Eyka Blog: February 2016

Tuesday, 23 February 2016

Coming Soon: My Worst Days


Main Character:-
1) Krystal (fx)
2) Taecyeon (2pm)
3) Daniel Hyunoo
4) Siwon (Super Junior)
5) Lay (Exo)

Sinopsis: 

FF ini bakal ditayangkan tidak lama lagi secepat yg mungkin. Jadi bawa-bawalah bersabar yrw para pembaca sekalian~! *renyeh* Tanpa melengahkan masa & waktu mari saya ceritakan sedikit jalan cerita dia.

=> Kisah ini menceritakan seorg gadis yg bernma Krystal. Dia tinggal brsama dgn ibunya slps ibu bapanya bercerai. Namun, disbbkan ibunya trpksa ke outstation utk bebrpa hari dia tlh diarahkan olh ibunya utk tinggal bersama bapanya. Fine, she hate that old man~! sbb lps ibu & ayahnya bercerai ayahnya langsung tak pernah nak jenguk mereka.

=> Sesampai dlm rumah banglo yg bsr itu, dia mndapati yg dia akan tnggl brsma dgn 3 org ank angkat ayahnya bersma seorg ank kecil lelaki (ank kpd salah seorang dri ank angkt ayhnya). 

=> kehidupannya menjadi huru hara tatkala trpksa berdepan dgn mereka dlm rumah itu satu persatu. 

=> Jadi mmpukah dia utk tinggal brsma mereka shgglah ibunya selesai urusan diluar negara?!? 

So, nntikan cerita ni okay.. *kenyit mata*

Resepi Roti Pita Inti Daging

Assalamualaikum, my another resepi.. roti pita berintikan daging..

Bahan2 utk perapan:
- daging kisar (Eyka guna RAMLY)
-serbuk kari
-serbuk cili
-garam
-bwg merah & putih (ditumbuk lumat)
-sos tiram
-sos cili
-sos black pepper

**perap selama 2-3 jam..

Cara:
1) Masak seperti biasa shgg masak

Bahan inti:
- daging perapan
-salad
-carrot, timun, bwg besar, tomato (dipotong) (optional nk pakai vege apa pun tak apa ikut kesukaan anda) (Eyka senang beli vege campur yg ada jagung, kacang hijau & carrot tu)

Cara2:

1) Sumbat inti ke dlm roti pita yg tlh di sumbat salad & di grill
2) tuang mayo, sos cili

Optional step!!
1) klu nak cheesy blh sagat cheese & masukkan dlm oven bersuhu 150 darjah celsius selama 10 minit gitu..


p/s: Selamat mencuba~

Resepi Ayam Gerang Asam & Ayam Pandan


Assalamualaikum, readers~!! *kenyit mata tnya selera*

Hehehe *muka renyeh* Hri ni Eyka nak share dgn korang semua satu resepi bru yg Eyka curi dlm buku resepi dkt bookstore [snap snyap2 tnpa bli, kuang ajoq dk Eyka ni..?? >_<] [Mianhae~!!!] Okay, tanpa melengahkan masa.. resepi dia mudah saja..

Resepi Ayam Gerang Asam

Bahan2:
-Ayam
-cili kisar
-bwg merah (*)
-bwh putih (*)
-lengkuas (*) (Eyka tk letak hri tu tp dlm bku tulis)
-buah keras (*) (Eyka tk letak hri tu tp dlm bku tulis)
-batang serai (*)
-serbuk kunyit (*)
-belacan (*)
-pes asam jawa
-bunga kantan
-daun kesum
-daun limau purut
-daun kunyit (dikoyak)
-tomato (dipotong)
-minyak masak & garam

(*) bahan2 yg dikisar

Cara2:

1) Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar (*) shgg pecah minyak
2) Masukkan ayam & gaul shgg air ayam kering
3) Masukkan bancuhan air asam jawa brsma bunga kantan, daun kesum, daun limau purut, daun kunyit & garam
4) Masak shgg kuah pekat & pecah minyak
5) Masukkan tomato, kacau rata & tutup.. Siap!!

Inilah rupanya.. Habis satu family tambah 2, 3x .. Sbb sedap sgt!! *nmpk tk angkt bakul sendiri*
Resepi Ayam Pandan

Bahan:
-Ayam (dipotong kecil)
-cili api (*)
-bwg merah (*)
-bwh putih (*)
-halia (*)
-batang serai (*)
-lengkuas (*)
-serbuk kari
-serbuk kunyit
-garam
-minyak masak
-daun pandan (selebar yg mungkin)
-lidi

(*) bahan utk dikisar

Cara2:

1)Gaulkan ayam dgn smua bahan yg dikisar, serbuk kari, serbuk kunyit, & garam. Perap selama 30 minit supaya ia meresap ke dlm ayam2 tuu..

2) Daun pandan dibuat kelongsong (tp disebabkan ketiadaan daun pandan yg ckup panjang.. Maka Eyka hanya simpulkannya & masuk kedalam minyak yg panas) (klu balut tu maybe lg wangi & meresap tp cara Eyka buat tu bau juga.. tp klu korang balut maybe lg Umphh~!!) lps balut jgn lupa sematkan dgn lidi

3)Panaskan minyak & goreng shgg masak

4) Angkat & siap~!!

Nyum~!!
Cubalah.. tak susah pun. Maaf klu Eyka tak letak brapa byk yg Eyka pakai utk bahan2 tu.. Kita masak main campak saja berapa banyak nak letak. Janji ada keikhlasan & kasih sayang ketika memasak tu. Baru jadi.. *thumbs up*

Hidangan ni blehlah dimakan bersama nasi~





Tuesday, 9 February 2016

We're Gangster (Running Man)








Tup! Tap! Tup! Tap! *bunyi tapak kasut tinggi sdg berjalan*

Yah! Dush! Dush! *bunyi org sdg berlawan antara satu sama lain*
“Yah!!” jerit Jihyo membuatkan semua orang yang berada disitu berhenti berlawan. Semua orang tergamam seketika. Dengan perlahan-lahan Jihyo mula membuka kaca mata hitamnya lalu menghampiri salah seorang daripada mereka. Mungkin saja orang itu ialah ketua kumpulan bagi samseng lagi satu itu. “Siapa hantar awak semua ni datang ke sini, hah?” soal Jihyo. Lelaki itu diam tanpa berkata apa-apa. Jihyo berasa berang lalu menarik rambut lelaki itu menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan. “Saya ulang lagi sekali soalan saya!! Siapa hantar.. awak semua ke sini?!?” laung Jihyo dengan kuat.
Lelaki itu kemudian berkata “Jangan harap saya akan beritahu awak!!” balasnya lalu meludah air liurnya ke tapak kasut milik Jihyo. Konco-konconya mula berasa tercabar akan tindakkan lelaki itu. Apatah lagi Jihyo sendiri.
Dush!
Satu tumbukkan padu hinggap diperut lelaki itu menyebabkan dia jatuh menyujud dikaki Jihyo dimana tempat dia meludah tadi.  Jihyo kembali memakai kaca matanya lalu beredar dari situ dengan penuh gaya.
“Kill them!” arahnya sebelum pergi.


