Bab 16
Dari jauh Shafiqah hanya mampu memerhatikan dua sejoli yang sedang
rancak berborak sambil menikmati minum petang itu. Ikutkan hati rasa macam nak
tumbuk-tumbuk saja muka Qirash tu. “Kak Fiqa.. Usya apa lama-lama tu? Kang, tak
pasal-pasal terpotong pula jari jemari tu. Hah, tak kesampaianlah nak merasa
orang sarungkan cincin kat tangan.” Ucap Lulu yang merupakan teman sekerjanya
yang paling banyak berceloteh. “Haipp! Engkau budak-budak apa tahu. Jangan
nyibuk!” ngomel Shafiqah lalu menyambung semula memotong bahan-bahan untuk
membuat spaghetti carbonara. Lulu tersengih. Tak paham betul dia lihat dua
merpati sejoli ni. “Itulah akak.. Dulu waktu orang nak mengorat akak.. Akak
juaii mahai. Sekarang tengoklah. Dah melepas dah!” Shafiqah mula memandang Lulu
tajam. “Ehh, budak engkau nampak cili ni. Baik kau diam sebelum aku sumbat
masuk dalam mulut engkau.” Acah Shafiqah sambil mengacu cili itu ke arah Lulu.
“Err, assalamualaikum.” Ucap Nadz. Shafiqah tersentak. Lulu
kemudian tersengih lalu meminta diri untuk beredar dari situ. Eh, minah ni
boleh pula nak lari-lari! “Err, malam ni awak free tak?” soal Nadz sambil
mengusap belakang tengkongnya tanda macam segan-segan pula. Shafiqah menggeleng
lalu menyambung kerjanya semula. Nadz kemudian mula bersandar di sebelahnya
sambil memerhatikan Shafiqah membuat kerja. Seronok tengok tangannya yang
ala-ala serupa nak terpotong jari jemari tu. “Kalau macam tu pukul 8.30 lepas
Isyak saya ambil awak dekat rumah awak yrw.” Ucap Nadz. Shafiqah mula
mengerutkan wajahnya tanda keliru. “Buat apa?” “Malam ni saya ada dinner dekat
satu majlis ni. Saya malaslah nak pergi sorang-sorang. Awak teman saya okay!”
pujuk Nadz. Shafiqah mengeluh. Tiba-tiba, dalam waktu yang sama Qirash mula
masuk ke dalam dapur itu semula. Shafiqah dengan pantas mula tersenyum lebar.
“Okay, pukul 8.30 kan! Jangan lambat..” balas Shafiqah.
Qirash dengan pantas berdehem. Nadz mula terkejut lalu mengalih
pandangannya ke arah Qirash. “Engkau ni tak ada kerja lain ke? Yang menenggek
dekat sini apasal.” Bebel Qirash. Nadz kemudian meminta dirinya lalu beredar
dari situ. Namun sempat dia membisikkan sesuatu ke telinga Qirash sebelum
beredar. “Jangan ingat aku tak tahu siapa engkau. Suatu hari nanti aku akan
pastikan Shafiqah hilang dari pandangan engkau selamanya. Dan aku akan pastikan
dia jadi milik aku bukan engkau!” Qirash mula berasa tercabar. Tak guna punya
lelaki! Bara dalam hati tiada siapa yang tahu.
XXX
Malam yang dinantikan sudah pun tiba. Shafiqah datang dengan
mengenakan blaus berwarna pink.
Manakala, Nadz memakai kot berwarna biru.
Tatkala, berada di majlis itu. Ramai orang datang dan memuji
mereka. “Wah, bagaikan pinang dibelah dua saya tengok awak berdua ni. Isteri ke
ni?” soal beberapa orang tetamu yang datang menegur mereka. Shafiqah hanya
mampu tertawa kecil. Isteri? Hik3.. “Fiqa!!” tegur seseorang ni membuatkan
Shafiqah menoleh ke arah suara yang memanggil itu. “Lyd.. Engkau buat apa dekat
sini.” Soal Shafiqah lalu memeluk temannya itu. “Aku.. Hik3, biasalah datang
sini sebab kerja. Lagipun, orang yang jemput aku datang sini ialah pelanggan
tetap aku yang paling rapat sekali. So, kalau tak pergi tu rasa macam serba
salah pula. Engkau pula buat apa dekat sini?” soal Lydia, hairan. “Err, aku
datang sini temankan Nadz.” Jawab Shafiqah perlahan. Lydia mula terkejut. Aik?
Dah baik ke diaorang ni, bisik Lydia dalam hati. Nadz yang sejak tadi sedang
beramah mesra dengan orang lain mula menghampiri Shafiqah semula. “Hai, Lydia.”
Sapa Nadz. Lydia mula menjuihkan bibirnya tanda menyampah. Teringat balik
peristiwa lelaki itu yang sanggup melutut dihadapannya itu. Gila!!
“Tuan-tuan dan puan-puan.. Selamat datang ke Majlis Hari Jadi Anak
Perempuan saya yang ke-27. Saya ucapkan terima kasih bagi sesiapa yang sudi
memberikan hadiah dan sebagainya. Tanpa membuang masa, mari kita mulakan majlis
ni dengan acara meniup lilinnya.” Orang ramai mula memberikan tepukkan yang
gemuruh tatkala anak perempuannya itu naik ke atas pentas. Dan alangkah
terkejutnya Shafiqah apabila melihat perempuan itu ialah Rania. Tidak lupa juga
dengan Qirash! What?!? Gegehnya perempuan tu. Tarik-tarik tangan Qirash ikut
dia naik atas pentas pula, bentak hati Shafiqah. “Nadz, explain to me!! Now!”
bisik Shafiqah ke telingan Nadz. Nadz mula berasa serba salah. Tidak tahu dari
mana yang harus dia mulakan.
“Baiklah, terima kasih kepada hadirin sekalian kerana sudi
menghadiri majlis hari jadi saya ni. Saya harap awak semua sihat-sihat saja.
Baiklah, tidak lupa juga dengan tunang saya ni..” Pandangan Shafiqah pantas
ditoleh ke arah mereka yang berada diatas pentas itu. Tunang? Lydia, Nadz turut
sama terkejut, tapi Shafiqah lagi terkejut kowd. “Thanks awak..... sebab sudi
buatkan favorite kek saya ni. I appreciate sangat walaupun orang kata tak
seberapa! I love you!!” akhir kata itu akhirnya diakhiri dengan hembusan lilin
dan ciuman manis dipipi Qirash. Berjurai air mata ini membasahi pipi. Shafiqah
dengan pantas mengangkat blausnya yang labuh mencecah lantai itu dan beredar
dari situ. Nadz kemudian dengan pantas mengejarnya.
“Rania, awak buat apa ni!” bisik Qirash. “Alah, dulu waktu
kolejkan saya selalu kiss pipi awak. Apa salahnya.” Balas Rania lalu memotong
keknya dan terus tersenyum. “Itu dulu ini sekarang. Saya dah cukup baik
pinjamkan awak title ‘tunang’ tu. Tapi kalau kiss pipit u macam dah melampau
dah. Tambah pula bapa awak dari tadi asyik usya panas saja dekat saya.” jelas
Qirash, yang rasa macam cacing kepanasan saja. “Hehe, papa memang macam tu.
It’s okay bukan sehari dua dia kenal awak.” Ujar Rania.
XXX
Kedebuk!!
Akhirnya, Shafiqah jatuh tersebam gara-gara terpijak blausnya yang
panjang mengurai itu. “Fiqa!!” jerit Nadz lalu dengan pantas berlari ke
arahnya. “Awak tak apa-apa ke?” soal Nadz. Wajahnya kelihatan comot dengan
eyeliner dan mascara (nangis punya pasal), tangan dan lututnya luka gara-gara
terjatuh tadi. Kaki kanannya terasa sakit, mungkin terseliuh agaknya. “Boleh
bangun.” Shafiqah diam sambil menangis dengan semahu-mahunya. “Nadz.. awak
kahwin dengan saya boleh tak?!? Saya nak kahwin!! Saya nak KAHWIN!! Saya tak
kira juga!!” ucap Shafiqah. Hati Nadz mula berasa terguris apabila melihat
Shafiqah yang sebegitu rupa. Baru hari ni dia dapat merasakan bagaimana wajah
Shafiqah apabila terluka. Agaknya macam inikah wajahnya sewaktu dia menolak
Shafiqah dahulu. Dengan perlahan dia memimpin Shafiqah untuk bangun. Namun
begitu, akibat tidak sampai hati melihat Shafiqah yang terjungkit-jungkit
ketika berjalan, Nadz pun mendukungnya. Shafiqah mula terkejut dengan tindakkan
Nadz itu.
“Shushhh, awak diam saja!”
XXX
“Chu.. chu.. redalalalalala.. chu.. chu..” dengan perlahan
Syahriezal mula bersiul-siul mendendangkan sebuah lagu. Sehinggalah dia tidak
terperasan lalu terlanggar seorang nenek ni menyebabkan beg plastik yang berisi
buah-buahan yang dipegang nenek itu berterabur dijalan raya. “Arrkk, MasyaAllah
nenek maafkan saya!! Nenek tak apa-apa..” ucap Syahriezal lalu membantu nenek
itu untuk bangun. Nenek itu menggeleng sambil memegang pinggangnya yang terasa
sengal sedikit. “Nek, maafkan saya! Sebagai balasan apa kata saya hantarkan
nenek balik dang anti balik buah-buahan yang nenek beli tadi.” “Eh, tak
perlulah cu.. Rumah nenek dekat saja dari sini.” Tolak nenek itu, khuatir. “Tak
apa! Nek jangan risau. Muka memang nampak macam penyangak. Tapi hati banyak
bersih!! Kereta saya dekat jew kalau nenek tak kisah.” Nenek itu dengan
teragak-agak menerima pelawaan Syahriezal itu.
Di rumah banglo yang tersergam indah itu. Dilihatnya pancuran air
yang berada ditengah halaman rumah itu. Pokok-pokok bunga yang tersusun rapi
disekitar rumah itu. Memang indahlah. “Jemput masuk.” Pelawa nenek itu.
Syahriezal kemudian masuk dengan memberi salam. “Cu, duduk sini. Kejap lagi
nenek datang bawakan air untuk kamu yrw. Kamu nak air apa?” soal nenek itu.
“Air apa pun tak apa. Saya tak kisah.” Nek Suri tersenyum lalu berlalu ke dapur.
“Amboii, rumah besar-besar ni! Nenek tu tak takut ke tinggal sorang-sorang..”
ucap Syahriezal seorang diri. “Nek Suri.. awak boleh panggil nenek. Nek Suri.”
Ucap Nek Suri membuatkan Syahriezal terperanjat. Dia mula tersengih.
“Nek dah biasa. Sunyi memang sunyi. Cu ni nama apa?” soal Nek
Suri. “Ohh, nama saya Syahriezal. Nek boleh panggil saya Syah.” “Ooo, okay.”
“Emm, nek nak tanya. Tu anak lelaki dan anak perempuan nenek ke?” soal
Syahriezal yang memandang potret keluarga yang tersergam indah di ruang tamu
itu. Wajah Nek Suri berubah menjadi sugul. “Taklah, itu cucu dan cucu menantu,
nenek.” Balas Nek Suri lambat. Syahriezal mula berasa serba salah. Macam ada
sesuatu saja. Nak tanya.. tapi.. “Emm, sebenarnya dalam rumah ni ada seorang
lagi penghuni..” Syahriezal yang baru saja ingin meneguk minumannya mula
tersedak. “Maksud nenek?” Nek Suri mula ketawa melihat wajah Syahriezal yang
sudah pucat lesi itu. “Tu hah, cucu menantu nek. Dia ada dekat atas kalau kamu
nak jenguk.” Ucap Nek Suri. “Erkk? Boleh ke?”
Di tingkat atas..
Syahriezal mula berasa terkejut melihat gadis yang terbaring
diatas katil dengan alat bantuan pernafasan itu. Hatinya berasa simpati dan
kasihan. Gadis itu kelihatan seperti mayat hidup yang tidak bernyawa tapi
sebenarnya masih lagi bernafas. Nek Suri mula duduk dibirai katil itu sambil
mengusap lembut tangan gadis itu. Perlahan-lahan air mata wanita tua itu mula
jatuh membasahi pipinya. “Dia kenapa nek?” soal Syahriezal ingin tahu. “Setahun
yang lepas, dia dengan cucu nenek nak pergi honeymoon. Dalam perjalanan nak
pergi tu tiba-tiba mereka kemalangan dengan sebuah treler menyebabkan mereka
berdua masuk kedalam hospital. Cucu nenek Fareyz cedera ringan saja, manakala
Amilia.. Uhuk.. huk..” hati wanita tua itu mula berasa sebak, terkilan semuanya
ada. Syahriezal perlahan-lahan mengusap lembut belakang nenek Suri itu. “Nenek
rasa bersalah sangat!! Patutnya waktu tu.. Amilia yang patut nenek selamatkan
dahulu. Bukannya cucu nenek.” “Nek..! Tak baik cakap macam tu. Mungkin
disebalik semua ni ada hikmahnya yang tersendiri.” Nasihat Syahriezal. Nek Suri
mengangguk.
“Jadi mana cucu nenek yang bernama Fareyz tu?” soal Syahriezal
lagi. “Dia dah lama tak balik sini. Dulu dia rajin juga datang sini jenguk
isteri dia. Tapi sekarang.. dia Cuma datang sini hanya untuk beri duit pada
nenek saja. Selebihnya dia akan sibukkan dirinya dengan kerja. Tambahan pula,
dia pilot.” Jelas Nek Suri. Syahriezal berasa kesal dengan tindakkan cucu Nek
Suri itu. Sanggup dia tinggalkan bini dia ni terlantar seorang diri dengan
nenek tua. “Tak guna punya cucu.. Apa jenis cuculah dia tu?!?” ngomel
Syahriezal. “Cu..! Tak baik kamu cakap macam tu. Nek tahu yang Fareyz masih
sayangkan Amilia. Buktinya dulu dia tak pernah tinggalkan Amilia. Mungkin, keyakinan
dia terhadap Amilia untuk bangun sudah kurang sebab tu dia macam tu.” Protes
Nek Suri. Dia kenal benar dengan Fareyz tu. Syahriezal memohon maaf.
Sebelum beredar.. Syahriezal sempat berjanji pada Nek Suri. “Nek..
kalau nenek tak kisah. Boleh tak lepas ni saya nak datang jenguk Amilia.” Nek
Suri mula terkesima. “Nek jangan risau. Sekadar macam datang baca buku ke..
Dendangkan dia sebuah lagu ke.. Saya masih sedar yang dia tu isteri orang. Tak
pun saya tolong jadi Bodyguard nenek.” Ujar Syahriezal lalu mengenyitkan mata
sebelahnya sebelum masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi. Nek Suri
tersenyum. Alangkah, bahagianya kalau Fareyz kembali seperti itu semula.
XXX
“Hoii..! Engkau kenapa yang termenung jauh sangat ni!” tegur
Aliya, sambil menampar meja itu perlahan. Kang, sakit pula tangan tu. Shafiqah
tergamam. “Huh! Apa? Apa dia?” termati lamunannya sebentar tadi. “Tak adalah,
kami tengok engkau monyok semacam saja. Ada masalah ke?” soal Aliya, ingin
tahu. Lydia mula bersuara “Qirash dah bertunang!” tamat. “What?!? Bila?” Aliya
mula terjerit terkejut membuatkan satu kafe itu memandang ke arahnya. Dia
kemudian kembali duduk dan tertunduk malu. “Shhh, engkau ni terkejut sangat
apasal?” ujar Lydia. Aliya menggeleng. “Hmm, aku pun ada masalah juga.. Fareyz
ajak kahwin.” Kedua kawannya itu mula mengucapkan tahniah. Akhirnya, kahwin
juga kawan mereka itu lagi sekali. Hahak! “Tapi.. masalahnya dia dah ada bini.”
“What?!?” kali ni mereka berdua pula terkejut.
“Yup, bini dia sekarang tengah koma. Hari tu nenek dia sampai
datang jumpa aku. Rayu bagai supaya sedarkan Fareyz dan kembali ke pangkuan
isterinya itu.” jelas Aliya, sambil mengeluh. Shafiqah dan Lydia turut sama
mengeluh. Nasib mereka selalu sangat sama.
“Jom lari..!!” cadang Aliya.
Shafiqah menggeleng.
“No way!! Walauapapun itu bukan prinsip aku!!” tegas Shafiqah.
Ternett.. trenett.. tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Hish, spoil betullah.
Dia kemudian mengangkatnya. Namun, tiada sahutan disana menyebabkan Shafiqah
mematikannya semula. “Siapa?” tanya kedua orang sahabatnya. “Entah, dahlah. Jom
kita pergi spa. Tenangkan kepala otak!” ajak Shafiqah. Mereka kemudian beredar
dari kafe itu. Dari jauh ada orang yang memerhati gerak geri mereka.
“Kejap!” ucap Lydia lalu mematikan langkahnya sebentar.
“Engkau kenapa?” soal Aliya dan Shafiqah.
“Aku rasa macam ada orang ikut kita saja.” Teka firasat Lydia.
Aliya kemudian dengan pantas menarik tangan sahabatnya itu. “Hish,
engkau jangan nak meroyan tengah hari ni boleh tak. Gilalah..” bebel Shafiqah
dan Aliya.
XXX
Setiap hari setiap masa hubungan Syahriezal dengan keluarga Nek
Suri semakin lama semakin erat. Setiap hari kalau tak ada kerja Syahriezal akan
datang menjenguk Amilia dan Nek Suri. Kadang-kadang tu Syahriezal akan
dendangkan beberapa buah lagu untuk hiburkan Amilia yang sedang baring itu. Tak
pun bacakan buku cerita ke, tonton drama ke. Apa-apa sajalah. Nek Suri
kadang-kadang rasa bersalah dengan kebaikan yang dihulurkan oleh Syahriezal
itu.
“Dan.. akhirnya burung itu bertemu kembali dengan isterinya yang
sudah lama terpisah jauh.. The End.” Ucap Syahriezal sambil tersenyum lebar.
Diperhatikan sekujur tubuh itu yang langsung tak berkutik. Hatinya sebak. “Emm,
Amilia bangunlah. Ramai orang yang tengah tunggu awak ni. Tambah-tambah Nek
Suri. Awak tak rindu ke dengan suami awak?” ucap Syahriezal lagi. “Syah..”
panggil Nek Suri. Syahriezal tersentak. Entah sejak bila air matanya mengalir.
Dia kemudian menyekanya dengan hujung bajunya. Setelah itu, dia keluar dari
bilik itu untuk bertemu dengan Nek Suri. “Nek rasa tak payahlah kamu datang dan
jenguk kami lagi. Nenek rasa sia-sia saja. Betul kata Fareyz.” Jelas Nek Suri.
“Nek..! Saya bukan manusia yang cepat putus asa! Saya tahu nenek pun begitu.
Betul tak!”
Prang!! Tiba-tiba, kedengaran bunyi kaca jatuh membuatkan Nek Suri
dan Syahriezal berlari naik ke atas semula. Kemudian, dilihatnya.. Amilia yang
terjaga.
Nek Suri mula menekup mulutnya tanda tidak percaya, dengan pantas
dia memeluk gadis itu dengan erat. “Amilia.. kamu.. kamu.. dah bangun!!” Amilia
mula tersenyum lebar. Dilapnya air mata wanita tua itu perlahan. Kemudian,
pandangannya mula dikalihkan ke arah Syahriezal yang berdiri seperti patung
sejak dari tadi di hadapan pintu bilik itu tanpa sebarang gerakkan. “Abang..
abang buat apa dekat situ.” tegur Amilia membuatkan Nek Suri dan Syahriezal
terkejut beruk. “Amilia.. maksud kamu?” soal Nek Suri. “Nek.. itukan cucu
nenek. Suaminya Amilia.” Air mata Nek Suri bertambah laju.
===
Setelah beberapa jam kemudian, Dr Cindy keluar dengan satu khabar
berita yang amat besar. “Nek Suri.. Syah.. rasanya setakat ni kesihatan Amilia
sudah pun kembali stabil. Sikit hari dia dah boleh berjalan, makan sendiri dan
keluar dari rumah ni. Tapi satu saja masalah dia sekarang. Rasanya dia
mengalami gangguan memori yang sangat ketara. Mungkin, disebabkan awak terlalu
banyak menjaga dia menyebabkan dia ingat awaklah suaminya yang dulu pernah
menjaga dia.” Syahriezal mula meraut wajahnya tanda gusar. “Jadi apa yang patut
kami buat Dokter?” soal Nek Suri. “Emm, saya takut kalau awak beritahu dia hal
yang sebenarnya dia tak dapat terima kenyataan. Jadi, mungkin awak patut ikut
saja kehendaknya untuk berapa hari ni dan bila kesihatan dia dah betul-betul
stabil baru beritahu dia hal yang sebenarnya.” Cadang Dr Cindy. Nek Suri mengangguk
lalu menghantar dokter itu ke pintu hadapan.
Di dalam kamar Amilia..
“Abang..” Hati Syahriezal tersentak. Wajah itu mengingatkan dia
pada seseorang. Seseorang yang pernah bersama dia dahulu.
XXX
Drusshhh..
Habis basah baju itu dengan tumpahan air kopi yang dipegangnya
tadi. Entah macam mana boleh tertumpah pula. Dengan perlahan dia mengelap baju
itu. Aduss, dahlah baju kerja! Baju spare lupa pula nak bawa tadi. Ngomel Aliya
dalam hati. “Nah..” hulur Farezy satu beg shopping ni. Aliya mengambilnya dan
melihat isi didalamnya. Ada dress didalam tu. Aliya mengeluh. “Fareyz.. Al..”
“Stop! Fareyz ikhlas..” ujar Fareyz. Aliya mengangguk lalu meminta diri untuk
menukar pakaian itu.
Selesai menukar pakaian, Aliya keluar semula dari tandas itu.
Tengok-tengok dilihatnya Fareyz sedang menunggunya disitu. Rasanya ini masanya
untuk slow talk dengan lelaki itu. Aliya cuba untuk menghampirinya. Namun,
tiba-tiba ada seorang perempuan seksi ni datang dan memeluk Fareyz dengan
eloknya. Aliya mula terkesima. Fareyz juga kelihatan seronok berdua-duaan
dengan gadis itu. Kemudian mereka berdua beredar dari situ dengan mesranya.
Hati Aliya berasa tidak senang. Isy, Fareyz ni tak sedar-sedar lagi ke! Tak
ingat ke yang dia tu dah berkahwin. Perasaan ingin tahu mula membuak-buak.
Aliya dengan berhati-hatinya mula mengekori mereka.
“Excuse me, sir! Can you follow that car?!?” ucap Aliya dengan
pantas. Lelaki yang berumur itu mengangguk dengan pantas membuatkan Aliya masuk
ke dalam teksi itu penuh yakin. “Uncle!! Can you faster?!? This is urgent..”
“Is that your husband??” soal pak cik itu. Aliya merengus geram. Hish, sempat
lagi lelaki orang putih tu menyoalnya. “Yes..! Yes..! And I think he try to
sleep with another girl without my permission..” Huh, kan dah terkeluar segala ayat
merapu. Pak cik itu dengan pantas mengejar teksi yang dinaiki Fareyz dengan
lajunya.
Akhirnya, sampailah mereka disebuah hotel 5 bintang ni.
“Uncle this is your money.”
“Wait!!” Aliya mula menepuk dahinya. Apa lagi pak cik ni? “Your
balance miss..” “Keep the change..” ujar Aliya lalu pergi meninggakan pak cik
itu.
Aliya dengan terkebil-kebilnya mencari kelibat mereka berdua itu.
Kemudian matanya tertacap ke arah ramai-ramai orang yang sedang berpusu-pusu
untuk memasuki lif. “Wait…!! Wait for me..!!”
Ting! Akhirnya pintu lif itu sudah pun tertutup. Dilihatnya setiap
tingkat yang lif itu tuju. Dan hanya satu saja floor yang ditujuinya iaitu
tingkat 2. Aliya dengan pantas mengambil alternatif yang lain iaitu TANGGA.
Akhirnya, Aliya sempat sampai di tingkat 2 itu sebelum lif itu
sampai. Huish, semput juga dada ni. Dengan nafas yang masih lagi
tercungap-cungap, Aliya memerhatikan gelagat Fareyz dengan perempuan itu yang
menuju masuk ke dalam satu bilik ini. Aliya buntu. Apa yang harus dia buat?
Serbu? Aliya mula termundar-mandir diluar pintu bilik itu. Tangan berkali-kali
ingin cuba menyentuh tombol pintu itu dan akhirnya dia cuba memulasnya dan..
sungguh tidak disangka.. pintu itu langsung tidak berkunci! Wow, macam sengaja
jew? Aliya masuk menerjah dan dilihatnya Fareyz sedang duduk dikerusi sambil
tangan disilangkan didada. Dia kemudian menyuruh wanita itu untuk keluar dari
bilik itu. Kini tinggal hanya mereka berdua disitu. Tekak Aliya mula terasa
kering. Dia dengan pantas cuba untuk keluar dari situ. Tapi dihalang oleh
Fareyz.
“Fareyz.. don’t play with me! Saya bukan macam perempuan tu.” Ujar
Aliya takut-takut. Fareyz mula ketawa sinis. “Al.. saya bukan seperti yang awak
fikirkan. Saya cuma nak kepastian. Apa sebab awak ekori saya? Cemburu?”
terangkat kening Aliya dibuatnya. Gila ke apa?!? Langkah Fareyz semakin lama semakin hampir membuatkan Aliya
berundur setapak demi setapak ke belakang. Akhirnya, dia terperangkap. Wajah
Fareyz semakin dekat dengan wajahnya membuatkan Aliya berkata.. “Fareyz.. Ingat
Allah Fareyz. This is not who you are!! I know you.” Fareyz mula berundur ke
belakang dan jatuh terduduk diatas katil. Berkali-kali dia mengucap ‘SubhanAllah’.
“Al.. Fareyz..” “Fareyz, kenapa awak buat semua ni? Awak tak layak untuk saya.
Saya rasa ada orang yang lebih penting yang perlukan awak. Sedarlah Fareyz.” Ujar
Aliya. Fareyz berasa malu. Malu yang teramat! Tiba-tiba, telefon bimbitnya
berbunyi. Tertera disitu nama Nek Suri.
“Hello, nek. Kenapa ni?” soal Fareyz sebaik saja mengangkat talian
itu. Wajah Fareyz kelihatan berkerut-kerut. Seolah-olah ada sesuatu yang besar
telah berlaku. Aliya mula menjadi tertanya-tanya. Kowd-kowd ada apa-apa yang
terjadi pada Nek Suri ataupun mungkin isteri dia. Fareyz dengan pantas
mematikan talian itu. “Fareyz kenapa ni?” soal Aliya.