
duduklah balik. Teman Liya! Sampai hati Fareyz nak tinggalkan Liya
sorang-sorang dekat sini.”ujar Aliya, sedih.
Aik!
Aku merajuk ke? Dia yang merajuk ni? Liya! Liya! Comel la Fareyz tengok muka
Liya sedih macam tu! Hehehe.. Fareyz mula tersenyum gembira.
“Alaa..
Fareyz main-main aje. Okey. Liya citer dekat Fareyz! Apa and kenapa Liya bad
mood malam ni?”ujar Fareyz lalu duduk kembali di sisi Aliya.
“Liya
ada sukakan seseorang ni! Tapi Liya tak tahu samada dia suka Liya ataupun tak!
Dari cara dia, dia sukakan Fiqa iaitu kawan Liya, bukannya Liya!”cerita Aliya.
“Ciss!!
Siapalah yang berani tolak cinta buah hati pengarang jantung Fareyz ni! Memang
nak kena dia tu! Siaplah, kalau Fareyz dapat dia. Memang Fareyz tambahkan ‘cun’sikit
dekat muka dia tu.”ujar Fareyz, sambil mengepal kedua-dua belah penumbuknya.
“Fareyz
ni! Orang serius. Dia main-main pula.”
“Siapa
main-main! Tak nampak orang tengah serius ni?”Fareyz membeliakkan biji matanya.
Aliya
mula ketawa seronok. Fareyz tersenyum bahagia. Haa.. senyum macam tu kan
cantik? Fareyz suka tengok Liya senyum. Suka? Oh! No! Fareyz, kau jangn buat
gila! Aliya tu adik angkat engkau and kau just abang angkat dia! Argh..
serabut! Bisik hati Fareyz sambil asyik merenung Aliya yang tidak henti ketawa
dengan jenakanya. Aliya melupakan perkara itu sementara kerana asyik melayan
kerenah abang angkatnya itu, Fareyz.
XXX
“Night
Party? Bila?”soal Aliya, terpinga-pinga.
“Esok
malam! Kau ni tak tahu ke? Dia orang semua punya pakat kecoh pasal dress,
make-up and everything. Engkau boleh tak tahu?!?”balas Yana, sambil mencekak
pinggangnya. Aliya mula tersengih malu. Tu la engkau Liya, fikirkan sangat
pasal Syahriel tu! Perkembangan lain pun kau tak tahu! Buat malu diri sendiri
sahaja, desis hati Aliya.
“Hey!
Kau ni. Aku punyalah membebel panjang.. kau boleh senyap aje?!?”ujar Yana,
sambil menggeleng kepalanya. “Ehh, sorry.. sorry! Kau cakap apa tadi?”soal
Aliya.
“Dahlah!
Petang ni aku and Fiqa nak keluar pergi shopping cari dress untuk esok. Engkau
nak ikut tak? Pukul 3.30 nanti, aku pergi ambik engkau.”ujar Yana, sambil
membetulkan rambutnya yang panjang dan lurus itu.
“One
more thing, nanti sampai rumah kau. Aku nak kau drive pula! Okay, bye. See you
4 hours from now babe.”ujar Yana lagi.
Aliya
mengeluh. Aku nak pergi ke tak erk? Aku mana ada partner? Fiqa confirm pergi
dengan lelaki kesayangan dia Nadzmi. Si Yana tu, mestilah dengan Raqeem. Boyfriendlah
katakan. Macam nilah kawan. Last kali tinggal aku sorang. Argh!!
XXX
Pon!!
Pon!!
“Liya!
Yana dengan Fiqa dah sampai tu!”ujar mama dari tingkat bawah.
“Kejap,
ma!”sahut Liya. Aliya kemudian mengemas pakaiannya yang berselerak akibat
mencuba semua pakaian. Aliya akhirnya memilih blaus berwarna biru dengan seluar
jeans. Rambutnya hanya dibiarkan lepas. Nampak cantik dan simple! Nice! Desis hati
Aliya, yang sempat memandang ke arah cermin soleknya.
Setelah
siap mencalitkan lips gloss dibibir, Aliya kemudian mengorak langkah menuruni
anak tangga.
“Eh,
Fareyz pun ada?”kejut Aliya.
“Haruslah.
Aliya ingat Fareyz senang-senang hati sahaja nak biarkan Liya keluar dengan
kawan-kawan Liya tu sahaja. Tanpa Fareyz! No way, okay!”ujar Fareyz.
“Hey
darling!! Yang engkau lama sangat tu apasal? Kalau lambat lagi dari ni, aku
rasa Si Fareyz ni boleh berjanggut kut.”ujar Yana, sambil menahan gelaknya. Rumah
banglo mewah itu kemudian dipenuhi dengan gelak tawa mereka.
“Dahlah!
Jom kita pergi sekarang. Dahlah banyak benda nak shopping. Confirm lama
bangat..! Siut!!”ujar Aliya setelah penat ketawa. Dengan sisa tawa yang
tinggal, mereka pun beriringan ke kereta Yana yang terletak elok di hadapan
pintu rumah.
“Bak
sini kunci! Biar Fareyz bawa korang just duduk sahaja.Cepatlah Yana. Aku nak
jadi driver korang ni.”ujar Fareyz. Yana kemudian membaling kunci keretanya
kepada Fareyz. Mujur Fareyz ni cepat orangnya. Kalau tak dah lama kunci masuk
dalam longkang. Aliya kemudian duduk bersebelahan dengan Fareyz. Yana, Fiqa dan
Nadzmi duduk di bahagian belakang. Mereka akhirnya bertolak ke pusat membeli
belah.
“Okay!
Let’s go guys!!”jerti Fareyz.
“Yeah!!
Let’s go!! Go!! Horray! Yahoo!!”diikuti dengan yang lain.
To Be Continued
♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Click Here Part 4