Eyka Blog

Thursday, 27 October 2016

| The Precious One | - Part 14




Part 14
"Aku cuba sembunyikannya"
♦♦♦
Ariana mula memeluk tubuh yang kian terasa dingin. Dibiarkan saja angin malam itu menyejukkan hatinya yang terasa bergelora di kala itu. Didongak keatas memandang langit. “Hah, mana perginya bintang?” sebutnya sendiri.
“Saya disini..” hampir saja dia melatah. Rangga kini turut sama menyertainya diberanda itu. Ariana kembali mendongak. Kalau boleh dia tak mahu Rangga ada disitu. Melihat dirinya yang lemah akibat menangis siang tadi. Matanya boleh dikatakan jelaslah juga nak bengkak. Puan Ross ada menanyakannya kenapa. Mujur ada Arian yang tolong back up. Di katanya stress pasal assignment. “Awak okay?” soal Rangga saja. Ariana menghela nafas panjang. Mana mungkin dia rasa okay.
Tiba-tiba, tubuh badannya diraih kedalam dakapan milik lelaki itu. Ariana merasakan ia hangat, aman dan rasa selamat. Apakah ini? Hatinya yang rasa bergelora semakin lama semakin pudar. Ah! Mungkin ini kuasa pelukkan. Orang kata ‘we need just one hug to solve the problem in our heart’. Rangga perlahan-lahan mengusap lembut rambut Ariana. “Riana.. Rangga tahu Riana seorang yang kuat, tidak mudah putus asa dan sukar menitiskan air matanya tanpa sebab. Tapi kenapa Riana yang Rangga lihat sekarang sedang menangis.” Tersendu-sendu Ariana dikala itu.
Kenapa? Adakah dia nangis sebab kesnya dikampus atau Rangga yang sedang memeluknya? Dia rasa buntu. Perlahan-lahan Rangga melepaskan pelukkan itu dan merenung tepat kedalam anak mata milik Ariana. Air mata yang mengalir disekanya. “Malam esok teman Rangga pergi fun fair nak? Just the two of us..” Ariana pantas merenungnya. Wah! Rasa macam separuh tak percaya saja.
SKIP
Ariana mula menunjukkan muka protes. Ini tak adil!! Semua orang sibuk saja nak ikut.
>> Flashback berapa minit yang lalu sebelum nak keluar <<
Perlahan-lahan Ariana menuruni anak tangga itu agar tidak diketahui oleh sesiapa. Tapi sebaik dia turun semua orang kelihatan berpakaian cantik seolah-olah ingin keluar saja. “Ehh, Riasya! Korang nak pergi mana?” soal Ariana, pelik. “Fun Fair lah. Bukan kau dengan Rangga nak pergi fun fair ke?” La sudah! Ariana pantas pergi mendapatkan Rangga.
“Kamu kata mahu pergi berdua saja? Ini apaan si..!!” bebel Ariana sedikit tak puas hati.
“Err, memang saya ajak awak pergi berdua saja. Tapi tadi dia orang siap gesa dan ugut saya lagi. Kalau saya tak beritahu mereka. Puan Fatimah, Rezza dengan Nabila dilarang balik ke Indon semula.” Ariana menepuk dahinya. What?!? Apakah ini?!?
>> Flashback End <<
“Okay, semua let’s go!!” ajak Encik Lufis penuh semangat.
SKIP
Tiba saja di tapak fun fair itu semua orang kelihatan teruja. “Yang besar-besar.. tengok-tengok sama adik-adik tu.” Pesan Encik Lufis. Semua orang mencebik. “Ayah.. kami semua dah besarlah.” Sampuk Ariasya. Encik Lufis pantas menggaru kepalanya. Ah! Lupa pula dia. Cepatnya masa berlalu. Kalau dulu datang tempat yang macam ni. Disuruhnya mereka mengenggam tangan antara satu sama lain. Bukan boleh harap. Sekarang ni banyak kes culiklah, bunuhlah. Hisy, ngerilah zaman sekarang ni.
“Ayah pesan saja.. apa-apa nanti call kalau sesat.” Tambahnya lagi.
Rangga perlahan-lahan mendekati Ariana dan memegang tangannya.
“Shhh..” diletakkannya jari telunjuknya dibibir tanda suruh diam. Perlahan-lahan mereka menyelinap dari situ.
“Ayah!! Mana kak Riana dengan abang Rangga?!?” kalut saja Ariasya menyoal mereka. “Kamu jangan sibuk dik.. mereka tu dah besar tahap boleh menikah dah.” sampuk Arian. Ariasya buat muka menyampah. Ah, untunglah! Boleh bersweet-sweet. Kini, masing-masing mula berpisah.
SKIP
Ariana bagaikan rasa tak percaya. Omo~! Ditahannya wajahnya yang merah ketika itu. Boleh pula Rangga menculiknya dari mendengar sesi taklimat ayahnya tadi. Akhirnya larian mereka dihentikan. Rangga mula mengalihkan pandangannya memandang Ariana yang seolah-olah kelihatan teruja sekarang. “Jom! Permainan apa yang awak nak naik dulu?” soal Rangga.
Ariana kembali tersedar ke alam nyata. Hampir dia terlupa. Kalau datang fun fair kenalah main game yang ada dekat fun fair kan. Takkanlah nak buat bodoh saja. Dia sendiri buntu. Ah! Mana satu yrw nak naik.
“Riana.. ayuh kita main langgar-langgar kereta tu.” Cadang Rangga. Riana menganguk.
*Bang! Bang!* dilanggarnya mereka sepuas hati.
-Stella POV-
“Papa.. kayaknya Rangga buat apa yah disana? Kenapa Papa kasi dia cuti banyak sangat?” ujar Stella sedih. “Tak apalah Stella. Lagipun papa tengok Rangga tu rajin budaknya. Kadang-kadang sanggup gadaikan masanya untuk rawat patient yang ada.” Stella mengeluh. Rangga sama saja macam papanya. Tak habis-habis kerja.. kerja.. kerja..
“Udahlah, Stella.. Rangga kata lepas dia balik dari bercuti ni dia janji nak bincang pasal tarikh pernikahan kamu berdua.” Ah! Lagi riang gembiralah Stella rasa. “Betul ka Papa!! Ah, tak sabarnya rasa!!” jerit Stella.
SKIP
Berpinar-pinar mata Ariana sebaik turun dari menaiki roller coaster sebentar tadi. “Awak okay?” soal Rangga, khuatir. Ariana mengangguk. Ceh, padahal rasa macam nak termuntah jew sekarang. Kenapalah dia gila sangat bersetuju nak naik semua tu sebab Rangga? Kalau Arian atau Ariasya ajak dia naik mana dia nak naik. Dia kata dia sanggup tunggu dekat bawah semata-mata nak naik benda bodoh tu. Berpusing sana, berpusing sini. Gila!! ><’
Rangga kemudian menarik Ariana untuk duduk dahulu dikerusi yang disediakan di sekitar funfair itu. “Tunggu sini yrw..” pesan Rangga. Ariana sekadar mengangguk. Kaki dah tak mampu nak jalan ke mana-mana. Longgar habis skru!
Berapa minit kemudian, Rangga hadir dengan membawa dua botol air mineral dan beberapa snek untuk dimakan. Ariana tersenyum sengih. Rasa macam princess pula. Siap tolong buka penutup botol lagi. Ariana tersipu malu menerima pelawaan Rangga itu. Namun diteguknya juga airnya. Tekak dia benar-benar dari kering kontang disaat ini. Hurh! Menjerit punya pasal. “Lepas ni nak pergi mana pula?” soal Rangga. Ariana melilau-lilau keadaan sekeliling fun fair itu. Hmm, apa lagi erk? Fikirnya.
Kini matanya berhenti pada roda ferris yang sedang berpusing cantik di fun fair itu. Ariana menunding ke arah objek itu. “Tu!! Kita tak naik lagikan..” ujar Ariana. Rangga mengangguk.


SKIP
“Berapa?” soal Ariana pada penjual tiket roda ferris itu. “Hmm, disebabkan korang couple kami bagi diskaun 5%. RM10 untuk seorang. Ariana mengangguk lalu mengeluarkan duitnya. “Eh, enggak apa-apa biar saya yang bayarkan..” Ariana pantas menolak. “Tak apa my turn pula!” berkerut-kerut penjual tiket itu memandang kearah mereka. Ah! Tak perlulah nak buat sweet depan aku. Tahulah I single, bisik hati penjual itu.
Kini roda ferris itu mula berpusing perlahan-lahan selepas ia dipenuhi. Ariana mula tersenyum teruja. Dari atas, dia dapat lihat seluruh bandar itu berserta tapak fun fair itu. Cantik! Indah semuanya ada. Tak mampu nak gambarkan macam mana.
Matanya kembali tertacap kearah Rangga yang duduk berhadapan dengannya. Tiba-tiba rasa kekok pula. Yang Rangga ni kenapa dari tadi asyik dok pandang dia sambil tu direnungnya cincin yang dipakai oleh Rangga itu. Ingin saja dia bertanya. Siapakah gadis yang bertuah yang berjaya tambat hatinya itu?
*Ding!* akhirnya roda ferris itu berhenti berpusing selama 5 minit. Sungguh bertuah gerabak mereka berhenti ditengah-tengah pusingan. Kiranya paling atas sekali. Suasana bertambah kekok. Mereka berdua hanya diam membisu.
“Arrk.. Errr..” bila nak mula bicara dua-dua macam terkelu.
Ariana mula ketawa. Rangga memandangnya pelik. “Funny kan..” ujarnya lalu mengetap bibirnya kembali. “Apa yang funny?” soal Rangga hairan. “Awaklah… Tunang tak bagi tahu siapa. Siapa? Siapa perempuan yang tak bertuah tu?” seloroh Ariana.
Rangga tersenyum sengih. Ah~ dia sebenarnya malas nak cakap pasal hal tu. Tapi dah ditanya, jawab sajalah. “Stella..” jawabnya. Ariana mengangguk. Sedap nama tu! Mesti orangnya pun cantik. “Macam mana awak kenal dia?”
“Emm, kita orang pernah study sama-sama sebagai dokter dulu. Lepas tu, waktu praktikal sungguh tak sangka aku dengan dia dapat tempat yang sama iaitu Hospital papanya Stella. Waktu tu, Stella mula tunjukkan sifat-sifat memberontak sebab cita-cita dia yang asal bukannya nak jadi dokter. Akhirnya, dia minta tolong aku untuk bicara sama papanya sebab papanya lebih percayakan aku daripada sesiapa.”
“Jadi kau berjaya yakinkan papa dia?” sampuk Ariana.  Rangga mengangguk. “Tapi… Dengan syarat ada yang pantas untuk mengambil alih hospital papanya suatu hari nanti.” Sambung Rangga lagi. Wajah Ariana mula berkerut-kerut.
“Jadi.. kau tunang dengan dia sebab nak tolong Stella kejar cita-cita dia??” teka Ariana, terkejut. Rangga mengangguk. Ini tak adil! Wah!! Melampau! Kenapa Rangga terlalu bodoh sangat. Siapa Stella ni bagi dia sampai nak tolong macam tu sekali, hati Ariana sedikit terguris. Apakah?! Mengapakah?! “Tapi itu tak bermakna kita orang tak saling mencintai. Dia kelihatan teruja sewaktu dapat bertunang dengan saya.” Ariana menepuk dahinya. Ya! Mungkin boleh jadi Stella tu sukakan dia, ikhlas. Tapi macam mana dengan Rangga sedikit.
Perlahan-lahan, Ariana memegang kedua belah bahu Rangga. Ditenung lelaki itu lama. Rangga!! Kenapa?!? Kenapa?! Jeritnya dalam hati.
*Ting!*
“Maaf, tapi boleh tak bagi orang lain pula naik.” Tegur pekerja dekat roda ferris itu.
SKIP
Buingx6~ Muka Ariana terasa panas. Ah! Macam mana mereka boleh terleka sampai tak sedar yang pintu gerabak mereka dah terbuka luas. Keadaan menjadi silent.. entah apa lagi yang nak dibicarakan sebaik turun dari permainan roda ferris itu. Tiba-tiba, dia ternampak ‘carousel horse’ (kuda pusing-pusing tu). “Jom naik tu!!” ajak Ariana. 

Sewaktu mereka sedang beratur, tiba-tiba Ariana mendapat satu pesanan ringkas dari Arian.
“Oii!! Lambat lagi ke. Kita orang dah separuh nak mati tunggu merpati sejoli datang.” –Arian.
“Kejap!! Last ride.. carousel..” –balas Ariana dengan emoji mata bulat minta simpati.
“Kau hutang aku Ariana!!” –emoji berasap-asap.
“Next!!” laung pekerja itu.
“Awak nak naik kuda yang mana satu?” soal Rangga sambil tercari-cari kuda yang masih kosong. Tiba-tiba mereka terlihat dua kuda yang masih kosong. Pantas diambilnya tempat itu sebelum dicop oleh orang lain.
Ariana you can do it, bisik hatinya. “Are you okay, Riana?” soal Rangga hairan.
“Rangga!! I Love you..” jejaka itu terpana untuk sekian kalinya.
Masa seolah-olah berhenti berputar dikala itu. Dunia terasa kosong. Hanya ada dia dan Ariana disitu bersama kuda mainan yang ditungang mereka. “Did you just mean it?” soal Rangga ingin kepastian. Ariana mengangguk. Disaat itu jantungnya benar-benar bergerak laju. Dia masih waras! Jadi dia yakin dengan apa yang diucapkannya sebentar tadi. Sudah tidak dipedulinya Rangga itu tunang siapa. Baru tunang kay!!
Mana tahu nasib dia. Kan.. kan.. kan.. orang kata jodoh orang tu tak menentu. Boleh berubah ikut arah dan waktu. 

TBC

| The Precious One | - Part 13




Part 13
"Konflik 1"
♦♦♦
-Tristan POV-
Tristan pantas meraup mukanya sambil itu dicekaknya rambutnya. Ah--- kusut!! Tak guna punya paparazzi. Hati dia rasa terguris melihat Ariana tadi dibaling telur busuk, tepung dan sebagainya. Ingin sekali dia menolong. Tapi waktu tu dia sendiri terperangkap dengan pelbagai jenis wartawan bersama soalan mereka.
“Betul ke korang sedang hangat bercinta?!” –wartawan 1.
“Adakah kamu datang ke sini sebab nak lamar gadis itu?!?” –wartawan 2.
“Dengar cerita dia kawan kamu masa kecil?!” –wartawan 3.
Dia sudah muak! Mujur wartawan tu tak pergi serang Ariana. Mungkin saja mereka masih tidak tahu siapa gadis yang sebenarnya. Tapi kenapa dekat kampus tadi Ariana kena serang? Mungkin saja ada orang lain yang lebih jelas melihat mereka ketika itu. Tapi siapa?!? Teka Tristan.
-Cika POV-
Hati dia membara! Yrw! Dialah manusia yang nampak kelibat mereka berdua di gelanggang basketball tu tempoh hari. Hati dia betul-betul sakit!! Apa yang istimewa sangat dengan orang yang bernama Ariana ni. Sudahlah! Ke mana saja dia pergi bayangan Ariana ni pasti ada disekitar kampus. Mungkin saja disebabkan peristiwa dia kalah dalam pertandingan fashion show tempoh hari membuatkan rasa bencinya membuak-buak.
>> Flashback <<
“Abel.. kau dah buat apa yang aku suruh buat hari tu?” bisik Cika sebelum pertandingan dimulakan. Abel mengangguk sambil menayangkan ibu jarinya tanda ‘beres’. Cika tersenyum sinis. Jadi dia yakin, dia pasti akan menang dengan jayanya kali ni. Trofi ‘The BEST Fashion Designer’ itu akan dibawa pulangnya pada mamanya. Mama pasti bangga dengan dirinya. Dengan itu, bolehlah lepas ni mama bawa dia tinggal di Paris bersama.
Serius dia rindukan wanita itu. Semenjak pemergian ayahnya, ibunya melebihkan kerja berbanding dirinya. Sanggup saja wanita itu tinggalkan dia bersama pembantu rumah dirumah. Manakala, dia pula sibuk uruskan butiknya yang terletak di Paris. Boleh sajakan wanita itu membukanya disini. Tapi dia sengaja! Dia seolah-olah menyampah dan benci setiap kali melihat wajah Cika.
>> Flashback End <<
“Just wait, mom!” monolognya seorang diri. Kini pertandingan dimulakan sebaik mereka berdua melangkah masuk kedalam bilik khas itu. Wajah Ariana ditenungnya ketika mereka memulakan kerja masing-masing. Cika semakin gelabah. Bukan ke dia suruh Abel koyakkan design dia! Dan lepas tu disuruhnya hilangkan kain utama yang ingin digunakan oleh Riana untuk membuat gaun. Cika semakin tertanda Tanya. Apakah semua ni? Kenapa perempuan ni boleh relax lagi bila barang penting dia dah tak ada.
4 jam sudah pun berlalu, masa sudah pun tamat.
Cika semakin tidak percaya. Ariana berjaya menghasilkan sehelai gaun yang double, triple.. cantik gila daripada dia tanpa barang utamanya.
“Audience!! Beri tepukkan pada Miss Ariana kita..” beritahu pengacara.
Tak mungkin! Cika mula jatuh terjelopok diatas lantai. Disekanya air mata yang mengalir. Impiannya punah! Ini saja jalan nak buatkan mamanya bangga. Dari hadapan bilik itu dilihatnya mamanya sudah berjalan keluar dari bilik dimana pertandingan itu diadakan.
Tiba-tiba bahunya terasa dipegang seseorang. Cika mendongak keatas. Ah! Disaat itulah dia benci melihat gadis itu. “Janganlah nangis! Baju awak pun apa kurangnya. Cantik juga! Kalau saya jadi mak awak pasti saya dah rasa bangga.” Pujuk Ariana cuba memberi dia semangat. Namun tidak semena gadis itu melenting padanya.
“Jangan berpura baik disini!! Lebih baik kau beritahu cepat dekat semua orang aku yang suruh orang koyakkan design kau last minit!! Aku yang suruh mereka curi kain utama kau!!” hampir melopong mulut semua orang yang berada disitu. Terutama sekali Arianalah
Dia sebenarnya tak fikir dah pun pasal masalah yang timpa dia sebelum pertandingan dimulakan tadi. Dia tak fikir langsung nak cari siapa yang buat kerja tak senonoh dengan mengoyakkan designnya dan mencuri kain utama yang dibelinya itu. Sungguh tak disangkanya Cika sanggup buat begitu. Fikirnya gadis itu akan lawan secara adil dengannya.
Hmm..
Itulah sebabnya Cika memberitahu semua rakan kampusnya apa yang dilihatnya di gelanggang basketball tempoh hari. “Biar betul kau Cika?” soal teman-temannya yang lain. “Hey! Betullah.. ni Cika.. dengan mata aku sendiri aku nampak! Mereka berdua-duaan. Main cinta.” rekanya. “Ahh, tak mungkin abang Tristan sanggup menduakan aku. Huhuhuhu” Eww, Cika semakin meluat dengan gadis kolot itu. Kau fikir Tristan nak sangat dekat kau, bisik hati Cika.
Patut ke dia beritahu media siapa gadis yang dikatakan bersama Tristan itu adalah Ariana? Sebab jelas dunia masih tidak tahu wajah gadis yang bersama Tristan itu, bisik hati jahatna. Cika pantas menggeleng. Kalau dia buat begitu! Nanti Ariana yang dapat nama. Baik keadaan itu kekal macam tu saja. Biar dikampus dia terus-terusan dibuli oleh peminat-peminatnya Tristan.
Kini Cika mula ketawa jahat. Puas dengan karma yang dihantarnya pada Ariana. Abel yang memandangnya sudah tidak senang duduk. Apa sebenarnya kawan dia ni ada sakit mental? Soalnya dalam hati. 
TBC

| The Precious One | - Part 12




Part 12
"Say it Ariana!!"
♦♦♦
Hari ni merupakan hari minggu. Selain tidur rasanya tiada apa yang nak dibuatnya. Tapi apa yang pasti sejak ada tamu dirumah. Maknya tak henti-henti kejut dia diawal pagi. Ah! Ni rumah aku! Suka hatilah. Dengan malas, Ariana keluar dari biliknya dengan mulut yang masih lagi tidak bergosok. Turun bawah dengan slumber dan duduk makan. Hampir ternganga mulut Puan Ross yang melihat anak gadisnya itu.
Dengan rambut kusut masai, baju pijamas, mulut berbau ketika menguap, taik mata masih melekat!
“Ariana Lufis! Mama suruh kamu mandi dulukan. Ini bukan Indonesia kalau kamu tak mandi sampai pukul 12 tengah hari masih berbau segar dan wangi.” Mereka yang berada dimeja makan mula ketawakan dia. Ariana buat muka minta simpati. Ma, stop it! Ariana tahulah. Jangan bebel lagi, bisiknya dalam hati. “Tak apalah, Puan Ross. Saya faham kok! Sama aje Indon atau Malaysia.” Backup Puan Fatimah. Ah, bercahaya mata Ariana mendengarnya. Dipeluk wanita itu erat. “Ahh!! Sebab tu Ariana lagi sayang Bu Timah lagi mama..” ujarnya. “Tapi.. Riana.. enggak gosok gigi dipagi hari tu salah. Baunnya aje udah mampu buat orang muntah.” Hambik kau kena balik batang hidung sendiri.
“Ahahahaha..” semua orang pantas mentertawakannya terutama sekali mama dialah.
SKIP
-Ariana POV-
Perlahan-lahan, Ariana menghampiri Nabila yang sedang leka menonton drama korea didalam kaca TV itu. “Suka?” soal Ariana. Ah! Siapa yang tak suka dengan Lee Jongsuk yang melakonkan watak Kang Chul dalam drama W –Two World ni. Memang mantoplah drama dia. Dia sememangnya dah habis tengok drama tu, turut sama join sekaki dengan Nabila. Nabila mengangguk laju. “Keren bangat itu cowoknya.” Hampir tersembur tawa Ariana ketika itu.
“Emm, Nabila jom ikut akak naik atas bilik nak tak? Akak ada some projek dekat kamu.” Nabila mula mengerutkan wajahnya. Projek apakah? “Tapi Nabila pingin lihat Kang Chul ni dulu.” Ujarnya. “Ahh! Akak dah download cerita dia dekat laptop.. kalau kamu nak kejap, kejap lagi boleh tengok.” Pujuknya. Dengan rela hati ditinggalkannya Kang Chul itu. Ohh, Kang Chul~ Mian~ Hihihi..
SKIP
-Rangga POV-
Rangga yang sedang leka duduk di pankin luar rumah kediaman milik keluarga Ariana itu memandang kawasan rumahnya penuh teruja dan rendah hati. Patutlah Ariana tak betah waktu pertama kali tinggal dirumahnya yang kecil dulu. Siapa yang sanggup? Aman saja hidup di rumah yang gedek ini tiba-tiba terpaksa duduk dirumah yang kecik lagi hodoh. Siapa yang harus dipersalahkan?
“Rangga.. kok kamu menung? Kenapa ni?” soal Puan Fatimah lalu menghampiri anaknya itu. “Ma, gedek bangetkan rumah mereka ni.” Ujar Rangga. Puan Fatimah perlahan-lahan mengangguk. “Maafkan, Rangga kalau Rangga ngak mampu berikan rumah yang segedek ini pada ibu.” Pohon Rangga. Hampir saja air matanya menitis. Namun ditahannya.
“Tak apalah. Rangga. Ibu tak pernah kisah pun.” Jawab Puan Fatimah. Perlahan-lahan dia mengusap belakang badan anaknya itu.
“Bu!! Lihat Nabila ni!!” dengan riang gembiranya dia menerpa kearah ibunya dan Rangga. Kemudian di pusingnya tubuh badannya itu berkali-kali. “Nabila kayak Princess kan bu..” bilangnya teruja. Ariana tersenyum bangga dengan hasil kerjanya itu. Rangga dan Puan Fatimah rasa macam separuh tak percaya. “Riana.. kamu beli ke? Pasti ini mahal harganya.” Puan Fatimah mula rasa serba salah.
“Eh, mana ada! Ini Riana yang buat sendirilah. Bu lupa yang Riana ni fashion designer.” Ingat Ariana. “Nabila lihat akak Riana buat tadi kayak professional. Gunting sana sini, potong dan jahit. Wah!! Hebat akak Riana ni.” Puji Nabila bertalu-talu. “Nabila ambillah dress tu. Hadiah dari akak.” Lagi bertambah gembira gadis itu dibuatnya.
“Ibu Fatimah.. nanti giliran ibu Fatimah pula Riana nak ukur.” Senyumnya penuh makna. “Eh, tak usahlah repotkan kamu. Ibu tak mahu..” ujar Puan Fatimah. “Tak pe. Riana suka kalau jahit baju dekat orang ni. Nanti petang kita pergi tengokkan kain dekat bandar yrw.” Ajak Ariana. Pasrah. Diikutikan juga kehendak Ariana itu.
SKIP
Petang tu, mereka memulakan misi mencari kain untuk membuat baju Puan Fatimah. Habis dipusingnya satu bandar Kuala Lumpur itu. Selesai membeli belah mereka berhenti di kedai makan yang berhampiran. AH, sejak dari tadi perut ni tak henti-henti mendendangkan lagu “FIREx6 nyanyian group BTS” di campur aduk dengan “WOlF nyanyian EXO”.
“Korang semua nak pesan apa? Biar akak belanja.” Ujar Ariana sambil melihat menu yang diberikan. Mereka semua kelihatan terpinga-pinga. Negara orang, manalah tahu apa yang sedap untuk dicuba. Ariana yang dapat mengangak riaksi mereka pantas membantu mereka untuk membuat pesanan masing-masing.
“Okay, itu saja..” balas Ariana sebelum pelayan itu meminta dirinya.
“Bu, Rangga mahu pergi tandas sebentar.” Ucap Rangga. Puan Fatimah mengangguk.
Sebaik memastikan Rangga sudah berada jauh, Ariana pantas menyoal mereka. “Bu.. boleh Ariana tahu apa warna kesukaan Rangga?” soal Ariana pantas.
Mereka mula tersenyum sinis. “Wah, kenapa akak Ariana mahu tahu banget ni?” soal Rezza ingin tahu. Pipi Ariana mula berubah menjadi merah. Malu! “Errr, alah.. Tanya jw. Tak boleh. Saja buat topik nak dibualkan.” Dalihnya. Dekat bawah meja dah terketar-ketar kaki ni menahan rasa gelabah. Mereka mula ketawa.
“Rasanya bang Rangga sukanya kaler coklat. Kan, bu..” ujar Nabila. Puan Fatimah mengangguk. “Haah, tapi yang peliknya dia tak pernahlah pula ada baju warna coklat.” Aik? Hairan. Betul ke tak ni warna kegemaran Rangga warna coklat? Rangga tiba-tiba saja sudah muncul. Ah, tak menyempat nak bergosip.
“Bang Rangga.. warna kesukaan abang Rangga warna coklatkan.” Ternganga mulut Ariana ketika Rezza dengan blurnya menyoal Rangga dihadapannya. Rangga mula terkebil-kebil. Blurr dengan situasi sekarang ni. Namun diangguknya jua. Bertambah kembanglah jiwa dan raga Ariana. Now, mission started!!
SKIP
Ah-! Kampus itu tidak semena kecoh dengan wartawan-wartawan daripada pelbagai syarikat pada hari itu. Ariana sedikit rasa tidak senang duduk. Mengapakah? Dia rasa macam ia ada kaitan dengannya. Lagipun sejak dari tadi orang tak henti-henti memandang jelik padanya. Macam dia ni jijik sangat. Waeyo?!!
“Ariana.. kau.. sejak bila kau..” tergagap-gagap Lydia ingin menyampaikan hasratnya. “Hisy, kau ni! Lembap! Riana.. kau ada apa-apa skandal dengan Tristan ke?” beritahu Camelia laju. Ariana terkedu. Ah, musibah apa pula ni?!?
SKIP
“Hey, Rian. Aku dengan kembar kau bercinta dengan budak nama Tristan tu. Penyanyi yang terkenal yang datang ke kampus kita ni. Betul ke?” soal Hafiz, temannya Arian. “What--?!?” terkejut beruk lelaki itu mendengar statement Hafiz. “Kau tak baca gossip ke?” tambah Hafiz lagi. Hisy, orang macam dia mana nak ambil tahu sangat hal gossip dunia ni. Bagi dia biarlah dia dengan kisah hidup dia saja.
SKIP
“Booo!! Perempuan gedik!! Berani kau cuba rampas Tristan dari kami.” Ah-!! Kampus itu semakin hangat dengan perasaan peminat Tristan yang tidak berpuas hati dengannya. Habis dibalingnya telur busuk, tepung dan sebagainya pada tubuh padanya yang kerdil itu. Sh** you! This is so frustrated, carutnya pada diri sendiri. Just untuk bagi lagi rasa tenang dekat diri sendiri. Maafkan author! Tak bermaksud nak jadikan cerita ni nampak bad. But, this is lfe btw~
Arian yang melihat kembarnya yang diperlaku sebegitu rupa pantas bergegas kearahnya. Dibukanya baju kemeja yang dipakainya dua lapis itu, dan diselimutnya pada tubuh milik Ariana. Arian pantas memeluk Ariana erat. Renungan tajam dihadiahkan pada setiap manusia yang berbuat jahat tadi. Mereka diam tanpa bersuara. Kemudian dilihatnya Cika dan Abel yang sedang mengenggaman lengan temannya agar tidak membantu Ariana tadi. 

“Lepaskan Camelia dengan Lydia..” suruh Arian tegas. Terkebil-kebil Cika dan Abel memulangkan Camelia dan Lydia pada Ariana. “Dengar sini!! Siapa yang berani kacau Ariana?! Aku takkan sesekali lepaskan orang tu… ingat pesan dari ARIAN LUFIS ni!!” ujarnya dengan nada yang garang dan tegas.
Ini kali pertama mereka melihat Arian segarang itu. Dah tu dibukanya pula, kameja luarnya tadi (tinggal baju T-shirt berlengan pendek saja) menampakkan lengannya yang sedikit berotot dan berurat membuatkan hati perempuan menjadi cair untuk seketika. Ahh, mana mungkin ada yang berani melawan Arian ketika itu. Tangan Ariana ditariknya pergi dari situ.
“Aaahh!! Bencinya aku!! Nasib kau ada kembar kau Ariana!!” jerit Cika, tidak puas hati. Abel disebelah kini sudah takut-takut memandang temannya itu. Daniel pula hanya jadi pemerhati saja. Dia lebih suka macam tu.
SKIP
Ariana mula menangis teresak-esak. Ah! Disaster. Baru sekali saja dia jumpa Tristan. Takkanlah wartawan dah kecoh dan buat andaian yang tak sepatutnya. Inilah dikatakan dunia hiburan. Kalau kau tak kuat! Jangan mimpi nak tonjolkan diri kau depan TV. Sejak dari tadi Ariana tidak berhenti menangis dibahu Arian. Hati Arian mula berasa mendidih.
“Siapa orang nama Tristan ni?!? Berani dia buat kau macam ni!!” marah Arian. Pergh! Sampaikan Camelia dengan Lydia pun terdiam. Kalau tak ada juga diselitnya unsur lucu, perli, humor kekadang apabila bersembang dengan mereka. Mungkin kembarnya itu sudah ditahap maksima marahnya. Kalau dalam drama atau kartun mesti dah berasap-asap telinga Arian diedit mereka.
“Yang kau nak marah sangat ni kenapa..” bising Ariana dalam sendunya. “Mana aku tak bising!! Cubit kau, aku yang terasa. Tahu tak!!” Eh, apa ni Arian?! Jangan rosakkan peribahasa boleh tak. =(-,-)=
“Err, actually.. salah kami juga. Kami patutnya teman Ariana. Tapi malah kami biarkan mereka berdua.” Sampuk Camelia cuba back up temannya itu dari dimarahi lagi. “Betul tu!!” sokong Lydia. “Tak ni bukan salah korang!! Aku yang suruh korang jangan ikut aku!!” Camelia dan Lydia mula menepuk dahi mereka. Hisy! Orang nak selamatkan kau!! Aiseh!! Apa lembab sangat Ariana!!
“Salah siapa sekalipun. Benda dah jadi!!” jawab Arian. Ooo, betul tu.. Camelia dan Lydia mengangguk laju. Apabila Arian kembali menoleh ke mereka. Pantas dibatalkan niat mereka itu. Serius! Serius!
“Aku nak jumpa orang yang bernama Tristan ni.” Ujar Arian sambil membantu Ariana mengelap dirinya dari kesan kotoran. Ariana menggeleng. Arian buat muka bengisnya. “Kau dah bersedia nak maki orang yang selamatkan aku waktu aku hilang dekat Indon dulu?” Arian mula mengelipkan matanya. Takkanlah Tristan yang dimaksudkan adalah Tristan yang dikenali mereka waktu dekat Indon dulu. Arian diam tanpa berkata. Tadi bising sangat.
Ariana pantas melemparkan kain yang dilapnya tadi lalu beredar dari bilik itu meninggalkan kembarnya yang diam tanpa berkutik. “Err—kami minta diri dulu.” Beritahu Camelia dan Lydia lalu turut sama beredar. 

TBC
 
Images by Freepik