“Liya..”
Aku
menoleh ke kiri. Ternyata Syahriel. Kenapa dia panggil aku pula ni? Dahlah
tengah sakit hati dengan dia! Sabar Liya! Sabar! Kau anggap dia ‘crush’aje kan.
Bukan pasangan hidup, desis hati Aliya.
“Ada
nampak Fiqa tak?”
“Adak
at kelas kut. Kenapa? Awak nak dia buat apa-apa ke?”ujar Aliya.
“Emm,
boleh tak awak suruh Fiqa tunggu saya balik nanti dekat pintu pagar
belakang?”soal Syahriel perlahan.
“Ermm,
okay! Nanti saya cakap dekat Fiqa.”balas Aliya, hampa. Aliya berjalan menuju ke
kelas semula. Aliya.. engkau sendiri nampakkan. Dia langsung tak pandang
engkau! Desis hati Aliya lagi. Tanpa sedar setitis air mata mengalir jatuh ke
pipi.
XXX
“Fiqa,
Syahriel nak jumpa kau nanti dekat belakang tau.”ujar Aliya tersenyum.
“Kenapa?
Aku dah janji nak balik dengan Nadzmi la. Kau tak tanya dia kenapa?”ngomel Fiqa,
malas.
“Alaaa,
pleaselah!! Kau jumpa aje dia. Okay!!”pinta Aliya.
Fiqa
mengeluh “Emm, tengoklah dulu. Kalau aku jumpa dia pun sebab engkau okay.”
XXX
Syahriel
mundar-mandir di bawah pokok besar belakang sekolah. Ishh, perempuan semua
memang lambat bila ada janji temu! Syahriel, kau kena tunggu juga. Kaukan nak
luahkan perasaan engkau dekat dia! Mana boleh marah-marah, pujuk hati Syahriel.
“Hoi,
apa benda awak nak cakap dengan saya?”tegur Fiqa.
“Fiqa..
saya nak.. Nadzmi?”kata-kata Syahriel menjadi kelu sebaik sahaja terlihat
kelibat Nadzmi dari arah belakang. Apa mamat ni buat dekat sini? Menyibuk
sahaja. Syahriel hanya mampu tersenyum kelat memandang ke arah Nadzmi.
“Awak
nak apa? Cepatlah sikit! Saya nak balik ni.”marah Fiqa.
“Ermm,
saya nak cakap dengan awak seorang sahaja.”ujar Syahriel perlahan.
“Cakap
sahaja dekat sini.”balas Fiqa, acuh tak acuh.
Issh,
aku malas betul la dengan mamat ni. Kenapalah dia boleh ada dengan Fiqa! Nak
cakap ke tak? Nak? Tak? Nak? Tak? Nak!! Okay, Syahriel kau lelaki! Kau kena
berani!
Fiqa
merenung Syahriel yang diam menekur rumput di kakinya.
“Sayaaa..
sayangkan awak! Saya nak awak jadi girlfriend saya!”ujar Syahriel dengan
separuh gementar.
Fiqa
tergamam sebentar. Nadzmi merenung Syahriel tajam. Nadzmi kemudiannya menggenggam
erat tangan Fiqa dan menuju terus keluar ke pintu belakang sekolah.
Salah
ke apa yang aku cakap? Fiqa dengan Nadzmi bercinta ke? Aku just nak luahkan
sahaja perasaan aku ni! desis hati Syahriel kecewa.
To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥ Click Here Part 3