XXX
Sukjin mula menampar meja itu dengan kuatnya. Sakit? Sakit lagi hati ini. “Macam mana boleh jadi macam ni?!?” bentaknya, tidak puas hati. “Appa! Ini tak boleh jadi ni. Kalau terus-terusan begini macam mana dengan kehormatan kita? Tidak pasal-pasal nanti kawasan kita mungkin akan jadi milik mereka.” Jelas Joongkook. Haha turut sama menambah “Betul tu hyeong! Cuba dengar cakap anak hyeong, Joongkook tu. Kita kena buat sesuatu. Kalau tak.. naik lemak mereka tu!”. Sukjin diam membisu sambil memandang ke arah Gary. Dia sejak dari tadi boleh lagi menyandar di dinding sambil mendengar lagu.
“Gary!!” Gary yang sejak dari tadi memang langsung tidak fokus mula terkejut apabila Appanya memanggil namanya. “Appa nak kamu buat sesuatu dengan hal ni!” ujar Sukjin. Gary mengeluh. Asyik-asyik dia. Joongkook kan ada, bisik hati kecilnya.
“Stress..”
XXX
Di sebuah gym milik Joongkook..
Joongkook mula menumbuk ‘punch bag’ yang berada di gymnya itu dengan sekuat hati. Hatinya berasa geram. “Hish, tak habis-habis Gary..! Sikit-sikit Gary!” bentak hati Joongkook. Haha perlahan-lahan menghampiri anak saudaranya itu. “Waeyo, Joongkook?” soal Haha, dengan lembutnya memegang bahu Joongkook. Joongkook menggeleng sambil memeluk tubuh. “Saya tahu apa yang awak tengah fikirkan sekarang. Mesti sebab Gary kan? Yrwlah, saya tengok Sukjin hyeong tu suka sangat lebihkan Gary dari awak. Padahal, awak pun anak dia juga. Isy.. Isy.. memang tak adil sungguh Sukjin hyeong tu.” Jelas Haha.
“Ajeossi (Uncle), saya kadang-kadang tak faham dengan Appa tu. Padahal, saya ni anak sulung dia. Bukan ke anak sulung yang dilebihkan dulu sebelum yang bongsu.” Ngadu Joongkook. Haha perlahan-lahan mengusap belakang Joongkook sambil tersenyum sinis. “Sabarlah, wahai anak saudaraku..”
XXX
“Ha.. Ha.. Jihyo anak Appa. Mari sini kamu.” Ujar Jaesuk sambil memeluk anak perempuannya itu dengan eratnya, tatkala mengetahui dia sudah pun pulang. “Appa.. Appa..” ujar Jihyo dengan penuh gembira. Maklumlah, dah dua tahun lebih juga tak jumpa Appanya. Dia terlalu sibuk dengan urusan bisnes mereka diluar negara. “Tahniah, anakku! Appa, ada sesuatu untuk kamu.” Ujar Jaesuk. Jihyo mula membulatkan matanya. Sesuatu? Apakah? “Kwangsoo, appa nak kamu ambil satu kertas ni dalam peti keselamatan appa dalam bilik tu.” Kwangsoo tanpa banyak soal pergi mengambilnya.
Setelah beberapa minit kemudian, dia kembali dengan wajah yang hambar. Jaesuk cuba mengambil kertas itu namun, Kwangsoo seolah-olah tidak mengizinkannya sahaja. “Yah, Kwangsoo!” tegas Jaesuk. Kwangsoo dengan perlahan-lahan melepaskannya. “Ini untuk kamu, anakku.” Jihyo perlahan-lahan membacanya. Wajahnya mula berubah dengan serta merta.
Surat serah kuasa..
Dengan ini, saya Yoo Jaesuk menyerahkan semua kuasa/harta saya pada anak perempuan saya iaitu Jihyo. Segala kepercayaan, saya letakkan padanya. Dengan ini, dia layak mengarahkan sesiapa saja. Sekian~
“Appa! Ini tak adil!” bentak Kwangsoo akhirnya. Jihyo mula terkejut dengan suara keras dongsaenya itu. “Saya ni macam mana? Saya ni pun anak Appa juga.” “Kamu tak layak, Kwangsoo!” ujar Jaesuk. “Appa!!” Kwangsoo dengan geramnya merentap kolar baju Appanya, Jaesuk. Jihyo dengan pantas cuba menangkis perbuatan Kwangsoo itu namun gagal. “Yah! Kwangsoo.. berani kamu buat Appa macam tu! Yah!!” Kwangsoo dengan geramnya melepaskannya lalu beredar keluar dari rumah itu. “Appa, appa tak apa-apa?” soal Jihyo. Jaesuk menggeleng. Jihyo mengeluh.
Dia sendiri tahu yang kadang-kadang Appanya itu seolah-olah suka sangat melebihi dia lebih dari Kwangsoo. Hakikatnya dia merasakan yang Kwangsoo lebih layak berbanding dirinya.
“Appa.. apa kata..” belum sempat Jihyo ingin menyuarakan pendapat dia Jaesuk sudah pun memotong “Apapun yang terjadi kamu lebih layak! Appa tahu apa yang appa lakukan.” Terang Jaesuk, tegas. Jihyo kemudian mengangguk.
XXX
Di sebuah kelab malam..
“Hai, awak. You look so beautiful today. Boleh saya berkenalan?” soal Joongki sambil menghadiahkan gadis itu sejambak bunga ros. Gadis-gadis itu mula tersenyum riang tatkala ada jejaka muda + kacak yang sudi mengorat mereka. “Janganlah malu-malu..” pujuk Joongki lalu menarik tangan gadis itu dan menciumnya.
Pap! Dengan drastiknya dia merasakan ada orang yang datang dan menarik telinganya dengan agak kasar. Joongki mula meraung kesakitan. Gadis-gadis itu dengan pantas melarikan diri tatkala memandang jelingan maut dari Jihyo itu. “Arr.. arr.. Honey boo.. Lama tak jumpa..” ujar Joongki sambil memegang telinganya minta dilepaskan. Jihyo tersenyum lalu melepaskannya dengan satu pulasan. Habis merah telinga Joongki dibuatnya. Ganas sungguh yeoja chingu aku ni, bisiknya dalam hati. “Awak.. Awak buat apa dekat sini, hah!” soal Jihyo dengan wajahnya yang geram. Joongki dengan pantas mula mengatur ayat manisnya. “Alololo, janganlah marah. Nanti cepat berkedut awak tahu tak.” Pujuknya sambil mencubit kedua belah pipi Jihyo itu. Jihyo dengan pantas menepisnya. Joongki mula mencebik.
“Joongki, saya malas nak bertekak dengan awak sekarang. Saya ada tugas untuk awak.” Ujar Jihyo, serius. Joongki mula mengangkat keningnya. Mukanya juga berubah menjadi serius.

XXX
na hol-lo oe-ro-wŏ-jin bam-e (The night I become lonely)
mo-dŭn ‘ge bŏ-gŏ-wŏ-jin bam-e (The night everything becomes a burden)
I love you I need you
You ne-ga p’i-ryo-hae (You…I need you)

>> Kang Gary-Lonely Night<<

Gary perlahan-lahan mula menyanyikan lagu itu. Sedap pula lagu ni kalau dengar lama-lama, bisik hati kecilnya.
Sementara itu…
Hurh! Hurh! Hurh! Dengan tercungap-cungapnya dia berlari sepantas kilat yang mungkin. “Kejar perempuan tu! Kejar dia!” Kedebuk, akhirnya dia jatuh tersebam mencium tanah. Kakinya terseliuh menyebabkan dia langsung tidak dapat bangun lagi. Dua orang lelaki yang kejarnya tadi mula menghampirinya sambil ketawa besar. Gadis itu kelihatan takut. Dia mula mengundur ke belakang setapak demi setapak. “Tolong!!” jeritnya. Lelaki-lelaki itu kemudian mencekup mulutnya dan memegang lengannya dengan agak kasar. Gary yang berada berhampiran dengan kawasan itu datang menyelamat.
“Yarh!! Lepaskan perempuan tu!!” jerit Gary.

Dua orang lelaki itu memandangnya sinis. Salah seorang daripada mereka mula memberikan amaran pada Gary. “Jangan masuk campur kalau awak tak nak kena belasah dengan kita orang!”. Gary dengan tidak teragak-agaknya menghadiahkan lelaki itu satu tumbukkan padunya  pada wajah lelaki itu membuatkan dia rebah jatuh ke tanah. Bermulalah agenda tumbuk menumbuk. Akhirnya, dua orang lelaki itu mengalah dan  lari dari situ. Gary dengan pantas menghampiri gadis itu.
“Awak tak apa-apa?” soal Gary sambil memeriksa tubuh badan wanita itu. Gadis itu mula menunjukkan buku lalinya yang terasa kebas. Gary dengan pantas memegangnya membuatkan gadis itu mengerang kesakitan. “Sorry, tak sengaja! Nama awak siapa?” soal Gary lagi.
“Jihyo..”
Dilihatnnya raut wajah yang comel itu. Hatinya tiba-tiba terasa diusik dengan satu perasaan. Tapi entahlah perasaan apakah itu?
XXX
“Arghhhh!” Kwangsoo dengan sengajanya membaling cawan yang dipegangnya itu keatas lantai. Orang ramai yang berada di kelab malam itu mula memandangnya pelik. “Hey!” marah pelayan bar itu. Kwangsoo memandangnya tajam. “Dengar sini semua! Saya ada pengumuman yang saya nak buat pada anda semua.. Sebenarnya saya ni anak kepada ketua samseng yang hebat tu..! Tapi kenapa bukan saya yang dapat harta bapa saya tu, hah!!” laung Kwangsoo, dalam keadaan mabuk. Dia dengan terhuyung hayan cuba untuk berdiri dengan eloknya tapi gagal lalu rebah.
“Yah!! Kwangsoo!” Jihyo dengan pantas menghampiri adiknya yang sedang mabuk itu. Kwangsoo dengan kasarnya menolak kakaknya itu sehingga terjatuh. Konco Jihyo mula membantunya untuk bangun. Jihyo dengan geramnya menarik adiknya itu untuk keluar dari tempat itu.
“Awak ni tak faham bahasa ke! Merayap saja kerja awak.” Bebel Jihyo sambil memapahnya masuk ke dalam kereta. “Memang! Memang saya ni kaki merayap.. Dah saya tak ada kerja apa nak buat. Appa tuuuuu.. selalu lebihkan awak! Saya ni layak dapat saki baki saja.” Luahnya. Jihyo tahu Kwangsoo senang sangat luahkan perasaannya apabila dia berkeadaan mabuk sebegitu. Jihyo mengeluh. “Siwan, tolong hantar Kwangsoo pulang.” Arah Jihyo pada Pembantu Peribadinya itu. Siwan dengan pantas mengangguk. “Arrr.. andwae.. saya tak nak balik.. Andwae!!” renggek Kwangsoo dalam kereta. Jihyo hanya mampu menggeleng kepalanya tatkala melihat kereta itu berlalu pergi.
“Kalaulah, engkau tahu betapa terseksanya nuna sekarang.” bisiknya seorang diri.
XXX

Kwangsoo yang terjaga dari tidurnya mula memegang kepalanya yang terasa berdenyut. Dekat mana aku sekarang ni, bisiknya sambil melihat keadaan sekeliling.
ZUpp!! Satu sinaran cahaya mentari memancar tepat kena matanya. “Hey!!” marah Kwangsoo. “Maaf Tuan Kwangsoo.. Tuan Jaesuk panggil tuan turun makan.” Ujar pembantu peribadi appanya, Kwang Gyu. Kwangsoo mengeluh.
Di meja makan
Semua orang kelihatan tegang saja.
“Jihyo, macam mana dengan plan kamu tu?” Jihyo mula terasa tersedak tatkala Appanya bertanyakan soal itu dihadapan Kwangsoo. Siwan yang berada disebelah mula menuangkannya air suam lalu menyerahkannya pada Jihyo. Jihyo meneguknya dengan rakus sekali. “Okay.. Baik-baik saja.” Balas Jihyo sambil memerhatikan riaksi Kwangsoo disebelah.
“Macam itulah anak kebanggaan Appa.” Puji Jaesuk. Prapp! Diletakkannya sudu dan garfu yang dipegangnya dengan kasar. “Kamu nak ke mana tu, Kwangsoo?” soal Jaesuk. “Ke mana saja.. Yang pasti jauh dari pandangan Appa!” jelasnya lalu beredar keluar. “Erkk, Appa. Jihyo minta diri juga yrw.” Pinta Jihyo, lalu mengejar adiknya itu. Jaesuk mengeluh. “Kwang Gyu, adakah tindakkan saya selama ini salah dalam mengajar anak-anak saya.” Kwang Gyu mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu. “Hish, kamu tu semuanya tak tahu. Apa yang kamu tahu?” Kwang Gyu mencebik.
XXX
Tok! Tok!
“Masuk!” panggil Sukjin.
“Hai.. hyeong.” Sapa Haha. Sukjin mengeluh. “Engkau nak apa datang jumpa aku ni, hah?” soal Sukjin menyampah. “Hish, hyeong. Macam tak suka saja saya datang jumpa hyeong ni.” Ngomel Haha. “Memang pun. Engkau kalau jumpa aku mesti minta duit.. Sikit-sikit duit.” Bentak Sukjin. Haha mula tersenyum sengih. “Hehe, maaflah hyeong. Saya bukannya buat apa-apa pun dengan duit tu, untuk bisnes kita juga.” Jelas Haha. “Yrwlah, macam mana perniagaan kita akhir-akhir ni?” soal Sukjin ingin tahu. “Macam biasalah. Baik-baik saja. Cuma akhir-akhir ni macam down sikit. Orang dah kurang percaya dengan kita menyebabkan mereka pergi pada  Keluarga Si Jaesuk tu lebih daripada kita.” Jelas Haha, sengaja membangkitkan kemarahan Sukjin.
“Apa!!” bentaknya.
“Sabar, hyeong!” pujuk Haha. “Aku dah lama sabar dengan Jaesuk tu. Dari dulu sampai sekarang! Tak habis-habis nak kacau line aku! Siap dia!” bebel Sukjin. “Hyeong, apa kata kita serang gudang utama mereka tu?” cadang Haha. Sukjin mula memandangnya serius. Macam bagus juga idea tu.
XXX
Di gudang milik keluarga Jaesuk.
“Kwangsoo, nuna nak cakap sikit dengan kamu ni. Tunggulah!” jerit Jihyo. “Nuna sudahlah. Saya banyak lagi kerja nak kena buat dekat gudang tu!” jelas Kwangsoo, lalu menarik lengannya semula dari genggaman kakaknya itu. “Kwangsoo!!”
Vrroooommm, tiba-tiba satu kereta jip berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapan Kwangsoo membuatkan mereka berdua tergamam. Haha turun bersama dengan konco-konconya yang lain dengan membawa beberapa batang kayu basebol. Kwangsoo perlahan-lahan berundur ke belakang untuk menjaga kakaknya itu. Jihyo dengan eratnya memegang lengan baju adiknya itu, takut. Walauapapun, yang terjadi dia tetap seorang perempuan. Tambahan pula, sekarang konco-konco mereka tidak berada bersama mereka. “Ha.. Ha.. Ha.. tengoklah dua orang makhluk yang sedang menggigil ketakutan ni. Takut ke?! Takut ke?!?” cemuh Haha. Kwangsoo mula mengetap bibirnya menahan marah.
“Siapa awak semua ni, hah?” soal Kwangsoo. “Kami? Ermm.. Siapa kami ni, hah?” ujar Haha sengaja. “Tanya nuna kamu tu! Dia yang kacau bisnes kami tempoh hari. Sekarang sudah tiba masanya kami balas ia balik. Ayuh!” arah Haha. Mereka mengangguk kemudian berpecah. Dua orang mengawal Kwangsoo dan Jihyo, manakala lagi tiga orang cuba untuk membakar gudang mereka itu. “Jangan!!” jerit Jihyo. Namun begitu, dia ditolak dengan kasar oleh mereka membuatkan dia terdorong ke belakang. “Nuna!!” Kwangsoo dengan geramnya menumbuk lelaki itu. Namun, apakan daya seorang lawan dua, tiga orang. Habis bertubi-tubi Kwangsoo disepak, diterajang dan akhir sekali kepalanya dipukul dengan kayu basebol.
“Hahaha.. padan dengan muka kamu semua! Kami gerak dulu yrw.. Annyeong..” ujar Haha, lalu beredar dari situ. “Kwangsoo!!” Jihyo dengan pantas menerpa ke arah Kwangsoo yang cedera parah itu. “Hello, Siwan! Saya nak awak datang ke sini, sekarang juga!” telefon Jihyo.
“Kwangsoo, bertahanlah adikku..” Dilihatnya berdarah yang mengalir banyak dikepala Kwangsoo itu.
XXX
“Ajeossi.. Ajeossi pergi mana tadi?” soal Joongkook, hairan. “Ha.. Ha.. Joongkook.. Joongkook.. Ajeossi ada tugas menarik untuk kamu.” Ujar Haha, sambil ketawa besar. “Tugas?” soal Joongkook. “Ajeossi percaya kalau kamu yang boleh buat tugas ni. Appa kamu mesti rasa bangga kalau kamu buat.” Jelasnya. Joongkook yang mendengarnya mula berasa tertarik.
XXX
Dengan pantas, doktor dan nurse itu menolak pengusung itu masuk kedalam wad kecemasan secepat yang mungkin. “Maaf, cik. Cik tak boleh masuk kedalam.” Tegas jururawat itu. Jihyo mula berasa sebak. Siwan yang berada disebelah hanya mampu mengusap belakang badan Jihyo saja. “Sabarlah cik.” Tenangnya.
Selepas beberapa minit kemudian, Jaesuk datang dengan pembantu peribadinya Kwang Gyu dan konco-konco mereka yang lain. “Jihyo?? Apa yang dah berlaku ni?” soal Jaesuk khuatir. “Appa!!” *sob sob* Jihyo menangis semahu-mahunya didalam pelukkan Appanya tanpa berkata apa-apa. Jaesuk kemudian memandang Siwan minta penjelasan yang nyata. Siwan dengan tidak teragak-agak menceritakan semuanya pada tuannya itu. Jaesuk perlahan-lahan menumbuk dinding hospital itu. “Appa! Apa yang appa buat ni?” ujar Jihyo, khuatir dengan tindakkan appanya itu. “Mereka memang sengaja buat macam tu! Berani dia sentuh anak-anak Appa! Mereka tu harus diberi pengajaran yang setimpalnya.” Laung Jaesuk.
Dalam waktu yang sama, doktor yang berada didalam wad kecemasan itu keluar untuk memberi keterangan. “Awak semua ni ahli keluarga pesakit ke?” Jaesuk dan Jihyo mengangguk dengan pantas. “Maaf encik.. Anak encik telah mengalami pendarahan yang teruk di kepala menyebabkan pembedahan segera terpaksa dilakukan.” Jihyo yang mendengarnya mula terasa ingin pitam menyebabkan Jaesuk memegangnya dengan kuat disebelah. “Kalau pembedahan ini dijalankan. Adakah anak lelaki saya akan sihat semula?” soal Jaesuk ingin kepastian. “Tengok pada kemampuannya dalam melawan kesakitan itu. Mungkin dia berjaya tapi koma untuk beberapa hari atau dalam tempoh yang lama. Atau mungkin saja pembedahan ini tidak berhasil dan menyebabkan kepada KEMATIAN.” Jelas doktor itu panjang lebar. Jihyo yang berada disebelah sudah menitiskan air mata. Dia sayang benar dengan adiknya itu walaupun Kwangsoo selalu saja berasa tidak puas hati dengannya.
“Baiklah, saya setuju dengan pembedahan ini!” ujar Jaesuk, muktamad. Jihyo ternganga. “Appa!! Apa yang appa katakan ni?” Jaesuk memandang anaknya itu sayu. “Kwangsoo harus menjalankan pembedahan ni kalau nak dia terus hidup!!” tegas Jaesuk.
XXX
“Hey, Gary. Aku tengok engkau akhir-akhir ni macam kuat mengelamun saja.” tegur Bomi (Apink). Gary mula tersengih sambil mengusap belakang tengkongnya. “Hehe, mana ada!” ucapnya malu-malu. Padahal, hanya hatinya sendiri saja yang tahu apa yang tengah dia rasakan sekarang ni. Hyorin (Sistar) yang baru saja datang bersama Gaeko mula menyampuk. “Hah! Aku tahu.. ni mesti engkau dah jatuh cintakan?” Gary mula membulatkan matanya tanda terkejut. Dia cepat-cepat menggeleng *cuba untuk menafikan hal yang benar*. Seolhyun (AOA) kemudian datang dengan membawa sedulang air lattle dan cappuccino yang dipesannya tadi di kaunter. “Ni untuk oppa.. ni untuk Seolhyun.” Ucap Seolhyun dengan penuh keayuaan. Gary kemudian mengucapkan terima kasih padanya. Mereka yang lain mula tersengih-sengih memandang dua merpati sejoli yang terlebih manisan itu.
Gary memandang mereka pelik. Dah kenapa mereka ni? bisiknya dalam hati.
Perjalanan pulang ke rumah.. Rumah Seolhyun dan Gary dekat saja. Jadi Gary memang selalu akan teman Seolhyun balik. Itu pun kalau Gary tak ada kerja lain.
“Emm, oppa. Tadikan.. mereka kata oppa dah jatuh cinta. Kalau boleh Seolhyun nak tahu. Siapakah gadis yang bertuah tu??” soal Seolhyun malu-malu. Gary mula memandangnya. Patut ke aku beritahu dia? “Emm.. sebenarnya.. orang tu..” Tiba-tiba, mata Gary tertacap pada seorang gadis ini, yang gayanya seolah-olah cuba untuk membunuh diri dengan melintas jalan sewaktu kereta sedang bergerak banyak.
“Hati-hati..!!” jerit Gary, lalu menyelamatkan gadis itu dari bahaya. Dia kemudian memandang gadis itu dengan wajah bengis sekali. Tapi marah dia tak jadi apabila dia lihat, gadis itu ialah Jihyo. “Awak?!?” ucapnya. Jihyo menangis dengan teresak-esak.
Akhirnya, mereka tiba di rumah Seolhyun. Mujur keluarga Seolhyun tak ada di rumah, katanya ke luar Negara. Jadi bolehlah Seolhyun bawa masuk orang luar sesuka hati.
“Minum air suam ni dulu.” Semawa Seolhyun. Jihyo perlahan-lahan meneguk air itu. “Awak kenapa ni? Kenapa setiap kali saya jumpa awak, mesti ada saja luka dekat badan awak ni.” soal Gary, ingin tahu. Jihyo mula tersendu sendan menahan tangisan. “Saya.. saya.. saya ada masalah dengan along. Hidup saya tak tenteram!! Hutang keliling pinggang. Hidup saya betul-betul terancam..!” jelas Jihyo. Gary memandangnya dengan penuh rasa kasihan. “Kenapa awak pinjam duit dengan along?” soal Gary, lagi. “Adik saya tak sihat. Jadi saya perlukan duit yang banyak untuk biayai kos rawatannya sebab tu saya pinjam duit dekat along. Masalah sekarang hutang saya tu terlalu banyak. Saya cuba nak bayar balik. Namun, setiap kali saya dikecam mesti saya akan dipecat menyebabkan duit gaji yang saya peroleh selama ini tak mencukupi.” Terangnya panjang lebar.
“Seolhyun.. boleh tak Jihyo tinggal dengan awak sementara waktu ni?” pujuk Gary. Berkerut-kerut wajah Seolhyun. Dahlah dia tak kenal siapakah wanita itu? Lepas tu, kenapa Gary ni macam kenal gila dengan wanita tu. Padahal, Gary tak pernah bergaul dengan orang lain selain mereka iaitu dia, Bora, Gaeko dan Hyorin. “Tapi...” Seolhyun cuba mencari alasan. Gary cuba dan terus mencuba memujuk Seolhyun sehinggalah Seolhyun bersetuju dengan permintaan Gary itu. “Emm, saya jaga dia sampai ibu bapa saya pulang dari luar Negara saja. Lepas tu, dia kena keluar dari rumah ni. Kalau tak nanti keluarga saya mesti tanya dia ni siapa.” Gary mengangguk. Itu sudah memadai untuk dia buat masa ni.
Seolhyun kemudian membawa Jihyo masuk kedalam bilik tetamu selepas Gary meminta dirinya untuk pulang. “Ini bilik awak buat masa ni. Kalau nak apa-apa awak boleh minta dekat saya atau pembantu rumah dalam rumah ni.” Jihyo mengangguk mendengar penjelasan Seolhyun itu. “Ermm, hujung sana bilik saya. Depan awak ni bilik kerja ayah saya, So, saya harap awak tak usik bilik ni sebab dia tak suka. Even, saya pun tak boleh masuk.” Jelas Seolhyun lagi. Setelah tiada apa-apa untuk dikatakan dia pun meminta diri. “Sejam lagi kita jumpa dekat meja makan. Awak rehatlah dulu.”
Di dalam bilik itu, Jihyo memerhatikan setiap sudut hiasan di dalam bilik itu dengan perasaan penuh rasa kagum. Nice! Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. “Hello.. appa. Hmm.. emm.. Jihyo baik-baik saja. Appa jangan risau. Jihyo tahu apa yang Jihyo tengah buat sekarang. Jihyo akan pastikan.. Hidup mereka hancur berkecai!!” tegas Jihyo.
XXX
“Hyeong.. nampak appa tak?” soal Gary. Joongkook memandangnya sinis. “Entah. Tak pernah-pernah engkau cari appa. Apasal?” soal Joongkook, hairan. “Aku ada something nak cakap dengan Appa.” Jelasnya, serius. “Hey!! Engkau tak payah nak buat muka seriuslah dengan aku. Urusan apa yang engkau nak cakap dengan orang tua tu?!? Beritahu aku dulu.” Rentap Joongkook pada kolar baju Gary. “Hyeong! Apa masalah hyeong ni?!?” bentak Gary lalu menarik kolar bajunya semula.
“Hey..!! Apa yang korang bisingkan ni, hah?!” tegur Sukjin bersama Haha disebelah. “Appa.. Gary ada sesuatu nak cakap dengan appa. Boleh tak Gary pinjam duit sikit dari appa?” pinta Gary.
Di dalam pejabat Sukjin.
“Kamu nak duit? Untuk apa?” soal Sukjin, hairan. “Errk, adalah appa. Kalau ada duit nanti saya bayar balik.” Rayu Gary. “Boleh tapi dengan satu syarat.. kalau kamu ikut apa yang appa katakan ni.. Appa tak kisah nak bagi duit tu free.. free saja pada kamu.” Gary mula tergamam. Dia paling tak suka kalau Appanya meletakkan syarat disaat dia betul-betul perlukan wang itu. Namun, apabila difikirkan gadis yang tidak berdaya di rumah Seolhyun itu Gary pun bersetuju dengan Appanya. “Baiklah, Appa nak kamu dapatkan balik hak kawasan kita yang telah dicuri oleh keluarga Jaesuk. Kawasan tu adalah Pangkalan SBS.. Pangkalan paling sesuai untuk berdagang dadah, senjata dan sebagainya. Faham! Tempohnya adalah selama 3 hari.” Jelas Sukjin. Gary mula mengetap bibirnya erat. Dia sebenarnya tak suka nak masuk campur urusan gangster ni. Dia lebih dambakan kehidupan normal seperti orang lain. No guns! No drug!
