Eyka Blog

Saturday, 12 December 2015

Janji Kita (Bab 11)



Bab 11
“Yo, ada apa engkau nak jumpa aku ni?” soal Shafiqah. Lydia tersenyum kemudian mengeluarkan sekeping kad jemputan dari beg tanganya. Hish, hari tu Aliya. Hari ni peah ni pula! Bila pula giliran aku nak bagi kad jemputan. Hak3! Shafiqah mula membelek kad jemputan itu. Wah, kad jemputan ke Majlis Fashion Show lah! “Hmm, aku jemput engkau dengan Qirash kalau engkau nak bawa dia sekali.” ujar Lydia, sambil menghirup jus oren yang dipesannya tadi. “Qirash? Tak payah kowd.. Dia tu penyibuk..” belum sempat Shafiqah menghabiskan ayatnya tiba-tiba kad jemputan itu direntap kuat oleh Qirash membuatkan Shafiqah tersentak. “Hey!” marahnya. “Fashion show. Nice! Nak pergi, boleh?” pinta Qirash. “Boleh jew.” Balas Lydia. Wajah Shafiqah mula berubah menjadi masam. “Eee, sibuklah engkau ni..!”
“Dahlah, aku minta diri dulu. Banyak benda nak kena siapkan! Qirash pastikan Fiqa pakai baju formal bukan casual, okay!” ujar Lydia lalu meminta dirinya. “Baru nak pakai baju biasa..” ngomel Shafiqah. “Petang ni ikut saya pergi mall. Kita pergi cari baju untuk awak yrw!” ujar Qirash. “Hah? Tak naklah!”
Dalam diam ada juga manusia yang memerhatikan mereka dari jauh. Hati Nadz tiba-tiba berasa sakit melihat mereka berdua yang terlalu akrab yang amat. Dan entah mengapa dia tiba-tiba mengejar Lydia sehingga wanita itu hampir sahaja menghidupkan enjin keretanya dan melanggar Nadz. “Astragfirullahalazim..!” ucapnya. Dilihat manusia yang gila sangat menghalang jalannya itu. Nadz?!?
XXX
Di sebuah kafe yang dipenuhi dengan dekorasi yang unik membuatkan ramai pelanggan datang kerana tertarik dengan rekaannya. Alunan muzik yang didendangkan membuatkan para pelanggan perasaan lebih selesa dan relax. Lydia selalu juga datang ke kafe itu apabila dia ketandusan idea. Tambahan pula, kafe tu memang dekat dengan butiknya.
Tanpa membuang masa Lydia mula menyoal Si Nadz itu. “Nak apa?” “Tadi saya nampak awak bagi satu kad jemputan kepada Shafiqah. Saya nak juga kad tu boleh?” Lydia mula mengerutkan wajahnya. Tak faham! Sawan ke mamat ni? “Helo, awak tak faham ke? Maksud saya.. saya nak awak jemput saya ke majlis tu juga.” Terang Nadz, terus terang. “What? Untuk apa?!? For your information, saya tak nak awak datang ke majlis saya dan rosakkan semuanya.” Ujar Lydia. Nadz mengeluh. “Tak hingin saya nak rosakkan majlis awak tu. Saya datang cuma nak jumpa Shafiqah. I mean..” belum sempat Nad berkata, Lydia sudahpun memotongnya “Ooo, kalau bukan itu.. mesti awak nak sakitkan hati Shafiqah kan? No way, dia kawan saya okay!” Lydia kemudian bangun dari duduknya. Malas nak layan orang yang dulu pernah sakitkan hati kawan dia.
Nadz tiba-tiba melutut di atas lantai membuatkan semua orang yang berada di kafe itu memandang ke arahnya. Lydia terkejut. Apa masalah lelaki ni? Dia kemudian cuba membangunkan Nadz, namun lelaki itu menolak. “Selagi awak tak bagi kad jemputan tu. Selagi tu saya takkan bangun!” tegasnya. Lydia mula menepuk dahinya. Taubat! Lepas ni aku kena cari kedai lain untuk berkarya. Lydia dengan pantas mengeluarkan kad jemputan itu dan diberikannya pada Nadz. Nadz dengan bangganya bangun semula. Victory. “Dengar sini! Kalau awak cuba rosakkan sesuatu. Saya akan pastikan awak balik tanpa kaki..!” bisik Lydia, lalu beredar.
XXX
Hari yang dinantikan oleh Lydia, telah tiba. Ini adalah Fashionnya yang pertama. Jadi debaran yang dirasakan itu sangatlah besar. Minta-minta semunya berjalan dengan lancar. “Oi, engkau okay tak ni?” tegur Aliya, yang baru sampai. “Aliya.. ermm, entahlah!” balas Lydia. “So, mana baju yang aku kena peragakan tu?” soal Aliya. “Hamboii, tak sabar ke nak try baju kahwin?” gumam Lydia. Aliya mula terkejut. “What?!?” Aku kena peraga baju kahwin?” mulutnya terlopong apabila dengar perkataan kahwin. “Aish, peraga baju kahwin saja pun. Bukannya aku suruh engkau kahwin atas pentas tu..” Aliya mengeluh. “Yrwlah..!!” Lydia kemudian menyuruh beberapa orang pembantunya yang lain untuk memakaikan baju pengantin itu ke tubuh Aliya dengan berhati-hati. Kemudian, adalah juru solek yang tolong solekkan dia. Sementara itu, sempat lagi Lydia menanyakan Aliya soal Shafiqah. “Entahlah. Aku tak nampak pun kelibat dia waktu datang tadi. Kejap lagi datanglah tu. Dia tu selalu lambat. Nak solek lagi, nak mandi lagi, nak cari baju lagi. Takkan tak kenal kowd.” Lydia tersengih. “Yang engkau gelabah tanya pasal dia kenapa?” soal Aliya, pelik. “Emm, aku ada jemput Nadz datang ke majlis ni.. Soo.. aku takut..” belum sempat Lydia menghabiskan ayatnya Aliya mula terkejut lalu memusing wajahnya meghadap Lydia. Lydia turut sama terkejut.
“Gila engkau?!? Engkau menempah maut tu..” ujar Aliya. “Aku tahu..!! Tapi engkau tak tahu.. Dia sanggup melutut depan aku semata-mata nak datang ke majlis ni. Entah kenapa, aku pun tak tahu.” Cerita Lydia. Aliya berkerut. Hairan? Nadz yang mereka kenal jenis yang suka sangat tolak Fiqa jauh-jauh. Seberapa kali, Shafiqah cuba nak mengorat Nadz, berapa kali juga Nadz akan tolak Fiqa. Yrwlah, dulu kawan mereka tu mana ada cantik, sekarang dah cantik. Entahlah.. Kalau benar Nadz datang sebab nak mengorat Fiqa yang cantik. Itu kurang ajar namanya!!
XXX
Sementara itu, orang ramai mula berpusu-pusu memenuhi tempat yang telah disediakan. Wartawan, majalah director, artis.. semuanya ada. Shafiqah dan Qirash yang baru sahaja sampai mula berasa kagum. Cantiknya dekorasi majlis itu. Ala-ala, garden campur perancis gitu. Lydia mula tersenyum memandang dua sejoli yang memakai baju warna yang sama iaitu ungu. “Haipp, sedondon nampak?” tegur Lydia. Shafiqah menjuihkan bibirnya ke arah Qirash. “Ni hah!! Mamat ni yang menggedik nak pakai baju sama warna dengan aku.” “Baru sweet..” balas Qirash, membuatkan anak tekak Shafiqah ni terasa loya.
“Aliya datang tak? Engkau tak jemput dia ke?” soal Shafiqah. Lydia mula menekup mulutnya menahan tawa. “Awal aku jemput mak datin tu.. Tu ada belakang pentas tu. Aku buat dia jadi model bride aku hari.” Shafiqah mula tergamam. “Serius?!?” tawa yang ditahannya mula meletus akhirnya. Lydia mengangguk. “Jom.. kalau engkau nak tengok dia.” Ajak Lydia. Shafiqah dengan teruja mengangguk. Tapi kesian pula dekat Si Qirash ni. “Tak apalah. Aku nak tengok dia naik atas pentas sat lagi. Baru excited!” balas Shafiqah. Lydia mengangguk lalu meminta diri. Dia tak boleh nak berlama-lama dekat situ, banyak benda nak kena buat. Model lelaki yang sepatutnya datang tu pun tak datang-datang lagi. Ini membuatkan Lydia mula menjadi haru biru.  
XXX
“Bro, cool right?” ujar Felix, yang agak teruja dengan majlis pada hari ini. Fareyz mengangguk. “Yarh, and you know what? Did you just bring me to wedding fashion show?” Feliz mula tersengih-sengih malu. “Sorry bro.. I thought that.. It was..” tergagap-gapap Felix cuba mentafsir ayat yang seterusnya. Fareyz menggeleng. “Oh come on! I better leave now..” balas Fareyz, hampa. Namun langkah kakinya terhenti apabila juru acara itu mengumumkan nama Aliya. Aliya? Dia ada dekat sini ke?
“Kita persilakan model bride kita untuk keluar.. Dimulakan dengan model khas kita iaitu Aliya Mohamad.” Ujar juru acara itu. Orang ramai mula memberikan tepukan yang gemuruh.





Mereka mula berbisik antara satu sama lain. Bukan setakat baju tu sahaja yang cantik, malahan orang yang menggayakannya itu pun cantik sama. Lydia yang berada di belakang pentas mula gemuruh. Model lelaki yang sepatutnya hadir itu masih lagi tidak muncul-muncul lagi. Ini membuatkan Lydia bertambah panik. Lepas ni sepatutnya dia naik bersama dengan seorang  model lelaki. Ala-ala pengantin gitu. Tapi model tu tak datang pula. Ni yang bengang ni. Aliya yang berada di atas pentas sedaya upaya melengahkan masa.
“Fareyz.. is that.. Al..??” soal Felix, yang tidak henti-henti mengelip matanya. Fareyz terpaku. Jantungnya berdegup kencang. Niat hendak pulang dibatalkan. Seronok juga datang fashion show ni, desis hatinya.
XXX
“Cik Lydia..!! Pengurus model tu telefon yang dia kata dia tak jadi nak datang. Dia batal kontrak!” beritahu Sarah, yang baru sahaja selesai menelefon pengurus model itu. Lydia ternganga. What? Kenapa baru sekarang?!? Lydia dengan pantas keluar dari belakang pentas itu menuju keluar dari dewan. Ini masanya nak minta tolong orang tu.
“Kenapa tu?” bisik Qirash ke telinga Shafiqah. Shafiqah menggeleng tanda tidak tahu.
“Baiklah, kita persilakan model lelaki pula untuk memperagakan rekaan seterusnya..” ujar juru acara itu. “Sarah..!! Mana Lydia?” soal Aliya, panik. Sarah menggeleng. Dia pun tak tahu. Bos dia tu tiba-tiba sahaja lari keluar. Ya Allah, minta-minta semuanya berjalan dengan lancar.
XXX
Van hitam yang meluncur laju itu mula berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk majlis itu. Nak pergi.. ke tak? Soalnya dalam hati. “Khai, kita dah sampai.” Ujar Iris, pengurusnya. Khai mengangguk. Dengan perlahan dia turun dari van itu. Hatinya berdebar-debar. Harap dia tak terserempak dengan Lydia sebab dia betul-betul tak mahu identitinya itu terbongkar. Dengan kuat bahunya tiba-tiba dilanggar oleh seseorang. Perempuan itu meminta maaf padanya. Khai tergamam. Lydia? Anas?
XXX
Anas dengan kuat menarik tangannya semula. “Hoi, kenapa saya nak kena tolong awak pula? Lepas apa yang awak dah buat pada saya..!” jerkah Anas. Mujur dekat dalam bilik persalinan dah. Kalau tak habis kecoh semua orang. Lydia mula berasa bengang. “Hey! Engkau jangan nak banyak songeh boleh tak! Engkau nak ke aku bocorkan rahsia engkau?” ugut Lydia. Anas mula ketawa sinis. “Rahsia. Rahsia apa pula ni? Ooo, pasal hari tu.. tu.. Come on lah.. Orang takkan percaya punya. Orang mesti ingat awak tu perempuan murahan yang tergedik nakkan publisiti..” Lydia dengan geram memegang kolar baju Anas dan menariknya dengan kasar. “Awak jangan nak degil sangat..! Macam awak seorang sahaja yang boleh ego dekat sini. J-jay.. saya nak awak pakaikan baju ni kalau dia tak reti nak pakai.” tegas Lydia pada seorang lelaki yang sebenarnya nama dia Johari, tapi macam mana boleh jadi auuaauu. So, terus tukar nama J-jay. J-jay itu mengangguk. “Anas.. I’m sooooo.. sorry!!”  ujarnya yang cuba membuka butang baju Anas setelah Lydia keluar dari bilik persalinan itu. Anas menepisnya. “Aku boleh buat sendirilah!”
Selepas 15 minit kemudian, Anas keluar dengan memakai sut yang direka khas oleh Lydia. Lydia tersenyum manis lalu menghampiri Anas dan cuba membetulkan kolarnya sedikit. Anas menjadi kaku sebentar. Direnungnya Lydia yang cantik mengayakan rekaannya sendiri. “Sorry sebab saya paksa awak. Saya janji saya akan tunaikan apa sahaja untuk awak kecuali benda-benda yang tak sepatutnya! Faham! Just tiga syarat sahaja!” gumamnya. 
“Baiklah.. kita persilakan.. Cik Lydia dan model lelaki kita yang cukup terkenal iaitu Anas Mikael..!!” orang ramai mula bersorak apabila kedengaran nama Anas Mikael disebut.


“Omo~ Wow!” ayat itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulut Shafiqah. Kagum. Untung dapat berduet dengan model terkenal.
Hati Khai berasa sakit secara tiba-tiba, menyebabkan dia memegang dadanya. “Khai awak okay?” soal Iris, khuatir. “Iris.. jom kita balik. Saya takut ada orang nampak. Nanti musnah pula fashion show ni.” pinta Khai. Iris mengangguk lalu mengiringi Khai untuk keluar dari situ.
XXX
Akhirnya, majlis itu sudah pun tamat dengan jayanya. “Yeay! Kita berjaya!” sorak Lydia. Anas tersenyum. “Jom saya belanja awak. Tapi ada sekali dengan kawan-kawan sayalah. Awak tak kisahkan?” ujar Lydia, sambil menepuk bahu Anas. “Ada orang nak belanja. Saya kisah apa. Jangan lupa 3 janji tu..” ujar Anas lalu keluar dari situ dahulu. Lydia mencebik lalu mengekorinya.
Aliya yang masih lagi berada di bilik persalinan cepat-cepat menanggalkan bajunya setelah diberitahu oleh Lydia sebentar tadi bahawa mereka akan pergi keluar makan. Orang belanja kena cepat. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik itu dibuka. “Lydia.. sabarlah.. Kejap lagi aku keluar.” Ujarnya sambil menanggalkan bulu mata palsunya. Pup! Satu bunga orkid terpancul betul-betul di hadapan wajah Aliya membuatkannya terkejut. “You look beautiful today!” puji Fareyz. Aliya tergamam. Macam mana pula lelaki ni ada dekat sini. Hmph!
“Awak buat apa dekat sini?” soal Aliya. Entah kenapa apabila dia ternampak kelibat Fareyz mesti mood dia akan berubah menjadi down. Why? Padahal lelaki tu tak ada pun buat salah dekat dia. “Macam tak suka sahaja..”
Shafiqah yang setia menunggu teman-temannya yang masih lagi tidak keluar-keluar itu mula mengeluh. “Mana ni.. lambatnya! Perut dah lapar dah ni..!” ngomelnya. “Rasa-rasa awak.. baju mana satu yang awak suka tadi?” soal Qirash, yang cuba untuk menyerikan lagi suasana yang bosan itu. “Kenapa? Awak nak belikan semua tu ke kalau saya kata semuanya cantik..” balas Shafiqah. “Ehh, boleh sahaja. Apa sahaja untuk awak Cik Fiqa..” gumam Qirash. “Eeee.. jangan nak mengada-ngada. Membazir namanya tu!” Qirash tersengih.
“Fiqa..” panggil Lydia. Shafiqah menoleh ke arah Lydia yang berlari anak macam kanak-kanak ribena tu. Muka orang excited. Macam tulah. “Sorry lambat! Kejap mak datin tu tak siap lagi tanggalkan make up dia.”  Jelas Lydia. Shafiqah mengeluh. Tiba-tiba mereka di sapa baik oleh seseorang. “Boleh saya join awak semua pergi makan?” soal orang itu. Shafiqah tergamam melihat kelibat Nadz yang turut berada di majlis itu. Lydia hanya mampu menelan liurnya sahaja.
XXX
Krik.. Krik..           
Semua orang kelihatan kekok sahaja. Bayangkan satu meja tu ada Lydia sebelahnya Anas. Lepas tu, Qirash sebelahnya Shafiqah lepas tu Nadz. Kiranya Shafiqah berada di tengah-tengah. Dan akhir sekali Fareyz dan Aliya. Boleh bayangkan tak?!? Makanan yang dah lama sampai masih lagi tidak terusik. Lapar memang lapar. Tapi bila sampai keadaan macam ni semua orang menjadi kaku. Grrrr.. tiba-tiba perut Shafiqah mula berbunyi. Maaf orang gastrik tak boleh tunggu lama-lama! Shafiqah dengan pantas mencedok nasi dan lauk pauk yang terhidang di hadapannya itu. Yang lain mula mengikut.
“Nah saya tolong bubuhkan untuk awak..” ujar Fareyz yang cuba membantu Aliya mencedok nasi yang jauh darinya. Aliya menepis. “Tak perlu. Lagipun awak tu pun jauh dari nasi.” Ujarnya. Sementara itu, Qirash turut sama mengambil lauk pauk yang berada jauh dari Shafiqah dan meletakkannya di tepi pinggannya. Nadz turut melakukan hal yang sama. “Errr, sudah.. sudah.. Apa kata korang makan juga!! Ingat aku ni tong sampah ke nak makan semua ni.” Gumamnya. Nadz dan Qirash sama-sama memandang antara satu sama lain dengan satu perasaan iaitu menyampah. Manakala Anas dan Lydia pula. Tak habis-habis berebut lauk. “Ni aku punya!” “No way! Aku punya!” Padahal lauk yang mereka ambil tu ada banyak lagi. Nak berebut juga yang satu tu sahaja. 
TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 11 ni. And nantikan untuk Bab 12  pula. Untuk Bab 12 ni tak ada preview dia. Tak pasti lagi nak buat macam mana~ So, just wait & see it..!!

Janji Kita (Bab 10)



Bab 10
“Wah, sakan Chef Fiqa dengan Chef Qirash kita ni pergi bercuti..” ujar rakan-rakan setugas mereka. Shafiqah mula tersenyum bangga. Manakala, Qirash hanya mampu tersenyum melihat celoteh Shafiqah ketika bercerita. Tengah seronok menikmati waktu rehat mereka, tiba-tiba mereka disapa oleh Qisha. “Ehem, excuse me! Sorry sebab menganggu. Tapi saya minta awak semua untuk keluar sebentar. Ada hal yang saya nak bincangkan dengan semua pekerja.” Arah Qisha. Mereka semua terpinga-pinga. Bunyi macam serius sahaja.
Dengan kemas mereka semua berbaris dengan elok menghadap Qisha. Dah macam kem askar pula. “Maaf semua sebab menganggu! Sebenarnya hari ni saya nak kenalkan dekat awak semua orang baru yang akan menggantikan tempat Puan Jue kita sebagai akauntan terbaru hotel ni. Saya harap awak semua boleh berikan kerjasama yang baik padanya.” Masing-masing mula berbisik antara satu sama lain membuatkan Shafiqah mengangkat tangan dan bertanya. Itu lebih afdal orang kata, daripada menabur fitnah. “Kenapa dengan Puan Jue cik Qisha?” Qisha tersenyum mendengar soalan itu. “Untuk pengetahuan anda semua Puan Jue kita tu nak tumpukan sepenuh perhatian dia untuk keluarga. Tambahan pula, tak lama lagi dia akan melahirkan anak pertamanya. Jadi terlalu berat untuk dia bahagikan masa nanti.” Jelas Qisha. Mereka semua mengangguk tanda mengerti.
“Baiklah, tanpa membuang masa. Kita persilakan orang baru kita untuk perkenalkan dirinya. Silakan, Encik Nadz.” Panggil Qisha. Shafiqah mula berkerut dahi. Nadz? Kejap macam pernah dengar nama tu. Tapi dekat mana yrw? Bisiknya dalam hati. “Hai, nama saya ialah Mohd Nadz Amirul. Awak semua boleh panggil saya dengan nama panggilan Nadz. Emm, saya harap awak semua boleh beri kerjasama yang baik pada saya. Kalau salah tolong tunjukkan yrw.” Ujarnya satu persatu. Shafiqah mula menelan liurnya yang terasa tersekat. “Nadz..!?!” nama itu terpancul keluar dari mulut Shafiqah membuatkan semua orang memandang ke arahnya termasuklah Nadz. 

XXX

“Hmm, ada apa engkau nak jumpa aku ni?” soal Aliya, sambil menghirup air Mocha yang dipesannya tadi. Lydia mula tersengih malu. “Seganlah nak cakap.” “Ya Allah, cakap sahajalah. Kang! Makan penyepak juga dengan aku.” Seloroh Aliya, sambil membuat gaya macam nak menyepak orang. Tapi main-main sahaja. “Macam ni.. Engkau free kan? Tak ada kerjakan. Apa kata engkau kerja dengan aku?” cadang Lydia. Kening Aliya mula diangkat sebelah. “Maksud engkau? Hello, aku bukan penganggur kay! Aku just ambil cuti untuk berapa bulan sahaja.” balas Aliya, kurang faham. “Bukan.. bukan.. Maksud aku.. Aku betul-betul perlukan engkau sebagai khidmat model design aku untuk satu fashion show ni. Boleh? Please!! Aku dah tak tahu nak minta tolong siapa. Yang lain semuanya banyak songeh. Engkaulah satu-satunya kawan aku yang cantik, lawa, seksi.. Semuanya ada.” Habis dikeluarkan ayat pujiaannya.
“Berapa bayarannya?” soal Aliya. “Cakap sahaja berapa. Aku bayar!!” balas Lydia, sedikit teruja. “Hmm, aku terima! Pasal bayaran tu. Aku tak kisah pun. Berapa pun aku terima saja.” Dengan pantas Lydia memeluknya dengan erat. “Thanks kawan! Engkaulah kawan aku dunia akhirat.” Gumam Lydia. “Hamboii.. Ooo, sebelum ni taklah?” ujar Aliya. Lydia tersengih “Eh, mana ada, sebelum dan sekarang tetap sama.”
“Yrwlah..”

XXX

Telefon bimbitnya sejak dari tadi tidak berhenti berbunyi. Siapalah manusia yang asyik menelefonnya pagi, petang, malam, tengah hari ni, bentak Shafiqah seorang diri. Sejak telefon bimbitnya dibaiki, dia ada mengangkat Private nombor tu sekali. Tapi hampeh, tiada sahutan yang dibalas apabila Shafiqah cuba menyoal orang itu. Lepas tu, ada hati nak telefon banyak kali. Bisu ke?
Treettt.. treett.. Ini dah masuk kali ke-50 orang tu telefon. Shafiqah dengan geramnya mengangkat. “Hello..!! Ni siapa, hah?!? Ada hati telefon orang banyak kali!! Bisu ke!! Ke tak reti cakap..? Argh, sama sahaja!! Hello!! Hello!!” jerkah Shafiqah. “Emm, ni Shafiqah ke?” soal orang itu, lemah lembut. Shafiqah mula tersentak. Suara ni macam kenal? Dia cuba melihat nombor yang menelefonnya itu. –Nadz- OMG!! Salah pergi jerkah. Shafiqah mula gugup. Jantungnya berdegup dengan kencang. Malu yang teramat!
“Hello? Ni Syafiqah ke?” soal Nadz, lagi sekali. Tut.. tut.. akhirnya talian dimatikan dengan sengaja. Shafiqah mula merebahkan badannya di atas katil dan muka dilekapkan ke atas bantal busuknya.
“Tidak!!!!!!!!!!!!! Mana aku nak letak muka bila jumpa dia nanti.” Jerit Shafiqah. “Fiqa?!? Apa tu?” soal Puan Ernita. “Tak ada apa, mak.. Tak ada apa..” *sob.. sob..*
XXX
Sepanjang hari, Shafiqah cuba mengelak daripada bertemu dengan Nadz. Ni semua gara-gara manusia misteri yang selalu telefon dia lah ni. Akhirnya, Shafiqah membuat keputusan untuk menukar nombor yang baru. Hanya orang terdekat dan rapat sahaja yang tahu nombornya. “Fiqa.. Fiqa.. Teah!!” OMJ, ingat lagi dia dengan nama tu. Langkah kaki Shafiqah mula dimatikan. Dia kemudian membalikkan wajahnya untuk memandang Nadz. Ke mana dia pergi hari ni, mesti lelaki tu ekori dia. Apa masalah dia?!? Hish.. keluh hati Shafiqah.
“Errk, kenapa? Ada apa yang boleh saya bantu?” soal Shafiqah, pura-pura tidak tahu akan hal semalam. “Semalam tu awak ke yang saya telefon?” soal Nadz. Wajahnya cuba dikawal agar tidak keterlaluan lakonannya. “Eh, mana ada. Buat pengetahuan awak. Saya dah tukar nomborlah.” Jawab Shafiqah. “Tapi.. semalam..” “Awak..” panggil Qirash, entah dari mana. Oh my superman! Thanks for helping, ucap Shafiqah dalam hati, kemudian menghampiri Qirash lalu menarik tangan Qirash untuk masuk ke dalam dapur. Banyak lagi kerja yang nak kena buat dekat dapur tu. Nadz mengeluh. Hampa dengan layanan Shafiqah yang cuba mengelak darinya. 

XXX

“Sarah.. saya nak awak carikan saya seorang model lelaki untuk saya yrw.” Arah Lydia. Sarah mengangguk. “Baik bos! Tapikan saya nak bagi cadangan. Apa kata awak ambil sahaja Anas Mikael tu? Dia pun famous juga.” Cadang Sarah, sambil tersengih-sengih membayangkan wajah Anas Mikael itu. Lydia mencebik. “Tak hingin saya. Mati hidup semula pun saya takkan ambil dia.” Balas Lydia, malas. Sarah menggeleng. “Jangan.. bos.. Nanti kalau jadi laki tak tahulah saya nak cakap apa..” seloroh Sarah. Lydia mula menjegilkan matanya dan menghadiahkan satu cubitan ‘ketam’ pada lengan Sarah yang sedikit berisi itu. “Boss.. apa ni?” ngomel Sarah. “Jangan nak pandai-pandai! Jadi kenyataan saya cari awak!” marah Lydia. Sarah mula memuncungkan bibirnya. Salah ke apa yang dia cakap? Eleh, bukannya Anas Mikael hingin sangat dia. Ramai lagi perempuan dekat luar sana contohnya macam saya Sarah, desis hati Sarah sambil berangan-angan. Lydia menggeleng kepalanya. Entah apalah masalah pekerja dia yang seorang ni. Wayar putus!
XXX
Sebelum balik, Shafiqah sering membersihkan dapur itu dahulu supaya kelihatan bersih dan teratur. Dia tak suka tengak benda-benda yang bersepah sebelum dia balik. La.. la.. la.. sambil itu sempat lagi dia bernyanyi-nyanyi. “Hai..” Nadz tiba-tiba datang menyapa membuatkan pinggan yang dicucinya jatuh didalam singki. Hish, mujur dalam singki. Kalau lantai jenoh nak bayar balik pinggan yang mahal itu. Shafiqah tersenyum kelat. Adoii, apa lagi lelaki ni nak?!? Gumamnya dalam hati. “Dah nak balik?” soalnya. Shafiqah mengangguk. “Ermm, boleh saya tanya.. Awak macam mana sekarang?” Shafiqah menghela nafasnya. “Okay, macam ni sahajalah. Dulu saya nak jadi chef.. And tadaaa.. I’am a chef!” gurau Shafiqah. Nadz mula ketawa. “Dah kahwin? Ke dah ada anak?”

Shafiqah mula bercekak pinggang. “Amboi..! Gaya saya ni nampak macam orang dah beranak pinak ke? Lainlah orang tu. Kita single lagi. Single forever..” balas Shafiqah namun dalam hati .. Aceh, lawaknya engkau Shafiqah! Nadz mengangguk. “Saya..? Of course, single.. Tak ada yang berkenan lagi.” Shafiqah mula ketawa terbahak-bahak. Lucu betul dengan ayat Si Nadz tu. “Kenapa?” soalnya. “Hey, muka macam ni tak ada girlfriend..? Bukan awak ni buaya darat ke? Sweet talker.. apa semua tu.” Nadz mula memuncungkan bibirnya. “Mana ada..! Saya single. Itu dulu. Sekarang dah tahu fikir.” “Hmph..” gumam Shafiqah.
Tiba-tiba, kelihatan Qirash berdehem di sebalik pintu dapur itu. Shafiqah mula menelan liurnya. “Tak nak balik ke?!?” ajak Qirash. “Naklah.. kejaplah!” ujar Shafiqah lalu membuka apron yang dipakainya itu dan digantung elok di penyakut yang disediakan. Nadz kemudian meminta dirinya untuk pergi dari situ. Shafiqah mengangguk kemudian melambai tangan menandakan ‘bye’.
Nadz tersenyum. Siapa lelaki itu yrw? Kenapa mereka berdua nampak macam rapat? Bisik hati Nadz, tertanya-tanya.
TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 10 ni. And nantikan untuk Bab 11  pula. Bab 11 nanti mungkin nak buat Fareyz terserempak dengan Aliya? Anas penyelamat Lydia? OMJ... Nadz desperete sangat nak pergi Fashion Show Lydia..! kenapa? So, kenalah tunggu dan baca..!! *kenyit mata sebelah*
 

Friday, 11 December 2015

Janji Kita (Bab 9)


Bab 9

“Sumimasen. Kore wa, anata ga sagashite iru anata no tomodachidesu ka? (Excuse me. Is this your friend you looking for?)” Qirash mula membalikkan tubuhnya untuk memandang orang yang menyapanya itu. Kemudian, dilihatnya wajah Shafiqah yang sebik menahan tangisnya. Qirash mengangguk. “Arigatō. Doko de kanojo o mitsukemashita ka? (Thank you. Where did you find her?)” soal Qirash, sambil membelek-belek badan Shafiqah. Kowdlah ada orang apa-apakan dia. “Sono uchinonaka de. (In that house)” Balas orang itu, sambil menunding jarinya ke arah rumah ‘Haunted Mansion’ yang mereka masuk sebentar tadi. Qirash mengangguk dan mengucapkan terima kasih lagi sekali. Orang itu tersenyum lalu meminta diri untuk pergi.
“Fiqa..!!” jerit Aliya dan Lydia yang  baru sahaja ternampak akan kelibat Shafiqah itu. “Mana engkau pergi?” soal mereka, khuatir. Penat mereka cari dia di sekitar Disneyland tu. Dahlah besar! Shafiqah mula memuncungkan bibirnya. “Korang ni memang sengajakan!!” *sob.. sob..* perlahan-lahan air mata yang disimpannya tadi jatuh berjurai membasahi pipinya. Qirash perlahan-lahan menarik Shafiqah ke dalam pelukannya yang erat. Huish, dapat tahu dekat Puan Ernita dan Puan Nessa habis mereka berdua dikerjakan! Lydia dan Aliya menghela nafas lega. Mujur peah ni tak kena culik ke apa. Menyesal juga mereka sebab ajak dia masuk rumah hantu tu.
 

Shafiqah mula kembali ceria apabila mereka menyambung perjalanan mereka ke Disneysea pula. Penat juga pusing-pusing dekat taman tema tu. Besar nak mampus! Macam-macam jugalah permainan yang mereka sempat main dekat Disneysea tu. Contohnya, Tower Of Terror, Raging Spirit, Stormrider dan sempat juga mereka tonton Magic Lamp Theater. Sampai akhir sekali ialah 20 000 Leagues under the Sea.

Cantik pemandangan tempat tu kan. Mujur Shafiqah tak lari balik. Ingatkan lepas kena buli macam tu dia terus rasa macam nak balik hotel mereka. Tapi fikirkan rugi untung. Diabaikan sahaja peristiwa itu. Tunggu Qirash! Nanti balik Malaysia akan ku balas semula perbuatanmu itu, desis hati Shafiqah.
XXX
Destinasi seterusnya ialah Snowtown Yeti. Masuknya, 1800 yen seorang. Tu tak termasuk lagi kalau nak sewa snowboard ke, ski ke apa ke. Apa pun Shafiqah excited sangat dengan salji dekat gunung tu.
“Perang salji..!!” jerit mereka bertiga, lalu mengepal salji itu membentuk bulat dan membalingnya antara satu sama lain. Qirash mula tersengih memandang mereka yang kadang-kadang perangainya mengalahkan budak kecil. Dirakamnya setiap detik itu dengan baik. “Qirash.. sudahlah tu. Apa kata awak join kami sekali main.” Ajak Aliya, kasihan melihat Qirash yang tak henti-henti menjadi kuli mereka itu. Qirash menggeleng tanda tak apa. “Alah, biarkan orang tu. Siapa suruh dia ikut! Ambik engkau!” ngomel Shafiqah. Qirash kemudian dengan sengaja mengambil salji itu dan membalingnya ke arah Shafiqah. Tepat kena pada wajah Shafiqah membuatkannya berang. Aliya dan Lydia mula ketawa terbahak-bahak. “Yarh!!”
XXX
Kawaguchiko Music Forest, Japan.

“Khai, saya nak awak buat yang terbaik yrw.” Ujar Pengurusnya, Iris. Khai mengangguk. Dengan penuh semangat dia menaiki pentas itu dan menyanyikan lagu berjudul >> Call Me Baby << dengan penuh semangat. Semua peminat mula bersorak dan terpegun seketika dengan kemerduan suara Khai itu.
XXX
“Wah, cantiknya tempat ni..” puji Shafiqah. “Kan.. aku suka dengan design museum ni.” tambah Aliya, sambil memerhatikan gambar yang ada dalam kamera mereka itu. “Guys.. aku nak pergi tandas kejap! Korang tunggu sini, okay! Tak pun.. pandai-pandailah aku cari korang.” Ujar Lydia, lalu bergegas mencari dimanakah tandasnya. Aliya dan Shafiqah mengangguk.
XXX
15 minit kemudian, Lydia pun keluar dari tandas tersebut. Dan secara tidak sengaja dia tiba-tiba terlanggar bahu seseorang dengan kuat menyebabkan kedua-duanya terjatuh. “Hoi..!! Buta ke!” makinya dalam bahasa melayu. Hak4!! Lantaklah, lagi orang tu tak faham, lagi senang dia nak maki. Orang itu kemudian meminta maaf padanya berkali-kali. “Saya minta maaf! Saya minta maaf!” ujarnya dalam bahasa melayu. Lydia mula tergamam. Dia kemudian cuba menganalisi orang yang melanggarnya itu.


Lelaki itu seolah-olah sengaja menyembunyikan wajahnya apabila Lydia cuba memandangnya berkali-kali. Lydia tiba-tiba terasa seram sejuk. Pembunuh bersiri ke? Tak pun perogol bersiri? Tiba-tiba, suasana kedengaran kecoh. Orang ramai seolah-olah menerpa ke arah lelaki yang dilanggarnya itu. Zupp!! Tiba-tiba, tangan Lydia ditariknya bersama untuk mengikutnya sekali. Lydia terkejut. Apakah ini? Drama koreakah? Hindustan? No way! Dia masih suci lagi. Ya Allah, selamatkanlah aku!
Akhirnya, mereka berjaya menghilangkan jejak mereka daripada dikejar oleh orang ramai yang gila tadi. Lelaki itu tiba-tiba menolak Lydia ke arah dinding menyebabkan Lydia terperangkap. Kedua-dua tangan lelaki itu pantas diletakkan di dinding agar gadis itu tidak cuba melarikan dirinya. Khai cuba memandang gadis itu lama. Dia terkejut. Benarkan apa yang dia nampak ni? Atau bayang-bayang sahaja. “Lydia?” nama itu terpancul keluar dari bibirnya. Wajah Lydia berkerut seribu bahasa. Takut? Pelik? Semuanya ada. Macam mana lelaki itu boleh tahu nama dia. OMG! Aku kena selamatkan diri dan caranya ialah..  dengan menendang kaki lelaki itu menyebabkan lelaki itu meraung kesakitan dan memegang kakinya yang terasa kebas. Lydia pantas mengambil peluang itu untuk melarikan diri. “Tunggu! Arhh, ouch!! Lyd..”
XXX
“Jom kita balik hotel.. Jom.. Jom..” ujar Lydia, dengan kalutnya. Aliya,Shafiqah dan Qirash mula memandangnya pelik. Dah kenapa minah ni? “Tadi.. aku.. kena.. Hurh..” termengah-mengah dia cuba mentafsir apa yang sedang berlaku tadi. “Awak okay ke, Lydia? Ada siapa-siapa buat yang bukan-bukan dekat awak ke?” soal Qirash, khuatir. Mana tak khuatir dah macam amanat dia untuk menjaga mereka bertiga ni. Walaupun, yang sepatutnya dia jaga hanyalah Si Shafiqah ni. Lydia menggeleng kemudian mengangguk. Yang mana satu pun mereka tak tahu.
Sampai sahaja ke hotel mereka, Lydia tak henti-henti menceritakan kisah yang menyeramkan tu. “Betul ke ni Lydia?” soal Shafiqah, hairan. Aliya diam seribu bahasa cuba memikirkan logiknya. “Betullah, laki tu cuba nak perkosa aku! Huhuk, aku rasa dia orang melayu sebab waktu aku terlanggar dia. Dia cakap saya minta maaf! Seramlah!” ceritanya dengan sendu sendan. Aliya kemudian mengambil sekotak tisu lalu diletakkan di hadapan Lydia. Shafiqah pula tak henti-henti mengusap belakang badan Lydia. “Sabarlah wey..” ujar Shafiqah. Semalam Shafiqah, hari ni Lydia pula. Dugaan~
XXX
Hari ke-7.. akhirnya, tamat sudah percutiaan mereka di Jepun. “Bye-bye.. Jepun.. Sayonara!!” ujar mereka, sewaktu melangkah naik ke dalam kapal terbang AirAsia itu. Pahit, manis dekat Jepun ni akan sentiasa mereka ingat sampai bila-bila. Persahabatan mereka bertiga sekarang pun dah macam baik semula. Shafiqah memandang telefon bimbitnya yang masih lagi tidak dibaiki lagi tu. Sejak dia ada dekat Jepun ni, Private Number tu tak henti-henti menelofonnya. Siapa yrw? Kenapa? Qirash yang berada di tempat duduk sebelahnya menyoal. “Kenapa?” Shafiqah menggeleng. “Nanti balik sana saya belikan awak telefon baru yrw.” Ujar Qirash denga kening diangkatkan sebelah. “Tak perlu! Saya pun ada duitlah. Lagipun elok lagi telefon ni. Cuma skrin sahaja yang rosak. Nak tekan tak boleh.” Qirash mencebik. “Orang nak belanja tak mahu sudah.”
TO BE CONTINUED


p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 9 ni. And nantikan untuk Bab 10  pula. Emm, tamat sudah percutiaan mereka di Jepun ni. Eyka tak mahu panjangkan cerita. Harap korang enjoy! And nantikan pula Bab 10 yang mungkin akan penuh dengan konflik, pergaduhan dan macam-macam lagi. Siapakah manusia yang selalu sangat menelefon Shafiqah tu. Macam mana dengan Khai? Aliya? Fareyz? Nantikan sambungannya dengan penuh kesabaran okay!


 
Images by Freepik