Eyka Blog

Sunday, 24 June 2018

Recipe Almond London Biscuit


Recipe Almond Biscuit
Preparation time: 15 | Cooking Time: 20 | Number of Servings: 48


Ingredients:
  • 150 grams of whole wheat flour *
  • 100 grams of custard flour *
  • 75 grams of corn starch *
  • 150 gram butter, premium Anchor butter
  • 115 gram sugar icing
  • 1 egg grade A
  • 1/2 teaspoon essence vanilla
  • 60 grams of almond powder

Material for decoration:
  • 1 egg yolks
  • chopped almonds

How to make it:
  1. Turn butter and sugar icing so creamy and creamy. Then add the vanilla eggs and essence. Beat back to flower.
  2. Suck the ingredients marked (*) in the bowl with almond powder. Add in small quantities into the butter mixture that has grown into soft dough that can be swallowed. It's okay if the dough is a bit sticky.
  3. Rest the dough for a moment, can also be restored for 10 minutes in the refrigerator.
  4. Make a little dough and roll over the board 1/4 cm thick and mold with mold. Garnish with egg yolks and almonds.
  5. Preheat oven to 170 Celsius and bake for about 15 minutes.

 credit to:

Recipe 'Agar-Agar Kering'


Recipes ‘Agar-agar Kering’


Ingredients:
·         60gm of gelatine
·         1300 ml of water
·         150gm of rock sugar - tapped soft
·         1200gm of sugar
·         Food colouring (red, orange, purple and yellow)

How to make it:
1.      Firstly wash the gelatine and soak for a while until soft. Filter and drain. 
2.  Put the water in a saucepan and put in the ‘agar’. Cook until the ‘agar’ is crushed and mixed. Make sure the gelatine is completely destroyed. 
3.      Add sugar little by little. Stir well. Cook until crushed stone sugar. 
4.      Then, pick up and divide into parts by colour of choice.
5.   Cool and let it hard to cut into pieces your choice. You can use the mold to get an interesting shape.
6.    Put in the warm place so it is completely dry and sugary. Back and forth always so that it is dry evenly.


Note:
You can first tap the rock sugar for it to be small chunks so that it quickly breaks down in a new pot.

Credit to:

Thursday, 15 February 2018

Good day, good news, good readers!

"Don't let the fear of losing be greater than the excitement of winning."
-- Robert Kiyosaki

Assalamualaikum, readers sekalian! 😊

Dah lama Eyka biarkan blog ni berhabuk begitu saja. Jenguk pun dah jarang-jarang sekali. Maklumlah, Eyka fikir nak delete saja blog ni sebab banyak sangat hal duniawi yang membuatkan Eyka terlupa nak update dekat sini. (busylah sangat #acahjewtu)

"If you really look closely, most overnight successes took a long time."
-- Steve Jobs
Well, hari ni boleh dak Eyka petik quotes pasal 'losing & success' banyak-banyak... sebab hari ni Eyka rasa bersyukur sesangat... 
Why?
..... Why??
WHy??
..........Bersyukur pada Ilahi sebab result untuk sem ni.. alhamdulillah baik-baik semuanya. Janji lega hati Eyka tengok perkataan 'Lulus' & tiada yang perlu di 'repeat-kan'. 
Kepada pelajar-pelajar siswa or siswi yang ada masalah perlu repeat atau pointer tak sampai pada takat yang diingini teruskan usaha.. Jangan risau saya juga pernah lalui detik-detik begitu... 
Menangis meraung dan bertanya kenapa, mengapa, harus aku begini? 😭 Itu semua bukan jalan penyelesaiannya. 
Kena usaha lebih.. (cis! padahal kau pun memain juga)
Janganlah, berkata begitu at least usaha sikit sebanyak yang mampu.. nampak juga hasilnya kan.. kan..
"The real test is not whether you avoid this failure, because you won't. It's whether you let it harden or shame you into inaction, or whether you learn from it; whether you choose to persevere."
-- Barack Obama
Baca dan teliti ayat Eyka petik daripada barack obama tu. Kita sendiri yang menentukan perjalanan hidup kita nak jadi macam mana. So, pepandailah hidup wahai anak-anak muda...(fuh, macam cliche dan noob pula bunyi dia)
Okayylah... Eyka cuma nak sharekan berita gembira tu jew..
Lagipun Eyka dah lama tak tulis dekat sini.. Rindu pula.. Hisy! Bila dapat tulis tu bukan main tap.. tap.. tap.. lagi tangan tekan papan kekunci laptop... 🤣 
Well, hidup ni indah kalau kita indahkan hidup kita..
Jadi, sampai sini saja entri Eyka kali ni.. kalau ada lain hari, lain episodes, lain drama, semoga Eyka datang lagi menjenguk blog ni... 
Assalamualaikum... 👋👋

Friday, 3 November 2017

Nasihat serba sedikit by Ms. Eyka

Assalamualaikum.... 😃

Korang semua sihat? Eyka disini sihat walafiat.. Hopefully, para readers yang lain semuanya sihat belaka...

Hehehe, dh lama Eyka tak luahkan perasaan dekat sini.. 😊 Blog ni pun dah macam berhabuk n bersarang. Maklumlah, dulu rajin bebenor update kat sini. La ni nak buka pun dah malas!

Okay, untuk pengetahuan semua Eyka sekarang ni dah masuk sem 2. Ada lagi 3 sem perlu Eyka hadap! Hmm, tapi sem 2 ni pun dah cukup perit sebenarnya.. Tak macam sem lepas.. sem ni dah boleh nampak sikit sapa lawan, sapa kawan.. etc.

Baru-baru ni kelas Eyka melalui banyak gangguan emosi dan perasaan. Assignment? Alhamdulillah, tak macam sem lepas sem ni Eyka rasa semua orang macam bersungguh-sungguh sikit bila melibatkan assignment. Cumanya yang masalahnya adalah segelintir manusia tu.

Eyka cuma nak nasihat dekat sini satu perkara saja. Jangan pernah sesekali menilai seseorang itu daripada luarannya saja. Mungkin, luaran dia menampakkan macam dia ni jahat, selekeh, tak baik dan sebagainya. Tapi hakikatnya kalau nak tahu kenalilah orang tu terlebih dahulu sebelum kau menilainya. Kenapa Eyka cakap macam ni? sebabnya Eyka ada kawan ni muka dia suci nak mampus. Dia pijak semut pun belum tentu orang perasan. Pendekkan cerita muka yang selama ini kami bayangkan suci rupanya.... FAKE semata!! Akhirnya, muka yang macam penyangak tu juga rupanya baik sesangat. Satu lagi Eyka nak pesan. kekadang kita ni tak boleh dengar satu belah pihak saja. Lebih afdal kita dengar dua belah pihak baru adil. Tak gitu?! takut sebelah cakap lain sebelah lagi cakap lain.. Nak lagi senang meh buka meja ajak sembang sekali.. Settlekan masalah!! Simple kan? Tapi yang simple tu lah susah nak buat... *geleng kepala*

Cukup cerita pasal benda tu...

Satu lagi Eyka nak tanya.. korang pernah tak ada kawan yang kuat sentap? 

Hmm... Nazubillah.. Eyka kekadang tak suka orang yang macam ni.. Even, Eyka ada adik yang kuat menyentap.. (Better aku hadap adik aku sentap daripada orang luar menyentap dengan kau) (ADA FAHAM??_ 😏) Muka dia bila sentap tu.. macam nak sepak jew.. Bukan apa.. Eyka tak rasa apa yang Eyka cakap tu kasar. Well, biasalah orang penang memang cakap bunyi dia macam kasar!! Nak buat macam mana. Kita kalau dah berkawan kena saling memahami.. Takkanlah aku nak paham kau seorang jew. Aku pun ada 💓, ingat kau seorang jew yang ada!!! So, korang kalau ada orang yang macam ni korang buat apa? Seriusly, Eyka cakap.. Eyka orang macam ni Eyka malas nak pujuk.. Okay, kalau Eyka salah Eyka memang direct minta maaf.. Tapi kalau orang ni nak menyentap lagi memang minta simpang peduli apa aku.. Banyak lagi benda nak fikir selain sentap kau.. Okay... Hopefully, buangkan sikap sentap tu gaiss!! Tak semua benda perlu sentap.... Ada certain benda yang boleh kita sentap dan ada certain benda anggap jew benda tu tak penting.

Hmmm... 🤔 lagi.. lagi.. emm... oh yrw, semalam eyka ada appointment dengan Dr Gigi.. Hehehe, Eyka dalam peringkat fasa 1.. semalam setiap gigi graham eyka kena pasal satu rubber band ni untuk renggangkan gigi tu.. sebab next week nak letak cincin besi.. Wish me, luck gaiss!! Setakat ni makan bubur jew.. *duck face* Takut nak kunyah benda lain.. Sakit? Emm, time pasang benda alah tu sakit.. tapi balik rumah... alhamdulillah,tak sakit pun...

Okaylah.. bye² semua... Eyka minta diri dulu.. nanti pape eyka update lagi dekat sini..

XOXO

Thursday, 13 July 2017

L.U.L.U.S

Assalamualaikum, semua.. salam sejahtera juga Eyka ucapkan.. 🙋😄

Eh.. eh... lama benor tak datang ziarah blog ni. Dah berhabuk gamaknya. Entah.. entah.. peminat Eyka semua dah pakat lari dah. 😢 [perasan] 😒

Maaflah Eyka busy nak mampus! [hakikatnya malas -,-] sebab tu tak ada masa nak buka.. Lagipun, tak ada story yang menarik nak dikongsikan. He! He! He! Btw, baru hari ni rasa macam ada benda yang Eyka nak kongsikan sikit dekat korang semua...

Pengalaman pergi test JPJ‒!!

Setelah... em.. rasanya 1½ bulan juga.. Eyka pergi praktis bawa kereta dengan moto dekat sekolah memandu tu. Akhirnya, hari ni adalah masa yang ditunggu-tunggukan. Ya Allah, punyalah ketaq lutut nak mampus.. Hati ni dok dub.. dab.. dub.. dab.. Praktis dah banyak kali dah woi tapi dok rasa macam tak boleh² lagi. Mana tak ketaq?!? Dari rumah dah berdoa dekat dalam hati.. supaya Lulus, tu ja! Eyka tak minta lebih dah.. Motor & kereta serentak lulus semua. Malas, nak menyusahkan mak pak... kalau gagal of coz lah kena bayar lagi kalau nak belajar. 😞

13/07/17 ↴↴

Pukul 9 pagi macam tu sampai dekat sekolah memandu.. Pihak JPJ tu bagi taklimat, pendaftaran apa semua.. Dan kemudiannya terus bergerak dekat tempat test motor.. Tahu tak gaiss!! No angka giliran Eyka adalah yang pertama sekali.. Ku fikir, no-2 ke? no-3 ke? Bolehlah juga tengok orang lain buat macam mana dulu.. Ni tak!! Eyka yang pertama.


  1. Mula² kena buat RPM (Rutin Pemeriksaan Motor)..
  2. Lepas, RPM tunggu giliran lagi sekali pastu baru ambik motor dan buat KPP2..(titi, bengkang bengkok, brek kecemasan, jalan tak rata & berlapan)
  3. Lepas tu, berhenti dekat KPP3 buat pemeriksaan lagi sekali & jalan.. (ni dia nak tengok kita bagi signal macam mana, jalan dia banyak straight ja... tapi agak mencabar juga.. sebab calon selalu lupa bagi signal bila belok)


TAMAT! 

Tunggu dia bagi keputusan, Eyka terus direct pergi buat test kereta pula. Alhamdulillah, time tu cam nak teriak jew. Sesungguhnya Allah tu Maha Mendengar.. Eyka lulus KPP2 dan KPP3 sekali gus..

Okay, ketaq tu mula datang balik.. kereta pun sama..


  1. Mula², kena buat RPK (Rutin Pemeriksaan Kereta)..
  2. Lepas tu, tunggu giliran buat dekat bahagian DALAM dulu (jalan 's', jalan 'zig zag', bukit, parking & 3 penjuru)
  3. Lepas tu, JALAN RAYA pula..

TAMAT!

Alhamdulillah, semuanya LULUS!! Macam tak percaya jew.. Balik tu habaq kat ayah.. Ayah punya banggalah.. Ayah ingat Eyka kemungkinan gagal hat mana-mana.. Tengok², anak dia Lulus.. Ya Allah seronok tak terkira. Eyka pun ingat nak gagal.. Tak semua, satu, dua cam tu. Tengok².. alhamdulillah..

So, moral value dekat sini.. USAHA ADA, DOA PUN ADA!

Lagi satu pesanan Eyka.. bila kita berhadapan situasi macam ni.. Cuba untuk relaks, abaikan orang sekeliling, tahu hormat orang, senyum sentiasa.. Tu jew.. 😉 KUNCI untuk segalanya..

Okaylah, tu jew yang Eyka nak kongsikan dengan awak sekalian.. Thanks sebab sudi jejak ke blog Eyka ni.. Eyka hargai sesangat..

Bye...

Semoga bertemu lagi.. 😂


Monday, 29 May 2017

3 Ramadhan 2017

Assalamualaikum, semua.. & salam sejahtera untuk yang bukan islam Eyka ucapkan.. 😥 

Siapa rindu Eyka? Ha! Ha! Ha! Cis, ada ke manusia yang rindu nak baca blog ni lagi? Btw, banyak benda dah berlaku dalam hidup Eyka.. sekarang ni Eyka dah sambung belajar dekat uitm merbok, kedah. Alhamdulillah, nanti nak masuk sem 2. Lagi satu, sekarang ni Eyka tengah ambil lesen kereta & moto. Yeay!! 🎉🎉 Lepas ni, boleh pergi mana-mana sendiri. InsyaAllah doakan Eyka lulus sekali test yrw. Walaupun, tak pernah bawa. Hihik! Bukan apa tak nak bayar banyak-banyak kali. Menyusahkan. 

Lagi.. lagi.. Hmmm...

Baru-baru ni Eyka dapat panggilan daripada pihak hospital mengatakan Eyka dipanggil untuk buat braces. Ingat tak dulu Eyka pernah cakap yang Eyka punya gigi macam 'Rabbit' kedepan. Tapi.. entahlah, Eyka rasa tiba-tiba benda tu tak penting dan melecehkan. Eyka tak tahu nak pergi ke tak! berbelah bahagi. Haha! Satu lagi mungkin sebab takut sama.. 😓😓 dan Eyka sebenarnya benci dokter gigi!! Entahlah kenapa.. 

Sebenarnya dah macam-macam berlaku dekat hidup Eyka. Kadang-kadang Eyka semakin takut nak membesar. Alahai, rindunya zaman sekolah dulukan. Berkeliaran sana sini bila cikgu tak ada. Hihik! Mmm, Ooo, lupa pula! nak ucapkan selamat menyambut hari ramadhan semua. Jangan cilop-cilop makan pula yrw!!! Eyka tak pew.. #onlyladiesknow

Ya Allah, apa lagi yrw nak luah?! Hmm, rindunya dengan blog ni. Bersepah dengan entri lama yang entahlah ada orang baca ke idok! Btw, siapa yang rindu nak baca cerita Eyka silalah pergi dekat 》 wattpad 《 Boleh, klik dekat sini.. tapi sebelum tu korang kenalah ada acc sendiri untuk masuk. Dekat sini macam-macam cerita korang boleh baca. Semuanya free okay!! jangan risau *wink* *wink* 

Rasanya.. sampai situlah cerita Eyka.. Bye, semua.. semoga bertemu lagi kita..

xoxo

Sunday, 12 February 2017

Life

Dear Zindagi (Life)....

Ahahaha, xD
Ini semua gara-gara terpengaruh tengok cerita hindustan yang SRK berlakon tu, Dear Zindagi..
Btw, Eyka tulis entri kali ni adalah.. Hmm, entahlah mungkin sesaja.. Rindu nak luahkan perasaan dekat blog ni.. Korang semua macam mana??? Sihat?!? =D
Eyka dekat sini sihat walafiat ja lagi.. Hmm, macam mana life dekat U?!? K.O
Hahahak.. well, setiap orang pasti ada pahit, manis, gula, derita, suka dia.. Conclusionnya, I just miss my old high school and seangkatan yang bawah-bawah dia. Hidup U ni dia banyak bebanan yang harus ditanggungnya. Ku fikir dulu mudah untuk belajar di U ni.
Biasalah kelas ikut suka, pakai ikut suka, kawan adalah ibu bapa... makan ikut suka...

Tapi..

Tapi....

Hakikatnya adalah sebaliknya.. Boleh dikatakan hari ni test.. esok lusa dengar kata ada test lagi.. *serabut!!
Assignment.. toksah kata.. setiap hari, setiap kala nak ada assignment.. Huhuhu!! T^T Eyka sendiri tak faham why?!?
Makan??! Hmmm, kalau dulu dekat kantin sekolah RM1.20, RM1 saja kalau makan.. tapi dekat U.. semua standard gerai makan kat luar sana.. Terpaksalah kekadang den ikat perut makan biskut kering.. Entertaiment, toksah nak kata.. 0 entertainment.. Boleh dikatakan setiap hari juga Eyka nak balik rumah.. Yrwlah, Bukan nak kata tapi merbok tu memang tak ada apa.. Takkan nak tala Sg. Petani setiap hari.. Rabak duit aku nak bayar tambang teksi!!

Okaylah.. okaylah.. setakat sini dulu Eyka cerita pasal Life Eyka akhir-akhir ni.. Maaf kalau ada kata yang tersinggung hati para pembaca atau sebaliknya.. Eyka cuma nak luahkan perasaan..Maaf!!
 
Images by Freepik