Bab 17
“Amilia…!!” jerit Fareyz sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam
kamar isterinya itu. Wajah Amilia kelihatan terkejut, begitu juga dengan Nek
Suri dan Syahriezal yang turut sama berada disitu. “Fareyz..” ujar Nek Suri
lalu memeluk cucunya itu. “Abang.. tu siapa?” soal Amilia pada Syahriezal,
pelik. Syahriezal mula gugup. Tiba-tiba, dia terperhatikan kelibat Aliya yang
turut sama berada disitu. Sepantas kilat, dia bangun dari duduknya. “Al..?!?”
ujarnya. Aliya tergamam. Kenapakah Syahriezal turut sama berada disini? Mengapa
wanita itu memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ setahunya Syahriezal anak
tunggal. Air matanya berjurai. “Maafkan
saya Fareyz! I need to go home now.” Ujarnya meminta diri. “Al..!!” jerit
Syahriezal lalu mengejarnya.
“Abang!!” jerit Amilia memanggil Syahriezal yang mengejar wanita
yang tidak dikenali itu. Dia sedaya upaya cuba untuk mengejar lelaki yang
dianggap suaminya itu namun tak berdaya kerana kepalanya terasa sakit secara
tiba-tiba.
XXX
Ting! Tong! Ting! Tong!
“Fiqa!!! Tengok kejap siapa yang dok ting tong ting tong dekat
luar rumah tu. Mama tengah sibuk dekat dapur ni!!” arah Puan Ernita. Shafiqah
dengan pantas membuka pintu dan menjengah keluar rumah. Alangkah terkejutnya
apabila dia melihat rombongan yang ramai itu. Apakah ini semua?
Semua orang dijemput masuk. Shafiqah dengan penuh keayuaannya
menghidangkan mereka minuman dan beberapa keping biskut kering. “Err, kalau
boleh saya tahu apa hajat tuan puan datang sini yrw?” soal Puan Ernita hairan,
begitu juga dengan Shafiqah. “Haha, saya ni mak kepada Nadz. Saya datang dengan
satu hajat besar.. iaitu meminang satu-satunya anak tunggal perempuan encik dan
puan.” Membulat mata Shafiqah apabila mendengar perkataan meminang. What? Like Seriously?!?
Malam menjelang tiba,
Shafiqah sejak dari tadi tidak henti-henti bermundar-mandir
didalam kamarnya. Dari rombongan tu pulang sampailah sekarang. Otaknya ligat
berfikir. Jawapan apakah yang harus dia berikan. Ya atau Tidak?!? Kemudian,
dijengahnya ke kamar jiran sebelahnya itu iaitu Qirash. Lampu masih lagi
bernyala. Dah lama mereka tidak bertegur sapa. Rindu pula dengan lelaki itu.
What? Fiqa!! Engkau jangan cari pasal. Ingat.. engkau tu suka Nadz!! Bukan
Qirah!! Err, tapi itu dulu??? Arr!!! Hatinya benar-benar buntu sekarang.
Tok! Tok! Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk. Kemudian, kelihatan
ibunya, Puan Ernita masuk. “Fiqa.. mama tak kisah apapun pilihan kamu. Janji
kamu bahagia. Itu saja dah cukup bagi mama dengan ayah.” Shafiqah mengeluh. “Maa..
Fiqa rasa Fiqa dah buat keputusan yang muktamadlah. Fiqa terima pinangan
mereka..” perlahan-lahan Puan Ernita menariknya ke dalam pelukannya. Shafiqah
sedaya upaya menahan tangisannya. Ya Allah, harap-harap inilah keputusan yang
terbaik buat diriku.
XXX
Lydia buntu. Apakah benar apa yang diucapkan oleh Khai itu. “Hoi..!!”
tegur Anas membuatkan Lydia terkejut. “Apa engkau ni?!?” marahnya. “Ni hah, coffee
engkau.” Ujarnya Anas. Lydia kemudian mencapainya lalu mengucapkan terima kasih
padanya. “Anas.. aku nak minta nasihat engkau sikit boleh tak?” Anas mengangkat
keningnya. “Apa? Cakap sajalah. Aku ni selagi boleh tolong aku akan tolong.” Ujarnya
dengan semangat sekali. “Aku suka dekat seorang mamat ni. Tapi dia tu famous.
Aku takutlah.” Anas mula membeliakkan matanya. Lydia suka someone dan someone
tu famous? Omj~! Akukah orangnya, bisik hati kecil Anas perasan. “Emmm, apa
yang engkau takut? Orang tu suka engkau ke tak?” “Kitaorang sama-sama suka..!!”
tegas Lydia membuatkan Anas sedikit terkejut. “Haha, kalau macam tu bercinta
sajalah. Apa susah?!?” cadang Anas.
>>Skip<<
Di S.M Entertainment
“Terima kasih kerana menghadiri temu ramah kami pada hari ini.”
ucap orang kru itu. Lydia kemudian mengangguk dan meminta diri untuk pulang.
Tiba-tiba, dihadapan pintu lif. Terpancul kelibat Khai tanpa disengajakan.
Adakah ini takdir? Mata mereka sama-sama bertembung antara satu sama lain. Iris
iaitu pengurusnya, mula mengarahnya untuk pergi dari situ secepat yang mungkin kerana
ada banyak hal yang harus mereka lakukan. Khai dengan sugulnya keluar dari
perut lif itu. Namun begitu, langkahnya terhenti apabila Lydia menarik hujung
pangkal bajunya.
Di dalam satu bilik meeting...
“Awak okay?” soal Khai, perhatin. Lydia dengan sedaya upayanya
menyuarakan hasratnya yang sebenarnya “Khai, hari tu awak ada kata yang awak
sukakan sayakan? Saya nak cakap yang.. saya pun sukakan awak juga..” dengan
hanya satu nafas saja dia bersuara. Khai terkejut. Keadaan menjadi sunyi sepi
buat seketika. “Maaf... saya tak boleh terima awak.” Mata Lydia membulat.
Adakah hari tu dia salah dengar? Mukanya mula kelihat kemerah-merahan. Malu
satu sebab dan muka saja dia cuba menahan air matanya. “Tapi.. tapi.. kenapa?”
soalnya ingin tahu. “Saya suka awak. Tapi saya tak boleh terima awak.” Jawab Khai.
Lydia mula mengerutkan wajahnya. “Khai!! Awak jangan main-main dengan perasaan
saya!! Kalau awak suka saya kenapa awak tak boleh terima saya?” teriaknya. “Lyd..
bertenang.. Saya rasa awak tak sesuai dengan saya.. I mean! Saya yang tak
sesuai dengan awak.” Lydia menggeleng. “Lyd.. saya rasa Anas lebih layak untuk
awak. Bukan saya!”
Pang!
Hinggap satu tamparan pedas ke muka Khai. Iris yang baru tiba
terkejut dengan tindakkan berani Lydia. “Hey!! Apa yang engkau buat pada dia
hah!! Awak tahu tak muka dia ni sangat berharga sebagai seorang artis!” marah
Iris. “Awak boleh pergi mampus Khai!!” tengking Lydia lalu berlalu pergi. “Gilalah
perempuan tu! Awak tak apa-apa Khai?” soal Iris khuatir. Air mata Khai
perlahan-lahan mengalir. Hatinya sakit kerana memperlakukan Lydia sebegitu
rupa. Maafkan saya Lyd.. saya takut awak tak mampu untuk terus bersama saya
dalam dunia saya yang penuh dengan kekejaman ini.
Dalam diam sebenarnya ada orang yang menangkap saat-saat kejadian
itu. Orang itu ketawa dengan puas. “Hello, ini saya bos.. saya ada berita baik
untuk bos. Saya janji kali ni majalah kita mesti laku punya.”
Keesokkan harinya...
“Cik Lydia!! Cik Lyd..!!” Sarah yang baru sampai ke butik dengan
tergesa-gesa berlari ke arah bosnya itu. “Engkau dah kenapa?” soal Lydia tiada
mood. “Cik Lydia cub abaca artikel ni. Penting ni!!” Lydia pantas menepis. “Saya
banyak kerjalah!!” marahnya. “Fine, saya tolong bacakan yrw! Betina Garang yang
Berani Menampar Sang Jejaka Idaman Semua.. ia berlaku semalam dimana ada
seorang perempuan ini bertindak untuk menampar seorang idol kegemaran semua
orang iaitu Khai. Sikapnya yang tidak dapat menerima hakikat bahawa cintanya
sudah pun ditolak..” belum sempat Sarah menyambung ayat seterusnya Lydia dengan
pantas merentap majalah itu dan membacanya sendiri. Hatinya panas! Macam mana
berita ni boleh tersebar. Setahunya tiada siapa-siapa disitu. Melainkan.. Khai
sendiri yang beritahu dengan media.
Sementara itu..
“Khai.. buat masa ni saya nak awak kurangkan aktiviti awak. Jangan
pergi mana-mana sampailah berita ni reda..” arah Iris. “Iris.. saya nak jenguk
Lyd..” pinta Khai. “No way!! Itu cari masalah..!! Stay away from her start from
now!!” tegas Iris lalu berlalu pergi. Ya Allah, minta-minta dia okay.
Dilihatnya dalam kaca tv itu dimana butik Lydia diserbu dengan ramai wartawan
dan peminat yang dengki dan membaling telur ke kedai miliknya.
Balik ke butik Lydia..
“Cik Lydia.. saya takut!!” ujar Sarah sambil melihat zombie-zombie
gila yang berada diluar butik mereka itu. Lydia buntu. Dia sendiri turut sama
berasa takut. Tambah-tambah dengan peminat-peminat fanatik Khai itu. Tiba-tiba,
kedengaran seperti pintu belakang butik mereka dikuak oleh seseorang. Lydia
dengan pantas mengambil kayu basebol sparenya. Kowdlah kalau mereka tu sampai nak
ceroboh masuk bagai, takut juga. Namun dilihatnya Anas disitu, Lydia pantas
memeluknya. Opps!! Dengan pantas dia meleraikan pelukan itu. “Lydia what
happen?” Lydia mula mengetap bibirnya.
Sudah dua jam mereka tunggu diluar butik itu, namun kelibat Lydia
itu masih tidak kelihatan mahu keluar lagi. Dan tiba-tiba salah seorang mereka
terpandang kelibat dua orang pasangan aneh ini. “Ehhh, itu Lydia dan Anas
Mikaellah!!!” jerit salah seorang dari mereka membuatkan mereka mengalih
perhatian mereka kea rah dua pasangan itu. Namun mujur Anas sempat menghidupkan
enjin keretanya dan berlalu pergi.
Di dalam kereta milik Anas.. Lydia cuba menceritakan semuanya pada
Anas. Hati Anas perlahan-lahan mula berasa sedikit kecewa. Tak sangka
rupa-rupanya bukan dia orang yang Lydia cintai.
Setelah beberapa jam kemudian mereka tiba di rumah Khai. “Anas
awak bawa saya ke mana ni?” soal Lydia hairan. Anas dengan pantas mengheret
Lydia untuk keluar tanpa sebarang jawapan. Lydia mula berasa hairan dan
mengerang kesakitan kerana genggaman Anas yang terlalu kuat. Puan Bella yang
berada dilaman terkejut melihat Anas yang dengan pantas memasuki rumah mereka
tanpa menyapanya terlebih dahulu. “Khai...!!! keluar engkau!! Aku tahu engkau
dekat dalam bilik!! KELUAR!!!” jerit Anas membuatkan semua orang dalam rumah
itu terkejut. Lydia betul-betul berasa malu. Kemana pula Anas bawa aku ni,
lepas tu jerit bagai. Khai yang berada didalam kamar keluar dengan serta merta.
Dan dilihatnya Lydia turut sama berada disitu.
“Anas awak buat apa dekat sini?” soal Khai, pelik. Anas dengan
serta merta menolak Lydia dengan agak kasar ke arah Khai. Mujur Khai sempat
sambut Lydia, kalau tak entahlah. “Anas!! Stop it!!” tengking Khai. “Lydia..
aku ada lagi 2 wish yang belum aku buat.. pertama aku nak engkau jaga dia
elok-elok Khai.. kedua aku ambil dia saat dimana engkau betul-betul buang dia
sungguh-sungguh. Faham!!” ujar Anas lalu pergi dari rumah itu meninggalkan
mereka. Puan Bella hanya mampu memerhati. Lydia mula mengetap bibirnya, kemudia
dia cuba untuk lari pergi dari situ. Namun tangannya ditarik oleh Khai. “Don’t
go! Would you stay with me forever?!?” pinta Khai dengan riak penuh
sungguh-sungguh.
TO BE CONTINUED