Eyka Blog

Tuesday, 22 December 2015

Janji Kita (Bab 12)

Bab 12
“Syah.. mama nak tanya kamu satu benda boleh tak? Mama harap kamu tak sentap atau naik hangin ke apa..” soal Puan Ida. Syahriezal yang sejak dari tadi sedang fokus membaca surat khabar mula memandang Si ibunya. Dia kemudian mengangguk. “Kamu masih sayang lagi tak dekat Liya tu, nak..?” soal Puan Ida, teragak-agak. Syahriezal menghela nafas panjang. Dia sendiri pun tak pasti dengan hatinya yang sebenar. Sayang? Suka? Dia takut yang dia akan sakiti hati Aliya seperti mana dia buat suatu ketika dahulu. Percayalah. Suatu ketika dahulu dia dan Aliya sebenarnya sudah pun pernah berkahwin. Waktu itu, umur masing-masing masih lagi muda. Aliya 15 tahun, manakala dia baru sahaja umur 14 tahun. It’s so fun! And sometimes it’s so sweet. Tapi apakan daya disebabkan kesilapannya kisah kahwin mereka pun berakhir. Alasannya, masing-masing masih lagi muda dan masih lagi belajar.
Syahriezal kembali menyambung pembacaannya dan mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu. Puan Ida mengeluh dan kembali menyapu sampah di laman rumah. Tiba-tiba, mata Syahriezal tertacap pada surat khabar itu lama. Fashion Show yang paling gempak! – Itulah tajuknya dan dilihat model-model disitu dan salah satunya ialah... Aliya.
XXX
Pagi itu suasana di dapur kelihatan santai sahaja kerana orang pun tidak ramai sangat. Jadi bolehlah Shafiqah nak renggang-renggangkan badannya dan berborak-borak dengan yang lain. Qirash pun hari ni tak ada. Kena pergi beli barang dapur yang dah berkurangan. Jadi tenang sikit telinga ni rasa. Kalau tak asyik popetpopetpopet saja.. “Fiqa..” tiba-tiba dia disapa baik oleh Nadz yang cuba masuk ke dalam dapur itu. Shafiqah mula menjadi tidak tentu arah. Dengan pantas Shafiqah menarik lengan Nadz untuk berborak di luar belakang dapur. “Awak nak apa?” soal Shafiqah, pantas. Nadz memandangnya pelik. “Awak ni macam tak suka sahaja saya kerja dekat sini?” soal Nadz, hampa. Shafiqah mengeluh. “Bukan tak suka.. sebenarnya.. saya..” belum sempat Shafiqah ingin meneruskan ayat seterusnya Nadz sudah pun memotongnya. “Fiqa.. saya sebenarnya sukakan awak!! Dah lama saya fikirkan benda ni. Kalau boleh saya nak hubungan kita jadi seperti dahulu kala.” Terlopong mulut Shafiqah mendengarnya.
Namun, hati dia berasa aneh. Shafiqah kenapa ni? Bukan sepatutnya engkau bahagia ke dengan ayat yang sebegitu. Patutnya engkau happy yang Nadz kata dia suka engkau. Dah lama engkau cuba dapatkan dia dulu tapi tak kesampaian. Shafiqah! Senyumlah, paksa hatinya. Lama-lama bibirnya mula mengukir satu senyuman. Namun senyuman itu dimatikan apabila dia melihat kelibat Qirash yang baru sahaja pulang. “Qirash!” sapa Shafiqah, lalu membantu Qirash untuk mengangkat barang-barang dapur yang dibelinya itu. Qirash mula menayangkan muka geramnya. Bukan nak ikut sekali tolong dia beli barang. Hurh! Mujur aku sayang engkau, ngomel hati Qirash sambil menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik itu. Shafiqah mencebik. Dengan perasaan yang gugup dia berlalu sahaja depan Nadz. Qirash memerhati Nadz pelik. “Hoi, engkau ni tak ada kerja lain ke?!? Yang engkau sibuk dekat sini apasal?” tegur Qirash, membuatkan Nadz pergi dari situ.
“Aik, belah sahaja macam tu.” Ngomel Qirash, seorang diri.
XXX
Orang ramai yang berada di kafe itu mula memberikan tepukan yang gemuruh sebaik sahaja Syahriezal selesai membuat persembahannya. Alah, biasa-biasa sahaja untuk teman baiknya iaitu Fathie. Hari ni merupakan hari pertama dia membuka kafe itu. Jadi kenalah bagi hadiah yang istimewa untuk teman baiknya itu. Mungkin dengan melakukan persembahannya tadi mampu menarik minat pelanggannya untuk datang bertandang nanti. “Yo, bro! Thanks for coming!” ucap Fathie. “Syah!! I rindu you..” tegur Intan juga sambil memukul lembut bahu Syahriezal, iaitu isteri Fathie. Syahriezal tersenyum sinis. Nak termuntah pula dia tengok Intan ni. Laki depan mata pun nak menggedik dengan lelaki lain. Sahabat laki sendiri pula tu. “Aliya tak datang dengan engkau ke?” soal Fathie, yang cuba menyerikan suasana. Syahriezal mula menganggkat bahu tanda tidak tahu. “Alah, sayang. Kejap lagi dia sampailah tu. Pandai-pandai dialah. Bukannya isteri Syah pun nak mai berdua. Betul tak Syah?” gurau Intan. Namun, gurauan itu langsung tidak melucukan hati sesiapa. Menambahkan bara dihati suaminya adalah. Lantas tangan Intan ditarik jauh pergi dari Syahriezal. Syahriezal hanya mampu menggeleng melihat mereka.
“Awak! Boleh tak jaga sikit tingkah laku tu. Jangan biadap sangat!” tegur Fathie, dalam nada yang perlahan dan berbisik. Intan merengus geram. “Ehhh, salah ke apa yang saya cakap ni? Betulkan?!? Yang awak nak buat teruk ni apasal? Saya tengok Syah okay jew!” bebel Intan. Fathie mula memegang dadanya yang terasa perit. Isteri dia ni kalau tak ada jawapannya memang tak sah.
XXX
Aliya dengan nafas panjang membuka pintu itu untuk masuk. Walauapapun yang dah berlaku, hatinya masih lagi menganggap Fathie itu sebagai sahabatnya. Namun, moodnya berubah apabila terlihat akan kelibat Syahriezal yang turut sama berada disitu. Langkah kakinya dengan pantas menuju ke arah Syahriezal walaupun dia tahu hatinya itu cuba berada jauh dari lelaki itu kalau boleh. Dengan manis dia menegur Syahriezal yang seolah seperti termenung jauh memandang ke arah Fathie dan Intan itu. “Hai..” tegur Aliya, sambil menarik kerusi yang kosong di sebelah untuk duduk. Syahriezal mula mengukir satu senyuman dibibir. Agak-agak marah lagi tak Aliya akan peristiwa waktu majlis kahwin Fathie hari tu, bisik hati Syahriezal sambil menjeling ke arah Aliya. “Emmm, cantik kafe ni. Tak sangka tercapai juga hasrat Fathie nak buka kafe manisan dia yang tersendiri.” Ujar Aliya yang cuba berbasa basi dengan Syahriezal. Syahriezal mula mengangguk tanda setuju.
Intan yang baru sahaja terperasan akan kehadiran Aliya mula menerpa ke arah mereka. Sibuk sahaja minah ni! Tak senang langsung nak tengok orang bahagia. Aliya mula memusingkan bola matanya tanda menyampah. Lantaklah kalau dia nak terasa ke apa. “Aliya.. datang pun awak. Awak nak pesan apa? Hari ni semua menu dekat sini free sebab baru buka. Esok-esok kalau awak datang kenalah bayar.” Jelas Intan. Fathie yang berada disebelah mula menepuk dahinya. Mereka ni kalau berjumpa ada saja benda yang nak digaduhkan. “Ermm, kalau saya order banyak-banyak dan bungkus bawa balik pun kira free juga ke?” soal Aliya, sengaja cari nahas. Intan mula memandangnya tajam. “Taklah.. pesanan yang pertama sahaja yang kira free. Pesanan seterusnya.. BAYAR!” tegasnya. Aliya mula tersenyum sinis. “Saya nak set Firaun? Ada?” perli Aliya. Intan mula mengepal tangannya membentuk penumbuk. Kemarahannya cuba ditahannya. Gelaran itulah yang dia dapat sewaktu sekolah menengah dulu dan ini semua direka khas oleh Aliya, Lydia dan Shafiqah. 
Fathie yang berada di belakang mula menarik isterinya untuk pergi dari situ. Aliya mula tersenyum puas. Padan muka engkau! Ada aku kisah! desis hati Aliya. Syahriezal mula menggeleng kepalanya. “Awak ni.. macam budak-budaklah.” Tegur Syahriezal. Aliya mula memuncungkan bibirnya sedepa. Eh, macam minta kiss pula minah ni! bisik hati Syahriezal yang sedang memerhatikan riak wajah gadis itu dengan tekunnya. “Orang pula yang kena cop budak-budak. Ehh, ingat sikit awak tu muda setahun dari saya. Saya lagi tua taw!” bebel Aliya. “Yrwlah, awak.. Ikut suka hati awaklah..” balas Syahriezal. “Sorry pasal tadi..” ujar Fathie yang baru sahaja sampai dengan segelas  jus oren dan jus karot. “Tak apa..” balas Aliya lalu mencapai gelas yang berisi jus oren itu. Fathie kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Syahriezal. Kemudian, bermulalah sesi sembang menyembang mereka. Intan yang berada dibelakang dapur hanya mampu memerhati. Yrwlah, dah kena sound dengan laki tadi. Hahak!
XXX
Hati Khai akhir-akhir ini seolah-olah berasa tidak tenang sahaja. Hatinya terasa bagaikan baru sahaja disuntik dengan satu perasaan iaitu ‘Cinta’. Dia kemudian cuba membaringkan badannya diatas katil dan tangannya sengaja diletakkan diatas dahi. “Yo bro!!” tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara Anas yang menerpa masuk ke dalam biliknya tanpa memberi salam. Yo bro, tu bukan salam okay! Khai mula menggeleng kepalanya. “Engkau nak apa?” soal Khai, acuh tak acuh. Anas mula memandang sepupunya itu pelik. Aikk? Dah kenapa dia ni? “Engkau kenapa?” soal Anas, lalu melabuhkan punggungnya dihadapan permainan video milik Khai lalu membukanya untuk bermain. Khai cuba memandang sepupunya itu lama. Agak-agak, apa hubungan dia ni dengan Lydia yrw? Nak tanya ke tak? Tanya, tak.. tanya.. tak? Bisik hati Khai keliru.

Belum sempat Khai ingin bertanya, tiba-tiba telefon bimbit Anas berbunyi. Sempat Khai menjeling siapakah manusia yang menelefon Anas itu. Lydia? Macam mana Anas boleh ada nombor Lydia. Errghh!! Hati Khai mula menjadi tidak keruan. Selesai sahaja Anas bercakap dengan Lydia dibalik corong telefon itu, Anas terus meminta dirinya. Khai memandangnya pelik. “Aikk? Asal ni?” soalnya hairan. “Bhaii, ada date dengan bakal isteri.” Seloroh Anas, lalu meminta dirinya untuk pulang. Khai mula membeliakkan matanya. Lydia.. Dia bakal.. What?? Takkan kowd.. 


TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 12  ni. And nantikan untuk Bab 13  pula. Sorry, sangat andai kata Bab ni tak best ke.. atau sikit sahaja. Buat masa ni ini sahaja yang Eyka mampu lakukan. Kalau boleh Eyka betul-betul nak habiskan cerita ni secepat yang mungkin. Dah penat kerah otak ni! *sob sob* Harap anda semua sabar menanti. T^T

Sepetang di Hari Selesa~

Assalamualaikum, semua..

Hari ni Eyka ada pergi ziarah seorang kawan lama Eyka ni. Miera nama dia. Dah lama tak jumpa dia. Sorry, sebab sabtu ni tak boleh nak datang kenduri kahwin akak ag. Sebagai ganti hari ni Eyka pergi bertandang ke rumahnya. Hik3, sempatlah juga borak-borak sikit dengan dia tanya khabar apa semua. Kesian, dia pun banyak kerja nak kena buat sebab kenduri buat dekat rumah mereka. Eyka selalu datang rumah dia waktu yang salah. Tak apalah, Eyka tunggu ag kahwin nanti. InshaAllah waktu tu Eyka jadi bridemaid awak yrw~ *kenyit mata* Lagipun, tadi mak dia sempat tanya dekat Eyka.. Miera ni dah berpunya ke. Kalau ada senang mak cik nak jodohkan cepat-cepat. Eyka hanya mampu tutup mulut dan ketawa.. Entahlah, mak cik! Hahahahak..

Kawan selamanya ➜ Miera

 Oh yeah, waktu bersiap tu sempat Eyka try hadiah yang kawan Eyka bagi sempena hari jadi Eyka.. Walaupun, terlambat tapi Eyka hargai sangat-sangat.. Thanks, Yana!! Walaupun, orang kata tak seberapa tapi Eyka suka sangat!! Eyka ni kalau orang bagi barang seriusly macam take care sangat dengan barang tu. Cam sayang pula lepas ni nak pakai...


p/s: Maaf.. sesiapa yang masih lagi menunggu Janji Kita tu.. Harap maaf dan setia menunggu. Eyka tengah nak touch up.. touch up cari idea.. Kasi kedebaboOom walaupun tak kedebabOoom sangat.. ⌤

Sunday, 20 December 2015

Kahwin & Cerai

Bilangan kes perceraian melibatkan pasangan Islam di negara ini berada pada tahap 10 hingga 15 peratus. Peratusan tersebut dianggap tinggi, biarpun masih terkawal. Walaupun begitu, timbul persoalan, adakah kahwin, dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini? Islam amat menggalakkan perkahwinan yang menyempurnakan keperluan tabii manusia yang memerlukan pasangan hidup. Manakala perceraian pula satu perkara halal yang paling dibenci. Perceraian berpunca kegagalan suami isteri melayari kehidupan berumah tangga seperti mana diharapkan.

Suatu masa dahulu, pasangan yang bercerai menanggung perasaan malu. Perasaan itu turut ditanggung ahli keluarga yang lain. Hal ini disebabkan satu tanggapan bahawa pasangan yang bercerai berpunca sesuatu sikap yang tidak baik seperti suami atau isteri curang, mengamalkan sikap tidak baik, masalah tenaga batin dan sebagainya. Malah, perceraian dianggap sesuatu yang `salah' dalam masyarakat. Sebab itu, pasangan suami isteri akan cuba sedaya mungkin mengelak daripada berlaku perceraian. Masalah dalam rumah tangga cuba diselesaikan secara bertolak ansur dan bijaksana. Keluarga akan campur tangan mendamaikan pasangan bermasalah agar tidak berakhir dengan perceraian.

Status duda dan janda bukan suatu yang baik pada pandangan masyarakat. Pandangan ini berdasarkan bahawa perceraian berpunca sesuatu yang tidak baik mengenai duda atau janda itu. Keluarga yang prihatin tidak mudah menerima bakal ahli keluarga baru daripada kalangan duda atau janda. Mereka akan menyelidik apakah punca perceraian yang lalu. Adakah perceraian lalu berpunca daripada sikap bakal menantunya itu? Ini bagi mengelak perkara yang sama berlaku dalam perkahwinan baru kelak. Dengan perkataan lain, duda atau janda dipandang rendah bukan kerana status, tetapi sebab di sebalik mengapa status itu diperoleh. Suami tidak mungkin menceraikan isteri yang baik. Atau, suami yang baik tidak mungkin menceraikan isteri tanpa alasan yang munasabah.

Atas alasan itulah mengapa duda, lebih-lebih lagi janda sentiasa dipandang serong. Keluarga akan cuba menghalang anak teruna mengahwini janda. Pengalaman buruk janda itu tidak mahu berulang pula kepada anak teruna yang belum pernah mengalami pengalaman hidup berumah tangga. Manakala duda pula akan disiasat lebih teliti terlebih dahulu sebelum dibenarkan berkahwin dengan anak dara. Manalah tahu punca perceraian dahulu disebabkan sikap tidak baik duda itu. Sikap itu mungkin akan berulang bila berkahwin baru dan isterinya bakal menanggung nasib yang sama.

Senario itu berlaku pada suatu masa dahulu. Tetapi, nampaknya kes kahwin dan cerai seperti ini  sudah seperti satu budaya dalam masyarakat kini. Pasangan yang bercerai tidak lagi menanggung perasaan malu. Sikap ego pasangan dikenal pasti mengapa mudah berlaku perceraian dalam masyarakat sekarang. Jika ada masalah dalam rumah tangga, masing-masing tidak `takut' untuk bercerai. Si suami merasakan dia tidak menghadapi masalah untuk mencari pasangan baru. Mereka boleh mendapatkan isteri baru di kalangan anak dara yang lebih baik. Begitu juga dengan si isteri yang mengambil pendekatan tidak kisah jika selepas itu dia tidak bertemu jodoh lagi. Bahkan ramai berpegang kepada prinsip perceraian bukan penamat kehidupan. Malah ada yang lebih optimis mengatakan perceraian adalah permulaan untuk berubah mencapai yang lebih baik. Memang pemikiran itu amat liberal dan keterlaluan bagi budaya masyarakat kita.

Sekarang ini ramai wanita yang mempunyai kerjaya yang baik. Mereka tidak lagi bergantung kepada lelaki untuk menyara hidup selepas perceraian. Bahkan, banyak hak penjagaan anak diberikan kepada si isteri yang mampu menyara sepenuhnya perbelanjaan, walaupun tanpa bantuan daripada bekas suami. Golongan yang memperjuangkan kepentingan wanita pula seakan-akan berjuang mempermudahkan soal perceraian. Kalau boleh, setiap permohonan cerai yang dikemukakan oleh si isteri perlu diluluskan segera.

Banyak forum dan seminar yang membincangkan mengenai keadilan bagi si isteri merumuskan agar proses permohonan cerai dipermudahkan. Mahkamah Syariah dikatakan gagal melaksanakan tugas jika melambat-lambatkan proses perceraian. Mereka bukannya berjuang untuk mempertahankan isteri daripada dijatuhkan talak. Mereka seolah-olah bangga berstatus ibu tunggal. Sekarang masyarakat jarang menggunakan perkataan janda bagi wanita yang bercerai hidup atau balu bagi bercerai mati. Lainlah jika mereka bercerai tanpa mempunyai anak.

Biasanya masyarakat mudah simpati dengan gelaran ibu tunggal. Terdapat Persatuan Ibu Tunggal peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Aktiviti persatuan mendapat sokongan masyarakat setempat, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri. Ada ruangan khas dalam majalah atau akhbar yang memfokuskan mengenai ibu tunggal yang berjaya. Memang benar ramai ibu tunggal berjaya meneruskan hidup dengan sempurna bersama anak-anak. Malah ada yang menikmati kehidupan lebih berjaya selepas bergelar ibu tunggal. Ibu tunggal biasanya berusaha lebih gigih dan menggunakan sepenuhnya peluang bebas kongkongan daripada suami untuk berjaya. Mereka ingin memastikan nasib anak-anak tidak terabai. Malah ramai yang ingin membuktikan kepada bekas suami bahawa mereka boleh berdikari dan kebahagiaan hidup bukan bergantung kepada lelaki.

Tetapi, apakah matlamat perkahwinan `mesti' berakhir dengan perceraian. Jika perkahwinan diraikan sebagai hari paling gembira dan bersejarah, perceraian sepatutnya dianggap malapetaka paling besar. Istilah perceraian sepatutnya tiada dalam kamus perkahwinan. Perceraian adalah jalan terakhir setelah segala usaha untuk mengekalkan rumah tangga gagal. Rakyat yang baik bermula dari keluarga yang bahagia.


p/s: Bagi Eyka.. walauapapun yang terjadi selagi boleh selamatkan perkahwinan tu selamatkanlah ia.. Ingat bukan kita sahaja yang akan menanggungnya kelak. Anak-anak juga akan berasa tertekan, keluarga dan sebagainya. Tambah-tambah, anak itu masih lagi kecil dan keliru. Selagi boleh bawa berbincang.. Berbincanglah ia dengan baik..! Jangan hancurkan sesuatu itu dengan mengikut hawa nafsu. Mungkin suatu hari nanti kita akan menyesal dengan apa yang kita lakukan. Banyak-banyaklah berdoa. *sad sad* ~ Maaf kalau yrw ada kaitan dengan anda. Eyka tak berniat pun hanya sekadar peringatan.. dan nasihat.. 

Friday, 18 December 2015

Slumber Party Is Over !

Okay, untuk hari kedua ni. Mula-II ingat tak mahu keluar sebab terlalu kepenatan sangat.. *geleng kepala* Tapi akhirnya Malia dan Yana kalah jua sebab terlalu keboringan.. So, destinasi kedua kami ialah Pasific. Katanya nak main bowling Tapi mula-II tu pergi ronda-ronda duluan. Hik4, of course tempat pertama yang ditujui ialah POPULAR.. [macam tak dak tmpt lain dh] Amalia akhirnya dapat beli jua novel yang dia nak.. I mean novel yang dia nak tu.. Tak dapat.. So beli novel tajuk dia She's My Senior karya Fimirae ~

Eyka usya buku-buku ni nampak comellah.. Teringat zaman kanak-kanak... Korang suka siapa? Eyka dulu minta Bella dan Ariel.. *big smile*

Lepas puas usya-usya buku yang ada dekat POPULAR tu. Kami naik ke tingkat atas tengok ramai tak orang p main bowling. Uuu, waktu naik atas tu jenoh juga cari mana tempat bowling tu. Yrwlah, sebab gelap. Seram dohh!! Bila dah jumpa waktu nak masuk tu.. jumpa mamat psiko yang tengah merokok kat luar situ. Ingat baguiih sangat!! Menyampah tengok.. Lepas tu, main tegur-tegur orang. Rasa cam nak ludah jrw kat muka dia orang waktu tu. *tak ada adab langsung* Bila masuk tempat bowling tu tengok-tengok ramai. So, pasrahlah and keluar balik dengan lajunya sebab malas nak tegur sapa lagi dengan mamat dekat luar tu.

Lepas tu.. jumpa satu kedai baju ni & masuk. Emm, saiz untuk Eyka dengan Malia tak adalah... Tapi masuk juga sebab nak teman Yana beli baju. Hish, jenoh juga dok padan baju dekat dia. Itu tak kena ini tak kena.. Akhirnya, kami pasrah dan biar dia beli sendiri.. Okay, lepas dah beli semua barang kami pun balik.

Malam tu, lepas makan maggie cup. Kami naik atas dan bermulalah sesi... make up2..


Serius lawak! Muka semua pakat nampak cam badut.. Tapi badut yang ada gaya lew.. Lepas penat make up.. kami semua tidur dengan lenanya lepas Yana penat layan drama..

Keesokkan harinya kami pun pulang semula ke rumah masing-masing. So, tamat sudah kisah kami bertiga.. Semoga ketemu lagi..


Slumber Party ! 1st holiday~

Assalamualaikum semua.. Sorry sebab dah lama tak publishkan something dekat blog Eyka ni. Hihik8, hari tu Eyka dengan kawan-kawan Eyka [Yana & Malia] pergi holiday~ trip dekat kampung Eyka..It was really great & fun.. Ni 1st time kami bertiga pergi dengan menaiki KTM~Lol, mentang-mentanglah sekarang dah ada kemudahan awam kan Emm, hari pertama nak pergi ke kampung Eyka tu ada satu dugaan yang menimpa kami iaitu waktu kami sampai dekat stesen tu tiba-tiba orang yang jaga kaunter tiket tu pergi bank. Ya Allah, waktu tu hanya Allah sahaja yang tahu. Punyalah berdoa minta-minta orang tu balik cepat sebab komuter tak lama lagi dah nak sampai. Alhamdulillah, akhirnya sempat juga orang tu sampai & Eyka dengan terburu-burunya pergi beli tiket. FUh, hilang kecut perut ni. N then, bermulalah kisah pengembaraan kami ketika menaiki komuter tu~

Walaaaa.. Hari pertama sampai kampung Eyka.. kami pergi menjelajah ke Sunway... Omo!! Mesti korang pelikkan.. Ini kampung ke Bandar Raya. Holaa, kampung moden.. Kampung Eyka dekat Bkt Mertajam.. So, shopping mall dekat-dekat saja kalau nak pergi. Jadi inilah destinasi kami. Mujur, moOd Mama okay! So, dia bawa kami pergi ronda banyak-banyak tempat. 1st Sunway.. dekat Sunway kami pusinglah habis semua tempat. Mula-mula, pergi POPULAR sebab Malia kata nak cari novel dia. Tapi tak jumpa. Nak buat macam mana pergi tingkat atas sekali.. N ronda-ronda sampailah jumpa satu kedai ni yang jual topi.. Hmm, ingatkan dia nak beli topi tu.. Tapi akhirnya kami semua pakat beli *contact lens*. Serius!! Sebenarnya, Eyka tak reti pun pakai benda alah tu dan tak pernah pun pakai ataupun beli. Tapi disebabkan Yana kata dia akan tolong bubuh. Eyka dengan teragak-agaknya beli. Okay, n then.. tamat sudah kami pusing Sunway pergi Tesco pula... Dekat Tesco kami just minum.. lepas tu ronda kejap pergi beli maggie cup. Then, turun balik dekat food court makan Takoyaki..!! Omo~ Nyum3.. [Padahal, tak sedap sangat pun. Lantaklah! Janji kenyang masuk perut]

Okay, tamat sudah untuk hari pertama.. Malam tu kami buat apa erkk? Hmm, malam tu kami pergi keluar makan.. Makan Burger Bakar Tok Uban.. Tapi sebelum nak pergi keluar makan tu waktu nak bersiap-siap. Eyka belajar cara nak pakai contact lens   Mula-mula, Eyka ingat Eyka nak suruh Yana tolong bubuhkan sebab Malia dia tak reti pakai tapi dia boleh bila orang tolong bubuhkan. Lagipun, dia pernah pakai contact lens. Eyka ni pula jenis tak reti nak biarkan orang bubuh benda-II pelik ni dekat Eyka. So, dengan sedaya upaya Eyka belajar untuk pakainya. Dan yahooo!! Banyak kali cuba akhirnya sampai dah tere pakai untuk sehari sahaja.. *proud sangat* But, you know my family can't accepted benda-benda pelik ni.. Tambah-II adik perempuan Eyka yang seorang tu yang kuat mengadu. So, Eyka fikir maybe this is the last I try~ Just maybe.. LoL..! Kita tak tahu..


Look at my blue eye!! Hak4.. ⬆⬆ Okay, setakat ni dulu my story journey~

Monday, 14 December 2015

Cerpen: Cinta Si Gemuk



Cinta Si Gemuk
Peristiwa yang menjengkilkan itu masih lagi terngiang-ngiang difikiran Ainin Sofea membuatkan air matanya mengalir dengan deras. Dah sebulan dia berkelakuan sebegitu. Terkurung dalam bilik. Tak mahu makan, menangis, dan kadang-kadang langsung tak mahu bercakap sedikit pun dengan emaknya, Puan Aisyah.
Sebulan yang lepas...
Ainin dengan gembiranya mendandan dirinya secantik yang boleh. Well, tunang ajak keluar. Mesti ada apa-apa tu, desis hati Ainin. Entah-entah, dia dah ready nak kahwin apa, renyeh Ainin seorang diri sambil membayangkan Adam akan menarik kerusi untuk dia duduk dan.. Praakkkk!! Baju yang disarungkannya itu tiba-tiba terkoyak. Wajah Ainin mula berubah menjadi berkerut. Hish!! Macam mana ni.. Baru petang tadi dia beli baju tu untuk pakai. Tengok-tengok dah terkoyak. Alamak.. macam mana ni.. Nak cari baju lawa-lawa sekarang mana sempat. Kalau aku ni kurus tak apalah juga, bebel Ainin sambil memunggah almari bajunya.
Puan Aisyah perlahan-lahan menguak daun pintu itu sedikit untuk melihat Ainin yang kelihatan sibuk menyepahkan biliknya itu.“Masya-Allah, Ainin Sofea!! Apa yang kamu buat tu?!?” jerit emaknya, yang terkejut melihat biliknya yang bersepah itu. “Mak.. mak senyap kejap boleh dak. Ainin tengah berusaha nak cari baju untuk keluar dinner dengan Adam ni.” ujarnya. “Bukan tadi petang kamu ada beli baju ke?” soal Puan Aisyah, hairan. “Terkoyak mak! Mak tengoklah badan Ainin yang gedebab ni!” gumamnya. Puan Aisyah hanya mampu menggeleng sahaja. Sejak bertunang dengan Adam, Ainin ni tak henti-henti sahaja makan. Dulu tak pun badan gendut gedempol macam ni. Itulah asyik keluar makan sahaja bila pergi berdating.
XXX
Di sebuah restoran yang mewah. Ainin mula menelan liurnya. Baju yang hanya mampu dipakainya adalah baju kurung yang bersaiz XXL yang dijumpainya di dalam almari. Matanya mula mencari-cari kelibat Adam. Dan.. tiba-tiba, dia ternampak ada satu tangan yang melambai-lambai memanggilnya. Ainin tersenyum gembira.
“Sorry lambat..” ujarnya yang masih lagi setia menunggu Adam untuk bangun dan menarik kerusi untuk dia. Namun, hampa! Jadi pandai-pandailah nak tarik kerusi sendiri dan duduk. Ainin mula tersenyum gembira melihat hidangan yang terhidang elok diatas meja itu. Banyak, sedap. Grrr.. tiba-tiba perut Ainin berbunyi, minta untuk diisikan. Ainin tersengih memandang Adam. “Makanlah..” pelawanya. Ainin tersenyum lalu mencedok semua makanan itu. “Emm, sedapnya lobster ni!!” komennya, sambil membuat reaksi yang memang sedap gilalah.
Seusai mereka habis makan, Adam mula bersuara. “Ainin, saya ada benda nak cakap dengan awak ni.” Ujarnya. Ainin memandangnya dengan penuh rasa teruja. Adakah Adam akan melamar aku untuk kali kedua. Hari tu waktu dia nak ambil Ainin sebagai tunang dan.. sekarang buat jadi isteri pula. “Cakaplah..” gumam Ainin, yang sudah tidak sabar. “Adam..” tiba-tiba mereka disapa baik oleh seorang wanita ini. Cantik, tinggi, seksi, persis macam model yang masuk pertandingan ratu cantik. Adam tiba-tiba menarik tangan wanita itu untuk mengajaknya duduk sekali. What? Depan aku siut! Bentak hati Ainin, namun didiamnya saja.
“Ainin.. sebenarnya..” belum sempat Adam ingin berkata-kata tiba-tiba wanita itu menarik cincin yang dipakai oleh Adam dan diserahkannya pada Ainin. Wajah Ainin mula berubah menjadi cemberut. “Adam? Apa semua ni? Hey, awak ni dah kenapa!!” bentak Ainin. Ini dah melampau ni! “Ainin.. Adam minta maaf! Adam rasa Adam dah tak boleh nak teruskan hubungan kita ni.” jelas Adam, dengan riaksi yang serba salah. “Why? Adakah sebab perempuan murahan ni.” suara Ainin mula menjadi tinggi menyebabkan semua orang memandang ke arah mereka. Lantaklah! Perasaan amarah itu lebih bernilai sekarang daripada malu.
Perempuan itu mula bangun dan mencampakkan jus oren yang masih lagi bersisa itu. Habis basah kuyup Ainin dibuatnya. “Hello, for your information! Adam tinggalkan engkau sebab badan engkau yang boyot tu. Look at you! Just like ugly duckling you know!” hina perempuan itu. “Katie.. stop it!” gumam Adam. Ainin kemudian mencapai rambut wanita itu dan menariknya. Mulalah agenda tarik menarik rambut. Mujur Ainin pakai tudung. Tapi teruklah juga. Sampai habis terkeluar tudung yang dipakai Ainin itu ditariknya. Adam kemudian mula menarik Ainin dan secara tidak sengaja menampar wajah Ainin dengan kuat. Ainin terkesima. Even, family dia pun tak pernah nak sentuh dia sampai macam tu sekali. Jadi siapa pula Adam untuk tampar dia!!
“Fine!! We are done here!!” jerit Ainin, lalu menyarungkan semula tudungnya dan belah dari situ. Adam menggengam tanganya dengan erat. Rasa serba salah mula menyelubungi dirinya. Orang ramai yang berada di situ mula berbisik antara satu sama lain.
Dalam kepekatan malam itu, tiba-tiba hujan yang lebat mula mencurah-curah membasahi muka bumi itu. Ainin mula memeluk tubuhnya yang basah kuyup dengan hujan kini. Tadi basah kuyup dengan jus oren. Sekarang hujan pula! Sudah jatuh ditimpa tangga. Hina sangat ke dia sebab gemuk! Why? Dulu waktu dia kurus boleh pula Adam terima dia. Ini tak logik! Yang paling kejam.. sanggup Adam tampar dia semata-mata sebab perempuan murahan tu!
Splash!! Tiba-tiba, ada satu kereta ini memandu dengan lajunya dan meredah lopak air yang berada berdekatan dengan Ainin menyebabkan habis air lopak itu terperciknya. Ainin mula menjerit tanda marah. Ada sapa kesah. Masalah kereta tu dah belah jauh dari situ. Malang sungguh nasib aku hari ni!!
Setelah sebulan berlalu~
“Ainin, makanlah nak. Janganlah buat mak macam ni Ainin. Ainin Sofea!” pujuk Puan Aisyah dengan sabarnya. Wajah Ainin kelihatan pucat yang amat membuatkan Puan Aisyah betul-betul khuatir akan kesihatannya. Hari tu ada sekali Ainin masuk hospital. Teruklah juga sampai doktor kena masukkan air dekat dalam badan dia. Ainin menggeleng lalu menolak pinggan itu dengan perlahan. “Ainin..” Puan Aisyah masih lagi mencuba. Namun, hampa apabila Ainin menolaknya dengan agak kuat sekali sehingga menyebabkan pinggan mangkuk itu terpelanting di atas lantai dan pecah. Muhd Khalish yang baru sahaja pulang dari kerjanya mula terkejut apabila kedengaran bunyi pecah dari tingkat atas bilik adik perempuannya.
“Mak.. kenapa ni?” soal Khalish dengan lajunya menerpa masuk. Dilihatnya, Puan Aisyah dengan sendu sendannya mengutip setiap serpihan kaca yang pecah itu. Manakala, Ainin? Diam membisu macam anak patung yang tak bernyawa. Jiwa Khalish berasa panas. Ini sudah melampau! Dia kemudian memegang erat kedua belah bahu adiknya dan menggoncangnya dengan sekuat hati. “Ainin!! Sedarlah Ainin!! Tak usah lagi engkau tangiskan orang yang dah buang engkau dari hidup dia!! Ramai lagi lelaki dekat luar sana Ainin! Jangan nak hadap sangat dengan Si Adam tu!” nasihat abangnya. Siapa tak kisah tengok keadaan adik dia yang macam tu?!? Hati abang mana yang tak kisah. Tengok sahaja Khalish ni macam tak caring sangat pasal Ainin tapi jauh disudut hati dia. Dia rasa terseksa sangat.
Lepas hari yang Ainin balik nangis.. nangis tu, malam tu juga Khalish redah hujan cari Adam dan tumbuk dia sepuas hati. Namun, dia tahu semua itu takkan dapat ubah apa-apa. Ainin masih lagi begitu. Diam.. membisu!
Air mata abangnya itu mula mengalir dengan deras, ditariknya adiknya itu kedalam pelukannya. Puan Aisyah hanya mampu memerhati. Ya Allah, engkau kuatkanlah hati sanubari anakku yang seorang ni.
Dua tahun sudah berlalu, akhirnya Ainin kembali pulih seperti sediakala. Si gemuk yang ceria! Yang kuat makan, yang suka buat lawak, suka memasak dan sebagainyalah. “Ainin, aku tengok engkau ni asyik makan.. makan.. makan. Tak ada kerja lain ke nak buat? Engkau tu dahlah peguam. Peguam memerlukan tenaga yang kuat untuk ke hulur ke hilir. Siasat tu, siasat ni. Engkau tak penat ke dengan badan yang macam tu? Satu lagi.. mana ada lelaki yang nakkan perempuan yang gemuk.” Ujar temannya, Diana. Bukan niat nak mengutuk tapi nak nasihat. Ainin hanya acuh tak acuh sahaja ketika soalan itu diajukan padanya. “Ainin!” marah Diana. “Alah, biarlah. Gemuk ke.. kurus ke.. sama sahaja! Yang penting hati kena ikhlas. Kalau perempuan tu kurus sekali pun. Bukannya lelaki tu suka dia sebab dia suka betul-betul.” Jelas Ainin. Diana mengeluh. Ada sahaja benda yang perempuan ni nak bidas aku.
XXX
“Awak.. kalau boleh saya nak minta tolong sangat dengan awak.” Gumam Khalish. Diana memerhati Khalish lama. Dah lama juga mereka ni bercinta. Tapi masih lagi tak nak beritahu Ainin sebab takut Ainin tak dapat terima kenyataan. Yrwlah, abang kandungnya bercinta dengan sahabat baiknya. What? Macam pelik doh~ “Minta tolong apa? Kalau saya boleh tolong saya tolong..” ujar Diana, sambil menghirup air jus yang dipesannya tadi. “Emm, apa kata awak ajak Ainin pergi berjogging ke, pergi gym ke? Kasi kurus badan dia tu sikit.” Jelas Khalish. Diana mengeluh. “Awak.. saya dah buat macam-macam untuk pujuk dia. Tapi hasilnya tetap sama! Saya penatlah awak. Adik awak tu sejak dulu sampai sekarang memang degil nak mampus. Mujur abang dia ni boleh tahan lagi.” Khalish mula tersengih.
“Saya janji..! Kalau awak berjaya kuruskan badan adik saya tu. Saya janji akan masuk minang awak. Kita kahwin terus.” Terangkat kening Diana dibuatnya. “Awak jangan nak main-main! Saya dah kempunan lama dah nak tunggu awak lamar saya.” ujar Diana. Khalish mengangkat tangan sebelahnya tanda untuk bersumpah. Namun, dihalangi oleh Diana. “Sudah.. sudah.. tak baik main angkat sumpah sesuka hati. Okay, saya buat! Saya buat atas dasar saya ambil berat tentang bakal adik ipar saya.” jelas Diana. Khalish dengan tersenyum lebarnya memegang kedua belah tangan Diana tanda terharu. “Haipp, bukan muhrim!” marah Diana. “Astragfirulallahalazim.. Maaf!! Setan menganggu tadi.” Ujar Khalish. Diana menggeleng.
XXX
“Ainin..!! Jomlah, teman aku! Aku takutlah nak pergi seseorang.” Rayu Diana. “No way! Aku banyak kerjalah. Aku tak ada masa nak pergi gym apa semua tu. Lagipun, aku tak berminatlah.” Gumam Ainin. “Sampai hati engkau!!” bentak Diana, lalu meninggalkan pejabat Ainin dengan begitu sahaja. Nak kasi drama korea sikit! Ainin mengeluh. Dia kemudian bangun dan pergi ke pejabat kawannya itu pula. Diana perlahan mula tersengih sambil menabur titisan eyemo di matanya.  “Engkau nak apa?!?” marah Diana. “Fine! Aku teman engkau! Sekali sahaja! Kalau aku dah tak larat aku stop. Okay!” Diana dengan pantas memeluk temannya itu. “Ainin, engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat!! I love you, babe!” Ainin mula terasa rimas dengan pelukkan Diana itu. Hish, apalah nasib malang dia nak kena pergi bersukan pula. Dulu waktu dia tak gemuk. Rajinlah pergi gym sebab abang dia ada buka satu tempat gym ni. So, free!
Kejap? Diana ajak aku pergi gym.. Gym mana..? desis hati Ainin.
XXX
“Welcome my dear!!” peluk abangnya itu, erat. Ainin mula merengus geram. Jangan kata Diana berkomplot dengan abangnya itu. Sejak dulu memang suka sangat menyusahkan hidup aku. Mereka ni ada apa-apa hubungan ke?
“Ainin.. buat pengetahuan Ainin.. Dah lama sangat Ainin tak datang ke gym abang ni kan.” jelas Khalish panjang lebar. Namun, dipekaknya sahaja. “Okay, untuk kamu.. kamu boleh pilih sahaja sesiapa yang kamu nak untuk ajar kamu.” Tawar abangnya, sambil memanggil semua jurulatih yang dia ada.
Ainin mula memandang wajah mereka satu persatu.
“Wey.. aku harap sangat dia tak ambil aku okay..” bisik Raykal ke telinga Ammar. Otak Ammar cuba memeroses sesuatu. Dia macam pernah nampak gadis gemuk ni. Tapi dekat mana yrw? Hah! Restoran mewah dua tahun yang lepas. Kesian dia! Dan entah kenapa.. Ammar macam bodoh gila ekori dia dari belakang. Mujur perempuan tu tak perasan.  Tak sangka perempuan ni anak bos dia, bisik hatinya.
“Abang.. Ainin tak nak susahkan orang lain..” balas Ainin. Mereka semua menghela nafas lega. Eeww, siapa nak ajar perempuan gedempol macam tu. Kalau boleh mereka nak ajar perempuan yang dah ada shape, seksi, meletop.. “Ainin!!” bentak abangnya. “Ainin nak balik..” ujar Ainin, lalu bangun dari duduknya dan menuju ke pintu keluar. Ammar tiba-tiba maju ke hadapan dan menawarkan dirinya. “Tunggu!! Saya nak tolong dia, boleh?!?” Raykal yang berada di sebelah mula ternganga begitu juga Ainin dan orang lain. Hanya Khalish dan Diana sahaja yang tersenyum gembira. “Ammar!!” peluk Khalish, terharu. “Akanku pastikan gaji engkau lebih saat engkau mengajar adikku itu.” bisik Khalish. Yang lain mula berasa cemburu. Naik gaji?!? Menyesal juga tak ambil.
Ammar menggeleng. Ikutkan dia tak pernah kisah sangat pun pasal duit. Gaji yang dia ada sudah cukup untuk menampung hidup dia yang membujang itu. Ainin berkerut. OMJ..!! Kenapa gegeh sangat lelaki ni nak ajar aku?!? Jerit hati Ainin yang sebenarnya malas.
XXX
“Hai, nama saya Ammar Sufi. Awak boleh panggil saya Ammar.” Kenal Ammar, sambil menghulur tangannya untuk berjabat mesra. “Sorry.. no handshake! Ainin.. Ainin Sofea.” Ammar mengangguk tanda mengerti. “Baiklah, apabila awak dah pilih saya sebagai coach awak. Saya nak tahu semuanya pasal ‘body’ awak.” Ainin mula melindungi tubuh hadapannya itu apabila terdengar perkataan ‘body awak’. Ammar mula ketawa terbahak-bahak. “Hello, jangan nak salah faham sangat! Saya cuma nak tahu.. berat awak, tinggi awak, lifestyle awak.. aktiviti yang pernah awak buat. Kesihatan awak.. bla.. bla.. bla..” Ainin mengeluh. Perlu ke dia beritahu semua tu.
“Perlu okay! Sebab mulai dari saat ini.. your body.. is my body also..” Ainin mula ternganga. Hish! Menyampah betul dia dengan lelaki ni.
XXX
Kedebushh.. Badannya yang besar itu mula direbahkan diatas katil queen yang besar kedabak itu. Penat! Seharian aku dikerjakan oleh coach yang tak ada hati perikemanusiaan tu. Dekat rumah pula abang tak henti-henti suapkan aku makan sayur. Tak ada ke daging ke, ayam ke. Omo!!! Geramnya!! Jerit Ainin dalam hati. Lama kelamaan matanya mula menjadi berat menyebabkannya terlelap.
“Ainin!! Gemuk! Ainin boyot!!”
“Ainin maafkan Adam.. Adam tak dapat nak teruskan hubungan kita lagi..!! Adamm..”
“Sebab apa Adam??”
“Sebab Ainin boyot dan gendut!! Ainin..!!”
“Ainin!!” kejut Puan Aisyah, membuatkan Ainin tersentak dari mimpinya yang ngeri itu. “Ainin kamu okay?” soal Puan Aisyah. Ainin mula mengalirkan air matanya lantas memeluk ibunya itu. Dengan lembut Puan Aisyah mengusap belakang badan anaknya itu. Khalish yang berada disebalik pintu hanya mampu memerhati.
Ya, hampir setiap malam Ainin akan mengigau teringatkan kisah dimana Adam pergi meninggalkannya. Dan setiap malam jugalah hati Khalish berasa terseksa melihat adiknya sebegitu. Memang benar dia nampak ceria di luar. Tapi tiada siapa yang tahu isi hati adiknya itu yang sebenar.
XXX
1.. 2.. 3.. Cepat.. cepat.. push Ammar. Ainin dengan sedaya upaya Cuma untuk bangun dari tekan tubi itu. Namun, gagal. Akhirnya dia mengeluh lalu berhenti melakukannya. “Apa awak ni! Kenapa stop!” marah Ammar. Ainin merengus geram. “Boleh tak kita stop kejap! Saya penatlah..” Ammar kemudian memegang leher Ainin untuk memeriksa kadar nadinya. “Fine, 5 minit sahaja.” Ujar Ammar. “What!! 20..” “No!! 5..!!” “10 minit..” “Fine..” akhirnya Ammar mengalah jua.
Ainin dengan pantas meneguk air mineralnya itu dengan rakus sekali. “Yarh!! Awak mana boleh minum sekaligus macam tu.” Marah Ammar lalu merampas botol minuman Ainin itu darinya. “Kenapa pula!!” ngomel Ainin, yang sudah kehausan tahap maksimum. Ammar menunjukkan jarinya tanda ‘no.. no.. no.’. Ainin mula mencebik. Kemudian, suasana gym itu kedengaran riuh dengan suara lelaki. “Wow! Pweett!! Cantiklah perempuan tu..” bisik mereka antara satu sama lain. Ainin mula memanjangkan lehernya untuk melihat siapakah perempuan yang mereka gilakan sangat tu. Over betul semua laki ni. Pantang nama perempuan seksi sikit, ngomel hati Ainin. Namun, Ammar seolah-olah sengaja menghalang pemandangannya. “Hish!! Tepilah..!” marah Ainin. “Saya nak awak pergi buat larian dekat dalam bilik khas tu. Sekarang!” tegas Ammar, membuatkan Ainin dengan pantas segera bangun dan masuk ke dalam bilik khas itu.
“Hai, awak...” sapa wanita itu. “Hai..” balas Ammar, acuh tak acuh. Raykal tiba-tiba turut sama datang menyibuk. “Hai, cik Katie.. Lama tak nampak. Sibuk ke sekarang?” soal Raykal, lebih-lebih. Katie tersenyum sinis. “Ehh, mana ada. Mungkin busy sikit kowd.” Balasnya. “Awak buat apa dekat sini?” ujar Ammar, terus terang. “Saja. I rindu nak jumpa you. Itu pun tak boleh ke? Lagipun, you kan tunang I yang satu.” Melopong mulut Raykal mendengar perkataan ‘tunang you’. OMJ, dah bertunang rupanya mereka. Raykal dengan hampa pergi dari situ. Katie mula ketawa. Padan muka!
“Katie..” ujar Ammar. “Sorry.. Tapi I memang rindu you pun..” jujur tulus dari hati. Memang itu apa yang dia rasakan sekarang. Takkan itu pun Ammar tak boleh nampak lagi. “Katie, I busylah.. You nampak tak perempuan dekat dalam tu. I kena coach dia sekarang.” jelas Ammar. Katie mengangguk tanda mengerti. “Emm, okay! Sorry sebab kacau you. I hope you tak buat perempuan tu jatuh cinta sepertimana you buat dulu dekat I waktu I gemuk dulu.” Bisik Katie di telinga Ammar sebelum beredar. Ammar mengeluh. Masa bila pula aku buat dia jatuh cinta, dia yang suka aku, bisik hatinya.
XXX
Sudah sebulan training ini dilakukan, berbaloi juga sebab Ainin berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5 kg. Okaylah tu. Ainin dengan gembiranya bersorak keriangan. Pipinya yang montel semakin lama, semakin kurang sedikit montelnya. Ammar mula tersenyum gembira. Entah kenapa dia terlalu gembira sangat melihat Ainin yang berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5 kg. Dulu waktu coach orang lain tak pernah segembira ni. Besa-besa sahaja.
“Tahniah!” ucap Ammar. Ainin mengangguk. Kalau boleh rasa nak peluk sahaja Ammar sebab dah tolong dia. Tapi teringat balik hukum agama. Bukan muhrim~ “Thank you!!” balas Ainin. “Disebabkan awak dah berjaya turun 5 kg. Apa kata saya teman awak pergi makan.” Ainin mula tersenyum gembira. Makan? Makan apa? Dia rindu nak makan daging, ayam apa semua tu.
Di sebuah restoran. You know what? Restoran ni Cuma serve makanan yang health sahaja. Semua rasa dekat sini semuanya tawar. Kurang garam, kurang gula.. semuanya kurang. Ergh!!
“Fine.. macam ni ke awak layan orang yang berjaya menurunkan berat badannya.” Ammar dengan selamba mengangguk. Ainin mula mengeluh. “Fine, orang dah belanja. So, makan sahajalah.” Gumam Ainin, lalu memaksa nafsu makannya untuk menelan salad ayam yang dipesan oleh Ammar. Tengah seronok makan, tiba-tiba Ainin disapa oleh seseorang. “Ainin?” Ainin mula menoleh memandang orang itu. “Adam..” nama itu mula terpancul dari bibirnya. “Ainin.. I really miss you, Ainin. Adam nak..” belum sempat Adam berkata-kata Ainin terus bangun dan pergi dari situ. Lepas tu, lupa pula yang dia datang sini dengan menaiki kereta Ammar.
“Ainin.. please!! Adam nak terangkan hal yang sebenarnya ni. Adam..” “Cukup!! Cukup Adam.. Selepas apa yang awak buat dekat saya..!! Cukup!! Awak tak tahu betapa terseksanya saya..!” jerkah Ainin. Air matanya mula mengalir membasahi pipi. OMJ, ku fikir sudah kering kontang air mata ini untuk lelaki itu. Tetapi ternyata dia salah. Kedebush!! Satu layangan tumbukkan dihadiahkan pada Adam membuatkan dia rebah jatuh ke lantai. Ainin mula menekup mulutnya. “Stay away from her!! She’s mine!!” tegas Ammar lalu menarik Ainin untuk masuk ke dalam kereta.
XXX
Sepanjang perjalanan mereka, masing-masing memilih untuk berdiam diri. Namun, tangan Ammar yang berdarah membuatkan Ainin berasa serba salah. “Sorry?” hanya itu sahaja yang mampu diucapkannya. Ammar menggeleng. “Tak apa. Sampai dekat gym nanti kita sambung buat larian dengan tekan tubi yrw.” Ainin mula mengeluh. “What?!?”
Sesampai sahaja di gym..
“Ammar..” peluk Katie, sebaik Ammar melangkah masuk ke dalam gym itu. Ammar mula terkejut. Begitu juga dengan Ainin. Perempuan ni? Perempuan ni macam pernah aku nampak. Katie yang baru terperasan kehadiran Ainin mula terkejut. “Ainin?” ujar Katie. Hatinya mula membuak-buak api kemarahan. “Apa yang awak buat dekat sini?!? Ammar apa semua ni?!?” jerkah Ainin. Tadi Adam.. Sekarang perempuan murahan ni pula yang muncul. Lepas satu.. satu masalah yang hadir. Khalish mula datang menerpa. “Apa yang kecoh-kecoh ni, dik?” tanya Khalish. “For your information.. Ammar is my fiancé..” jawab Katie. Raykal mula mengiakannya. “Betul tu Cik Ainin..” Ammar mula memandangnya tajam membuatkan Raykal kembali senyap.
“Ainin, percayalah! Saya dengan dia betul-betul tak ada apa-apa.. Kami..” “Cukup.. saya penat nak terus percaya dengan kata-kata orang. Cukuplah saya pernah disakiti dulu. Saya tahu saya tak cantik! Cukup!” Ainin dengan pantas melarikan dirinya dari situ. Ammar kemudian dengan pantas mengejarnya walaupun dihalang oleh Katie.
“Ainin!! Tunggu Ainin!!” peluk Ammar dari belakang badannya. Tiba-tiba, hujan mula turun membasahi bumi. Habis basah lencun mereka berdua dibuatnya. “Ainin!! Berhenti.. Saya sebenarnya cintakan awak Ainin.. Percayalah!” Ainin dengan kasarnya cuba untuk meleraikan pelukkan itu namun tenaganya nampaknya langsung tak berdaya. “Ammar cukup Ammar! Saya penat Ammar! Saya dah lali dengan cinta yang palsu ni!” bentak Ainin. “Saya tak tipu Ainin.. Saya betul-betul cintakan awak Ainin. Saya cintakan awak bukan atas dasar rupa atau apa. Saya cintakan awak atas kejujuran hati awak sendiri. Tulus hati saya.. sumpah Ainin Sofea!! Sumpah!!” Grrhhhh.. Dalam waktu yang sama jugalah bunyi kilat menyambung membuatkan hati mereka berdua bergegar, ketakutan. Akhirnya, Ainin rebah jatuh terduduk di atas jalan tar itu. “Ainin.. percayalah..” Ainin diam membisu. Menangis dengan lebatnya. Sama lebat dengan hujan yang turun.
Sungguh tak disangka.. Esoknya juga Ammar datang masuk meminangnya. Puan Laila dengan gembiranya datang membantu untuk menyarungkan cincin di jari manis bakal menantunya itu. “Tahniah.. Ainin sebab kamu berjaya untuk lumpuhkan hati sanubari Ammar untuk mendirikan rumah tangga. Ini kali pertama ibu tengok Ammar betul-betul ikhlas dengan seseorang lepas dia putus tunang dengan Sarah tunang lamanya.” Wajah Ainin berubah menjadi terkejut. Ammar pun pernah putus tunang juga? Jadi dia dan Ammar tak ada bezanyalah.
XXX
Malam itu, Ainin dan Ammar tak henti-henti bergayut di dalam telefon. Yrwlah, esoknya tu dah nak kahwin. Jadi, malam tu rasa rindu yang teramat sebab dah lama juga tak jumpa lepas mereka bertunang hari tu. Ainin pun sekarang dah berjaya kuruskan badannya. Oh yeah! Rasa bahagia juga sebab boleh pakai baju kahwin dengan saiz pinggang yang kecil. Ammar masih lagi tidak tahu sebab Ainin sahaja nak surprisekan bakal suaminya itu waktu majlis akad mereka nanti. “Rindulah dengan awak!” ucap Ammar. Ainin mula tersenyum bahagia. “Siapa suruh awak pergi outstation lama sangat.” Rajuk Ainin. “Kenalah awak.. Tak lama lagi saya kena handle syarikat papa. So, kenalah pergi sambung study balik pasal bisnes ni.” keluh Ammar.
“Awak.. saya nak tanya something boleh tak?” gagah Ainin. “Tanylah..” “Awak.. pernah tunang erkk?” wajah Ammar mula berubah menjadi terkejut. Mujur Ainin tak ada depan dia. “Macam mana awak tahu?” soalnya. “Adalah.. Jawablah.. Nantikan kita dah tak boleh nak rahsia-rahsia dah bila dah kahwin.” Ammar mula menghela nafas panjang sebelum bersuara. Terlalu berat untuk dia buka kisah silam. Tapi dah bakal isteri cakap macam tu terpaksa juga dia bercerita. “Awak percaya tak saya pernah gemuk dulu? Yrw.. dulu saya macam awak. Saya ada tunang dengan seorang perempuan ni nama dia Sarah. Dulu dia sama gemuk dengan saya. Tapi bila dia dah kurus dulu dia terus lari tinggalkan saya. Dia kata orang gemuk macam saya tak sesuai untuk dia. Semenjak dari tu saya tanam azam untuk kurus dan tak mahu percayakan mana-mana perempuan pun. Tapi tak sangka Ainin Sofea. Awak mengingatkan saya pasal kisah lama membuatkan hati lelaki saya terusik seketika.” Ainin mula menahan air matanya daripada mengalir. Ya Allah, rupanya ada juga orang yang senasib dengannya. Cuma dia sahaja yang tak pernah nak bersyukur.
“Hello? Awak dengar tak ni?” soal Ammar. Penat dia bercerita! Kalau Ainin tak dengar siap dia malam pertama nanti. “Dengarlah..! Okaylah, awak. Kita jumpa esok.” Ujar Ainin lalu mematikan talian itu. Ammar mengeluh. “Tutup!! Orang tengah rindu tahap nak mampus. Boleh pula dia tutup!! Tunggu Ainin Sofea.. Aku balas waktu first night nanti.” Tawa Ammar seorang diri. Hak8..!
XXX
Hari yang dinantikan sudah pun tiba..
Ainin dengan sopan santunnya melangkah turun dari biliknya membuatkan Ammar tergamam sebentar. Wajah bakal isterinya itu direnungnya lama. Kurus, cantik.. Lawa.. Tapi rindu lagi dia dengan wajah montel Ainin. Alah, semua tu dia tak kisah. Yang dia kisah kesihatan isterinya itu lebih bermakna baginya. Kurus tapi tak sihat buat apa.
“Ehem.. dengan ini saya nikahkan dikau Ammar Sufi Bin Abdul Razak bersama Ainin Sofea Binti Sharul Ridzwan dengan mas kahwin 2600 tunai. Sah! Sah!” soal tok kadi itu. Khalish sebagai wali mengangguk tanda sah. Abang.. akhirnya kahwin juga anak abang ni, bisik hati Puan Aisyah yang terkenangkan arwah suaminya itu.
 “Ainin.,, kahwin juga engkau... Tahniah..” ucap Diana. Ainin tersenym bahagia. Diana mula mencuit-cuit bahu Khalish membuatkan Ainin memandang mereka berdua pelik. Dah kenapa sahabat aku dengan abang aku ni. “Ainin sebenarnya abang nak beritahu yang abang dengan Diana.. kami..” “Kami dah lama bercinta..” sambung Diana. Ainin mula ketawa terbahak-bahak. “Yang tu sahaja? So, bila nak kahwin.. korang ni lawaklah..” ujar Ainin, lalu meminta diri untuk pergi ke suaminya yang memanggilnya. Diana dan Khalish mula memandang antara satu sama lain. Penat selama ni mereka merahsiakan hubungan mereka. Huhuhuhu.. kalau tak konfirm mereka yang kahwin dulu.
Ainin dari jauh mula ketawa tak berhenti-henti. Padan muka! Sebenarnya Ainin dah tahu lama hubungan mereka tu. Hari tu waktu dekat gym. Ainin ada ternampak mereka berdua tengah bersweet bagai. Geli pula Ainin tengok!
XXX
Di lapangan terbang KLIA.
“Ammar.. tolong jaga Ainin tu elok-elok yrw..” pesan Puan Aisyah dan Puan Laila. Ammar mengangguk. “Beres boss!!” “Ainin.. jaga Ammar elok-elok. Nanti lepas korang dah habis honeymoon.. Papa nak dia masuk syarikat papa. Dan Ainin. Papa ambik sebagai peguam baru syarikat kita.” melopong mulut Ainin dibuatnya. Ammar kemudian membantunya untuk menutupnya kembali. “Thanks papa.. Papa.. kalau Ammar buli Ainin.. Boleh tak nanti waktu dia masuk kerja Papa buli dia balik.” Encik Razak kemudian mengenyitkan mata sebelahnya. “Apa sahaja untuk menantu papa ni.” Peluk Encik Razak. Ainin berasa gembira sangat sebab dapat keluarga yang baru sekarang. Sekurang-kurangnya dia dapat merasa kasih sayang seorang bapa yang tak pernah dia rasa.
Ainin dan Ammar mula melambai-lambai tangan mereka ke arah mereka semua. Dilihat Diana dan Khalish mengeluh antara satu sama lain. Hak4, kesian mereka tu. Sebenarnya nak ikut sekali tu. Tapi Puan Aisyah tak izinkan sebab mereka bukannya kahwin lagi. Ammar perlahan-lahan merangkul erat pinggang Ainin yang kecil sekarang.
Sungguh tak disangka, tiba-tiba mereka terserempak dengan Katie dan Adam sekaligus. Ainin dan Ammar terperanjat. Dirangkulnya erat pinggang isterinya itu. “Saya nak minta maaf Ammar.. Ainin.. Tahniah atas perkahwinan awak berdua. Dulu saya tak berniat pun nak..” Ainin mula memotong ayat seterusnya. “Saya faham Katie.. Saya dah lama maafkan awak. Begitu juga dengan awak Adam.” Ujarnya yang melihat Adam sejak dari tadi gusar sahaja memandang ke arah Ainin. Adam mengangguk. “Semoga bahagia.. Ainin..” ucapnya. Ainin mengangguk lalu meminta diri untuk pergi.
“Uhukk.. Uhukk..” Adam tiba-tiba terbatuk membuatkan darah terpercik banyak ditangannya. Katie mula terkejut lalu menghampiri Adam. “Kenapa you ni susah sangat nak beritahu hal yang sebenarnya dekat Ainin!! Sebab you I terpaksa lepaskan Ammar you tahu tak!!” marah Katie, namun tetap membantu Adam untuk duduk. Adam menggeleng. “Biar dia bahagia, Katie. You pun patut cari kebahgiaan yang lain. Kumbang bukan sekuntum! Tak macam I.. Tak lama lagi I akan lesap dari muka bumi Allah ni, Katie..” ujar Adam, sayu. Air mata Katie mula jatuh membasahi pipinya.
Dia kenal Adam pun sebab dia ialah Doktor Persendirian Adam. Ingat dua tahun lepas? Sebenarnya mula-mula dia malas nak tolong Adam. Tapi waktu itu Adam betul-betul terdesak dan merayu padanya untuk berlakon menjadi kekasihnya dan menghancurkan hati Ainin untuk terus melupakannya. Katie tak rela sebenarnya. Lepas Adam tertampar Ainin secara tak sengaja hari tu. Hidup Adam betul-betul hura-hara. Ingin sahaja dia lari pada Ainin dan beritahu semuanya. Tapi dia takut ia hanya akan menyusahkan Ainin sahaja. Jadi dia memilih untuk mengurung dirinya dan menyeksa dirinya daripada tidak makan.
Masanya kini sudah tak lama. Dia ingat dia ingin habiskan sisa hidupnya yang tinggalk baki ini bersama Ainin. Namun, hampa! Ainin milik Ammar. Sah isteri orang! Dia tak layak lagi untuk meminta apa-apa. Matanya menjadi berat. Mungkin.. Tuhan itu Maha Adil. Sungguh dia telah temukan Ainin bersama orang yang lebih bagus darinya. Sekurang-kurangnya dia tahu yang orang tu takkan sakitkan hati Ainin macam dia buat dulu.
“Adam..!! Adam.. Adam bangun Adam!!” kejut Katie, yang menyedari Adam sudah lagi tidak bernafas. “Adam!!!!”
-TAMAT-

Sunday, 13 December 2015

Resepi Macaroni Cheese Bakar

Okay, hari Eyka ada sikit nak share-share dengan anda semua cara-cara nak buat macaroni cheese bakar. Resepi Eyka senang jew. Kita main campak-campak sahaja..! *renyeh* Tak payah nak susah-susah..

Bahan2 nya :

-Macaroni
-minyak (sedikit)
-garam

Cara :

1. Didihkan air diatas periuk dengan sedikit minyak.. sebab tak mahu kasi macaroni tu melekat nanti. Lepas tu, letakkan garam sedikit.

2. Biar sampai macaroni tu lembut baru angkat dan toskan air dia dan ketepikan dahulu.

Bahan2 untuk kuahnya :

-sos carbonara yang dah siap dalam tin (Eyka pakai jenama Prego. Ikut koranglah nak beli jenama apa.)
-bawang besar (potong dadu) (Ikutlah nak potong macam mana pun) (Janji potong)
-serbuk lada hitam
-susu (dutch lady)
-mentega
-air (sedikit)
-bebola daging/daging kisar/hotdog (tak letak pun tak apa)
-cili merah (tak letak pun tak apa)
-garam

Cara :

1. Panaskan kuali dengan sedikit mentega. Bila dah panas masukkan bawang yang telah dicincang halus. Biarkan bawang tu kekuningan baru masuk bebola daging yang telah dibelah empat dan juga cili yang telah dipotong.
2. Masukkan sos Prego tu.. Ikutlah kalau macaroni tu buat banyak tuanglah semua. Kalau sedikit macam Eyka.. Eyka tuang separuh sahaja. Emm, nak ada banyak kuah tuanglah sikit air.. Kalau tak.. tak payah pun tak apa.
3. Lepas tu masukkan susu nak kasi dia berlemak sedikit. Diikuti serbuk lada hitam dan bagi pedas.
4. Perasakan dengan sedikit garam.. Siap!

Oven :

1. Panaskan suhu oven sebanyak 180 darjah celcius.
2. Cara pan yang boleh bawa masuk dalam oven. Lepas tu, sapukan pan tu dengan sedikit marjerin/planta. Takut melekat! Emm, lepas tu tuang macaroni yang dah direbus tadi dengan kuah dia diatasnya.
3. Akhir sekali, taburlah cheese ikut suka korang. Kalau suka cheese banyak-banyak.. Letaklah banyak-banyak....
Rupa bila dah tabur cheese diatas dia.. Lazatkan!!

4. Masuk kedalam oven yang suhunya 180 tu.. Selama 15 minit..!!
5. Tengg...!! Akhirnya, Siap sudah.. So, bolehlah serve dekat pinggan. Tak pun makan sahaja dalam tu. Kalau dah cantik pan tu.. Simple~

p/s: Harap resepi ni sedikit sebanyak membantu anda. Good luck, sesiapa yang nak cuba tu! Eyka doakan ia menjadi. Kalau tak jadi.. tak apalah boleh cuba lagi. Eyka buat macaroni bakar ni dah dua kali termasuk yang ni.. Alhamdulillah jadi juga. Tu yang nak share tu..!!

 
Images by Freepik