Eyka Blog

Thursday, 10 December 2015

Janji Kita (Bab 8)

BAB 8
 “Passport check? Stok makanan check? Tiket check? Semua confirm check?” soal Aliya bagi memastikan semua kelengkapan yang sepatutnya dibawa, WAJIB dibawa. Lydia dan Shafiqah mengangguk, penuh yakin. Sungguh rasa macam tak percaya sahaja yang mereka dapat cabutan bertuah tu. Kembang tak terkira rasanya. Tapi..
“Oii, Fiqa kenapa lelaki tu ada sekali?” soal Lydia separuh berbisik, sambil menunding jarinya ke arah Qirash yang sedang leka bermain ‘clash of clan’. Shafiqah mencebik. Dalam hati tak habis-habis menyumpah Si Qirash tu. Ingat lagi dia akan peristiwa dimana ibu dan ayahnya sengaja menyuruh dia membawa Si Qirash tu ikut bersama. Kata mereka kamu tu anak dara. Tak elok pergi merantau Negara orang seorang-seorang. Shafiqah membalas “Tapi bu.. Fiqa tak pergi seorang-seorang lah.. Fiqa pergi dengan Aliya dan Lydia. Kira okaylah tu dapat tiket free.. Hotel apa semua mereka dah sediakan. Bolehlah bu.. bolehlah ayah!!” pujuk Shafiqah. Encik Zol mula bangun dari duduknya sambil tangan diletakkan dibelakang. “No!! Kalau kamu nak pergi sangat.. Si Qirash kena ikut sekali.. Muktamad!! Lagipun kamu bertiga tu perempuan. Tak elok!!” tegas Encik Zol.
“Assalamualaikum..” tiba-tiba kedengaran suara Si Qirash memberi salam membuatkan Puan Ernita menjemputnya masuk dan duduk. Qirash mula menjadi hairan. Apakah ini? “Hah, bagus Qirash. Kamu datang tetap pada waktunya. Pak cik nak kamu teman Shafiqah pergi Jepun untuk seminggu. Boleh?” Qirash dengan senyum lebarnya bangun dan memeluk Encik Zol erat. “Boleh sangatlah tuu!!” Shafiqah mula membeliakkan matanya.
“Fiqa..!!” panggil Aliya membuatkan Shafiqah tersentak dari lamunannya. “Hoi, mengelamun apa tu? Jomlah naik flight cepat..” ujar Lydia. Qirash yang berada di sebelah mula tersengih. Cubitan maut dari Shafiqah sempat dihadiahkan pada Qirash membuatkan Qirash mengerang kesakitan. Rasakan! Biar semua orang tengok dia!
Sementara itu, Aliya sempat berselisihan dengan Fareyz. Namun begitu, masing-masing tidak menyedarinya membuatkan Aliya meneruskan perjalanannya.
XXX
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo.

“Jepun!!! We’re here!!” jerit Lydia dan Shafiqah yang terlalu teruja yang amat. Manakala, Aliya hanya mampu menggeleng melihat mereka. Malu siut! Hak4.. Macam budak-budak mereka ni, bisik hatinya.
Setelah selesai mengambil beg, mereka pun menuju keluar dari Airport itu. Terdapat banyak kemudahan awam di luar kawasan Airport itu. Ada teksi, bas, van, mini Bas dan macam-macam lagilah. Qirash mula menghampiri Shafiqah. “Hotel korang dekat mana?” soalnya membuatkan Shafiqah mengeluarkan sekeping nota dan menyerahkannya kepada Qirash. Qirash kemudian meluru pergi ke arah seorang pak cik yang setia menunggu di dalam teksinya itu.
“Sumimasen. Anata wa kono basho ni iku koto ga dekimasu ka? (Excuse me. Can you go to this place?)” pak cik itu kemudian mengangguk membuatkan Qirash memanggil mereka bertiga. Shafiqah mula mengerutkan wajahnya. Faham ke pak cik tu? Setahu dia orang Jepun mana fasih dalam berbahasa Inggeris. Hal ini kerana, mereka lebih mengutamakan bahasa kebangsaan mereka daripada bahasa lain. Sepanjang perjalanan mereka nak ke hotel itu, pak cik driver itu tak henti-henti bersembang dengan Qirash membuatkan Aliya, Lydia dan Shafiqah terdiam. Diam sebab tak faham apa yang mereka sembangkan.
“Dochira ga anata no gārufurendodearimasu? (Which one is your girlfriend?” soal pak cik itu. Qirash mula tersengih lalu memandang ke arah Shafiqah. Shafiqah yang perasan mula menjelir lidahnya ke arah Qirash. “Soredesu (That one?)”. “Un, tabun tsuitachi. (Yeah, but maybe someday!)” balas Qirash.
Jam menunjukkan pukul 3.15, check-in hotel tu sepatutnya pukul 3.00. Kira okaylah tu! Cuma lewat 15 minit sahaja. Seusai mengambil kunci di kaunter, mereka bertiga pun memasuki bilik yang akan mereka diami.


Cantik! Semua kelengkapan ada. Cuma satu sahaja yang mereka tak suka. Dapur, tempat membasuh, tempat makan mereka kena share dengan orang lain yang turut menyewa disitu. Mujur tempat nak mandi ada dalam bilik. Shafiqah mula menghampiri Qirash. Mamat ni nak tidur mana? Soal Shafiqah dalam hati. “Awak.. awak tidur mana?” soal Shafiqah. Qirash kemudian mencubit lembut pipi milik Shafiqah membuatkannya berasa rimas. “Pandai.. pandai sayalah.. Janji saya tahu awak ada tempat yang selamat untuk stay! Oh yerw, saya dapat tahu selain awak semua yang sewa dekat sini. Ada berapa buah family juga yang menyewa dekat sini. And family tu datang dari Malaysia. So, saya rasa saya tak payahlah nak risau sangat kowd. Sayonara.” Ujar Qirash, lalu keluar dari bilik mereka setelah selesai membantu mereka mengangkat barang-barang mereka.
Aliya dan Lydia mula menghampiri Shafiqah. “Wah, korang berdua ni cutelah.. Geli kami dua tengok! Rasanya dia suka engkau tu.” Ujar mereka berdua. Shafiqah menggeleng. “Mana ada!  Dah jom kemas barang lepas tu kita tengok list apa yang boleh kita buat dekat jepun ni.. Aku ada bawa bucket list kita yang dulu. Ingat tak?!?” gumam Shafiqah sambil mengenyit mata sebelahnya.
XXX
2nd day..
Disebabkan hari pertama terlalu letih sangat, jadi mereka memilih hari kedua untuk memulakan misi pusing sana sini satu Jepun. Tempat pertama yang mereka tujui ialah koishikawa korakuen. Masuk, 300 yen seorang. Berbaloilah juga sebab suasana dekat situ teramatlah cantik. Begitu indah ciptaan Allah, dilihatnya pokok-pokok bunga yang berada disitu tumbah mekar mewangi.  Aliya, Lydia dan Shafiqah tak henti-henti menangkap gambar dan berselfie. Qirash? Qirash kuli sahaja. Kuli tolong tangkap gambar mereka. Hak4, di turutinya mereka itu ke sana ke sini. Penat! Siut!
Selepas puas menangkap gambar, mereka pun singgah pula ke Tokyo Sky Tree. Dekat situ kita boleh lihat pemandangan Tokyo dari atas yang teramatlah besar dan lawa. Ketinggian tower itu ialah 634 m. Memang cantiklah! Mujur mereka pergi waktu malam sebab waktu malam nampaklah cahaya-cahaya yang menyenari Bandar Tokyo tu. SubhannAllah memang lawalah. Dekat atas tu bukan setakat boleh tengok pemandangan. Restoran, kedai cenderahati semuanya ada.



XXX
“Omo~ Penatnya!!” keluh Lydia, lalu merebahkan tubuh badannya di atas tilam empuk mereka. Aliya turut sama membaringkan badannya disebelah Lydia. “Esok kita pergi mana pula?” soal Lydia. “Emm, esok maybe kita akan ke Disneysea dan Disneyland..” balas Shafiqah. “Ada ke tiket?” soal Aliya. “Jangan risau.. Qirash dah uruskan benda tu. Dia kata dia dah belikan kita tiket tu siap-siap. Online katanya.” Jelas Shafiqah, lalu menghirup air kopi yang dibuatnya sebentar tadi. “Oo, caring juga Si Qirash tu dekat engkau. Macam mana korang boleh kenal?” soal Aliya, ingin tahu. Shafiqah mula memeroses kepala otaknya.
“Emm, waktu tu.. kami dapat tahu yang jiran sebelah kami tu nak jual rumah mereka sebab terpaksa pindah tempat kerja dekat luar Negara. Dan manusia yang beli rumah tu ialah family Qirash. So, semenjak tulah kami kenal. Takkan korang tak kenal perangai pak aku tu.. Friendly terlebih~ Kalau boleh semua orang dia nak kenal. Sampaikan aku terjebak sekali. Hmm..” Lydia dan Aliya hanya mampu mengangguk sahaja. “Aku rasa dia suka engkaulah.” Sampuk Lydia. “Entahlah.. actually.. aku..” “Jangan kata engkau masih teringatkan kekasih pujaan lama engkau yang tak guna tu..” potong Aliya. Shafiqah mula terdiam tidak berkata.
Malam menjadi sunyi.. Aliya dan Lydia sudah pun diulit mimpi yang indah. Mimpi dimana hari esoknya mereka dengan riang rianya akan ke Disneysea dan Disneyland. Shafiqah? Shafiqah pula masih lagi terjaga. Soalan Aliya membuatkan dirinya tidak dapat melelapkan mata yang sebenarnya terasa berat. Dia..? Dia apa khabar yrw? Lama tak hubungi dia... Di lihatnya nombor whatapps milik orang itu. –online- Nampaknya dia masih lagi menggunakan nombor yang sama. Hmm..
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi membuatkan Shafiqah terkejut dan telefon yang dipegangnya itu terlepas dari genggaman tangannya, jatuh mencium lantai. Habis skrin telefon itu rosak menyebabkan Shafiqah tidak dapat menekannya lagi. Dia mengeluh memerhatikan orang yang menelefonnya itu. Private Number. Siapa pula yang VVIP sangat ni? ngomel Shafiqah dalam hati. Lantaklah! Mungkin bukan rezeki orang tu nak dengar suara dia. Syafiqah kemudian menekan off pada telefonnya dan kembali untuk tidur.
XXX
Hari ketiga..


“Omo!! Cantiknya castle tu!!” jerit Shafiqah, riang ria. Aliya dan Lydia turut sama berasa gembira melihat istana yang megah itu. Mana taknya.. dulu waktu kecil-kecil suka sangat berangan-angan tinggal dalam istana. Tak pun berangan kena tangkap dengan raksasa dan tunggu Prince Charming datang selamatkan! Lepas tu, kahwin. Happy ever after. Ending!! Omo~ So sweet..!! Zaman kanak-kanaklah, zaman yang paling best sekali sebab waktu tu kita langsung tak pedulikan hal yang remeh temeh. Sekarang bila dah besar semuanya kena fikir pakai otak! Ini baru bersiar-siar dekat Disneyland. Belum Disneysea lagi.

“Okay! Sebelum tu.. Aku nak korang cabut undi dulu..” ujar Shafiqah lalu mengeluarkan box yang dibawanya. “Undi?” soal Lydia, hairan. Aliya mula tersengih. “Fine!!” gumam Aliya dengan beraninya mencabut kertas itu dahulu. Lydia mula mengerti akan hal itu. Kemudian dengan penuh debarannya Aliya membuka kertas itu.. Dan..

“Wargh!!! Arghh!!!” habis tekak-tekak ini menjerit akibat terlalu takut sangat. Manakala, Qirash pula tak habis-habis mentertawakan mereka pada waktu itu. Dia cuba merakamkan setiap detik yang kelakar itu baik-baik. Ooo, semalam korang buli aku. Hambik engkau!! Actually, box itu adalah Bucket List khas yang Qirash buat untuk mereka. Bucket List Japan!! Dimana aktiviti itu hanya boleh dilakukan di Jepun sahaja. 
Ride kedua pula ialah..


“Wah! Cantiknya dalam gua ni..” gumam Shafiqah, agak teruja. “Kan.. Qirash tolong tangkap gambar aku dengan Aliya.” Pinta Lydia. Qirash dengan penuh senyuman sinis menangkap gambar mereka sepuasnya. Tunggulah sampai dekat exit nanti, desis hati Qirash.
1, 2.. 3...

“Wargh!!!” “Hak4..” senak perut Qirash menahan tawanya.
XXX
Shafiqah mula meneguk air mineral yang dibelinya tadi dengan rakus. Penat, menjerit! Lama-lama boleh terkeluar anak tekak ni. “Awak.. lepas ni kita pergi Disneysea pula yrw!!” rayu Shafiqah. Qirash menggeleng. “Ada satu ride lagi..” jelasnya sambl menunjukkan peta untuk ke Haunted Mansion. Shafiqah mula menalan liurnya. “Alah!! Hari dah nak malam. Jomlah!! Kaki ni dah penat taw dak!” Shafiqah mula memonyokkan mukanya. Aliya dan Lydia yang baru selesai urusan di dalam tandas mula memandang mereka hairan. Habislah.. Shafiqah mula menelan liur. Hanya kawan-kawan dia sahaja yang tahu kenapa dia tak mahu pergi ke rumah hantu tu.
“Kenapa ni?” soal Lydia, pura-pura tidak tahu. “Ni hah.. ada orang tu tak mahu pergi rumah hantu.. Alang-alang, jomlah! Just for me.. Bukannya takut sangat pun! Penat saya jadi juru kamera awak semua. Tak bayar pula tu!!” bebel Qirash. “Haah lah.. Fiqa kesian Qirash.. Jomlah!!” Aliya kemudian menarik lengan Shafiqah untuk mengekorinya. Shafiqah mula merenggek-renggek seakan anak kecil menyebabkan Lydia datang membantu. “Nak lari mana hah?!?” bisik mereka berdua.
“Tidakkkk!!”

XXX


Hari semakin senja, orang ramai mula berpusu-pusu untuk memasuki Haunted Mansion itu. Budak-budak, dewasa semuanya ada. Shafiqah mula berasa terketar-ketar yang amat. Mulut dari tadi terkumat-kamit membaca sesuatu. Doa. Hak4..
“Next, please!” akhirnya kini, tiba giliran mereka. “Booo..” kejut Lydia, membuatkan Shafiqah berkali-kali mengucap. Rumah itu kelihatan suram dan menakutkan. Banyak patung-patung hantu yang dijadikan pameran. Shafiqah dengan eratnya memegang hujung baju Qirash. Qirash menggeleng. “Kalau takut, beritahulah awal-awal. Taklah saya paksa awak.” Jelasnya. Jelingan maut diserahkan tepat ke anak mata Qirash. Pup!! Huahahaha..! Secara tiba-tiba, lampu sengaja dimatikan dan suara orang mengilai kedengaran.
Apabila lampu terbuka semula kelihatan semua orang sudah tiada. Shafiqah mula terpinga-pinga mencari kelibat Aliya, Lydia dan Qirash. “Anyone?!?” jeritnya. Matanya mula berair. Kakinya terasa tidak rela lagi untuk melangkah dari situ. Somebody! Help me, bisiknya dalam hati. Dalam hatinya tak henti-henti mengucap banyak kali.
Tiba-tiba, bahunya dipegang oleh seseorang membuatkan Shafiqah meraung ketakutan.
“Excuse me?” Shafiqah dengan takut-takutnya membuka matanya dan memadang orang tersebut. 

TO BE CONTINUED


p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 8 ni. And nantikan untuk Bab 9  pula. Sorry sebab Eyka lambat publish sambungan dia. Banyak benda nak kena buat. Harap anda suka dengan trip mereka ke Jepun ni. Nantikan sambungan seterusnya... Kesian, Shafiqah kan..

Tuesday, 8 December 2015

Burger Bakar Tok Uban

Okay.. Look at this burger.. How unique it was!! And how delicious it taste!! Aumm!! Serius memang terbaiklah Burger Bakar Tok Uban ni.. Tapi satu sahaja masalah dia.. Kedai dia susah nak parking sebab dia dekat kawasan jenis kedai-kedai lama tu..

>> Menu <<
Anda sendiri boleh lihat.. Bagi, Eyka harga dia sangatlah berpatutan.. Tapi bagi anda tak tahulah.. Waktu tuu... Emm, 2 family yang datang makan (6 orang family Eyka, 4 orang family angah).. And calculate semua makan.. Just RM 80 hinggit lebih ja kena bayar..

My younger sister.. Blackpepper

Blue~ Mine ^^

Ungu..!! My favourite.. Tapi malang bukan ku yang order yang ni.. Ni abang Eyka punya Burger.. ^^

Ni nma dia Dark Night.. Mak cik Eyka order ni
Setiap burger ada kelainan dia.. Lain order.. lain rasa dia.. Memang tak rugilah.. Mungkin dah rezeki nak makan dekat situ. Mula-II ingat nak makan tempat lain. Tapi kedai tu tak buka. So, sanggup patah balik sebab terliurkan burger bakar tok uban ni..

Nak lebih information click sini ---> Facebook Burger Bakar Tok Uban

I'm Back..!

Assalamualaikum.. Yeah, sudah ku pulang ke rumah halaman ku hari ni..! 

So, lepas ni bolehlah Eyka sambung semula cerita Janji Kita yang dah lama tak sentuh tuu.. Huk8, tu pun kalau ada masa.. Serius banyak idea dalam kepala otak ni. Tapi masa seolah-olah tak mengizinkan sahaja. Esok.. Eyka ada interview untuk Giatmara. Doakan Eyka supaya dapat erk.. Eyka ada apply kursus untuk 6 bulan.. Emm, kursus menjahit. Hopefully, dapatlah sangat-sangat..!! Amin..!! Ayoyoyo, nervousnya! Harap-harap, soalan yang diajukan senang bangat..!!

Emm... lepas tu.. Hari sabtu Malia ajak keluar.. Teman dia pergi ngedate.. Hmm, tangguh lagi kerja nak menyambung cerita Janji Kita tu.. Lepas tu, minggu depan kalau jadi kami bertiga nak naik KmT pergi kampung Eyka menyopping dekat sana. Stay. Maybe, dalam berapa hari..! Tangguh lagi.. T^T Harap-harap, anda semua setia menanti okay! Bukan tak mahu sambung. Cuma masa sahaja yang tak mengizinkan. Lagipun, Eyka ni bukan jenis manusia yang suka buat kalut-kalut. Kalau boleh setiap jalan cerita tu sempurna di mata kalian. 

Apapun, I'm Back untuk setakat ni. Oh yeah, doakan Eyka untuk interview tu..! Doakan Eyka ada masa juga nak sambung cerita tu.. Serius, rasa cam nak bagi habis siap-siap! Lepas tu fokus kat cerita baru pula. Okay3.. Cau, cau, cau.. XOXO


Thursday, 3 December 2015

MAMA 2015 List Of The Winner

The 2015 Mnet Asian Music Awards (MAMA) returned to Hong Kong this year, where the year′s biggest and brightest stars were honored and artists presented their hits through showstopping performances. 

Many artists were honored tonight, but the highest honors went to Big Bang and EXO. 

Big Bang received two of the three main awards, including UnionPay Song of the Year for Bang Bang Bang
 well as UnionPay Artist of the Year. 


Gd Oppa.. You look gorgeous! Saranghae~ XOXO


On receiving the UnionPay Song of the Year award, Daesung said, “Thank you so much, Thank you for loving us for such a long time. As time goes by, I think these awards become more precious, so we will work hard not to betray these awards.”

T.O.P added, “The five of us are going on 10 years together, and we’ve received a lot of awards, but I want to thank our family and fans who have always supported us. Being a singer may look really flashy on the outside, but there are a lot of staff members who work hard behind the scenes.”

Big Bang returned to the stage to accept the UnionPay Artist of the Year award, where Taeyang said, “Thank you for such a big award. Like T.O.P hyung said earlier, we will soon be going on 10 years, and we sang a lot of songs and a lot happened, but I want to thank the fans who always cheered us on. And those who worked behind-the-scenes in order for us to win this great artist award, thank you. We will work harder to be an artist deserving of this award.”

Big Bang also received the HotelsCombined Best Music Video award and iQiYi Worldwide Favorite Artist award earlier in the night.

By the way,
The following is the list of all the winners - congratulations!

Next Generation Asian Artist: Monsta X
Best Asian Style: EXO
Best New Male Artist: iKON
Best New Female Artist: Twice
HotelsCombined Best Music Video: Big Bang, Bang Bang Bang
Best Dance Performance Solo : Hyuna, Roll Deep
Best Rap Performance : San E, Me You
Best Male Artist : J.Y. Park
Best Female Artist : Taeyeon
iQiYi Worldwide Favorite Artist: Big Bang
Best Asian Artist Vietnam : Dong Nhi
Best Asian Artist Japan : AKB48
Best Asian Artist Indonesia : Ran
Best Asian Artist Singapore : Stefanie Sun Yanzi
Best Asian Artist Thailand :POTATO
Best Asian Artist Mandarin : Jolin Tsai
Global Fans Choice Male : EXO
Global Fans Choice Female : f(x)
Best Vocal Performance Male : Zion.T
Best Vocal Performance Female : Ailee
Professional Category - Best Producer : Park Jin Young (Korea), Gao Xiaosong (China), Phuc Bo (Vietnam)
Professional Category - Best Engineer : Ko Hyun Jong (Korea), Lupo Groinig (Hong Kong, China), Yoshinori Nakayama (Japan)
Professional Category - Best Concert : In Jae Jin (Korea), Wu Qun Da (China), Vit Suthithavil (Thailand)
Best Dance Performance Female Group : Red Velvet
Oupu Dance Performance Male Group : SHINee
Worldwide Inspiration Award: Pet Shop Boys
Best Collaboration & Unit : Zion.T&Crush
Best Band Performance : CNBLUE
World Performer : BTS
Best Male Group : EXO
Best Female Group : Girls’ Generation
UnionPay Song of the Year : Big Bang, Bang Bang Bang
UnionPay Album of the Year : EXO, EXODUS
UnionPay Artist of the Year : Big Bang

Credit: MAMA 2015

Wednesday, 2 December 2015

Warkah Seorang Pelajar

Dinginnya angin.. menyapa tubuhku.. dinginnya lagi malam ini...
Tiba-tiba hati ini terasa bagai disuntik memori lama membuatkan air mataku mengalir dengan derasnya.  Siapa sangka?? Baru semalam terasa diri ini baru sahaja ingin menginjak ke alam remaja.. Tetapi ternyata diriku salah.. No more, cikgu-cikgu yang nak marah-marah.. No more kawan-kawan yang setiap pagi menunggu gosip yang tak bertauliah... No more musuh yang nak cari pasal setiap hari. No more crush yang nak usha-usha..No more kena bangun awal-awal dan kena pergi sekolah awal sebab takut kena denda.. Omo~ Andwae!! T^T This feeling make me want to cry..

Thanks, kepada cikgu-cikgu yang banyak menyumbang jasa mereka mengajar anak murid yang degil teramatlah degil. Hik4! Kawan-kawan yang banyak menyumbang gosip mosip tak bertauliah.. Pwett!! Thanks, Yana.. thanks Amalia.. Korang banyak bersabar melayan kerenah kawanmu yang teramatlah kadang-kadang tak betul. Tak palah, kitakan memang semua senget, skru terkeluar semua kita. Tak kisahlah orang kata kami tak berdunia dengan orang or whatever.. kami tak kisah. kami tetap bersama. gaduh bertumbuk semuanya sekali. Muahahaha *gelak jahat*

Emm, thanks untuk semua memori yang kita cipta bersama.. Orang kata zaman persekolahanlah zaman yang kita akan rindu sangat-sangat nanti. Yup! That's true.. Belum apa-apa, aku dah rindu dah.. Hak7, lawak arr..

Apapun semoga kita bertemu lagi suatu hari nanti.. DOn't Forget Me.. Ingat janji kita.. Bucket List kita. Hopefully, ia bukan angan-angan semata-mata. Yeah!! *jeritan bahagia* SAYA SEKARANG OFFICIAL DAH JADI BEKAS PELAJAR..

Hujan-Muda

Lagu terakhir dari saya buat korang semua.. Syahdu taw!! Batch 98.. Tahniah, exam dah habis..

Tuesday, 1 December 2015

Janji Kita (Bab 7)

BAB 7
“Hai, ada apa engkau datang sini?” soal Shafiqah yang cuba memecahkan kesunyian yang terasa sunyi itu. Aliya tersenyum lalu mengeluarkan sekeping kad dan dihulurkannya kepada Shafiqah. Shafiqah mula mengerutkan wajahnya. Kad apa ni? Takkan dia dah nak kahwin kowd? Kejapnya, bisik Shafiqah dalam hati lalu membuka kad itu.



Shafiqah mula tergamam. Reunion?!?
“Ermm, hari tuu. Aku ada terserempak dengan Atien. Engkau ingat tak lagi dia?” soal Aliya. Shafiqah cuba memproses memorinya yang hampir berkarat itu. “Ingat kowd.. Banyak sangat orang nama Atien ni.” balasnya. “Dia jumpa aku. Then, dia suruhlah aku bagi kad ni dekat korang berdua sekali. Dia kata.. dia jemput kita bertiga datang sangat-sangat.” Jelas Aliya, panjang lebar. Oh noo!! This is a nightmare. Reunion party? Shafiqah mula mengetap bibirnya. Dia paling tak suka benda-benda yang boleh mengungkitkan kisah lama ni. Nanti dekat reunion tu mesti mereka akan bercerita semula kisah-kisah lama. Herh.. keluhnya dalam hati. “Aku tahu engkau takkan pergi.. Even, aku pun rasa macam tak mahu pergi. Tapi.. aku rasa hanya ini peluang kita untuk tidak lari lagi dari masalah.” Kata-kata Aliya membuatkan kepala otak Shafiqah menjadi buntu.
“Tengoklah dulu.. Nanti apa-apa aku calling-calling korang.. Group ‘bucket list’ kita aktif lagi kan?” ujar Shafiqah sambil tersengih. Aliya mengangguk. “Okaylah.. Aku nak pergi jumpa Lydia pula. Ingat pesan aku tu..” Shafiqah mengangguk.  
XXX
Drett.. Drett.. *bunyi mesej masuk* Shafiqah mula membuka mesej itu dan membacanya. Berderet mesej yang keluar di whatapps-nya. Huish, lama betul dia abaikan wechat, whatapps, facebook dan sebagainya. Banyak ni mesej yang masuk. Tambah-tambah group ‘Form 5’ yang dahulu kalanya.
Lydia: Pergi tak? Penat aku design baju untuk korang. Free pula tu! Kalau tak datang aku tampar seekor-sekor.. *emoji-muka marah*
Aliya: In shaAllah saya pergi.. Fiqa??
Shafiqah mula teragak-agak untuk membalasnya. Namun, dilihatnya teman-temannya itu bersemangat benar ingin ke majlis reunion itu.
Shafiqah: Pergilah.. Tapi lewat sikit kowd.. Biasalah, hari ni shift sampai petang. Anak buah seorang tu, sakit pula. Kenalah ganti dia masak hari ni. Dalam pukul 6.. Aku sampai kedai engkau Lydia, ambik baju.
Lydia: Hurh, dari dulu sampai sekarang.. Lewat jew kerja engkau. *emoji-ketawa*
Aliya: Hak8.. Kan.. *emoji-turut ketawa*
Shafiqah mula tersengih, membaca setiap mesej yang dihantar oleh mereka. Lama tak mesej macam ni, bisiknya perlahan.
XXX
27 November.. Malam yang dinantikan sudah tiba. Taman itu dihiasi dengan lampu-lampu dan dekorasi yang cukup cantik.

Kelihatan orang ramai kian memenuhi majlis itu, membuatkan Lydia, Shafiqah dan Aliya yang baru tiba menjadi gemuruh. “Korang pasti ke nak pergi ni? Masih tak terlewat untuk kita berpatah balik.” soal Shafiqah yang sudah kehilangan keyakinan dirinya yang dia bina sejak petang tadi. Lydia mula menjadi was-was dengan tindakkannya. “Haish, dah jom!!” ujar Aliya nekad, lalu turun dari perut kereta itu dan mengheret mereka berdua untuk keluar sekali.

Sesampai sahaja di hadapan pintu gerbang itu, mereka di sapa baik oleh Atien dan Ikhmal sebagai penjemput tetamu. “Wah.. Lydia..! Fiqa..! And.. Aliya..” sapa Ikhmal yang terkejut melihat perubahan mereka bertiga. Mereka bertiga kelihatan cantik mengayakan sari india yang telah direka khas oleh Lydia sendiri.
Aliya kelihatan cantik mengenakan sari ini.

Manakala, Shafiqah kelihatan anggun jua memakai sari berwarna merah semua.

Tidak lupa juga dengan Lydia, yang mengayakan rekaannya sendiri.

Selepas puas Ikhmal memuji mereka. Mereka pun dibenarkan untuk masuk. Orang ramai mula memandang ke arah mereka, kagum. Ini membuatkan mereka bertiga menjadi kurang selesa. “Wah, Lydia! Idea engkau memang gila. Suruh kita orang pakai sari.” Bisik Shafiqah. “Argh, lantaklah! Baru unik dari orang lain.” Balas Lydia. “Okaylah tuu.. Sekali sekala jadi perhatian orang ramai.. Best tu!” sampuk Aliya. Mereka bertiga mula ketawa bersama. Dulu jarang sekali manusia-manusia ni nak pandang mereka. Asyik kena pangkah lagi adalah. Yrwlah, dulu mereka ni mana nak sama dengan ‘budak Hot’ yang ada dalam kelas mereka tu. Jadi, mereka hanya mampu berdiam diri sahajalah. Sekarang lihatlah siapa yang ternganga mulut sewaktu pandang ke arah mereka.
“Woah!! Lydia!! Buah hati pengarang jantungku. Sungguh tak ku sangka. Engkau betul-betul anggun seperti dahulu kala.” Puji Khalid, panjang lebar. Lydia mula tersengih. Laki ni dulu bukan Si penyibuk yang suka kacau dia ke. “Ehh, dulu bukan engkau kutuk aku ke?” terang Lydia. Berkerut wajah Khalid dibuatnya. “Ehh, mana ada sayang.. Saya sentiasa sayangkan awaklah..” Shafiqah dan Aliya yang mendengar mula menahan tawa mereka. Lydia mula memasamkan mukanya. Eee, menyampahlah dengan lelaki ni, bisiknya dalam hati.
“Hi..” sapa seorang lelaki ini, ke arah Aliya. Aliya mula menoleh ke belakang dan dilihatnya Danial. Lain benar mamat tu sekarang. Muka yang dulunya macam budak-budak, kini sudahpun berubah menjadi matang. “Hi..” jawab Aliya, dengan senyuman manisnya. “Err, lama tak jumpa. Apa cerita sekarang?” soal Danial, malu-malu kucing. Hmm, nampak macam lelaki ni nak ngorat aku sahaja. Meh, kita main-main sikit, bisik hati Aliya. Kini, tinggal Shafiqah keseorangan. Dia kemudian menuju ke buffet makanan untuk mencari makanan. Malas nak kacau kawan-kawan dia yang sejak dulu lagi memang dah famous.
“Seorang?” hampir luruh jantung ini, apabila kedengaran ada suara orang datang menegur. Shafiqah perlahan-lahan mengusap lembut dadanya. “Seoranglah.. Takkan berdua pula.” Balasnya geram. Fakhrur mula ketawa terbahak-bahak. “Sorry.. Lupa nak bagi salam.. Awak apa cerita?” soalnya. “Cerita apa? Mana ada cerita.. Macam ni sahajalah.” Balas Shafiqah acuh tak acuh. “Wah, sombong! Lepas dah lawa terus sombong.”  Gumamnya. Shafiqah mula ketawa. Wah, lelaki nilah lelaki yang paling dia benci sekali sejak dulu. Tapi yang pastinya lelaki nilah lelaki yang dia suka juga sejak dulu. I mean suka.. suka sahaja. Bukannya first love or cinta sejati. Just crush..
“Hak8, mana ada. Saya chef sekarang ni. Chef dekat Restaurant Hotel Soulmate. Awak?” balas Shafiqah, sambil mencari tempat yang sesuai untuk melabuhkan punggungnya setelah penat mengambil makanan. Fakrur turut membuntutinya. “Ooo, bolehlah nanti saya nak try pergi makan.” Gumamnya. Shafiqah tersengih. Boleh sangat, bisiknya dalam hati. “Emmm, saya biasa-biasa sahaja. Cikgu sekolah. Hik8..” Shafiqah mula memandang ke arahnya. “Wah... Mesti bestkan! Yrwlah, kalau cuti panjang boleh relaks.. relaks..” Fakrur mula mengangguk mengiyakannya.
“Fakrur..??” tegur Aliya dan Lydia yang baru tiba, selepas penat berborak dengan Khalid dan Danial. Fakrur terkesima. Mereka berdua turut sama berubah. “Wah.. Aliya ka ni? Lain benar engkau sekarang..” puji Fakrur. Aliya mula menjadi kembang. “Sabar.. sabar.. nanti terkoyak sari yang aku buat ni.” usik Lydia. Mereka semua mula ketawa. Manakala, Aliya mula memuncungkan bibirnya.
“Attention!! Please!!” ujar Aiten, selaku host untuk majlis itu. “Saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada semua batch 98 kerana sudi datang ke majlis ni. 5 Sains, 5 Ekonomi, 5 Seni 1 & 2.. Tak lupa juga 5 Landskap... Kepada yang tidak hadir itu mungkin bersebab.” Ucap Atien. Aliya mula tergamam. 5 Sains? Mesti..!!
“Hi, semua..” sapa Intan, bersama suami barunya Fathie. Aliya mula mengetap bibirnya. Semua orang yang berada di majlis itu hampir sahaja tersedak melihat Intan yang sudah berumah tangga. Tahniah, kepada bakal husband dia! “Hi, Aliya..” sapa Intan. Aliya tersenyum kelat. “Wow, aku ingat engkau dah pergi honeymoon?” soal Shafiqah, bagi pihak Aliya sebenarnya. Dia tahu soalan itulah yang ingin sahaja Aliya ajukan tapi tak kesampaian. “Oh, kita orang tangguh honeymoon tu semata-mata nak datang majlis reunion nilah. Kan sayang?” ujar Intan. “Yrw..” balas Fathie, yang kekok melihat kehadiran Aliya. “Tak perlu pun sebenarnya..” ujar Lydia. “Apa dia?” soal Intan. “Tak ada apalah..” balas Lydia, kembali.
“Baiklah, semua! Sekarang sudah tiba masanya untuk cabutan bertuah.. Dengan ini saya nak jemput Arun sebagai pencabutnya. Mana nak tahu, korang semua boleh bertuah.” Ujar Atien, sambil mengenyitkan matanya. Tepukkan gemuruh diberikan. “Go, Aru!! Cabut nombor 8..!! Aku nombor lapan..!!” jerit Araa. Aliya mula menggeleng kepalanya. Macam manalah minah tu boleh jadi sepupu aku. Arun mula menyua tangannya dalam kotak cabutan bertauh itu. Kalau boleh harap dapat nombor 1 lah, sebab nombor bertuah yang dia ada nombor 1. ZUpp! Atien terus mengambil bola itu untuk melihatnya.
“Baiklah.. agak-agak korang siapa? Emm, ini cabutan bertuah untuk tempat ke-3.. So, hadiah dia tak adalah lumayan sangat. Just hamper sahaja.” Kata-kata Atien membuatkan semua orang mengeluh. Alah, hamper sahaja pun. Boleh beli meratalah. “Nombor 27..!! Please!! Dan hadiahnya ialah hamper kosmetik 100% dari korea iaitu jenama ETUDE..” ujar Atien membuatkan si pemenang itu menjerit gembira. “Saya!!” ujar Aina, gembira. Lydia ternganga. Etude? What?!? Aku nak!!
Aliya dan Shafiqah mula tersengih. “Baiklah.. kita gerak ke cabutan ke-2 pulak. Terima kasih, Aru.. Saya nak minta orang lain pula. Mael..!!” semua orang pakat bersorak ketika nama Mael dipanggil. Mael dengan bangga naik ke atas pentas dan mencabut undian itu. Minta-minta kena kat dia. Dan.. nombornya ialah nombor 4..! “Horray!! Aku punya!!” jerit Mael, teruja. Memang bertuah sungguh lelaki itu. “Baiklah, tempat kedua dapat hamper biasa sahaja.” Gumam Atien, lalu menyerahkan hadiah itu selamba. “What? Tapi.. tapi..” semua orang mula mentertawakannya. “Sorry, Mael.. Tak ada bajet untuk beli hadiah ke-2 ni.” Mael mula memuncungkan bibirnya, tanda merajuk.

“Baiklah.. Emm, kali ni saya nak minta Ikhmal untuk cabut hadiah pertama kita, sebab hadiah ni dia yang taja. I mean syarikat pelancongan dia yang taja.” Panggil Atien. “Wah, depa tu nampak secocokkan.” Bisik Shafiqah. “Depa dah kahwin ka?” sampuk Lydia, tertanya-tanya. Aliya menjungkitkan bahunya. “Entah?”  Selepas beberapa minit, suasana menjadi senyap. Semua orang kelihatan focus sebentar. “Ermm, hadiah pertama ni memang lumayan. Trip ke Jepun untuk 1 minggu. Makanan, hotel, flight semua dah di tanggung. Cuma duit untuk shopping sahaja tak tanggung. Tiket untuk ke trip ni ada 3.” Semua orang kelihatan bersemangat untuk mengetahui siapakah yang bertuah itu. “Dan.. pemenangnya..”


TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 7   ni. And nantikan untuk Bab 8 pula.

Janji Kita (Bab 6)

BAB 6
Wartawan-wartawan yang berada di luar pintu majlis itu mula berpusu-pusu untuk menemuh ramah artis terkenal yang baru hadir itu iaitu Khai. Siapa tak kenal dia? Sekali dia keluarkan suara dia yang berharga itu semua perempuan boleh cair dengan dia. Lydia yang baru tiba di majlis itu, cepat-cepat masuk. Malas nak ditemu ramah oleh wartawan-wartawan yang tak bertauliah tu. Sama sahaja pertanyaan mereka macam mak dia. Bila nak kahwin? Dengar cerita ada gossip dengan seorang laki ni? Hurh, semuanya sama. Tak reti nak tengok orang aman betullah, bebelnya dalam hati.
Di dalam majlis itu, Lydia sedaya upaya untuk bertegur sapa dengan semua orang yang berada di dalam majlis itu. Dan tiba-tiba, bahunya terasa dilanggar oleh seseorang membuatkan air yang dipegangnya terjatuh ke atas baju orang tersebut. Lydia mula mengetap bibirnya erat. “Wargh!! Sorry.. sorry..” ujarnya sambil mengelapnya menggunakan tangannya. Orang itu mula tersengih lalu berkata “It’s okay.. Saya tak kisah pun.” Muka Lydia mula menjadi merah menahan malu. “Hai, saya Khai.” Ujarnya lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat mesra. Lydia mula mengangkat keningnya. “Err, Lydia. And no touching!” balas Lydia. Riaksi Khai mula berubah menjadi malu. “Sorry.. Apa kata saya ganti baju awak tu? Well, actually dekat bonet kereta saya ada satu sut lelaki kalau awak nak?” tawar Lydia lagi sekali. Khai pada mulanya teragak-agak akhirnya bersetuju.
Setelah menukar bajunya di dalam tandas, Khai pun keluar.
“How do I look?” soal Khai, yang dilihat macho mengenakan sut itu. Lydia dengan senyuman lebarnya mengangkat ibu jarinya tanda ‘ok’. Kemudian, bermulalah sesi bersuai kenal mereka. “So, awak ni fashion designerlah?” soal Khai. Lydia mengangguk, sambil memerhatikan gelagat manusia-manusia yang berada di majlis itu. “Ermm, boleh saya tanya lagi?” soal Khai lagi. “Emm.. tanyalah.” Ujar Lydia seolah-olah acuh tak acuh. “Awak macam tak tertarik sahaja dengan saya? Takkan awak tak kenal saya kowd?” ujar Khai dengan wajahnya yang berkerut. Dia berasa hairan dengan gadis itu, kalau orang lain dah lama tergedik-gedik dengan dia. Tapi gadis itu macam selamba sahaja bila berada disampingnya.
“Huh?” jawab Lydia. Khai mula tersengih. Nampak sangat kepala otak gadis itu menerewang ke tempat lain. Khai lagi sekali mengajukan soalan yang sama. Lydia menjawab “Err, awak siapa?” terkejut Khai dibuatnya. Seriously, gadis dihadapan dia ni tak kenal dia. “Sorry, saya ni memang macam ni. Selain pasal kerja, saya memang langsung tak ambil tahu hal dunia.” Jelas Lydia sedikit malu. “Wow, incredible!!” ujar Khai separuh tak percaya. Akhirnya, manusia beginilah yang dia cari selama ni. Manusia yang just anggap dia manusia biasa. Dengan itu, Khai memutuskan hasratnya untuk tidak memberitahu Lydia, siapakah dia yang sebenarnya.
“Helo, awak siapa? Kerja apa?” soal Lydia, apabila melihat Khai yang diam membisu sambil tersengih sorang-sorang. “Ohh, ermm.. Saya.. actually..” tiba-tiba, kedengaran Datuk M dan Datin Lisa ingin memberi sedikit ucapan di atas pentas. Ini membuatkan perhatian Lydia beralih ke arah Datuk M dan Datin Lisa. Apabila mereka selesai membuat ucapan dilihat Khai sudah hilang dari sisinya. Lydia mula menggaru kepalanya yang terasa tidak gatal pun sebenarnya. “Aik? Aku cakap dengan hantu ke tadi?” bebelnya seorang diri.
XXX
“This is your food Mr. Henry.” Ujar Shafiqah, dengan senyuman manisnya. “Thanks, Miss Fiqa. I’m glad to see you in personally..” Pujinya. Shafiqah kemudian mengangguk lalu meminta dirinya dulu.
Dia mula menghembus nafasnya sebaik tiba di dapur. Qirash yang sudah tidak sabar mula bertanya berkali-kali. “Macam mana? Dia kata sedap tak?” soal Qirash. Shafiqah mula memonyokkan mukanya membuatkan semangat Qirash down. “Saya berjaya!!! Gila, chef antarabangsa puji masakkan saya!! Warh!! Unbelievable!!” jerit Shafiqah, membuatkan semua orang bersorak untuk dia. “Qirash!! Thank you!!” ujar Shafiqah lalu memeluknya tanpa disedari.

“Uhurm..” deham  teman-teman mereka, membuatkan Shafiqah melepaskan pelukkan itu dan tertunduk malu.  “Fiqa..” panggil Qisha, yang datang entah dari mana. “Erkk, Cik Qisha.. Kenapa?” soal Shafiqah, hairan. “Ada someone nak jumpa awak..” ujarnya. Shafiqah mula menjenguk keluar siapakah gerangan manusia yang ingin bertemunya kali ini. Dan dilihat.. temannya Aliya..
TO BE CONTINUED

p/s: Hopefully korang terhibur untuk Bab 6  ni. And nantikan untuk Bab 7 pula.
 
Images by Freepik