:: Skip ::
Semua plan telah dirancang. Pada malam itu, Gary akan menyerang pangkalan itu secara senyap-senyap. Dengan bertemankan pistol sniper, Gary lebih gemar bertindak seorang diri tanpa bantuan konco-konconya yang lain. Perlahan-lahan, dia menembak seorang demi seorang pengawal-pengawal yang menjaga tempat itu. Kemudian, Gary perlahan-lahan menuju masuk ke dalam kapal dimana orang akan berdagang didalam kapal itu dan membuat rundingan. Di situ, Gary terdengar suara-suara orang sedang bermesyuarat dan Gary ternampak kelibat seorang perempuan berada di tengah-tengah meja sidang itu. Seolah-olah, dialah ketua bagi persidangan itu. Namun begitu, wajah gadis itu dihalang oleh kepala-kepala orang yang turut sama berada di meja itu membuatkan Gary tertanya-tanya siapakah wanita itu.
“Cik J.. bila barang kami boleh sampai..!! Kalau terus-terusan macam ni. baik awak turun takhta dan serahkan kuasa awak pada keluarga Sukjin.” Bentak salah seorang daripada mereka. Gadis itu berasa berang. “Fine!! Silakan.. saya tak kisah. Untuk pengetahuan awak, saya pun nak tengok sejauh mana kelurga Sukjin tu boleh memimpin awak semua. Setahu saya, waktu dia memerintah awak semua banyak yang kena masuk lokap. Kenapa? Sebab dia tu tak pandai nak jaga kawasan dari polis.. Betul tak?” ujar gadis itu sinis. Semua orang kembali diam membisu. “Dengar sini.. saya bukan nak lambatkan kerja saya. Tapi baru-baru ni gudang utama kami diserang oleh beberapa orang gangster ni. Saya tak berapa pasti mereka tu dari keluarga mana. Jadi saya minta tempoh untuk korang semua bersabar. Jangan risau! Buat masa ni saya akan bayar ganti rugi untuk korang semua. Faham!!” jelas gadis itu kemudian meminta mereka untuk bersurai.
Gary dengan cepat-cepat naik ke atas dek kapal semula untuk bertemu dengan gadis itu sebab dia tahu mungkin gadis itu yang berkuasa untuk pangkalan SBS ni dan dia ingin berunding dengan gadis itu agar gadis itu memberi kuasa pada appanya semula untuk berdagang di pangkalan ini.
“Hey!! Tunggu!!” tegur Gary. Kalau dia lelaki dah lama Gary tembak sampai mati. Senang habis cerita~ Tapi.. mujur dia perempuan. Gary ada protokol dan prinsip dia. Jangan sesekali serang atau tembak seorang wanita! Gadis itu berhenti melangkah. Namun, tidak menoleh ke belakang. “Siapa awak? Saya datang ada hajat..” ujar Gary. Pembantunya disebelah menjawab “Hajat apa?” Gary berasa curiga. “Saya nak awak beri keizinan untuk keluarga Sukjin berdagang dekat pangkalan ni semula. Gadis itu perlahan-lahan tersenyum sinis. “Maaf.. itu dah melanggar perjanjian!” ujar pembantunya lalu mereka melangkah pergi. Namun begitu, Gary dengan pantas melepaskan satu das tembakan pada kaki pembantunya itu membuatkan pembantunya itu rebah. Gadis itu terkejut dan dengan pantas mengelurkan pistolnya dan mengacunya tepat pada kepala Gary.
Gary terkejut memandang wajah itu.
“Awak?!?”
Gadis itu tersenyum sinis. “Yrw.. saya..? kenapa?”
“Tapi.. tapi.. awak..” tergagap-gagap Gary apabila melihat gadis dihadapannya adalah Jihyo, orang yang dia cintai. Jihyo perlahan-lahan menghampirinya setapak demi setapak menyebabkan Gary berundur ke belakang dan akhirnya melepaskan senjatanya ke bawah. “You’re so weak, young boy! Buat pengetahuan awak. Awak tak sama macam keluarga awak yang lain. Tapi... awak sesuai untuk jadi umpan buat saya.” Jihyo dengan pantas mengelurkan garinya dan menggari kedua belah tangan Gary dan membawanya pergi dari situ.
:: Skip ::
Di sebuah gudang lama
Gary perlahan-lahan membuka matanya dan melihat keadaan sekeliling. Tiba-tiba, dia terkejut melihat Seolhyun yang berada disebelahnya. “Seolhyun, awak? Macam mana awak ada dekat sini?” “Oppa!! Seolhyun nampak dia cuba geledah kamar appa. Seolhyun masuk dan tiba-tiba kepala Seolhyun terasa macam kena hantuk sesuatu. Tengok-tengok, Seolhyun dah ada dekat sini.” Gary merengus geram. Tiba-tiba, kedengaran suara orang ketawa terbahak-bahak dan orang itu ialah..
Joongki
“Awak siapa?” soal Gary, hairan. “Saya?? Hahahaha, saya Joongki. Takkan tak kenal kowd?” ujar Joongki. “Saya dah ditugaskan oleh Jihyo untuk jaga awak berdua dengan baik. Hohoho, tapikan saya tengok sweet pula awak berdua ni yrw. Hmm.. kesian awak young lady.” Seolhyun mula membeliakkan matanya. “Jangan mengarut!!” jerkah Seolhyun. Gary memandang Seolhyun pelik.
Sementara itu..
Di pejabat Sukjin,
“Appa.. tolong sain dekat sini..” Sukjin tanpa banyak songeh menandatangan surat perjanjian itu tanpa membacanya terlebih dahulu. Joongkook dengan gembiranya meminta dirinya. Namun begitu, tiba-tiba Appanya memanggilnya semula. Hati Joongkook mula berdegup dengan kencang khuatir appanya sudah mudah terperasan. “Joongkook kamu nampak Gary? Dia dari semalam tak pulang-pulang lagi.” Soal Sukjin ingin tahu. Joongkook berasa sakit hati. “Entahlah, Joongkook tka nampak pun dia.” Balasnya lalu keluar dari bilik itu pantas.
>> Skip <<
Gym milik Joongkook. Disitu dia ketemu dengan ajeossinya iaitu Haha. Joongkook kemudian menyerahkan surat perjanjian itu. Haha dengan gembiranya mula memuji anak saudaranya itu. “Kerja yang bagus Joongkook..!! Mulai dari saat ini kamu akan jadi orang kanan ajeossi yang paling kuat sekali. Faham!” ujarnya membuatkan Joongkook berasa bangga.
XXX
Haha dengan beraninya kemudian memasuki pejabat Sukjin dengan penuh megahnya. Sukjin mula terkejut tatkala dia sedang berbincang dengan konco-konconya yang lain mengenai kehilangan anaknya yang seorang itu iaitu Gary. “Haha.. kamu datang tetap pada masanya. Ni hah, kami tengah detect ke mana Gary pergi.” Ujar Sukjin. Haha kemudian dengan sinisnya duduk diatas kerusi dan kaki diangkat dan diletakkan diatas meja menghala ke muka Sukjin. Sukjin kemudian berasa berang. “Haha!! Kamu ni dah kenapa?!?” marahnya. “Maaf.. hyeong tu yang kenapa.” Balasnya penuh riak. Sukjin kemudian mengarahkan konco-konconya untuk membawanya keluar pergi dari situ. Namun begitu, Haha pantas memanggil konconya untuk masuk. Begitu juga dengan Joongkook.
“Joongkook? Apa semua ni?” soal Sukjin. “Maaf Appa. Mulai sekarang saya bekerja dengan Ajeossi bukannya appa.” Ternganga mulut Sukjin dibuatnya. Dahlah Gary hilang ni pula Joongkook buat hal. Haha dengan bangganya menayangkan surat serah kuasa.
Dengan ini, saya Ji Sukjin menyerah kuasa saya pada adik saya iaitu Haha. Dengan itu, saya tiada hak lagi untuk memasuk campur sebarang urusan kerja dan peribadi.
Terlopong mulut Sukjin membacanya. Masa bila dia tandatangan surat itu semua. Dia kemudian memandang tepat ke arah Joongkook.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi das tembakan diluar menyebabkan mereka semua menunduk dan berlari keluar dari rumah.
Dilihatnya kumpulan Jaesuk berada disitu. Begitu juga dengan Jihyo dan Joongki. Sukjin kemudian bertambah berang. Lepas satu masalah, timbul pula satu lagi masalah. Joongki kemudian mara ke hadapan dan menyerah satu surat pada Haha. Haha mengambil surat itu dan membacanya.
Kalau nak Gary.. Sila datang ke gudang lama..
Setelah itu mereka pun berlalu pergi.
:: Skip ::
Di gudang lama.
Akhirnya, semuanya berkumpul disitu. Jaesuk, Haha, Gary, Jihyo, Sukjin, Joongkook, Joongki. Cuma seorang saja yang tak ada iaitu Kwangsoo. Dia kini sedangn berada di wad kecemasan menjalankan pembedahan.
“Apa kata kita selesaikan masalah ini satu persatu?” jelas Jaesuk. “Tiada apa yang nak diselesaikan lagi!! Awak rampas semuanya dari saya!!” laung Sukjin menggila. “Cukup!! Setiap benda mesti ada puncanya!! Kalau awak semua tak mahu berbincang baik saya tembak awak semua sampai mati..” ujar Jihyo lalu mengacu pistol itu tepat ke arah Gary yang berada berhampirannya. Mereka yang lain turut sama mengacu pistol ke arah lawan mereka. Keadaan menjadi tegang. Haha kemudian mengangkat kedua belah tangan seolah-olah tanda menyerah. “Maaf.. saya tak mahu masuk campur! Saya baru saja dinaikkan pangkat pagi tadi. Apa kata korang yang selesaikan semua ni.” ujar Haha, ingin meminta diri. “Tunggu!! Ajeossi tak boleh buat macam ni.” ujar Joongkook. “Kenapa tak boleh pula? Aku cuma nakkan harta bapa engkau. Sekarang patutnya aku jaga nyawa aku kalau aku tak mahu kehilangan harta ni.” jelas Haha.
“Cukup! Dengan sandiwara ni..” jerkah Jihyo lalu melepaskan beberapa das tembakkan ke udara. Mereka semua mula terkejut terutama Seolhyun yang turut terjebak dengan pertelingkahan ini. “Saya dah lali dengan pergaduhan antara dua kelurga ni. Disebabkan pertelingkahan ni Kwangsoo ynag tak bersalah menjadi mangsa.” Terang Jihyo sambil menangis teresak-esak. Gary yang sudah dilepaskan ikatannya mula menarik Jihyo kedalam pelukkannya. Jaesuk yang berada disebelah berasa simpati. “Betul kata Jihyo, Sukjin. Kita yang patut dipersalahkan. Kita yang gaduh. Tapi kenapa sampai nak libatkan anak-anak.” Wajah Sukjin berubah menjadi serba salah.
Nak tahu punca pergaduhan mereka? Sebenarnya mereka berdua pernah menjadi sahabat yang baik, rakan kongsi yang baik dan semuanya baiklah. Sampai mereka berdua bertemu dengan seorang wanita yang mampu mengubah segalanya. Tapi malangnya mereka berdua berebutkan orang yang sama. Dan malangnya, Sukjin terpaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya manakala Jaesuk berkahwin dengan wanita itu.
Jaesuk akhirnya bersuara. “Nak tahu tak.. sebenarnya Ga In cintakan awak. Bukannya saya.” Sukjin menjadi terkejut. “Tapi disebabkan dia lihat awak dah nak berkahwin dengan perempuan lain. Dia paksa saya untuk mengahwininya. Dalam perkahwinan kami tu, saya dapat rasakan dia masih mencintai awak walaupun setiap hari dia akan mengatakan yang dia sayangkan saya dan anak-anak. Sebelum dia meninggal, dia ada pesan pada saya suruh saya serahkan scarf ni pada awak.” Serah Jaesuk ke tangan Sukjin. Sukjin kemudian rebah jatuh terduduk. Air matanya jatuh mengalir membasahi pipi. “Apa kata kita berdamai saja, Sukjin?” ujar Jaesuk. Sukjin kemudian mengangguk.
Kemudian, Joongki dengan drastiknya merampas pistol di tangan Jihyo dan menariknya dan mengacukan pistol itu dikepala Jihyo. Keadaan menjadi huru hara. Konco-konco Haha turut memegang mereka semua dengan erat supaya tidak terlepas. Jaesuk dan Jihyo kelihatan terkejut melihat tindakkan Joongki. “Joongki apa yang awak buat ni?!?” soal Jihyo, hairan. “Awak dengar sini..!! Keluarga awak dan keluarga Sukjin banyak hutang dengan keluarga saya!! lepas tu, senang-senang saja keluarga ni nak berbaik dan bersatu semula!! No way!!” bentak Joongki. “Joongki bawa bertenang.. siapa keluarga awak?!” “Choi Minsoo!! Awak tikam dia dari belakang..” jerkah Joongki. Jaesuk dan Sukjin mula menelan liur mereka. Lupa pula, mereka dulu bertiga. Dan entah bagaimana mereka dengan kejamnya membiarkan sahabat mereka yang seorang itu ditangkap polis dan membiarkan dia digantung sampai mati di penjara.
“Saya takkan lupakan semua tu!!”
Bang!! Satu das tembakkan dilepaskan tepat ke arah Jaesuk terutamanya. Tufff!! Namun begitu, Sukjin yang terkena kerana menghalangi peluru itu dari terkena Jaesuk. “Appa!!!” jerit Joongkook dan Gary. Joongki kemudian berasa takut dan menyebabkan dia membawa lari Jihyo ke tingkat paling atas gudang lama itu. Gary mengejarnya. Begitu juga dengan Seolhyun.
“Berhenti!! Berhenti buat semua ni..!!” jerit Gary. Joongki menggeleng. Seluruh tubuh badannya menggigil. “Joongki berhenti.” Pujuk Jihyo, lemah lembut. “Engkau diam perempuan!! Diam!!” Joongki dengan kasar mencekik leher Jihyo dengan kuat. Gary dengan pantas menumbuk Joongki dan mulalah aksi lawan berlawan. Seolhyun kemudian menarik Jihyo pergi jauh daripada mereka, khuatiri dicederakan lagi. Akhirnya, Joongki tewas. Gary dengan langkah longlai bangun dan pergi kea rah Jihyo dan Seolhyun. Dan tiba-tiba…
Bang!! Bang!!
Dua peluru itu tertusuk masuk tepat terkena jantung Seolhyun. Akhirnya, Seolhyun rebah dan Gary pantas pergi ke arah Joongki dan merampas pistol itu dan menembaknya sebanyak 3 kali.
The END
Epilog..
Berapa tahun kemudian..
Semuanya kembali normal. Keluarga Sukjin dan Jaesuk sekarang telah beralih arah ke arah bisnes restoran. Mereka kini, cuba untuk berubah menjadi orang yang baik. Haha pula telah ditangkap masuk ke dalam lokap. Joongki dan Seolhyun telah pun meninggal dunia. Mujur keluarga Seolhyun jenis yang memahami. Kwangsoo pula telah berjaya melawan penyakitnya dan beransur pulih semula. Jihyo? Gary?
Gary telah meminta izin appanya utuk menyambung pelajarannya dalam dunia muzik. Jihyo pula telah membawa dirinya entah ke mana.
Apa yang pasti.. Setelah beberapa tahun belajar diluar Negara, Gary pulang semula ke tanah airnya.
Dan disebuah persimpangan jalan, dia singgah disebuah kedai bunga ini.
“Hai, saya nak order bunga ros merah, kuning dan pink boleh.” Wanita itu mengangguk lalu menyerahkan 3 bunga itu pada Gary.
Tiba-tiba..

