Eyka Blog: Janji Kita (Bab 16)

Sunday, 17 January 2016

Janji Kita (Bab 16)

Bab 16
Dari jauh Shafiqah hanya mampu memerhatikan dua sejoli yang sedang rancak berborak sambil menikmati minum petang itu. Ikutkan hati rasa macam nak tumbuk-tumbuk saja muka Qirash tu. “Kak Fiqa.. Usya apa lama-lama tu? Kang, tak pasal-pasal terpotong pula jari jemari tu. Hah, tak kesampaianlah nak merasa orang sarungkan cincin kat tangan.” Ucap Lulu yang merupakan teman sekerjanya yang paling banyak berceloteh. “Haipp! Engkau budak-budak apa tahu. Jangan nyibuk!” ngomel Shafiqah lalu menyambung semula memotong bahan-bahan untuk membuat spaghetti carbonara. Lulu tersengih. Tak paham betul dia lihat dua merpati sejoli ni. “Itulah akak.. Dulu waktu orang nak mengorat akak.. Akak juaii mahai. Sekarang tengoklah. Dah melepas dah!” Shafiqah mula memandang Lulu tajam. “Ehh, budak engkau nampak cili ni. Baik kau diam sebelum aku sumbat masuk dalam mulut engkau.” Acah Shafiqah sambil mengacu cili itu ke arah Lulu.
“Err, assalamualaikum.” Ucap Nadz. Shafiqah tersentak. Lulu kemudian tersengih lalu meminta diri untuk beredar dari situ. Eh, minah ni boleh pula nak lari-lari! “Err, malam ni awak free tak?” soal Nadz sambil mengusap belakang tengkongnya tanda macam segan-segan pula. Shafiqah menggeleng lalu menyambung kerjanya semula. Nadz kemudian mula bersandar di sebelahnya sambil memerhatikan Shafiqah membuat kerja. Seronok tengok tangannya yang ala-ala serupa nak terpotong jari jemari tu. “Kalau macam tu pukul 8.30 lepas Isyak saya ambil awak dekat rumah awak yrw.” Ucap Nadz. Shafiqah mula mengerutkan wajahnya tanda keliru. “Buat apa?” “Malam ni saya ada dinner dekat satu majlis ni. Saya malaslah nak pergi sorang-sorang. Awak teman saya okay!” pujuk Nadz. Shafiqah mengeluh. Tiba-tiba, dalam waktu yang sama Qirash mula masuk ke dalam dapur itu semula. Shafiqah dengan pantas mula tersenyum lebar. “Okay, pukul 8.30 kan! Jangan lambat..” balas Shafiqah.
Qirash dengan pantas berdehem. Nadz mula terkejut lalu mengalih pandangannya ke arah Qirash. “Engkau ni tak ada kerja lain ke? Yang menenggek dekat sini apasal.” Bebel Qirash. Nadz kemudian meminta dirinya lalu beredar dari situ. Namun sempat dia membisikkan sesuatu ke telinga Qirash sebelum beredar. “Jangan ingat aku tak tahu siapa engkau. Suatu hari nanti aku akan pastikan Shafiqah hilang dari pandangan engkau selamanya. Dan aku akan pastikan dia jadi milik aku bukan engkau!” Qirash mula berasa tercabar. Tak guna punya lelaki! Bara dalam hati tiada siapa yang tahu.
XXX
Malam yang dinantikan sudah pun tiba. Shafiqah datang dengan mengenakan blaus berwarna pink.

Manakala, Nadz memakai kot berwarna biru.

Tatkala, berada di majlis itu. Ramai orang datang dan memuji mereka. “Wah, bagaikan pinang dibelah dua saya tengok awak berdua ni. Isteri ke ni?” soal beberapa orang tetamu yang datang menegur mereka. Shafiqah hanya mampu tertawa kecil. Isteri? Hik3.. “Fiqa!!” tegur seseorang ni membuatkan Shafiqah menoleh ke arah suara yang memanggil itu. “Lyd.. Engkau buat apa dekat sini.” Soal Shafiqah lalu memeluk temannya itu. “Aku.. Hik3, biasalah datang sini sebab kerja. Lagipun, orang yang jemput aku datang sini ialah pelanggan tetap aku yang paling rapat sekali. So, kalau tak pergi tu rasa macam serba salah pula. Engkau pula buat apa dekat sini?” soal Lydia, hairan. “Err, aku datang sini temankan Nadz.” Jawab Shafiqah perlahan. Lydia mula terkejut. Aik? Dah baik ke diaorang ni, bisik Lydia dalam hati. Nadz yang sejak tadi sedang beramah mesra dengan orang lain mula menghampiri Shafiqah semula. “Hai, Lydia.” Sapa Nadz. Lydia mula menjuihkan bibirnya tanda menyampah. Teringat balik peristiwa lelaki itu yang sanggup melutut dihadapannya itu. Gila!!
“Tuan-tuan dan puan-puan.. Selamat datang ke Majlis Hari Jadi Anak Perempuan saya yang ke-27. Saya ucapkan terima kasih bagi sesiapa yang sudi memberikan hadiah dan sebagainya. Tanpa membuang masa, mari kita mulakan majlis ni dengan acara meniup lilinnya.” Orang ramai mula memberikan tepukkan yang gemuruh tatkala anak perempuannya itu naik ke atas pentas. Dan alangkah terkejutnya Shafiqah apabila melihat perempuan itu ialah Rania. Tidak lupa juga dengan Qirash! What?!? Gegehnya perempuan tu. Tarik-tarik tangan Qirash ikut dia naik atas pentas pula, bentak hati Shafiqah. “Nadz, explain to me!! Now!” bisik Shafiqah ke telingan Nadz. Nadz mula berasa serba salah. Tidak tahu dari mana yang harus dia mulakan.
“Baiklah, terima kasih kepada hadirin sekalian kerana sudi menghadiri majlis hari jadi saya ni. Saya harap awak semua sihat-sihat saja. Baiklah, tidak lupa juga dengan tunang saya ni..” Pandangan Shafiqah pantas ditoleh ke arah mereka yang berada diatas pentas itu. Tunang? Lydia, Nadz turut sama terkejut, tapi Shafiqah lagi terkejut kowd. “Thanks awak..... sebab sudi buatkan favorite kek saya ni. I appreciate sangat walaupun orang kata tak seberapa! I love you!!” akhir kata itu akhirnya diakhiri dengan hembusan lilin dan ciuman manis dipipi Qirash. Berjurai air mata ini membasahi pipi. Shafiqah dengan pantas mengangkat blausnya yang labuh mencecah lantai itu dan beredar dari situ. Nadz kemudian dengan pantas mengejarnya.
“Rania, awak buat apa ni!” bisik Qirash. “Alah, dulu waktu kolejkan saya selalu kiss pipi awak. Apa salahnya.” Balas Rania lalu memotong keknya dan terus tersenyum. “Itu dulu ini sekarang. Saya dah cukup baik pinjamkan awak title ‘tunang’ tu. Tapi kalau kiss pipit u macam dah melampau dah. Tambah pula bapa awak dari tadi asyik usya panas saja dekat saya.” jelas Qirash, yang rasa macam cacing kepanasan saja. “Hehe, papa memang macam tu. It’s okay bukan sehari dua dia kenal awak.” Ujar Rania.
XXX
Kedebuk!!
Akhirnya, Shafiqah jatuh tersebam gara-gara terpijak blausnya yang panjang mengurai itu. “Fiqa!!” jerit Nadz lalu dengan pantas berlari ke arahnya. “Awak tak apa-apa ke?” soal Nadz. Wajahnya kelihatan comot dengan eyeliner dan mascara (nangis punya pasal), tangan dan lututnya luka gara-gara terjatuh tadi. Kaki kanannya terasa sakit, mungkin terseliuh agaknya. “Boleh bangun.” Shafiqah diam sambil menangis dengan semahu-mahunya. “Nadz.. awak kahwin dengan saya boleh tak?!? Saya nak kahwin!! Saya nak KAHWIN!! Saya tak kira juga!!” ucap Shafiqah. Hati Nadz mula berasa terguris apabila melihat Shafiqah yang sebegitu rupa. Baru hari ni dia dapat merasakan bagaimana wajah Shafiqah apabila terluka. Agaknya macam inikah wajahnya sewaktu dia menolak Shafiqah dahulu. Dengan perlahan dia memimpin Shafiqah untuk bangun. Namun begitu, akibat tidak sampai hati melihat Shafiqah yang terjungkit-jungkit ketika berjalan, Nadz pun mendukungnya. Shafiqah mula terkejut dengan tindakkan Nadz itu.
“Shushhh, awak diam saja!”
XXX
“Chu.. chu.. redalalalalala.. chu.. chu..” dengan perlahan Syahriezal mula bersiul-siul mendendangkan sebuah lagu. Sehinggalah dia tidak terperasan lalu terlanggar seorang nenek ni menyebabkan beg plastik yang berisi buah-buahan yang dipegang nenek itu berterabur dijalan raya. “Arrkk, MasyaAllah nenek maafkan saya!! Nenek tak apa-apa..” ucap Syahriezal lalu membantu nenek itu untuk bangun. Nenek itu menggeleng sambil memegang pinggangnya yang terasa sengal sedikit. “Nek, maafkan saya! Sebagai balasan apa kata saya hantarkan nenek balik dang anti balik buah-buahan yang nenek beli tadi.” “Eh, tak perlulah cu.. Rumah nenek dekat saja dari sini.” Tolak nenek itu, khuatir. “Tak apa! Nek jangan risau. Muka memang nampak macam penyangak. Tapi hati banyak bersih!! Kereta saya dekat jew kalau nenek tak kisah.” Nenek itu dengan teragak-agak menerima pelawaan Syahriezal itu.
Di rumah banglo yang tersergam indah itu. Dilihatnya pancuran air yang berada ditengah halaman rumah itu. Pokok-pokok bunga yang tersusun rapi disekitar rumah itu. Memang indahlah. “Jemput masuk.” Pelawa nenek itu. Syahriezal kemudian masuk dengan memberi salam. “Cu, duduk sini. Kejap lagi nenek datang bawakan air untuk kamu yrw. Kamu nak air apa?” soal nenek itu. “Air apa pun tak apa. Saya tak kisah.” Nek Suri tersenyum lalu berlalu ke dapur. “Amboii, rumah besar-besar ni! Nenek tu tak takut ke tinggal sorang-sorang..” ucap Syahriezal seorang diri. “Nek Suri.. awak boleh panggil nenek. Nek Suri.” Ucap Nek Suri membuatkan Syahriezal terperanjat. Dia mula tersengih.
“Nek dah biasa. Sunyi memang sunyi. Cu ni nama apa?” soal Nek Suri. “Ohh, nama saya Syahriezal. Nek boleh panggil saya Syah.” “Ooo, okay.” “Emm, nek nak tanya. Tu anak lelaki dan anak perempuan nenek ke?” soal Syahriezal yang memandang potret keluarga yang tersergam indah di ruang tamu itu. Wajah Nek Suri berubah menjadi sugul. “Taklah, itu cucu dan cucu menantu, nenek.” Balas Nek Suri lambat. Syahriezal mula berasa serba salah. Macam ada sesuatu saja. Nak tanya.. tapi.. “Emm, sebenarnya dalam rumah ni ada seorang lagi penghuni..” Syahriezal yang baru saja ingin meneguk minumannya mula tersedak. “Maksud nenek?” Nek Suri mula ketawa melihat wajah Syahriezal yang sudah pucat lesi itu. “Tu hah, cucu menantu nek. Dia ada dekat atas kalau kamu nak jenguk.” Ucap Nek Suri. “Erkk? Boleh ke?”
Di tingkat atas..
Syahriezal mula berasa terkejut melihat gadis yang terbaring diatas katil dengan alat bantuan pernafasan itu. Hatinya berasa simpati dan kasihan. Gadis itu kelihatan seperti mayat hidup yang tidak bernyawa tapi sebenarnya masih lagi bernafas. Nek Suri mula duduk dibirai katil itu sambil mengusap lembut tangan gadis itu. Perlahan-lahan air mata wanita tua itu mula jatuh membasahi pipinya. “Dia kenapa nek?” soal Syahriezal ingin tahu. “Setahun yang lepas, dia dengan cucu nenek nak pergi honeymoon. Dalam perjalanan nak pergi tu tiba-tiba mereka kemalangan dengan sebuah treler menyebabkan mereka berdua masuk kedalam hospital. Cucu nenek Fareyz cedera ringan saja, manakala Amilia.. Uhuk.. huk..” hati wanita tua itu mula berasa sebak, terkilan semuanya ada. Syahriezal perlahan-lahan mengusap lembut belakang nenek Suri itu. “Nenek rasa bersalah sangat!! Patutnya waktu tu.. Amilia yang patut nenek selamatkan dahulu. Bukannya cucu nenek.” “Nek..! Tak baik cakap macam tu. Mungkin disebalik semua ni ada hikmahnya yang tersendiri.” Nasihat Syahriezal. Nek Suri mengangguk.
“Jadi mana cucu nenek yang bernama Fareyz tu?” soal Syahriezal lagi. “Dia dah lama tak balik sini. Dulu dia rajin juga datang sini jenguk isteri dia. Tapi sekarang.. dia Cuma datang sini hanya untuk beri duit pada nenek saja. Selebihnya dia akan sibukkan dirinya dengan kerja. Tambahan pula, dia pilot.” Jelas Nek Suri. Syahriezal berasa kesal dengan tindakkan cucu Nek Suri itu. Sanggup dia tinggalkan bini dia ni terlantar seorang diri dengan nenek tua. “Tak guna punya cucu.. Apa jenis cuculah dia tu?!?” ngomel Syahriezal. “Cu..! Tak baik kamu cakap macam tu. Nek tahu yang Fareyz masih sayangkan Amilia. Buktinya dulu dia tak pernah tinggalkan Amilia. Mungkin, keyakinan dia terhadap Amilia untuk bangun sudah kurang sebab tu dia macam tu.” Protes Nek Suri. Dia kenal benar dengan Fareyz tu. Syahriezal memohon maaf.
Sebelum beredar.. Syahriezal sempat berjanji pada Nek Suri. “Nek.. kalau nenek tak kisah. Boleh tak lepas ni saya nak datang jenguk Amilia.” Nek Suri mula terkesima. “Nek jangan risau. Sekadar macam datang baca buku ke.. Dendangkan dia sebuah lagu ke.. Saya masih sedar yang dia tu isteri orang. Tak pun saya tolong jadi Bodyguard nenek.” Ujar Syahriezal lalu mengenyitkan mata sebelahnya sebelum masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi. Nek Suri tersenyum. Alangkah, bahagianya kalau Fareyz kembali seperti itu semula.
XXX
“Hoii..! Engkau kenapa yang termenung jauh sangat ni!” tegur Aliya, sambil menampar meja itu perlahan. Kang, sakit pula tangan tu. Shafiqah tergamam. “Huh! Apa? Apa dia?” termati lamunannya sebentar tadi. “Tak adalah, kami tengok engkau monyok semacam saja. Ada masalah ke?” soal Aliya, ingin tahu. Lydia mula bersuara “Qirash dah bertunang!” tamat. “What?!? Bila?” Aliya mula terjerit terkejut membuatkan satu kafe itu memandang ke arahnya. Dia kemudian kembali duduk dan tertunduk malu. “Shhh, engkau ni terkejut sangat apasal?” ujar Lydia. Aliya menggeleng. “Hmm, aku pun ada masalah juga.. Fareyz ajak kahwin.” Kedua kawannya itu mula mengucapkan tahniah. Akhirnya, kahwin juga kawan mereka itu lagi sekali. Hahak! “Tapi.. masalahnya dia dah ada bini.” “What?!?” kali ni mereka berdua pula terkejut.
“Yup, bini dia sekarang tengah koma. Hari tu nenek dia sampai datang jumpa aku. Rayu bagai supaya sedarkan Fareyz dan kembali ke pangkuan isterinya itu.” jelas Aliya, sambil mengeluh. Shafiqah dan Lydia turut sama mengeluh. Nasib mereka selalu sangat sama.
“Jom lari..!!” cadang Aliya.
Shafiqah menggeleng.
“No way!! Walauapapun itu bukan prinsip aku!!” tegas Shafiqah. Ternett.. trenett.. tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Hish, spoil betullah. Dia kemudian mengangkatnya. Namun, tiada sahutan disana menyebabkan Shafiqah mematikannya semula. “Siapa?” tanya kedua orang sahabatnya. “Entah, dahlah. Jom kita pergi spa. Tenangkan kepala otak!” ajak Shafiqah. Mereka kemudian beredar dari kafe itu. Dari jauh ada orang yang memerhati gerak geri mereka.
“Kejap!” ucap Lydia lalu mematikan langkahnya sebentar.
“Engkau kenapa?” soal Aliya dan Shafiqah.
“Aku rasa macam ada orang ikut kita saja.” Teka firasat Lydia.
Aliya kemudian dengan pantas menarik tangan sahabatnya itu. “Hish, engkau jangan nak meroyan tengah hari ni boleh tak. Gilalah..” bebel Shafiqah dan Aliya.
XXX
Setiap hari setiap masa hubungan Syahriezal dengan keluarga Nek Suri semakin lama semakin erat. Setiap hari kalau tak ada kerja Syahriezal akan datang menjenguk Amilia dan Nek Suri. Kadang-kadang tu Syahriezal akan dendangkan beberapa buah lagu untuk hiburkan Amilia yang sedang baring itu. Tak pun bacakan buku cerita ke, tonton drama ke. Apa-apa sajalah. Nek Suri kadang-kadang rasa bersalah dengan kebaikan yang dihulurkan oleh Syahriezal itu.
“Dan.. akhirnya burung itu bertemu kembali dengan isterinya yang sudah lama terpisah jauh.. The End.” Ucap Syahriezal sambil tersenyum lebar. Diperhatikan sekujur tubuh itu yang langsung tak berkutik. Hatinya sebak. “Emm, Amilia bangunlah. Ramai orang yang tengah tunggu awak ni. Tambah-tambah Nek Suri. Awak tak rindu ke dengan suami awak?” ucap Syahriezal lagi. “Syah..” panggil Nek Suri. Syahriezal tersentak. Entah sejak bila air matanya mengalir. Dia kemudian menyekanya dengan hujung bajunya. Setelah itu, dia keluar dari bilik itu untuk bertemu dengan Nek Suri. “Nek rasa tak payahlah kamu datang dan jenguk kami lagi. Nenek rasa sia-sia saja. Betul kata Fareyz.” Jelas Nek Suri. “Nek..! Saya bukan manusia yang cepat putus asa! Saya tahu nenek pun begitu. Betul tak!”
Prang!! Tiba-tiba, kedengaran bunyi kaca jatuh membuatkan Nek Suri dan Syahriezal berlari naik ke atas semula. Kemudian, dilihatnya.. Amilia yang terjaga.

Nek Suri mula menekup mulutnya tanda tidak percaya, dengan pantas dia memeluk gadis itu dengan erat. “Amilia.. kamu.. kamu.. dah bangun!!” Amilia mula tersenyum lebar. Dilapnya air mata wanita tua itu perlahan. Kemudian, pandangannya mula dikalihkan ke arah Syahriezal yang berdiri seperti patung sejak dari tadi di hadapan pintu bilik itu tanpa sebarang gerakkan. “Abang.. abang buat apa dekat situ.” tegur Amilia membuatkan Nek Suri dan Syahriezal terkejut beruk. “Amilia.. maksud kamu?” soal Nek Suri. “Nek.. itukan cucu nenek. Suaminya Amilia.” Air mata Nek Suri bertambah laju.
===
Setelah beberapa jam kemudian, Dr Cindy keluar dengan satu khabar berita yang amat besar. “Nek Suri.. Syah.. rasanya setakat ni kesihatan Amilia sudah pun kembali stabil. Sikit hari dia dah boleh berjalan, makan sendiri dan keluar dari rumah ni. Tapi satu saja masalah dia sekarang. Rasanya dia mengalami gangguan memori yang sangat ketara. Mungkin, disebabkan awak terlalu banyak menjaga dia menyebabkan dia ingat awaklah suaminya yang dulu pernah menjaga dia.” Syahriezal mula meraut wajahnya tanda gusar. “Jadi apa yang patut kami buat Dokter?” soal Nek Suri. “Emm, saya takut kalau awak beritahu dia hal yang sebenarnya dia tak dapat terima kenyataan. Jadi, mungkin awak patut ikut saja kehendaknya untuk berapa hari ni dan bila kesihatan dia dah betul-betul stabil baru beritahu dia hal yang sebenarnya.” Cadang Dr Cindy. Nek Suri mengangguk lalu menghantar dokter itu ke pintu hadapan.
Di dalam kamar Amilia..
“Abang..” Hati Syahriezal tersentak. Wajah itu mengingatkan dia pada seseorang. Seseorang yang pernah bersama dia dahulu.
XXX
Drusshhh..
Habis basah baju itu dengan tumpahan air kopi yang dipegangnya tadi. Entah macam mana boleh tertumpah pula. Dengan perlahan dia mengelap baju itu. Aduss, dahlah baju kerja! Baju spare lupa pula nak bawa tadi. Ngomel Aliya dalam hati. “Nah..” hulur Farezy satu beg shopping ni. Aliya mengambilnya dan melihat isi didalamnya. Ada dress didalam tu. Aliya mengeluh. “Fareyz.. Al..” “Stop! Fareyz ikhlas..” ujar Fareyz. Aliya mengangguk lalu meminta diri untuk menukar pakaian itu.
Selesai menukar pakaian, Aliya keluar semula dari tandas itu. Tengok-tengok dilihatnya Fareyz sedang menunggunya disitu. Rasanya ini masanya untuk slow talk dengan lelaki itu. Aliya cuba untuk menghampirinya. Namun, tiba-tiba ada seorang perempuan seksi ni datang dan memeluk Fareyz dengan eloknya. Aliya mula terkesima. Fareyz juga kelihatan seronok berdua-duaan dengan gadis itu. Kemudian mereka berdua beredar dari situ dengan mesranya. Hati Aliya berasa tidak senang. Isy, Fareyz ni tak sedar-sedar lagi ke! Tak ingat ke yang dia tu dah berkahwin. Perasaan ingin tahu mula membuak-buak. Aliya dengan berhati-hatinya mula mengekori mereka.
“Excuse me, sir! Can you follow that car?!?” ucap Aliya dengan pantas. Lelaki yang berumur itu mengangguk dengan pantas membuatkan Aliya masuk ke dalam teksi itu penuh yakin. “Uncle!! Can you faster?!? This is urgent..” “Is that your husband??” soal pak cik itu. Aliya merengus geram. Hish, sempat lagi lelaki orang putih tu menyoalnya. “Yes..! Yes..! And I think he try to sleep with another girl without my permission..” Huh, kan dah terkeluar segala ayat merapu. Pak cik itu dengan pantas mengejar teksi yang dinaiki Fareyz dengan lajunya.
Akhirnya, sampailah mereka disebuah hotel 5 bintang ni.
“Uncle this is your money.”
“Wait!!” Aliya mula menepuk dahinya. Apa lagi pak cik ni? “Your balance miss..” “Keep the change..” ujar Aliya lalu pergi meninggakan pak cik itu.
Aliya dengan terkebil-kebilnya mencari kelibat mereka berdua itu. Kemudian matanya tertacap ke arah ramai-ramai orang yang sedang berpusu-pusu untuk memasuki lif. “Wait…!! Wait for me..!!”
Ting! Akhirnya pintu lif itu sudah pun tertutup. Dilihatnya setiap tingkat yang lif itu tuju. Dan hanya satu saja floor yang ditujuinya iaitu tingkat 2. Aliya dengan pantas mengambil alternatif yang lain iaitu TANGGA.
Akhirnya, Aliya sempat sampai di tingkat 2 itu sebelum lif itu sampai. Huish, semput juga dada ni. Dengan nafas yang masih lagi tercungap-cungap, Aliya memerhatikan gelagat Fareyz dengan perempuan itu yang menuju masuk ke dalam satu bilik ini. Aliya buntu. Apa yang harus dia buat? Serbu? Aliya mula termundar-mandir diluar pintu bilik itu. Tangan berkali-kali ingin cuba menyentuh tombol pintu itu dan akhirnya dia cuba memulasnya dan.. sungguh tidak disangka.. pintu itu langsung tidak berkunci! Wow, macam sengaja jew? Aliya masuk menerjah dan dilihatnya Fareyz sedang duduk dikerusi sambil tangan disilangkan didada. Dia kemudian menyuruh wanita itu untuk keluar dari bilik itu. Kini tinggal hanya mereka berdua disitu. Tekak Aliya mula terasa kering. Dia dengan pantas cuba untuk keluar dari situ. Tapi dihalang oleh Fareyz.

“Fareyz.. don’t play with me! Saya bukan macam perempuan tu.” Ujar Aliya takut-takut. Fareyz mula ketawa sinis. “Al.. saya bukan seperti yang awak fikirkan. Saya cuma nak kepastian. Apa sebab awak ekori saya? Cemburu?” terangkat kening Aliya dibuatnya. Gila ke apa?!?Langkah Fareyz semakin lama semakin hampir membuatkan Aliya berundur setapak demi setapak ke belakang. Akhirnya, dia terperangkap. Wajah Fareyz semakin dekat dengan wajahnya membuatkan Aliya berkata.. “Fareyz.. Ingat Allah Fareyz. This is not who you are!! I know you.” Fareyz mula berundur ke belakang dan jatuh terduduk diatas katil. Berkali-kali dia mengucap ‘SubhanAllah’. “Al.. Fareyz..” “Fareyz, kenapa awak buat semua ni? Awak tak layak untuk saya. Saya rasa ada orang yang lebih penting yang perlukan awak. Sedarlah Fareyz.” Ujar Aliya. Fareyz berasa malu. Malu yang teramat! Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera disitu nama Nek Suri.
“Hello, nek. Kenapa ni?” soal Fareyz sebaik saja mengangkat talian itu. Wajah Fareyz kelihatan berkerut-kerut. Seolah-olah ada sesuatu yang besar telah berlaku. Aliya mula menjadi tertanya-tanya. Kowd-kowd ada apa-apa yang terjadi pada Nek Suri ataupun mungkin isteri dia. Fareyz dengan pantas mematikan talian itu. “Fareyz kenapa ni?” soal Aliya.
“Al.. sebenarnya.. isteri... Fareyz..”
TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 16 ni. And nantikan untuk Bab 17 pula. Sorry, sebab lambat publish.. Eyka cuba lakukan yang terbaik untuk korang semua *kenyit mata*
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik