Assalamualaikum semua,
Hari ni Eyka nak share dengan korang satu prinsip yang selama ni Eyka pegang. Prinsip ni actually pasal CINTA dan prinsip ini boleh dikatakan lebih kepada untuk para wanita seperti saya!! Hik8!!
Mmm, agak-agak kalau korang ada crush dekat someone tu? Adakah korang akan biarkannya atau luahkannya? Okay, maybe tak ramai perempuan dekat luar sana yang berani nak luahkan perasaan mereka pada seseorang lelaki itu? Bagi mereka mungkin lelaki yang patut mulakannya dahulu. Tapi Eyka rasa tak salah kalau kadang-kadang perempuan nak mulakannya dahulu? Asalkan engkau janganlah sampai nak menyantau orang.. [Oppss!! Jangan makan hati] [Sekadar nasihat maa] Kadang-kadang bila kita dah luahkan dekat someone special tu.. Mungkin perasaan tu boleh berubah kepada..
a) mungkinkah aku just anggap dia kawan? b) Dudapdudap (hatiku berasa aneh) c) dia sekadar insan biasa
Lihat?? CRUSH !! First Love !! Last Love !! 3 benda ni berbeza sama sekali..
Crush ni bermaksud kita kemungkinan sukakan orang tu tapi mungkin hanya untuk sementara waktu. Yrwlah, suka-suka sahaja orang kata. Bila lama-lama bosanlah.
First Love ni bermaksud cinta pertama. Cinta pertama ni kadang-kadang cinta yang paling susah nak dilupakan. Kenapa? sebab 1st love ni lah fasa pertama untuk kita baru mengenali apa itu ertinya Cinta? dan fasa inilah kita banyak menderita. So, rasa-rasanya sampai mati pun kita akan still ingat cinta pertama ni sebab tanpa fasa 1st love ni kita mungkin takkan menjadi setabah yang sekarang kerana 1st love mengajar kita untuk sentiasa tidak mudah percayakan ayat-ayat manis manusia. Hak8!!
Last Love ni bermaksud cinta terakhir. Well, of course sehidup semati? Kahwin? Bahagia. Selalunya Last Love ni memang orang yang cinta mati sungguhlah. Kalau boleh takyah nak couple2 ni. Terus kahwin. Hah!! kan bagus tu. Tak adalah nak buat maksiat. [Inilah yang paling Eyka harapkan someday]
Okay, ada faham? Ini just pemahaman Eyka jew kalau korang Eyka tak tahulah. Setiap orang mungkin paham lain.
Oh yrw satu lagi, Eyka kalau dah ada crush dekat someone tu.. Eyka terus beritahu dia.
"WHAT?!?" "Engkau tak takut patah hati ke Miss Eyka??"
Gila!! tak takut patah hati.. Mmg dah selalu Eyka rasa perasaan kena reject tu.. Hak8! tapi bila kita luahkan perasaan kita pada seseorang itu kita akan rasa ringan jew hati ni.
Sebab pertama: Rupa-rupanya Eyka baru tahu yang Eyka just anggap orang tu kawan shaja.
Sebab kedua: Orang kata baik lauhkan kalau tak menyesal nanti
Sebab ketiga: JANJI dia dah tahu
Eyka actually dah banyak crush dengan orang [takkan beruang kowd] Tapi cuma seorang sahaja yang Eyka rasa dialah insan yang tak boleh Eyka lupakan. Kitaorang pernah bercinta but putus ditengah jalan. Sampai sekarang kami still berkawan. Entah kenapa dia seorang sahaja ex yang Eyka still boleh kawan and jumpa. Yang lain lantak engkaulah.
Maybe dia bukan kategori CRUSH.. Tapi kategori First Love..
Hmm, setiap orang ada fahaman yang berbeza. Tak salah juga kalau kadang-kadang kita just berdiam diri dan just jadi kawan. Cinta itu kadang-kadang perlukan pengorbanan. Tapi sekurang-kurangnya kita usahalah dulu. Mana nak tahu dapat.
Ingat manusia hanya mampu berusaha dan berdoa. Selebihnya biarlah kita serahkannya pada Ilahi.
Perjalanan sebuah 'NUR'
-
Walaupun novel ni belum keluar dari kilang cetak, saya tergerak hati nak
bercerita pengalaman saya mengolah drama Nur menjadi novel. Sebab saya tahu
ad...