“Oppa!!” sapa Jihyo lalu naik ke belakang Gary.

Gary tersenyum bahagia lalu menyerahkan bunga yang dibelinya sebentar tadi pada Jihyo dan terus mengendongnya. “Gaja!!” ujar Jihyo lalu mencium pipi kanan Gary. Gary dengan semangat melajukan langkahnya.

End
 p/s: Ini hanya khayalan semata-mata.. Ciptaan & rekaan saja. Harap anda suka dengan FF saya ni *kenyit mata*


Sunday, 7 February 2016

Janji Kita (The End)

Bab 18
Di butik Lydia…
Akhirnya, Khai dengan beraninya telah pun menerangkan hal yang sebenarnya pada semua wartawan dan peminatnya. Begitu juga, dengan tarikh perkhawinan mereka berdua. Ramai juga yang berasa kecewa, sedih dan sebagainya apabila idol pujaan mereka akan menampatkan usia bujungnya akhirnya *sob sob* Lydia? Hmph, of courselah kembang kempis jawabnya. Mujur maknya pun boleh terima walaupun first tu macam tentang sikit sebab kahwin dengan idol kan. Banyak halangan yang dia kena lalui. Papparazi, gossip sana sini. Tapi atas dasar cinta dia meletakkan semua kepercayaan pada Khai.
Shafiqah? Dia masih lagi was-was dengan pilihannya. Namun begitu, dia tetap meneruskan majlis ini. Qirash? Mereka dah lama tak bertegur sapa. Waktu majlis tunangnya tempoh hari pun Qirash tak datang. Padahal rumah sebelah saja. Kini hanya tinggal Aliya seorang saja.
“Weii, Al.. engkau dengan Fareyz macam mana?” soal Lydia. “Emm, still kawan. Dia pun sekarang dah busy dengan isteri dia. Perlahan-lahan dia cuba untuk ingatkan ingatan isteri dia semula.” Jelas Aliya. “Soo, engkau dah maafkan Syah lah?” soal Shafiqah pula sambil membelek design baju pengantin yang direka oleh Lydia. “Entahlah, mungkin aku dah maafkan dia.” “Bila engkau nak kahwin erk?” Aliya mula memandang sahabatnya itu satu persatu dengan garangnya. “Banyak songehla korang ni. Kesian sangat dengan Syah tu. Koranglah kahwin dengan dia!” tegas Aliya sambil memeluk tubuhnya. “Chill.. kami tanya jw pun..” ujar Shafiqah dan Lydia.
Sedang mereka bertiga bergelak ketawa, seorang lelaki yang dikenali Aliya datang ke butik itu. keadaan menjadi tegang. “Wei, korang aku nak balik dulu.” “Tunggu Al.. kami yang panggil Syah datang sini. Kami rasa korang berdua patut duduk dan berbincang elok-elok.” Cadang Shafiqah lalu bangun dan pergi meninggalkan mereka berdua di butik itu manakala mereka ke kedai sebentar.
Lama benar mereka berdua menyepi. “Awak nak cakap apa? Cakaplah cepat..! Saya tak ada masa okay..” ujar Aliya akhirnya. “Saya tak ada apa-apa yang nak dicakapkan dengan awak.” Balas Syahriezal. Dia pasrah dengan takdir dan ketentuan Ilahi. “Kalau ada jodoh kita lagi sekali saya terima awak. Itu saja.” Ucap Syahriezal. Aliya memandangnya lama. Dia sendiri bingung dengan isi hatinya sendiri. Adakah dia masih sayangkan Syah? Yrw, bohong kalau dia kata dia tak cintakan lelaki itu lagi. “Fine, kalau dah tak ada apa-apa. Saya nak minta diri dulu. Nanti tolong beritahu dekat dua ekor beruk tu yrw.” “Al.. tunggu..” panggil Syahriezal mematikan langkah Aliya. “Sebelum tu.. tak salah kalau saya mencuba. Sudi tak.. awak jadi isteri saya untuk kali yang keduanya?? Saya janji yang lepas ni saya akan menjaga awak sebaik yang mungkin..” ujar Syahriezal. Hampir tersedak Aliya dibuatnya.
“Terima sajalah wahai sang puteri oii..” sapa teman-temannya yang dah pulang. Hish, kacau line betullah depa ni, bisik hati Aliya. “Nah! Ni hah.. jenuh kami pergi ambil cincin tempahan ni dekat kedai emas tadi. Mujur cincin ni siap hari ni.. Kalau dak terpaksalah tunda purpose ni tulat.. tak pun minggu depan.. tahun depan ke..” seloroh teman-temannya.

Aliya kemudian memandang sekotak cincin itu lama. Dan..
>>Skip<<
Hari yang dinantikan oleh 3 single lapuk ini akhirnya menjadi kenyataan. Hari ni masing-masing akan berkahwin pada satu tarikh yang sama, pelamin yang sama malahan dewan yang sama.

