Eyka Blog: Nasihat serba sedikit by Ms. Eyka

Friday, 3 November 2017

Nasihat serba sedikit by Ms. Eyka

Assalamualaikum.... 😃

Korang semua sihat? Eyka disini sihat walafiat.. Hopefully, para readers yang lain semuanya sihat belaka...

Hehehe, dh lama Eyka tak luahkan perasaan dekat sini.. 😊 Blog ni pun dah macam berhabuk n bersarang. Maklumlah, dulu rajin bebenor update kat sini. La ni nak buka pun dah malas!

Okay, untuk pengetahuan semua Eyka sekarang ni dah masuk sem 2. Ada lagi 3 sem perlu Eyka hadap! Hmm, tapi sem 2 ni pun dah cukup perit sebenarnya.. Tak macam sem lepas.. sem ni dah boleh nampak sikit sapa lawan, sapa kawan.. etc.

Baru-baru ni kelas Eyka melalui banyak gangguan emosi dan perasaan. Assignment? Alhamdulillah, tak macam sem lepas sem ni Eyka rasa semua orang macam bersungguh-sungguh sikit bila melibatkan assignment. Cumanya yang masalahnya adalah segelintir manusia tu.

Eyka cuma nak nasihat dekat sini satu perkara saja. Jangan pernah sesekali menilai seseorang itu daripada luarannya saja. Mungkin, luaran dia menampakkan macam dia ni jahat, selekeh, tak baik dan sebagainya. Tapi hakikatnya kalau nak tahu kenalilah orang tu terlebih dahulu sebelum kau menilainya. Kenapa Eyka cakap macam ni? sebabnya Eyka ada kawan ni muka dia suci nak mampus. Dia pijak semut pun belum tentu orang perasan. Pendekkan cerita muka yang selama ini kami bayangkan suci rupanya.... FAKE semata!! Akhirnya, muka yang macam penyangak tu juga rupanya baik sesangat. Satu lagi Eyka nak pesan. kekadang kita ni tak boleh dengar satu belah pihak saja. Lebih afdal kita dengar dua belah pihak baru adil. Tak gitu?! takut sebelah cakap lain sebelah lagi cakap lain.. Nak lagi senang meh buka meja ajak sembang sekali.. Settlekan masalah!! Simple kan? Tapi yang simple tu lah susah nak buat... *geleng kepala*

Cukup cerita pasal benda tu...

Satu lagi Eyka nak tanya.. korang pernah tak ada kawan yang kuat sentap? 

Hmm... Nazubillah.. Eyka kekadang tak suka orang yang macam ni.. Even, Eyka ada adik yang kuat menyentap.. (Better aku hadap adik aku sentap daripada orang luar menyentap dengan kau) (ADA FAHAM??_ 😏) Muka dia bila sentap tu.. macam nak sepak jew.. Bukan apa.. Eyka tak rasa apa yang Eyka cakap tu kasar. Well, biasalah orang penang memang cakap bunyi dia macam kasar!! Nak buat macam mana. Kita kalau dah berkawan kena saling memahami.. Takkanlah aku nak paham kau seorang jew. Aku pun ada 💓, ingat kau seorang jew yang ada!!! So, korang kalau ada orang yang macam ni korang buat apa? Seriusly, Eyka cakap.. Eyka orang macam ni Eyka malas nak pujuk.. Okay, kalau Eyka salah Eyka memang direct minta maaf.. Tapi kalau orang ni nak menyentap lagi memang minta simpang peduli apa aku.. Banyak lagi benda nak fikir selain sentap kau.. Okay... Hopefully, buangkan sikap sentap tu gaiss!! Tak semua benda perlu sentap.... Ada certain benda yang boleh kita sentap dan ada certain benda anggap jew benda tu tak penting.

Hmmm... 🤔 lagi.. lagi.. emm... oh yrw, semalam eyka ada appointment dengan Dr Gigi.. Hehehe, Eyka dalam peringkat fasa 1.. semalam setiap gigi graham eyka kena pasal satu rubber band ni untuk renggangkan gigi tu.. sebab next week nak letak cincin besi.. Wish me, luck gaiss!! Setakat ni makan bubur jew.. *duck face* Takut nak kunyah benda lain.. Sakit? Emm, time pasang benda alah tu sakit.. tapi balik rumah... alhamdulillah,tak sakit pun...

Okaylah.. bye² semua... Eyka minta diri dulu.. nanti pape eyka update lagi dekat sini..

XOXO

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik