Eyka Blog

Tuesday, 6 October 2015

Cintaku Yang Sudah Hilang (Part 1)



Assalamualaikum, semua! Yeay!! Tak sangka dalam sehari Eyka dah dapat siapkan satu cerpen baru ni yang bertajuk "Cintaku Yang Sudah Hilang". Wah!! Rasa excited gila siut!! Harap awak semua enjoy dengan cerpen completed Eyka yang baru 1st tima dapat siap dengan sempurnanya.

#Cintaku Yang Sudah Hilang

“Liya.. cepatlah Liya. Aku dah lambat ni. Kang! Tak pasal-pasal lambat pula aku hantar assignment ni dekat Prof Reid tu.”ngomel Erdiana Shafiqa atau lebih manja lagi dengan nama panggilan Shafiqa. Liya mengeluh. “Sabarlah.. banyak barang nak pegang ni.”
Shafiqa menggelengkan kepalanya. Lantak engkaulah. Langkah kakinya mula bergerak dengan laju. Tiba-tiba, dekat satu selekoh ni boleh pula dia terlanggar dengan seorang mamat ni. Habis berterabur kertas-kertas yang ada di dalam folionya itu. Lepas itu bercampur pula dengan kertas mamat tu. Habis!! Shafiqa mula merengus geram. Dikutipnya kertas itu dengan cepat-cepat.
“Aishh!! Buta ke apa?!? Jalan tak tengok depan. Orang lain banyak kerja nak buatlah..!!”bebel Shafiqa. Lantaklah orang tu nak terasa ke apa. Lelaki itu mula bangun dan menghulurkan kertas yang terakhir kepada Shafiqa. Shafiqa mula mendongakkan mukanya ke atas sedikit untuk melihat siapakah gerangan manusia yang pagi-pagi buta dah buat hidupnya berantakan.
Mata Shafiqa mula membulat memandang wajah lelaki itu. Aik, mimpikah ini?
“Fiqa.. Fiqa!! Engkau okay ke?”soal Aliya yang baru nak sampai ke tempat kejadian. Shafiqa kemudian bangun dan merentap kertas itu dengan kasar sekali. Dia kemudian pergi meninggalkan lelaki itu yang kelihatan tergamam dengan tindakkan Shafiqa.
“Nad??”ujar Aliya sedikit terkejut.
“Liya cepatlah!!”panggil Shafiqa. Aliya dengan terkebil-kebilnya terus berlalu pergi dari situ.
Shafiqa mula mengetap bibirnya. Kenapa lelaki itu perlu wujud untuk kali yang  ke berapa juta entah dalam hidup aku lagi sekali. Shafiqa mula menahan marah di dalam hati. Menyampah!! Tapi at the same time entahlah..

XXX

Di bilik Prof Reid Hakimi
Dengan perasaan penuh gugup Shafiqa menghulurkan folionya itu pada Prof Reid. Lepas tu sempat lagi dia mengerling ke arah jam tangannya. Rasanya aku still on time lagi ni. Baru pukul 8. Semalam Prof kata selewat-lewatnya pukul 8.15. Jadi confirm LULUS ni, bisik hati Shafiqa dengan perasaan penuh bunga-bunga.
“Sorry! GAGAL..”Shafiqa mula membeliakkan matanya. Terkejut beruk siut! Bertungkus lumus dia buat folio ni kasi cantik-cantik, kasi bernas punya idea. Dia sanggup ikat perut, bersengkang mata nak buat folio ni siang malam. Boleh pula lelaki ni kata GAGAL sesuka hati dia. Mentang-mentang muda-muda dah jadi Prof. Pelik?!?
“Ta.. ta.. pi.. tapi Prof?? Kenapa?”soal Shafiqa gagap. Reid kemudian menunjukkan Shafiqa kulit folio itu. Disitu tertera nama Nad Reduan Hakimi dan bukannya Erdiana Shafiqa. Melopong mulut Shafiqa dibuatnya. Alamak!! Ini confirm tertukar barang ni.
“Prof.. saya boleh explain. Prof dengarlah.. Sa.. saya memang buatlah Prof. Tapi tadi saya..”Shafiqa mula cuak, habis berbelit-belit ayat yang terkeluar dari mulutnya.
“Stop!! Saya dah tak nak dengar sebarang alasan. Sekarang awak cari orang ni dan saya nak awak bekerjasama dengan dia buat satu folio bertajuk ‘Cinta’. Faham!!”ujar Reid tegas.
Dengan longlainya Shafiqa melangkah keluar dari bilik itu. Aliya yang setia menanti diluar mula bertanya soalan pada Shafiqa.
“Macam mana? Gagal or Lulus?”
Shafiqa mula menurunkan ibu jarinya tanda tidak okay.
“Kenapa?”
“Engkau tahu tak yang folio aku dengan mamat sewel tu tertukar. Entah masa bila dia pun masuk U ni aku pun tak tahu.”bebel Shafiqa.
“Habis tu?”
“Now!! Prof kata kalau nak lulus. Kena berkerjasama dengan laki tu buat folio bertajuk pasal Cinta. Eee, tak nak aku!! Aku lebih rela mampus dari nak pergi ajak dia buat folio ni. Kang! Dia kata kat aku terhegeh-hegeh pula nak dekat dia balik. Puihh!!”Aliya menggeleng. Marah sungguh kawan dia tu. Tapi Aliya rasa kawannya itu masih sayang lagi dengan lelaki itu. Cuma cuba menafikannya.
Dalam membebelnya, tiba-tiba dia terlanggar lagi dengan seorang mamat ni dan sungguh tidak disangkakan orangnya adalah Nad lagi sekali.
Shafiqa mula menzipkan mulutnya yang dari tadi tak henti-henti membebel. Suasana menjadi tegang dan kaku. Folio yang ada digenggamannya menjadi semakin erat. Habis ronyok folio tu.
Shafiqa kemudian mengatur langkah untuk pergi. Namun dihalangi oleh Nad.
“Tunggu..”
Langkah kaki Shafiqa secara automatik menjadi kaku. Damn it!!
“Nampaknya folio kita dah tertukar. Dan tak semena-menanya saya kena buat lagi sekali folio lain. Dan folio tu saya kena buat... dengan awak kalau awak tak kisah?”terang Nad, ringkas tapi padat. Shafiqa mula mengeluh. Dia pun sama? Adoii, dugaan apakah ini?
Shafiqa mula menoleh ke belakang semula. Kemudian dilemparnya folio yang digenggamnya tadi ke muka Nad. Habis satu fakulti yang lalu lalang di situ memandang ke arah mereka. Orang ramai mula menjadi kecoh “Ada dramalah.. Ada drama..”
Muka Nad mula berubah menjadi merah menahan malu yang teramat. Shafiqa? Hmm, entahlah.
“Dengar sini!! No way, okay!! Aku lebih rela Gagal daripada kena bekerjasama dengan engkau!!”setelah puas dia melontarkan hasratnya itu, Shafiqa pun berlari pergi.
“Fiqa!! Tunggulah aku!!”
Dalam waktu yang sama tingkat 1, Prof Reid Hakimi sedang memerhatikan mereka.

XXX

Tak semena-menanya, nama Shafiqa dan Nad mula disebut-sebut satu kampus.
Di Kafeteria
Shafiqa mula mengeluh. Dah beberapa hari dia skip kelas Prof Reid. Mampus aku! Tiba-tiba, kelihatan Aliya dan Lydia melambai-lambai ke arahnya bersertakan dulang makanan.
“Oii, tak makan ke?”soal Lydia, lalu membaca doa makannya. Shafiqa menggeleng. “Tak ada selera dohhh..”
Aliya menggeleng. “Fiqa, engkau tahu tak Prof Reid tu tak habis-habis tanyakan aku kenapa engkau tak masuk kelas dia. Adoii!! Kacau betullah. Otak aku sampai dah kering pikirkan sebabnya tahu tak!”
Shafiqa berdiam diri. Patut ke aku buat folio tu hah?!? Fikir Shafiqa.
“Hoii!! Aku cakap dengan engkau ni?”ujar Aliya lalu menampar meja makan itu perlahan. Shafiqa mula tersedar dari lamunannya. Dia kemudian mengangguk.
“Apa yang engkau anggukkan?”
“Entah??”
Tiba-tiba, dia terlihat kelibat Nad bersama-sama dengan temannya menuju ke kafeteria. Shafiqa mula menjadi cuak. Habis dia tunduk dibawah meja. Lydia mula memandangnya pelik. Begitu juga Aliya.
“Fiqa engkau dah kena sampuk ke?”soal Lydia lalu cuba menarik temanya itu semula ke atas tetapi tidak berhasil. “Hishh, jangan kacau!”ujar Shafiqa kemudian menepis tangan Lydia.
“Aliya, Lydia.. Aku gerak dululah. Nanti apa-apa aku calling.. calling korang.”ujar Shafiqa lalu merangkak-rangkak berlalu pergi. Sampai macam tu sekali.
Setelah beres dia beredar dari tempat itu, tiba-tiba dia terserempak dengan Prof Reid pula. Ternganga mulut Shafiqa dibuatnya. Dahlah Prof Reid dengan Prof Alya pula tu. Nampak mesra, bisik hati Shafiqa yang tak henti-henti memandang mereka atas bawah.
Prof Alya mula berasa tidak selesa.
“Fiqa, kamu dah kenapa?”soal Prof Alya. Shafiqa menggeleng. Wajah Reid tiba-tiba berubah menjadi garang semula. Tadi nampak happy and tersengih-sengih sahaja, Shafiqa mula menelan liurnya. Shafiqa kemudian tunduk 90 darjah dan meminta diri untuk pergi. Namun lengannya tiba-tiba dipegang oleh Prof Reid. “Jumpa saya dekat bilik saya, sekarang juga!!”


To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥  Click Here  Part 2

p/s: Kalau ada typo 2 mohon maaf yrw.. Harap paham.. >_<
 

Monday, 5 October 2015

Did You Just Try To Avoid Me?

Assalamualaikum..

Eyka nak tanya something. Entahlah serius ke dak bunyi dia.Tapi maybe bagi hati Eyka dia berbunyi macam agak serius [sedikit][just a little]. Okay, dalam beberapa hari ni Eyka ada buat solat hajat. Dalam solat tu.. Eyka ada minta 3 benda as well as my chingu also did:

  1. Of course, FAMILY
  2. Mmmm, my result SPM (hopefully ada juga A) [Amin!!]
     
  3. About my jodoh (*andai dy bkn jodoh Eyka, buangkanlah perasaan suka dan sayang dan just anggap dy sebagai kawan semula) (klu jodoh,tunjukilah ia jodohku) ~ Well, bunyi dia macam tu lah..

So, pagi tu Eyka bangun dan tengok ada ws masuk dari dy. Eyka tanya "Nak apa?" Tapi sampai sekarang dia tak reply? Sampai nampak kesan bluetick dkt situ. Geram betul bila nampak tanda biru tu!! Eee!! Tak apalah. Eyka tetap tak mengalah. So, that's why Eyka tanya dekat FB pula. Aik?!? Terus offline. Kurang asam punya kawan!! Lepas tu asal Eyka online terus nampak dia offline. Aish!! Dia ni menguji kesabaran aku betullah. Nak main-main pula.

Kenapa?!? Kenapa?!? Engkau ada baca entry aku yang tu ke?? Itu pasal engkau avoid aku?? Ke sebab engkau baca cerpen yang aku tulis? Tak pun novel yang kawan aku tulis?

Hish... kalau yrw.. Tak perlulah sampai macam tu sekali sebab Eyka tak kisah pun. Eyka mengaku Eyka still sukakan engkau makhluk!! Dan Eyka tak kisah kalau engkau nak balas ke dak cinta aku ni. Janji ikatan persahabatan itu jangan diputuskan.Yo, just chill bro!! Aku ni perempuan yang jenis cool.. Hidup tak perlulah nak mengada-ngada sangat..!! Puih..

p/s: Tapikan kalau actually ni jawapan dari Allah untuk Eyka. Eyka redha dan try to move on balik. Bunga bukan sekuntum... YOLO!!


My Chingu (내 친구)

Assalamualaikum, readers. Readers apa khabar?

Huhuk, akhir-akhir ni mood Eyka agak down sikit. Kenapa? Tak ada apalah. Abaikan. Let's just be a secret. Okay, hari ni Eyka nak beritahu yang kawan Eyka iaitu Aliya Mohamad pengarang kepada cerita 'Ku Pilih Hatimu' ada buat blognya yang tersendiri. So, korang bolehlah pergi visit Aliya Mohamad Blog Jadi lepas ni korang bolehlah baca cerita-cerita dia dekat blog tu. Give her some support as you guys give me the spirit [what a horrible english? LOL!]. Okay! Thumbs up!

Untuk yang still menanti cerita Eyka. Sorry sebab akhir-akhir ni Eyka dah tak post sambungan untuk cerita Eyka. Eyka agak BUSY untuk preperation exam SPM Eyka. So, hopefully korang setia menunggu okay. And wish me luck for my examination also. T_T Luv u guys!!

Mungkin lepas habis sahaja exam Eyka.. Eyka akan postkan semula sambungan Kpop Novel tu (Mungkin ada sikit pengubahsuaian untuk Part 1 & 2 nanti) (So, mungkin.. mungkin saja korang kena baca balik semua dari mula) (Mianhae!! Sorry!! Tapi Eyka kata berkemungkinan sahaja).. Lepas tu mungkin ada cerita baru? Tajuk dia.. Biarlah rahsia.. Hak8!! Kenalah tunggu dan lihat.Kalau tak.. Tak surpriselah nama dy..

Okaylah, bubbye.. Sayonara..

Ku Pilih Hatimu (Part 6) (THE LAST ENDING)



“Aku terima nikahnya Nur Aliya Aressa Bt Mohamad dengan mas kahwin seratus ribu ringgit tunai.”ujar Fareyz lancar.
“Amin!! Liya kau dah jadi milik Fareyz. Tahniah! And selamat pengantin baru.”ucap Fiqa perlahan lalu memeluk rakannya itu dengan erat. Aliya tersenyum ceria. “Huh, lepas ni engkau pulak. Tu hah, Nadz tu bila nak masuk minang engkau? Tak baik tunggu lama-lama kata dekat dia.”usik Aliya. Fiqa mula memuncungkan bibirnya.
Fareyz kemudian bangun menuju ke arah Aliya ditemani Fathie untuk memulakan sesi pembatalan air sembahyang. Fareyz menatap wajah Aliya yang ayu mengenakan tudung. Ya, ini memang harapannya! Aliya miliknya! Dan diwajibkan menjaga aurat dan maruah isterinya.
“Assalamualaikum, sayang!”ujar Fareyz. Aliya mendongakan sedikit mukanya agar dapat melihat Fareyz. Aliya melemparkan senyuman, tanpa sedar air matanya mengalir turun.
“Hey, tak nak la nangis. Nanti orang ingat kena kahwin paksa pulak.. Sayang! Abang tak suka tengok sayang nangis. Tahu tak nanti buruk muka tu.”ujar Fareyz lagi sambil mengusap pipi Aliya.
Aliya mengangguk lalu menghulurkan tangannya kepada Fareyz untuk disarungkan cincin perkahwinan mereka. Aliya kemudian tunduk mencium tangan Fareyz. Lama. Fareyz turut membalas dengan mencium dahi dan kedua-dua belah kelopak mata Aliya. Tetamu yang hadir turut sama terharu dengan kelakuan pasangan pengantin. Terutama sekali Yana and Fiqa.

XXX

“Jom!”ujar Fareyz perlahan di telinga Aliya.
“Mana?”soal Aliya keliru.
“Naik biliklah.”ujar Fareyz nakal. Merona merah muka Aliya dibuatnya. Fareyz ni kalau orang dengar macam mana? Tak malu betul laki aku ni, bisik hati Aliya.
“Hai, Liya, Fareyz!”sapa Syahriel yang baru sahaja datang.
Aliya tersenyum manis. Fareyz memandang Aliya pelik namun dia turut sama membalas salaman yang dihulurkan. Senyuman! Ya, sekarang dia betul-betul bahagia! Syahriel, kau bukan untuk dia. Peritnya! Mungkin ini yang Liya rasa! Bisik hati Syahriel.
“Selamat pengantin baru!”ucap Syahriel kecewa.
“Syahriel saya harap awak jumpa perempuan yang terbaik untuk awak!”ujar Aliya. Liya tahu Syahriel kecewa tapi dia sudah pun berpunya dan dia tak akan sesekali meninggalkan Fareyz. Syahriel tersenyum kelat.
“Syahriel saya pun setuju dengan kata-kata sayang saya ni. Aku harap kau cari kebahagiaan kau.”tambah Fareyz.
Syahriel mengangguk. “Aku doakan kau sentiasa ada dekat disisi Aliya dan engkau sentiasa jaga hati dia. Bukan macam aku!”nasihat Syahriel kesal.
“Taka pa la, aku balik dulu. Selamat penganti baru, moga cepat dapat anak tau. Boleh aku jadi uncle diaorang.”gumam Syahriel.
Fareyz kemudian merangkul erat pinggang Aliya dengan penuh mesra. Aliya tersenyum bahagia. Nakal laki aku ni. Fareyz kemudian membisikkan sesuatu ke telinga Aliya membuatkan pipi Aliya merona merah. Fareyz ketawa puas.

XXX

Aliya menyisipkan rambutnya dibelakang telinga. Sejuknya angin malam ni, desis hati Aliya
“Hey!”ujar Fareyz sambil memeluk Aliya dari arah belakang macam teddy bear.
“Hmm, abang sejuk la.”ujar Aliya manja lalu memegang tangan suaminya itu dengan erat. “Sayang pun satu dah tahu sejuk. Duduklah dalam.”ngomel Fareyz, manja. Aliya berdiam diri. Dia sebenarnya lagi suka macam tu. Selesa! Hangat! Sweet! Aliya mula memejamkan matanya.
“Ishh, orang cakap boleh pula dia tidur.”marah Fareyz, manja.”Kalau nak tidur.. masuk dalam. Boleh abang tolong dodoikan.”bisik Fareyz, ke telinga Aiya. Laju sahaja mata Aliya terbuka. Fareyz mula ketawa lalu berlari masuk ke dalam.
Eee, laki aku ni suka sangat buat aku malu!! Eee, geram.. geram.. ngomel hati Aliya.
“Sayang!! Cepatlah!! Abang mengantuk ni.”Aliya menggeleng lalu masuk kedalam.
“Sayang? Sayang abang tak?”soal Fareyz.
“Mestilah sayang. Abang?”
“Abang? Hmm, abang ada lagi 3 kuota?”usik Fareyz. Aliya yang mendengar terus mencubit pinggang Fareyz, kuat. “Alololo, main-main jw. Garanglah sayang abang ni. Mestilah abang cinta mati dekat sayang! Buktinya tu hah baby yang dalam perut tu.”
Aliya tersengih. “I Love You, Fareyz.””Thanks sebab sentiasa ada disisi Aliya selama ni.”Walauapapun yang berlaku Aliya tetap akan pilih hati abang. Kan Ku Pilih Hatimua!!
Malam itu telah menjadi saksi percintaan antara Aliya dan Fareyz.

-Tamat- ♥♥♥♥♥♥♥♥♥   By:~  Aliya Mohamad

p/s:  Hope  so,  cerita ni mampu membuatkan anda semua rasa terhibur. Ingat setiap apa yang ditulis tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Just untuk suka-suka sahaja. Hahak8!! Hopefully tiada siapa yang terasa okay.  

Ku Pilih Hatimu (Part 5)



“Eee, geramnya aku dengan dia ni! Berani gila dia tunjuk muka dia dekat sekolah. Menyampahnya!”bisik pelajar lain yang sekelas dengan Aliya. Aliya tahu selepas dia berlari keluar dari majlis itu. Fiqa turut pulang ke rumah ditemani Nadzmi. Aliya juga tahu sepanjang ketidakhadirannya di sekolah selama seminggu telah membuatkan pelajar lain menganggap dirinya sebagai penghalang antara Syahriel dan Fiqa. Waktu sekolahnya telah tamat. Namun begitu, Fareyz sentiasa ada untuk menemaninya dari pagi hingga ke petang.

“Liya, hey kenapa nangis ni?”soal Fareyz lalu menyeka air mata Aliya yang mengalir.

“Liya dah tak tahan nak tinggal dekat sini. Liya nak pindah!”ujar Aliya dalam sendu sendannya.

“Sabar okay! Fareyzkan ada? Yana.. Fiqa and Nadzmi..? Liya jangan risau. Lagipun kan tinggal lagi seminggu sahaja Liya nak habis exam. Lepas tu Liya nak pergi mana Liya beritahu sahaja Fareyz. Fareyz akan bawa Liya pergi jauh dari sini.”pujuk Fareyz sambil mengusap kepala Aliya, lembut.


XXX


“Syahriel!! Kau sepatutnya tak boleh cakap macam tu tahu tak. Sebabkan engkau, Liya kena cemuh dengan orang ramai! Kau dah kenapa bro? Engkau kenalah terima kenyataan yang Fiqa tu bukan untuk engkau!”ujar Fathie agak tegas.

“Aku sayangkan Fiqa! Bukannya perempuan tu.”ujar Syahriel geram.

“Kau fikir balik, elok-elok.. Aku tak nak nanti engkau menyesal di kemudian hari.”ujar Fathie sabar. Dia tahu kalau nak hadapi si Syahriel ni hatinya perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Fathie kemudian pergi meninggalkan rakannya itu sendirian di belakang sekolah.

“Woi, kau!! Kau memang kurang ajarkan!! Kalau engkau tak sukakan Liya sekalipun tak perlulah engkau nak menghina dia!!”marah Fareyz lalu melayang satu tumbukkan pada muka Syahriel. Akhirnya, Syahriel jatuh terduduk dengan mulutnya yang berdarah.

“Kau dah kenapa? Kau ni siapa? Datang dari mana entah. Tiba-tiba pukul orang pulak!” ujar Syahriel marah.

“Aku boyfriend Aliya! Aku bagi engkau last warning!! Jangan dekati Liya lagi!! Engkau faham!”ujar Fareyz kuat. Syahriel mula tersenyum sinis ke arah Fareyz. Boyfriend? Aku kacau Aliya? Gila! Desis hati Syahriel.

“Kalau kau boyfriend perempuan tu! Kau yang sepatutnya jaga dia elok-elok. Ni tak, asyik nak salahkan orang lain sahaja! Ke, kau yang tak tahu layan girlfriend sendiri?”ujar Syahriel dengan nada perli dan sengaja.

Fareyz mula memegang kolar baju Syahriel dengan kuat. “Engkau memang nak cari nahaskan!!”Fareyz mula mengangkat tangannya untuk menumbuk Syahriel lagi sekali

“Fareyz!! Stop it!!”jerit Aliya lalu cuba meleraikan pergaduhan Fareyz dengan Syahriel. Fareyz mula melepaskan genggamannya, bila mendengar teriakan Aliya. Aliya mesti marahkannya nanti, tapi siapa yang than kalau dengar orang yang cakap jenis lepas macam ni! menguji kesabaran siot! Desis hati Fareyz.

“Syahriel, awak okay? Saya minta maaf sebab saya awak jadi macam ni.”ujar Aliya, lalu cuba memegang bibir Syahriel yang berdarah itu. Namun ditepis oleh Syahriel dengan kasar sekali.

“Tepilah!! Engkau tak perlu nak menyibuk hal aku!! Lagipun sebab engkaulah Fiqa tolak cinta aku! Engkau tahu tak?!?Perempuan tak tahu malu!!”maki Syahriel, lalu mencekik Aliya secara tiba-tiba.

Aliya terkejut dengan tindakkan Syahriel itu. Ya Allah, kenapa dengan Syahriel ni?

“Awak sakitlah!!”ujar Aliya dengan nafas yang tersekat-sekat. Fareyz kemudian terus menumbuk Syahriel lagi sekali. Syahriel terjatuh.

“Gila punya lelaki!!”marah Fareyz lalu menarik tangan Aliya untuk pergi dari satu.

 Syahriel mula mengalirkan air matanya.


XXX


“Aunty Liya.. Aunty Liya!”panggil Qaseh, anak kepada Yana dan Raqeem.

Lamunan Aliya mula terhenti sebaik sahaja mendengan suara comel Qaseh yang memanggil namanya itu. Aliya mula tersenyum manis ke arahnya. Yang lepas itu, biarlah lepas. Lagipun engkau dah nak kahwin Liya, pujuk hati naluri Aliya. Aliya kemudian memerhatikan kedua-dua rakannya yang sedang menuju ke arahnya dan Qaseh.

“Ada apa Qaseh sayang?”Sorry Aunty tak dengar tadi.”ujar Aliya, sambil mencubit pipi Qaseh yang montel itu. Cute.


“Aunty ni! Penat Qaseh cakap.”ujar Qaseh dalam pelatnya. Qaseh mula memuncungkan bibirnya, tanda merajuk.

Aik! Kecik-kecik dah pandai merajuk. Hmm. Nasib-nasib! Bisik hati Aliya.

“Liya! Aku suruh jaga anak aku, bukan suruh engkau termenung.”marah Yana. Fiqa yang mendengar mula tersenyum. Dia tahu Yana hanya marah-marah manja saja dengan Aliya.

Aliya tersengih. Yana ni dah macam burung yang dah tercabut ekor pun ada! Asyik membebel, tak berhenti pula tu, bisik hati Aliya. Mungkin penangan dah jadi ibu kowd? Sebab tu kuat berleter, ngomel hati Aliya sambil cuba menahan tawanya


“Liya!!”


XXX


“Lepas boleh tak!”ujar Aliya geram. Syahriel tidak peduli akan kata-kata ALiya. Lagi kuat dia menggenggam tangan Aliya.

“Masuk!” arah Syahriel.

“Saya tak nak! Saya tak kenal awak, siapa!”balas Aliya, geram. Aliya kemudian merentap tangannya dari genggam tangan Syahriel sewaktu Syahriel sedang leka.

“Liya! Awak tak faham isi hati saya ni?”

“Isi hati?”ujar Aliya sinis. “Syah dah tak boleh hidup tanpa Liya! Please Liya, Syah sedar kesilapan Syah!”jelas Syahriel.

Aliya menggeleng. Aliya dah bosan dengan ayat manis Syahriel itu.

“Mr.Syahriel, for your information saya dah bertunang! Nah, ni kad undangan untuk majlis perkahwinan saya kalau awak rasa macam dah terdesak sangat. Saya alu-alukan awak untuk datang! Assalamualaikum.”ujar Aliya lalu meninggalkan Syahriel yang terdiam sambil memerhatikan kad undangan itu.

Syahriel? Mungkin ini balasan untuk engkau sebab perlakukan Aliya dengan kejam dahulu. Mungkin inilah apa yang Aliya rasakan selama ini. Betul kata Fathie, aku betul-betul menyesal sekarang! Kalau dulu aku nampak keikhlasan Aliya. Kami berdua  mesti dah bersama sekarang.

To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥  Click  Here  Last Ending

 
Images by Freepik