Masing-masing kelihatan anggun mengenakan rekaan yang direka khas oleh Lydia mengikut ciri-ciri yang mereka inginkan. Namun begitu masih ada lagi seorang yang was-was akan perihal perkahwinan ini. “Fiqa.. engkau ni kenapa? Monyok semacam aje?” Shafiqah menggeleng lalu tersenyum kelat ke arah teman-temannya itu. “Weii, korang jomlah kita kena pergi masjid ni.” panggil Lydia yang sudah tidak sabar bergelar isteri Khai. “Eee, gelojoh betul kawan aku yang seorang ni.” ujar Aliya lalu mengikuti langkah Lydia itu. Mereka bertiga kemudian memasuki kereta limo yang telah ditempah khas buat mereka. Sejak dari tadi, hati Shafiqah rasa seolah-olah tidak sedap saja. Macam ada benda yang tak kena. “Engkau okay tak ni? Ke nervous?” soal Aliya, sambil mencuit temannya itu. Kereta limo itu kemudian bergerak menuju ke tempat destinasi. Namun begitu perlahan-lahan Shafiqah merasakan seperti kereta itu menuju ke tempat yang lain.
“Excuse me, encik!! Encik nak bawa kami ke mana ni?” soal Shafiqah, hairan. Aliya dan Lydia mula mengerutkan wajah mereka. “Kenapa ni Fiqa?!?” soal mereka. “Berhenti..!! Berhenti..!!” jerit Shafiqah. “Diam kamu semua!!!” ujar pemandu yang tidak dikenali itu sambil mengacu pistol ke arah mereka. Mereka bertiga kembali diam. Namun dalam diam itu Lydia sempat menelefon Khai.
XXX
Media, tetamu, semuanya kelihatan ramai di masjid itu. Biasalah, bila artis kahwin ni dia macam ramai bebenar yang nak datang. “Heloo, awak? Awak kat mana? Bukan patutnya awak dah sampai 10 minit yang lalu ke?” soal Khai. Namun begitu, jawapan lain yang didengarinya di corong telefon. “Diam kamu semua!! Keluar..!! Keluar!!” “Heloo!! Heloo!! Lyd?!?” talian akhirnya dimatikan. Khai dengan tergesa-gesa beritahu hal ini pada Syahriezal dan Nadz. Mereka berdua terkejut kemudian mula panik. “Macam mana kita nak kesan mereka?” “Jangan risau.. saya ada pasang tracking detect dekat telefon Fiqa. Jadi dengan itu saya boleh detect kedudukan Fiqa menggunakan telefon bimbit saya.” ujar Qirash tiba-tiba. Nadz memandangnya tajam. Namun begitu, dia tiada waktu untuk bergaduh dengan lelaki itu sekarang. yang penting sekarang Shafiqah..!
Di sebuah rumah yang usang..
Mereka bertiga diikat dengan ketat pada sebuah tiang. Shafiqah sedaya upaya untuk mencari jalan keluar dari tempat itu. “Weii, korang nampak tak serpihan kaca ke apa ke.. boleh capai then potong ikatan.” Ujar Shafiqah. “Aku ada nampak kaca ni tapi jauhlah..”
Kedebanggg!!
Pintu bilik itu dibuka dengan kuat menyebabkan ia terkena pada dinding dengan kuat. Mereka bertiga mula menggigil ketakutan. Seorang lelaki yang berbadan sasa dan berwajah bengis datang memasuki ke dalam bilik itu. Wajah Shafiqah berubah menjadi cemberut. “Engkau?!? Engkau nak apa, hah?!?” jerit Shafiqah. Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. “Aku nak engkaulah.. Siapa lagi?!?” ujarnya. “Engkau tak faham bahasa ke!! Aku tak suka engkau!! Aku tak suka!!!!” ujar Shafiqah lalu menendang perutnya disaat dia cuba mendekati dirinya dengan dekat. Lelaki itu ketawa lagi lalu dengan kasar memegang wajah Shafiqah dengan agak kuat. Aliya dan Lydia tidak mampu melakukan apa-apa kerana mereka turut sama diikat.
“Engkau jangan nak mengada-ngada dengan aku!! Ooo, dengan lelaki Nadz tu engkau boleh maafkan pula. Aku ni?!?” tambahnya lagi. “Engkau tu lain Fiz.. Engkau tu psiko!! Bukan ke engkau dekat hospital saki jiwa?!? Macam mana engkau boleh keluar..” soal Shafiqah. “ Panjang cerita dia kalau aku cerita dekat engkau sekali pun bukannya engkau nak dengar. Betul tak?” ujar lelaki itu. “Sudahlah, kalau aku tak boleh dapat engkau.. Orang lain pun tak boleh dapat engkau..” dengan kejam dia menampar Shafiqah sehingga pengsan. Begitu juga dengan teman-temannya yang lain.
XXX
“Betul ke ini tempatnya?” soal Syahriezal, pantas. Qirash mengangguk. “Baiklah, aku nak keluar sekarang juga..!!” tegas Syahriezal. “Tunggu!! Kita kena ada plan.. tak boleh nak main redah masuk saja.” Cadang Khai. “Betul tu..” balas Nadz.
Perlahan-lahan, mereka memasuki rumah usang itu dan merebahkan beberapa orang konco yang menjaga di belakang pintu masuk rumah itu. Dan akhirnya mereka menjumpai mereka bertiga dalam keadaan lemah dan lebam akibat dipukul. “Al..!!” jerit Syahriezal perlahan. Aliya terjaga. Dia dengan pantas memeluk lelaki itu dengan menggigilnya. Syahriezal perlahan-lahan mengepal penumbuknya menahan marah. Begitu juga, dengan Khai yang melihat orang kesayangannya diperlakukan sebegitu rupa. Sebaik saja ikatan tangan Shafiqah terlepas dia dengan pantas memeluk Qirash berbanding Nadz. Nadz yang berada disebelah berasa sedikit kecewa. “Awak.. awak tak apa-apa??” soal Qirash, dengan perlahan-lahan mengusap lembut air mata yang mengalir diwajahnya. “Rash.. saya takut.. lelaki psiko tu sebenarnya ex lama saya yang dulu saya pernah tinggalkan dia tapi dia tetap nakkan saya.” jelas Shafiqah. Nadz kemudian bersuara “Maksud awak Fiz??” soal Nadz, khuatir. Shafiqah mengangguk. “Maafkan saya semua.. sebenarnya semua ni salah Fiqa.. Dia sebenarnya nakkan Fiqa bukan Aliya dan Lydia.” Jelasnya lagi.
“Sudahlah tu.. Mari kita keluar dari sini sebelum mereka tahu.” Cadang Aliya.
Sikit lagi nak sampai ke kereta, tiba-tiba kedengaran bunyi beberapa das tembakkan dilepaskan ke udara. Mereka semua terkejut dan berpaling ke belakang semula. “Berhenti sebelum saya tembak seorang-seorang..” ujar lelaki psiko itu. “Jangan kacau mereka!! Saya yang awak nakkan..!!” ujar Shafiqah. Lelaki itu mengangguk. Shafiqah dengan perlahan-lahan melangkah ke hadapan menuju ke arah lelaki psiko itu. Namun tangannya dipegang erat oleh Nadz. Shafiqah tersentak kemudian tersenyum. “Nadz, I’am sorry! Saya sebenarnya tak cintakan awak. Saya rasa saya dah tak boleh nak teruskan perkahwinan ni.” wajah Nadz berubah menjadi kelat. Dia tahu semua tu. Tapi dia tetap berdegil dan hanya berdiam diri saja. “Jangan Fiqa!!” jerit teman-temannya yang lain. “Pergi dan selamatkan diri kamu semua..!!” arah Shafiqah. Tangannya kemudia ditarik oleh lelaki psiko itu dan pistol itu serta merta diacu pada kepalanya. “Pergi sebelum saya tembak dia!! Pergi!!” Qirash mula mengetap bibirnya erat. Aliya perlahan-lahan membuka kasut tumit tingginya. Isyarat hati diberikan pada Syahriezal dan Lydia. Kemudian, Aliya dengan pantas men-target kasut tingginya itu kea rah pistol yang dipegang oleh lelaki psiko itu. Syahriezal dan Khai serta merta cuba untuk berlawan dengan konco-konconya. Shafiqah akhirnya cuba meloloskan dirinya lagi sekali ke arah Qirash.
Bang!! Satu das tembakkan dilepaskan kearah Qirash dan Shafiqah. Namun begitu..
“Nadz??” melopong mulut semua orang. Dan pada waktu yang sama polis akhirnya tiba.
Di hospital berdekatan..
Nadz sempat berpesan sesuatu pada Shafiqah. “Dengan ini saya lepaskan awak pada orang yang lebih sesuai Fiqa..” menitis air mata Shafiqah melihat Nadz ditolak masuk ke dalam wad kecemasan. Majlis perkahwinan mereka pun turut ditunda pada hari lain.

Beberapa bulan kemudian..

Di Jeju Island, Korea…
“Wah!! Cantiknya pulau ni.. kan” puji Lydia. Aliya mula tersenyum gembira bersama suaminya Syahriezal disisi. “Okay, korang semua.. Khai telefon aku tadi. Semua plan dah settle..” ujar Qirash. “Plan? Plan apa??” soal Shafiqah, hairan. “Hish, nampyeon aku tu buat apa pula.. Dahlah sibuk memanjang jew kerja dia. Sampai tak ada masa langsung dengan aku..” rajuk Lydia. Mereka semua ketawa. “Itulah.. siapa suruh engkau kahwin dengan idol..” perli Shafiqah dan Aliya. Lydia mula memuncungkan bibirnya.
Akhirnya, mereka tiba disebuah tempat yang disitu ada sebuah pentas dan kelihatan tempat itu pun dihias dengan cantik punya. Aliya, Lydia dan Shafiqah berasa teruja sekali. “Wow, ada konsert ke kejap lagi?” soal Aliya, ingin tahu. “Kan best kalau boleh jumpa BTS, V..” gumam Lydia.

Tiba-tiba keluar satu lagu yang selalu sekali mereka dengari. 



Melopong mulut Aliya, Shafiqah dan Lydia. Dan tiba-tiba disaat akhir-akhir persembahan kumpulan BTS keluar pula kumpulan EXO. Lydia tergamam melihat nampyeon nya membuat persembahan sekali dengan Exo. Meleleh air mata ini kerana teruja sangat. “Cewahh!! Untungnya laki dia buat surprise macam tu sekali..” puji Aliya dan Shafiqah yang turut berasa jeles. Qirash dan Syahriezal kemudian tersengih dan turut naik keatas pentas dan menari bersama. Mereka bertiga kemudian ketawa terbahak bersama-sama.
Akhirnya, mereka bertiga menemui kebahgiaan masing-masing. Oh yrw, macam mana dengan Nadz? Dia masih lagi hidup. Kini, dia cuba untuk belajar mencintai orang lain dan cuba untuk sentiasa menghargai seseorang itu. Anas pula? Dia kini memilih untuk ke luar Negara dan belajar lebih lagi mengenai dunia bisnes. Sekali sekala tukar bidang tak apa. 
The End
p/s: Akhirnya, ini saja untuk cerita 'Janji Kita'. Harap korang semua terhibur. Penat dah Eyka buat. Ini yang terakhir kalau rasa tak memuaskan tu. Maafkan saya, saya hanya mengarang untuk suka-suki kitalah.. Kalau ada masa.. nak buat cerita lain pula. Thanks, pada sesiapa yang sudi baca dan menunggu. Eyka hargai sangat-sangat..!!




 
Images by Freepik