Eyka Blog: Janji Kita (The End)

Sunday, 7 February 2016

Janji Kita (The End)

Bab 18
Di butik Lydia…
Akhirnya, Khai dengan beraninya telah pun menerangkan hal yang sebenarnya pada semua wartawan dan peminatnya. Begitu juga, dengan tarikh perkhawinan mereka berdua. Ramai juga yang berasa kecewa, sedih dan sebagainya apabila idol pujaan mereka akan menampatkan usia bujungnya akhirnya *sob sob* Lydia? Hmph, of courselah kembang kempis jawabnya. Mujur maknya pun boleh terima walaupun first tu macam tentang sikit sebab kahwin dengan idol kan. Banyak halangan yang dia kena lalui. Papparazi, gossip sana sini. Tapi atas dasar cinta dia meletakkan semua kepercayaan pada Khai.
Shafiqah? Dia masih lagi was-was dengan pilihannya. Namun begitu, dia tetap meneruskan majlis ini. Qirash? Mereka dah lama tak bertegur sapa. Waktu majlis tunangnya tempoh hari pun Qirash tak datang. Padahal rumah sebelah saja. Kini hanya tinggal Aliya seorang saja.
“Weii, Al.. engkau dengan Fareyz macam mana?” soal Lydia. “Emm, still kawan. Dia pun sekarang dah busy dengan isteri dia. Perlahan-lahan dia cuba untuk ingatkan ingatan isteri dia semula.” Jelas Aliya. “Soo, engkau dah maafkan Syah lah?” soal Shafiqah pula sambil membelek design baju pengantin yang direka oleh Lydia. “Entahlah, mungkin aku dah maafkan dia.” “Bila engkau nak kahwin erk?” Aliya mula memandang sahabatnya itu satu persatu dengan garangnya. “Banyak songehla korang ni. Kesian sangat dengan Syah tu. Koranglah kahwin dengan dia!” tegas Aliya sambil memeluk tubuhnya. “Chill.. kami tanya jw pun..” ujar Shafiqah dan Lydia.
Sedang mereka bertiga bergelak ketawa, seorang lelaki yang dikenali Aliya datang ke butik itu. keadaan menjadi tegang. “Wei, korang aku nak balik dulu.” “Tunggu Al.. kami yang panggil Syah datang sini. Kami rasa korang berdua patut duduk dan berbincang elok-elok.” Cadang Shafiqah lalu bangun dan pergi meninggalkan mereka berdua di butik itu manakala mereka ke kedai sebentar.
Lama benar mereka berdua menyepi. “Awak nak cakap apa? Cakaplah cepat..! Saya tak ada masa okay..” ujar Aliya akhirnya. “Saya tak ada apa-apa yang nak dicakapkan dengan awak.” Balas Syahriezal. Dia pasrah dengan takdir dan ketentuan Ilahi. “Kalau ada jodoh kita lagi sekali saya terima awak. Itu saja.” Ucap Syahriezal. Aliya memandangnya lama. Dia sendiri bingung dengan isi hatinya sendiri. Adakah dia masih sayangkan Syah? Yrw, bohong kalau dia kata dia tak cintakan lelaki itu lagi. “Fine, kalau dah tak ada apa-apa. Saya nak minta diri dulu. Nanti tolong beritahu dekat dua ekor beruk tu yrw.” “Al.. tunggu..” panggil Syahriezal mematikan langkah Aliya. “Sebelum tu.. tak salah kalau saya mencuba. Sudi tak.. awak jadi isteri saya untuk kali yang keduanya?? Saya janji yang lepas ni saya akan menjaga awak sebaik yang mungkin..” ujar Syahriezal. Hampir tersedak Aliya dibuatnya.
“Terima sajalah wahai sang puteri oii..” sapa teman-temannya yang dah pulang. Hish, kacau line betullah depa ni, bisik hati Aliya. “Nah! Ni hah.. jenuh kami pergi ambil cincin tempahan ni dekat kedai emas tadi. Mujur cincin ni siap hari ni.. Kalau dak terpaksalah tunda purpose ni tulat.. tak pun minggu depan.. tahun depan ke..” seloroh teman-temannya.

Aliya kemudian memandang sekotak cincin itu lama. Dan..
>>Skip<<
Hari yang dinantikan oleh 3 single lapuk ini akhirnya menjadi kenyataan. Hari ni masing-masing akan berkahwin pada satu tarikh yang sama, pelamin yang sama malahan dewan yang sama.

Masing-masing kelihatan anggun mengenakan rekaan yang direka khas oleh Lydia mengikut ciri-ciri yang mereka inginkan. Namun begitu masih ada lagi seorang yang was-was akan perihal perkahwinan ini. “Fiqa.. engkau ni kenapa? Monyok semacam aje?” Shafiqah menggeleng lalu tersenyum kelat ke arah teman-temannya itu. “Weii, korang jomlah kita kena pergi masjid ni.” panggil Lydia yang sudah tidak sabar bergelar isteri Khai. “Eee, gelojoh betul kawan aku yang seorang ni.” ujar Aliya lalu mengikuti langkah Lydia itu. Mereka bertiga kemudian memasuki kereta limo yang telah ditempah khas buat mereka. Sejak dari tadi, hati Shafiqah rasa seolah-olah tidak sedap saja. Macam ada benda yang tak kena. “Engkau okay tak ni? Ke nervous?” soal Aliya, sambil mencuit temannya itu. Kereta limo itu kemudian bergerak menuju ke tempat destinasi. Namun begitu perlahan-lahan Shafiqah merasakan seperti kereta itu menuju ke tempat yang lain.
“Excuse me, encik!! Encik nak bawa kami ke mana ni?” soal Shafiqah, hairan. Aliya dan Lydia mula mengerutkan wajah mereka. “Kenapa ni Fiqa?!?” soal mereka. “Berhenti..!! Berhenti..!!” jerit Shafiqah. “Diam kamu semua!!!” ujar pemandu yang tidak dikenali itu sambil mengacu pistol ke arah mereka. Mereka bertiga kembali diam. Namun dalam diam itu Lydia sempat menelefon Khai.
XXX
Media, tetamu, semuanya kelihatan ramai di masjid itu. Biasalah, bila artis kahwin ni dia macam ramai bebenar yang nak datang. “Heloo, awak? Awak kat mana? Bukan patutnya awak dah sampai 10 minit yang lalu ke?” soal Khai. Namun begitu, jawapan lain yang didengarinya di corong telefon. “Diam kamu semua!! Keluar..!! Keluar!!” “Heloo!! Heloo!! Lyd?!?” talian akhirnya dimatikan. Khai dengan tergesa-gesa beritahu hal ini pada Syahriezal dan Nadz. Mereka berdua terkejut kemudian mula panik. “Macam mana kita nak kesan mereka?” “Jangan risau.. saya ada pasang tracking detect dekat telefon Fiqa. Jadi dengan itu saya boleh detect kedudukan Fiqa menggunakan telefon bimbit saya.” ujar Qirash tiba-tiba. Nadz memandangnya tajam. Namun begitu, dia tiada waktu untuk bergaduh dengan lelaki itu sekarang. yang penting sekarang Shafiqah..!
Di sebuah rumah yang usang..
Mereka bertiga diikat dengan ketat pada sebuah tiang. Shafiqah sedaya upaya untuk mencari jalan keluar dari tempat itu. “Weii, korang nampak tak serpihan kaca ke apa ke.. boleh capai then potong ikatan.” Ujar Shafiqah. “Aku ada nampak kaca ni tapi jauhlah..”
Kedebanggg!!
Pintu bilik itu dibuka dengan kuat menyebabkan ia terkena pada dinding dengan kuat. Mereka bertiga mula menggigil ketakutan. Seorang lelaki yang berbadan sasa dan berwajah bengis datang memasuki ke dalam bilik itu. Wajah Shafiqah berubah menjadi cemberut. “Engkau?!? Engkau nak apa, hah?!?” jerit Shafiqah. Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. “Aku nak engkaulah.. Siapa lagi?!?” ujarnya. “Engkau tak faham bahasa ke!! Aku tak suka engkau!! Aku tak suka!!!!” ujar Shafiqah lalu menendang perutnya disaat dia cuba mendekati dirinya dengan dekat. Lelaki itu ketawa lagi lalu dengan kasar memegang wajah Shafiqah dengan agak kuat. Aliya dan Lydia tidak mampu melakukan apa-apa kerana mereka turut sama diikat.
“Engkau jangan nak mengada-ngada dengan aku!! Ooo, dengan lelaki Nadz tu engkau boleh maafkan pula. Aku ni?!?” tambahnya lagi. “Engkau tu lain Fiz.. Engkau tu psiko!! Bukan ke engkau dekat hospital saki jiwa?!? Macam mana engkau boleh keluar..” soal Shafiqah. “ Panjang cerita dia kalau aku cerita dekat engkau sekali pun bukannya engkau nak dengar. Betul tak?” ujar lelaki itu. “Sudahlah, kalau aku tak boleh dapat engkau.. Orang lain pun tak boleh dapat engkau..” dengan kejam dia menampar Shafiqah sehingga pengsan. Begitu juga dengan teman-temannya yang lain.
XXX
“Betul ke ini tempatnya?” soal Syahriezal, pantas. Qirash mengangguk. “Baiklah, aku nak keluar sekarang juga..!!” tegas Syahriezal. “Tunggu!! Kita kena ada plan.. tak boleh nak main redah masuk saja.” Cadang Khai. “Betul tu..” balas Nadz.
Perlahan-lahan, mereka memasuki rumah usang itu dan merebahkan beberapa orang konco yang menjaga di belakang pintu masuk rumah itu. Dan akhirnya mereka menjumpai mereka bertiga dalam keadaan lemah dan lebam akibat dipukul. “Al..!!” jerit Syahriezal perlahan. Aliya terjaga. Dia dengan pantas memeluk lelaki itu dengan menggigilnya. Syahriezal perlahan-lahan mengepal penumbuknya menahan marah. Begitu juga, dengan Khai yang melihat orang kesayangannya diperlakukan sebegitu rupa. Sebaik saja ikatan tangan Shafiqah terlepas dia dengan pantas memeluk Qirash berbanding Nadz. Nadz yang berada disebelah berasa sedikit kecewa. “Awak.. awak tak apa-apa??” soal Qirash, dengan perlahan-lahan mengusap lembut air mata yang mengalir diwajahnya. “Rash.. saya takut.. lelaki psiko tu sebenarnya ex lama saya yang dulu saya pernah tinggalkan dia tapi dia tetap nakkan saya.” jelas Shafiqah. Nadz kemudian bersuara “Maksud awak Fiz??” soal Nadz, khuatir. Shafiqah mengangguk. “Maafkan saya semua.. sebenarnya semua ni salah Fiqa.. Dia sebenarnya nakkan Fiqa bukan Aliya dan Lydia.” Jelasnya lagi.
“Sudahlah tu.. Mari kita keluar dari sini sebelum mereka tahu.” Cadang Aliya.
Sikit lagi nak sampai ke kereta, tiba-tiba kedengaran bunyi beberapa das tembakkan dilepaskan ke udara. Mereka semua terkejut dan berpaling ke belakang semula. “Berhenti sebelum saya tembak seorang-seorang..” ujar lelaki psiko itu. “Jangan kacau mereka!! Saya yang awak nakkan..!!” ujar Shafiqah. Lelaki itu mengangguk. Shafiqah dengan perlahan-lahan melangkah ke hadapan menuju ke arah lelaki psiko itu. Namun tangannya dipegang erat oleh Nadz. Shafiqah tersentak kemudian tersenyum. “Nadz, I’am sorry! Saya sebenarnya tak cintakan awak. Saya rasa saya dah tak boleh nak teruskan perkahwinan ni.” wajah Nadz berubah menjadi kelat. Dia tahu semua tu. Tapi dia tetap berdegil dan hanya berdiam diri saja. “Jangan Fiqa!!” jerit teman-temannya yang lain. “Pergi dan selamatkan diri kamu semua..!!” arah Shafiqah. Tangannya kemudia ditarik oleh lelaki psiko itu dan pistol itu serta merta diacu pada kepalanya. “Pergi sebelum saya tembak dia!! Pergi!!” Qirash mula mengetap bibirnya erat. Aliya perlahan-lahan membuka kasut tumit tingginya. Isyarat hati diberikan pada Syahriezal dan Lydia. Kemudian, Aliya dengan pantas men-target kasut tingginya itu kea rah pistol yang dipegang oleh lelaki psiko itu. Syahriezal dan Khai serta merta cuba untuk berlawan dengan konco-konconya. Shafiqah akhirnya cuba meloloskan dirinya lagi sekali ke arah Qirash.
Bang!! Satu das tembakkan dilepaskan kearah Qirash dan Shafiqah. Namun begitu..
“Nadz??” melopong mulut semua orang. Dan pada waktu yang sama polis akhirnya tiba.
Di hospital berdekatan..
Nadz sempat berpesan sesuatu pada Shafiqah. “Dengan ini saya lepaskan awak pada orang yang lebih sesuai Fiqa..” menitis air mata Shafiqah melihat Nadz ditolak masuk ke dalam wad kecemasan. Majlis perkahwinan mereka pun turut ditunda pada hari lain.

Beberapa bulan kemudian..

Di Jeju Island, Korea…
“Wah!! Cantiknya pulau ni.. kan” puji Lydia. Aliya mula tersenyum gembira bersama suaminya Syahriezal disisi. “Okay, korang semua.. Khai telefon aku tadi. Semua plan dah settle..” ujar Qirash. “Plan? Plan apa??” soal Shafiqah, hairan. “Hish, nampyeon aku tu buat apa pula.. Dahlah sibuk memanjang jew kerja dia. Sampai tak ada masa langsung dengan aku..” rajuk Lydia. Mereka semua ketawa. “Itulah.. siapa suruh engkau kahwin dengan idol..” perli Shafiqah dan Aliya. Lydia mula memuncungkan bibirnya.
Akhirnya, mereka tiba disebuah tempat yang disitu ada sebuah pentas dan kelihatan tempat itu pun dihias dengan cantik punya. Aliya, Lydia dan Shafiqah berasa teruja sekali. “Wow, ada konsert ke kejap lagi?” soal Aliya, ingin tahu. “Kan best kalau boleh jumpa BTS, V..” gumam Lydia.

Tiba-tiba keluar satu lagu yang selalu sekali mereka dengari. 



Melopong mulut Aliya, Shafiqah dan Lydia. Dan tiba-tiba disaat akhir-akhir persembahan kumpulan BTS keluar pula kumpulan EXO. Lydia tergamam melihat nampyeon nya membuat persembahan sekali dengan Exo. Meleleh air mata ini kerana teruja sangat. “Cewahh!! Untungnya laki dia buat surprise macam tu sekali..” puji Aliya dan Shafiqah yang turut berasa jeles. Qirash dan Syahriezal kemudian tersengih dan turut naik keatas pentas dan menari bersama. Mereka bertiga kemudian ketawa terbahak bersama-sama.
Akhirnya, mereka bertiga menemui kebahgiaan masing-masing. Oh yrw, macam mana dengan Nadz? Dia masih lagi hidup. Kini, dia cuba untuk belajar mencintai orang lain dan cuba untuk sentiasa menghargai seseorang itu. Anas pula? Dia kini memilih untuk ke luar Negara dan belajar lebih lagi mengenai dunia bisnes. Sekali sekala tukar bidang tak apa. 
The End
p/s: Akhirnya, ini saja untuk cerita 'Janji Kita'. Harap korang semua terhibur. Penat dah Eyka buat. Ini yang terakhir kalau rasa tak memuaskan tu. Maafkan saya, saya hanya mengarang untuk suka-suki kitalah.. Kalau ada masa.. nak buat cerita lain pula. Thanks, pada sesiapa yang sudi baca dan menunggu. Eyka hargai sangat-sangat..!!




Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik