Eyka Blog: Janji Kita (Bab 15)

Sunday, 10 January 2016

Janji Kita (Bab 15)

Bab 15
Entah kenapa dia perlu rasa marah untuk semua ni. Sedangkan Khai tiada salah apa-apa padanya. Ermm, kecuali kertas yang penuh dengan sain artis kegemarannya basah dengan tumpahan air yang dipegang oleh Khai. Tapi selebihinya, TIADA.  Sarah tiba-tiba, datang menyapa membuatkan lamunan Lydia tersentak. “Cik Lydia.. ada somebody nak jumpa Cik Lydia..” Lydia mula mengangkat keningnya. Siapa pula nak menganggu hidupnya saat dia dalam dilemma ni? Lydia mula bangun dan keluar untuk melihat. Dan.. orang itu ialah ANAS MIKAEL. Grrr, dah macam tak ada orang lain selain dia! Lydia dengan pantas masuk semula ke dalam pejabatnya. Namun, tangannya sempat direntap oleh Anas. Sarah yang memerhati agenda itu mula terasa ‘so sweet!!’.
Malam menjelang tiba~
Entah kenapa dia boleh termakan pujuk rayu Anas untuk ikutnya ke satu majlis party ni. Entah party siapa pun dia tak tahu. Tapi nak buat macam mana dah dia sendiri ada hutang dengan mamat tu. So, kenalah ikut cakap dia. Tak pa! Tinggal lagi 1 wish sahaja lagi. Lepas tu, dia bebas dari genggaman Anas selamanya. Muahahahahaha *gelak dalam hati* Dengan gentlemannya Anas membantunya untuk keluar dari perut kereta Ferari itu. Namun, dengan pantas Lydia menempisnya. “Sorry, tapi aku ni boleh keluar sendiri!” gumam Lydia. Anas mula tersengih. Sebaik sahaja Lydia sampai ke tempat itu, matanya tak henti-henti meliar ke sana ke sini. Pertama, tempat itu tersangatlah cantik hiasannya. Kedua, seorang manusia pun dia tak kenal kecuali Anas seorang. Ketiga, majlis itu kelihatan untuk orang-orang yang tinggi statusnya. Terasa macam diri ini terlalu kerdil pula. Kemana Anas bawa aku ni? soal hati Lydia, resah.
Perlahan-lahan Lydia mula mencuit bahu Anas. Anas pun mengalih wajahnya untuk memandang Lydia. “Ermm, awak nak saya buat apa dekat sini?!?” soal Lydia, berbisik. “Ssshh, adalah..” “Anas..” tiba-tiba, datang seorang wanita dalam linkungan 40-an ke arah mereka dan memeluk Anas dengan erat. Lydia mula memandang mereka pelik. Mata Anas dengan pantas seolah-olah menyuruh wanita itu untuk bertegur sapa dengan Lydia. “Jadi inilah Lydia yang selalu disebut oleh Puan Salbiah tu?” Puan Salbiah? Itu nama mak aku! Lydia mula berasa pelik. Siapakah wanita dihadapannya ini yang sebenarnya. Perlahan-lahan wanita itu mula ketawa. “I like her very much!!” ucapnya separuh ketawa.
XXX
“Mak.. betul ni mak tak apa-apa?” soal Khai, khuatir. Puan Bella menggeleng sambil terbatuk kecil. “Mak sakit sikit jw ni. Tolong sampaikan salam mak pada Aunty Laila kamu yrw..” pinta Puan Bella. Khai mengangguk lalu mencium kedua belah pipi ibunya sebelum pergi meninggalkan rumah banglo itu.
XXX
Sesampai sahaja di majlis itu, Khai mula menegur Puan Laila dan menyampaikan salam ibunya itu padanya. Puan Laila mengangguk tanda faham. “Ermm, Aunty.. Anas mana?” soal Khai, sambil terkinja-kinja mencari kelibat Anas. Puan Laila mula ketawa. “Kamu tak tahu ke yang Anas tu sekarang berani betul bawa teman istimewa dia jumpa, Aunty.” Khai mula berasa tidak senang dengan kata-kata Puan Laila itu. “Teman istimewa?” soal Khai. “Hish, korangkan rapat sejak kecil. Takkan dia tak beritahu kamu kowd. Dengar cerita malam ni akan jadi malam yang hebat untuk dia. Bukan setakat sambutan hari jadinya saja. Malahan, Anas juga terniat untuk melamar gadis itu dihadapan khalayak ramai.” Jelas Puan Laila. Khai dengan pantas terus meninggalkan Puan Laila disitu sendirian lalu pergi mencari mereka berdua sepantas yang mungkin.
XXX

Di halaman taman ibunya..
“Wow, cantiknya bunga yang ibu awak tanam ni.” puji Lydia, sambil bertinggung disitu untuk mengambil bau haruman bunga itu dengan lebih dekat. Hati Anas mula berasa geli hati melihat kecomelan Lydia pada malam itu. Cantik dia. Hmm, correction mungkin dia memang selalu cantik. Cuma engkau saja yang buta, bisik hati Anas. “Urmm, kalau ibu saya tahu mesti dia marah. Dia tak suka taw orang luar selain dia masuk kedalam kebun ni. Tambah-tambah, nak ambil bau bunga yang dia tanam ni. Virus katanya! Takut bunga tu layu.” Dengan pantas Lydia mula mengangkat kedua belah tangannya. Macam pesalah dah. Perlahan-lahan tawa yang ditahan Anas meletus akhirnya. Lydia mencebik. “Relaks! Awak special. Tak pa!” Special? Apa maksud Anas tu? Desis hati Lydia. Namun diabaikannya saja.
“Lyd.. sebenarnya saya bawa awak hari ni sebab nak sambut hari jadi saya.” jelas Anas. Wajah Lydia mula berubah menjadi kedut seribu kedutan. “What!! Kenapa tak beritahu saya!! Boleh saya sediakan hadiah special untuk awak!! Hish...” Adooii, rasa macam kurang hormatlah pula. Anas pun satu. Bukan nak beritahu dia betul-betul. Anas menggeleng. “Tak apa sebab saya ingat saya nak beri awak hadiah yang special pada hari special saya ni.” Lydia mula menunding jari ke arah dirinya sendiri. “Saya? Hari jadi saya lambat lagi.. Tak perlu kowd..” sengihnya seperti kerang busuk. “Lyd.. suu..” “Lydia!!!” jerit Khai, dalam keadaan termengah-mengah.
Sementara itu, diatas pentas, Puan Laila sudah pun memberikan sedikit ucapan pendek buat para hadirin yang sudi hadir ke majlis hari jadi anaknya itu.
Berbalik semula di kebun ibu Anas tadi..
Hampir saja ayat latahnya keluar dari mulutnya. Namun sempat ditahan. “Khai??” gumam Anas, sedikit terkejut. Baru nak purpose dekat Lydia, mamat ni dah kacau line. “Awak berdua buat apa dekat sini?” soal Khai, yang masih lagi semput. Lydia diam sambil memandang tanah. Hatinya sedikit terluka kerana Khai menipunya. “Tak apalah.. Awak datang tepat pada masanya Khai. Boleh awak jadi saksi kami?” pinta Anas. “Erkk, Anas tapi majlis awak dah nak mula tu. Aunty Laila panggil.” Anas mengeluh. “Lydia.. jom!” ajak Anas. Lydia mengangguk lalu membuntuti belakang Anas. Namun, tangan Lydia ditarik Khai perlahan. “Erkk, ada benda aku nak cakap dengan perempuan ni.”
Akhirnya, Anas pulang semula ke majlis itu seorang diri. “Mana Lydia?” soal Puan Laila, hairan. “Urmm, ada dengan Khai, ma..” balas Anas. Puan Laila mula berasa aneh. Tapi dibiarkannya.
Lama mereka berdua duduk disitu tanpa berkata apa-apa. Lydia mula berasa bosan lalu bangun untuk pergi. “Tunggu!!” pinta Khai. Lydia akhirnya kembali duduk. Mujur ada kerusi dengan meja disitu. “Saya nak minta maaf sebab saya tipu awak. Maksud saya, bukannya saya tipu.. saya cuma tak sempat nak beritahu awak hal yang sebenarnya. Saya takut awak tak mahu bergaul dengan orang yang popular macam saya. Saya takut layanan awak akan berubah dalam sekelip mata. Sebenarnya... sebenarnya.. saya.. Saya dah lama tertarik dengan awak Cik Lydia.”
Lydia tercengang.
XXX
“Aliya.. mama dengan abah nak keluar pergi pasar kejap. Kamu nak ikut ke tak?” soal Puan Fauziah. Aliya menggeleng. Badan yang terasa lenguh ini, better dia duduk rumah saja. “Okay, jaga rumah elok-elok! Kalau orang yang tak dikenali panggil assalamualaikum, jangan buka taw!” pesan Puan Fauziah. Aliya mengangguk “Ma.. Aliya dah besarlah ma!! Aliya tahulah..” keluh Aliya, yang tiba-tiba terasa macam budak tadika pula apabila terdengar pesanan ibunya itu.
=======
Ting..! Tong..! Ting..! Tong..!
Aliya yang baru selesai urusannya dibilik air, mula terkebil-kebil melihat siapakah gerangan manusia yang sedang membunyikan loceng itu. Aduiih, siapa pula tu? Getus hati Aliya. Aliya dengan teragak-agaknya keluar untuk menjengah. Kowd kawan mak dengan abah dia ke, datang nak bagi kad kahwin. Selalu macam tu. “Err.. mak cik. Mak cik cari siapa?” soal Aliya, yang masih lagi tidak mahu membukakan pintu. Zamanlah mak cik-mak cik pun bukannya boleh percaya sangat. Mak cik pun boleh merompak orang la ni. “Ini rumah cik Aliya ka?” Aliya mengangguk.
Akhirnya, dia pun menjemput mak cik yang tidak dikenali itu untuk masuk. Selepas berkali-kalilah juga bersoal selidik di hadapan pintu. Berwaspada katanya!
“Mak cik.. jemput minum.” Pelawa Aliya, yang hadir dengan dua cawan berisi air teh dan biskut kering. Mak cik itu tersenyum. “Panggil saja Nek Suri.” Aliya kemudian mengangguk. “Apa hajat Nek Suri datang sini?” soal Aliya, hairan. “Sebenarnya.. saya ni nenek Fareyz.” Terbelalak mata Aliya dibuatnya. Nek Suri mula menahan tawanya. Huish, nampak macam awek muda siut, bisik hati Aliya. “Sebenarnya, nek datang sini ada hajat. Nek tahu kamu budak baik. Jadi nek harap kamu boleh tinggalkan Fareyz dengan cara yang baik.” Berkerut dahi Aliya. “Maksud nek?” “Nenek tahu.. yang Fareyz ada lamar kamu tempoh hari dekat Florida? Dia yang beritahu nek pasal hal tu. Walhal, banyak benda juga nek tahu pasal kamu Al..” Aliya mengangguk.
“Fareyz sebenarnya dah berkahwin, Al..” “Apa?!?!?!” terlopong mulut Aliya. “Nek tahu ini terlalu mengejutkan bagi kamu. Tapi Fareyz sebenarnya dah lama berkahwin. Tapi disebabkan kemalangan dia dengan isteri dia. Isteri dia pun koma. Doktar kata isteri dia akan sedar suatu hari nanti. Tapi dah setahun lebih dia tak sedarkan diri, sebab tu Fareyz putus harapan. Tapi Al.. kamu muncul dalam hidup dia bagaikan penawar. Wajah kamu, suara kamu, perangai kamu sebiji macam isteri dia sebab tu dia terpikat dengan kamu Al. Tapi jauh disudut hati Fareyz, nek tahu dia masih sayangkan isteri dia.” Terang Nek Suri. Aliya mula berasa serba salah. “Nek.. nek jangan risau! Al.. tak pernah sukakan Fareyz. Al sebenarnya masih sayangkan bekas suami Al.” sekarang giliran Nek Suri pula hairan. “Kamu pun dah berkahwin?” Aliya mengangguk. “Sebenarnya saya pernah kahwin muda dulu. Disebabkan kami terlalu muda dan mentah. Kami akhirnya bercerai. Tapi percayalah Nek Suri.. Al masih sayangkan bekas suami Al lagi.” Nek Suri mula berasa lega.
====

“Al.. terima kasih kerana jujur dengan nenek. Nek harap kamu boleh nasihatkan Fareyz untuk kembali semula ke pangkuan isterinya.” Aliya mengangguk lalu sempat memeluk Nek Suri sebelum wanita itu berlalu pergi. 
TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 15 ni. And nantikan untuk Bab 16  pula. Sorry, sebab lambat publish.. Eyka cuba lakukan yang terbaik untuk korang semua *kenyit mata*
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik