Eyka Blog

Monday, 28 September 2015

Ku Pilih Hatimu (Part 3)


“Liya, kenapa yang termenung sorang-sorang dekat luar ni?”ujar Fareyz lalu duduk bersebelahan denganku.
“Saja, ambik udara segar kejap.”
“Bohonglah tu! Ada masalah erk? Cakap la, Fareyz boleh dengar.”pujuk Fareyz. Aliya hanya mampu melemparkan senyuman yang manis pada Fareyz yang dianggap seperti abangnya sendiri.
“Citer la.. buat penat aje Fareyz datang. Lain kali, Liya jangan telefon Fareyz dah! Kalau tak nak cakap dengan Fareyz.”ujar Fareyz merajuk.
Fareyz kemudian mengangkat punggungnya dari buaian untuk pergi. Namun, langkah kakinya terhenti sebaik sahaja Aliya memegang tangannya. Fareyz mula tersenyum sinis. Fareyz tahu, Liya mesti nak ceritakan sesuatu padanya, desis hati Fareyz.
“Fareyz, duduklah balik. Teman Liya! Sampai hati Fareyz nak tinggalkan Liya sorang-sorang dekat sini.”ujar Aliya, sedih.
Aik! Aku merajuk ke? Dia yang merajuk ni? Liya! Liya! Comel la Fareyz tengok muka Liya sedih macam tu! Hehehe.. Fareyz mula tersenyum gembira.
“Alaa.. Fareyz main-main aje. Okey. Liya citer dekat Fareyz! Apa and kenapa Liya bad mood malam ni?”ujar Fareyz lalu duduk kembali di sisi Aliya.
“Liya ada sukakan seseorang ni! Tapi Liya tak tahu samada dia suka Liya ataupun tak! Dari cara dia, dia sukakan Fiqa iaitu kawan Liya, bukannya Liya!”cerita Aliya.
“Ciss!! Siapalah yang berani tolak cinta buah hati pengarang jantung Fareyz ni! Memang nak kena dia tu! Siaplah, kalau Fareyz dapat dia. Memang Fareyz tambahkan ‘cun’sikit dekat muka dia tu.”ujar Fareyz, sambil mengepal kedua-dua belah penumbuknya.
“Fareyz ni! Orang serius. Dia main-main pula.”
“Siapa main-main! Tak nampak orang tengah serius ni?”Fareyz membeliakkan biji matanya.
Aliya mula ketawa seronok. Fareyz tersenyum bahagia. Haa.. senyum macam tu kan cantik? Fareyz suka tengok Liya senyum. Suka? Oh! No! Fareyz, kau jangn buat gila! Aliya tu adik angkat engkau and kau just abang angkat dia! Argh.. serabut! Bisik hati Fareyz sambil asyik merenung Aliya yang tidak henti ketawa dengan jenakanya. Aliya melupakan perkara itu sementara kerana asyik melayan kerenah abang angkatnya itu, Fareyz.

XXX

“Night Party? Bila?”soal Aliya, terpinga-pinga.
“Esok malam! Kau ni tak tahu ke? Dia orang semua punya pakat kecoh pasal dress, make-up and everything. Engkau boleh tak tahu?!?”balas Yana, sambil mencekak pinggangnya. Aliya mula tersengih malu. Tu la engkau Liya, fikirkan sangat pasal Syahriel tu! Perkembangan lain pun kau tak tahu! Buat malu diri sendiri sahaja, desis hati Aliya.
“Hey! Kau ni. Aku punyalah membebel panjang.. kau boleh senyap aje?!?”ujar Yana, sambil menggeleng kepalanya. “Ehh, sorry.. sorry! Kau cakap apa tadi?”soal Aliya.
“Dahlah! Petang ni aku and Fiqa nak keluar pergi shopping cari dress untuk esok. Engkau nak ikut tak? Pukul 3.30 nanti, aku pergi ambik engkau.”ujar Yana, sambil membetulkan rambutnya yang panjang dan lurus itu.
“One more thing, nanti sampai rumah kau. Aku nak kau drive pula! Okay, bye. See you 4 hours from now babe.”ujar Yana lagi.
Aliya mengeluh. Aku nak pergi ke tak erk? Aku mana ada partner? Fiqa confirm pergi dengan lelaki kesayangan dia Nadzmi. Si Yana tu, mestilah dengan Raqeem. Boyfriendlah katakan. Macam nilah kawan. Last kali tinggal aku sorang. Argh!!

XXX

Pon!! Pon!!
“Liya! Yana dengan Fiqa dah sampai tu!”ujar mama dari tingkat bawah.
“Kejap, ma!”sahut Liya. Aliya kemudian mengemas pakaiannya yang berselerak akibat mencuba semua pakaian. Aliya akhirnya memilih blaus berwarna biru dengan seluar jeans. Rambutnya hanya dibiarkan lepas. Nampak cantik dan simple! Nice! Desis hati Aliya, yang sempat memandang ke arah cermin soleknya.
Setelah siap mencalitkan lips gloss dibibir, Aliya kemudian mengorak langkah menuruni anak tangga.
“Eh, Fareyz pun ada?”kejut Aliya.
“Haruslah. Aliya ingat Fareyz senang-senang hati sahaja nak biarkan Liya keluar dengan kawan-kawan Liya tu sahaja. Tanpa Fareyz! No way, okay!”ujar Fareyz.
“Hey darling!! Yang engkau lama sangat tu apasal? Kalau lambat lagi dari ni, aku rasa Si Fareyz ni boleh berjanggut kut.”ujar Yana, sambil menahan gelaknya. Rumah banglo mewah itu kemudian dipenuhi dengan gelak tawa mereka.
“Dahlah! Jom kita pergi sekarang. Dahlah banyak benda nak shopping. Confirm lama bangat..! Siut!!”ujar Aliya setelah penat ketawa. Dengan sisa tawa yang tinggal, mereka pun beriringan ke kereta Yana yang terletak elok di hadapan pintu rumah.
“Bak sini kunci! Biar Fareyz bawa korang just duduk sahaja.Cepatlah Yana. Aku nak jadi driver korang ni.”ujar Fareyz. Yana kemudian membaling kunci keretanya kepada Fareyz. Mujur Fareyz ni cepat orangnya. Kalau tak dah lama kunci masuk dalam longkang. Aliya kemudian duduk bersebelahan dengan Fareyz. Yana, Fiqa dan Nadzmi duduk di bahagian belakang. Mereka akhirnya bertolak ke pusat membeli belah.
“Okay! Let’s go guys!!”jerti Fareyz.
“Yeah!! Let’s go!! Go!! Horray! Yahoo!!”diikuti dengan yang lain.

To Be Continued ♥♥♥♥♥♥♥♥♥  Click  Here  Part 4

Friday, 25 September 2015

Tips Cinta?!?

Assalamualaikum semua,

Hari ni Eyka nak share dengan korang satu prinsip yang selama ni Eyka pegang. Prinsip ni actually pasal CINTA dan prinsip ini boleh dikatakan lebih kepada untuk para wanita seperti saya!! Hik8!!

Mmm, agak-agak kalau korang ada crush dekat someone tu? Adakah korang akan biarkannya atau luahkannya? Okay, maybe tak ramai perempuan dekat luar sana yang berani nak luahkan perasaan mereka pada seseorang lelaki itu? Bagi mereka mungkin lelaki yang patut mulakannya dahulu. Tapi Eyka rasa tak salah kalau kadang-kadang perempuan nak mulakannya dahulu? Asalkan engkau janganlah sampai nak menyantau orang.. [Oppss!! Jangan makan hati] [Sekadar nasihat maa] Kadang-kadang bila kita dah luahkan dekat someone special tu.. Mungkin perasaan tu boleh berubah kepada..

a) mungkinkah aku just anggap dia kawan? b) Dudapdudap (hatiku berasa aneh) c) dia sekadar insan biasa

Lihat?? CRUSH !! First Love !! Last Love !! 3 benda ni berbeza sama sekali..

Crush ni bermaksud kita kemungkinan sukakan orang tu tapi mungkin hanya untuk sementara waktu. Yrwlah, suka-suka sahaja orang kata. Bila lama-lama bosanlah.

First Love ni bermaksud cinta pertama. Cinta pertama ni kadang-kadang cinta yang paling susah nak dilupakan. Kenapa? sebab 1st love ni lah fasa pertama untuk kita baru mengenali apa itu ertinya Cinta? dan fasa inilah kita banyak menderita. So, rasa-rasanya sampai mati pun kita akan still ingat cinta pertama ni sebab tanpa fasa 1st love ni kita mungkin takkan menjadi setabah yang sekarang kerana 1st love mengajar kita untuk sentiasa tidak mudah percayakan ayat-ayat manis manusia. Hak8!!

Last Love ni bermaksud cinta terakhir. Well, of course sehidup semati? Kahwin? Bahagia. Selalunya Last Love ni memang orang yang cinta mati sungguhlah. Kalau boleh takyah nak couple2 ni. Terus kahwin. Hah!! kan bagus tu. Tak adalah nak buat maksiat. [Inilah yang paling Eyka harapkan someday]

Okay, ada faham? Ini just pemahaman Eyka jew kalau korang Eyka tak tahulah. Setiap orang mungkin paham lain.

Oh yrw satu lagi, Eyka kalau dah ada crush dekat someone tu.. Eyka terus beritahu dia.

"WHAT?!?" "Engkau tak takut patah hati ke Miss Eyka??"

Gila!! tak takut patah hati.. Mmg dah selalu Eyka rasa perasaan kena reject tu.. Hak8! tapi bila kita luahkan perasaan kita pada seseorang itu kita akan rasa ringan jew hati ni.

Sebab pertama: Rupa-rupanya Eyka baru tahu yang Eyka just anggap orang tu kawan shaja.

Sebab kedua: Orang kata baik lauhkan kalau tak menyesal nanti

Sebab ketiga: JANJI dia dah tahu

Eyka actually dah banyak crush dengan orang [takkan beruang kowd] Tapi cuma seorang sahaja yang Eyka rasa dialah insan yang tak boleh Eyka lupakan. Kitaorang pernah bercinta but putus ditengah jalan. Sampai sekarang kami still berkawan. Entah kenapa dia seorang sahaja ex yang Eyka still boleh kawan and jumpa. Yang lain lantak engkaulah.

Maybe dia bukan kategori CRUSH.. Tapi kategori First Love..

Hmm, setiap orang ada fahaman yang berbeza. Tak salah juga kalau kadang-kadang kita just berdiam diri dan just jadi kawan. Cinta itu kadang-kadang perlukan pengorbanan. Tapi sekurang-kurangnya kita usahalah dulu. Mana nak tahu dapat.

Ingat manusia hanya mampu berusaha dan berdoa. Selebihnya biarlah kita serahkannya pada Ilahi.






Wednesday, 23 September 2015

Cerpen: Sampai Bila Hati Ini Harus Sayang

Hola, bertemu lagi kita..!

Hari ni Eyka nak post satu cerpen complete yang Eyka karang sendiri. Hik8!! Cerpen ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah mati. Ini hanya rekaan semata-mata. Harap semua orang terhibur apabila membacanya. Sila berikan komen apabila membacanya okay! Saya hanyalah penulis bebas yang menulis tanpa sebarang komitmen yang tinggi. So, kita bantai sahaja maaa!!


#Sampai Bila Hati Ini Harus Sayang

Cinta itu ibarat intan dan permata. Kalau kita tak jaga ia dengan elok berkemungkinan ia akan jatuh dan pecah menjadi serpihan kaca yang berbisa. 

XXX

Dalam hati ini ada namamu,
Nama seorang insan yang aku rindu,
Dalam diri ini ada sayangmu,
Sayangnya dirimu tidak mengerti,
..... Oh hibanya.. (oh..)

“Oi!! Panjangnya oooo.. engkaukan. Engkau ni kalau tak memekik malam-malam buta tak boleh ke?”ngomel Iyra Aliya, lalu merebahkan badannya di sisi Eridyna Shafiqa. Shafiqa memuncungkan bibirnya. “Alah, lantaklah. Orang tengah dalam mood nak karok ni. Sebenarnya kau masuk sini sebab nak join akukan?!?”gumam Shafiqa, sambil tersenyum kambing. Aliya mula tersengih-sengih seperti kerang busuk. Actually, memang itu niat dia masuk ke bilik tu sebab nak join sekaki juga.
“Awat tak cakap awai-awai. Kan senang! Tak payah aku nak dengar engkau membebel 24 jam. So, engkau nak karok lagu apa ni? Just pilih saja dekat dalam laptop aku ni hah! Belambak siut! Orang putih ada, jiwang karat ada, Hindustan ada, kpopstan ada, semuanya adalah.. “ terang Shafiqa, sambil mencari-cari folder muziknya. Tiba-tiba, Norlily Lydia datang menerpa masuk ke dalam bilik itu.
“Kpop!! Kpop!! Aku nak nyanyi lagu Dope please..!!”ujar Lydia, agak teruja. Aliya kemudiannya menjentik dahi Lydia minta dia berdiam diri sebentar. “Shhh!! First come first serve.. Biar aku nyanyi dulu.”ujar Aliya, lalu menolak Lydia ke tepi untuk memilih lagunya dulu. Shafiqa hanya mampu menggelengkan kepalanya. Macam-macamlah mereka berdua ni, bisiknya dalam hati.
Akhirnya, mereka bertiga berkarok sampailah tertidur. Keesokkan paginya mereka bertiga di tegur oleh jiran tetangga kerana terlalu bising sangat. Hak8!!

XXX

Di sebuah kafe,
“Aliya, aku rasa aku ada masalah besarlah.”ujar Shafiqa. Aliya menggeleng. “Masalah apa lagi ni?? Masalah aku pun belum selesai ni pula nak handle masalah engkau.”bebel Aliya. Shafiqa menutup telinganya. “Huishh, dah.. dah.. ceqq faham! Aku bukannya apa. Apa pendapat engkau tentang perempuan nak pergi pinang lelaki? Bolehkan?”soal Shafiqa. Aliya mengangguk “Boleh. Tapi perempuan boleh pinang lelaki itu sekali sahaja. Lepas tu dah tak boleh dah. Andai kata lelaki itu tolak pinangan perempuan tu. It’s over!!”jelas Aliya, lalu menghirup minumannya. Hish, cakap dengan minah ni buat tekak rasa kering kontang.
Shafiqa mengangguk. “Kenapa? Engkau nak pergi pinang Nad ka?”jawapan Aliya membuatkan Shafiqa tercekik air liurnya sendiri. “Ahuk!! Ahuk!! Merepeklah engkau ni. Mana ada!!”jelas Shafiqa tegas.
“Yrwlah tuu. Engkau tu bukannya boleh diharap. Suka buat benda-benda pelik. Diluar jangkaan manusia.”ngomel Aliya.
Shafiqa memonyokkan mukanya. “Mana ada.”balasnya dalam nada buat-buat sayu. 

XXX

Persahabatan diantara Eridyana Shafiqa dan Akmal Nadzmi actually dan terjalin selama 8 tahun. Mereka berdua actually pernah bercinta. But, akhirnya putus di tengah jalan begitu sahaja. Namun, walaupun begitu entah kenapa mereka berdua masih lagi akrab bersama menjadi rakan.
Kadang-kadang mereka selalu bertukar cerita, pendapat dan sebagainya. Sampailah satu hari itu.. hati Shafiqa betul-betul hancur dimamah anai-anai..!! (hak8!!)
“Iqa.. aku nak tanya engkau tentang perempuan ni. Engkau rasa dia secocok tak dengan aku?”soal Nad, sambil menayangkan gambar seorang awek yang ada di dalam phonenya itu. Shafiqa hanya buat-buat nampak. Padahal sikit pun dia tak tengok. “Entahlah, ikut engkaulah. Aku mana nak tahu.”
“Alah, masalahnya aku tengah tanya pendapat engkau. Bukan pendapat diri sendiri. Hish!”bebel Nad, lalu mencari foto yang lain pula. Shafiqa mula mengeluh. Hish, tak ada topik lain ke? Bosanlah, bila cakap pasal perempuan lain selain dari aku, bebel Shafiqa dalam hati. Nad masih lagi membelek telefon bimbitnya. Ini membuatkan Shafiqa bangun dan ingin belah dari situ. Namun, langkahnya dihalangi oleh Nad sendiri.
“Engkau nak pergi mana?”soal Nad.
“Lapar! Engkau tak lapar ke? Pergi makan jom?”ajak Shafiqa. Nad mengangguk. Memang pandai betul minah ni timing waktu nak makan. Patut badan pun montel-montel. Asyik teringat nak makan sahaja, bisiknya dalam hati.
“Engkau jangan nak kutuk aku dalam hati. Ceqq ni ada penyakit gastrik. Itu pasal bila time nak makan kena ingat.”ngomel Shafiqa. Aik! Dengar pula dia bila aku kutuk dia dalam hati, bisik Nad dalam hati. “Yes! Saya dengar okay!”ujar Shafiqa.
“Fine!! Aku senyap! Engkau menang.”
Shafiqa mula tersenyum kemenangan. Lawak bila dapat smash laki ni. But, why just laki ni? kenapa tak lelaki lain, gumam Shafiqa dalam hati. 

XXX

Di rumah sewa
“Lalalala..”dengan senang hatinya Aliya sedang bernyanyi-nyanyi sambil memasak. Shafiqa yang baru pula datang menerpa ke ruang dapur. “Huish! Tengah masak ke?”soal Shafiqa. “Masaklah! Takkan cuci baju kowd.”gumam Aliya, lalu menghidangkan makanannya di atas meja makan. Tiba-tiba, keluar Lydia dari kamarnya. “Mmmm, sedapnya bau!!”ujarnya lalu cepat-cepat mengauk nasi di dalam periuk. “Hish, minah ni..”marah Aliya, lalu menampar lembut tangan Lydia. Lydia memuncungkan bibirnya.
“Makanan ni semua untuk someone..”
Dengan serentaknya Lydia dan Shafiqa berkata “Apa?!?”
“Who???”
“Adalah.. manusia ni. Sibuk sahaja korang ni. Huh, kalau nak makan. Tu hah nampak telur dan kicap tu. Pergi goreng sendiri.”ujar Aliya, sambil mecari-cari bekas bekal makanan. Lydia yang baru sahaja semangat nak makan terus menjadi hampeh. Manakala, Shafiqa mula memikirkan siapakah lelaki itu.
Pen!! Pen!! Tiba-tiba, kedengaran hon kereta berbunyi di luar rumah mereka. Aliya pun bergegas keluar untuk memberikan bekal makanan itu. Lydia dan Shafiqa juga turut sama kalut untuk melihat siapakah gerangan manusia itu.
Rupa-rupanya......
“Syazriezal??”ucap mereka berdua.
Selepas kereta itu meluncur pergi, Aliya sempat melambai-lambai tangannya.
“Oooo, kantoi!! Sejak bila engkau dah berbaik dengan dia hah?”soal Shafiqa, seperti seorang Detektif. Manakala, Lydia menyuakan tangannya ala-ala macam pegang mikrofon lah kononnya. “Hish! Korang ni pasai pa. Mana ada. Kitaorang besa-besa sahaja. Lagipun bekal tu bukan untuk dia. Tapi untuk...”
“Alien..”jawab Lydia dan Shafiqa malas.
“Oii, tadi beria-ria sangat. Lepas tu muka terus jadi hampeh. Pasai pa?”ujar Aliya,bingung.
“Tak ada apalah. Just pelik. Engkau ni kejap Syazriezal. Kejap Si ‘alien’ tu. Senang engkau kahwin dua-dua sahajalah.”ujar Shafiqa. “Besalah, dia selalu dapat orang muda-muda. Aku ni ja yang tak ada perasaan.”sampuk Lydia. Kemudian kepalanya di tonjol oleh Shafiqa dan Aliya. “Shhh, senyaplah engkau tu.”ujar Shafiqa dan Aliya. Lydia mengusap dahinya. “Wey!! Bodohlah aku kalau korang dok tonjol kepala aku. Huhuhu..”
“Hak8!! Padan muka engkau..”usik Aliya dan Shafiqa.

XXX

Take 1
Di sebuah taman reakreasi
“Hurh..”termengah-mengah Shafiqa mengejar langkah Nad. Lajunya lelaki ni berjogging. Menyampah pula aku tengok. Mentang-mentang aku payah nak kejar dia. Hish, bebel Shafiqa dalam hati. Ikutkan hati malas nak ikut dia pergi berjogging hari ni. Tapi tiba-tiba dia teringat kisah soal ‘perempuan pinang lelaki itu’. Dia ingat serius dia nak buat!
“Nad!! Tunggulah.. aku nak cakap dengan engkau ni!!”panggil Shafiqa. Nad kemudiannya berpatah balik ke arah Shafiqa. “Apa engkau ni? baru sahaja mula dah semput. Cepatlah kata nak kurus!! Cepat!! Cepat!!”ujar Nad, lalu menolak belakang Shafiqa agar dia meneruskan lariannya. “Alah, kejaplah! Kejaplah!! Aku nak..”belum sempat dia ingin berkata-kata Nad terus menarik lengannya untuk sambung berjogging.

GAGAL !!

Take 2
Di sebuah perpustakaan
Nampaknya ini peluang aku, bisik hati Shafiqa. “Nad, aku nak cakap dengan engkau something ni.”ujar Shafiqa. Nad hanya sekadar mengangguk sahaja. “Aku sebenarnya nak...”
“Excuse me.. Jangan bersembang di dalam perpustakaan please..”tegur pegawas perpustakaan itu. Shafiqa mula menjadi hampa. Hish!! Kacau betullah pengawas tu, bisik hati Shafiqa selepas melihat pengawas itu berlalu pergi. Tetapi apabila dia ingin berkalih kepada Nad semula dia mendapati Nad sudah pun hilang. “Argh!! Tak guna betul..”jerit Shafiqa, separuh menjerit.
“Haih!! Tolong beredar dari sini.. Please..”marah pengawas tadi. Shafiqa mula tertunduk malu. Apalah nasib aku!!

GAGAL!!

Take 3
Okay!! Kejap lagi Nad ajak aku pergi konsert Kpop! Horray, what is lucky I am?!? First, aku dapat tengok Exo, Bts, Seventeen dan lain-lain lagi. Second, aku nak luahkan hasrat aku nak pergi pinang dia!! Horray!! Bebel Shafiqa seorang diri.
Lydia dan Aliya hanya memandang pelik ke arahnya. “Untung, laki tu belanja dia pergi tengok konsert kpop!”gumam Lydia, sedih. “Alah, tak apa nanti kita pergi berdua okay.”pujuk Aliya, dalam hati sedihlah juga. Kempunan dah lama sangat siut! Sampai hati kawan dia tu!! Pergi tak ajak!!
Di konsert Kpop tersebut.
Di saat SNSD membuat persembahan, Shafiqa cuba untuk memulakan strategiknya. Lagipun SNSD sahaja pun. Lepas ni baru Seventeen.
“Nad!!!”jerit Shafiqa cuba untuk melawan jeritan orang ramai yang turut sama terjerit-jerit. “Apa??”balas Nad, separuh dengar tak dengar.
“Aku nak pinang engkau!!! Engkau sudi tak?!?”jerit Shafiqa. Namun begitu disaat dia cakap ‘pinang’ tu satu bunga apa keluar dari stage membuatkan semua orang bersorak lagi kuat. Nad menjerit “Apa??? Aku tak dengar!! Nantilah!!”balas Nad. Hampa!
Lepas habis sahaja konsert, Nad bertanya semula pada Shafiqa. “Engkau cakap apa tadi dekat aku?”soalnya. Shafiqa mula menjadi gugup. Habis menggeletar seluruh badannya. “Aku.. Ak... kuu..”tergagap-gagap dibuatnya. “Ooo, aku tahu!!”kata-kata Nad membuatkan dirinya bertambah lagi gementar. “Aku tahu!! Engkau mesti lapar dan dahagakan. Sebab dari tadi engkau dok bersorak. Jomlah! Kang gastrik engkau datang pula! Jenuh, aku nak menanggung.”ujar Nad, lalu menuju ke parking kereta. Shafiqa menjadi hampa. Hish! Punah!! Punah!!
GAGAL!!

XXX

Di rumah sewa
Sebaik sahaja pulang ke rumah, Shafiqa merebahkan badannya di atas sofa milik mereka yang berada di ruang tamu itu. Penat! Tiba-tiba, dia ternampak sepucuk surat yang tertulis namanya. Dia mengambil dan membukanya. Dia membaca satu persatu kandungan yang tertulis di dalam surat itu. Kemudian dia terus bangun dan terloncat-loncat kegembiraan.
Lydia dan Aliya yang mendengarnya terus keluar dari kamar mereka. Apasal pula minah ni?!?
“Hoi!! Engkau dah kenapa?”soal Aliya, pelik. Shafiqa kemudian terus memeluk teman-temannya itu. Lydia dan Aliya menjadi bertambah pelik. “Hish!! Rimaslah!! Engkau dah kenapa? Kena sampuk dengan hantu ke.”ujar Lydia, lalu melepaskan pelukkan itu. “Yes! Aku kena sampuk sebab terima tawaran untuk sambung belajar di luar Negara untuk jurusan memasak aku!!”ujar Shafiqa, teruja.
Aliya dan Lydia mula ternganga. Mereka kemudian mengucapkan tahniah pada sahabat mereka itu. “Untung kawan!”ujar Lydia. Shafiqa hampir-hampir sahaja menitiskan air matanya. “Okaylah tu. Lepas ni bolehlah dia lupakan niat dia nak pergi pinang Nadkan.”gumam Aliya, lalu membuatkan Shafiqa mula berhenti ketawa.
“Aipp? Senyap terus?”ujar Aliya, serba salah.
Shafiqa mula menjadi bingung. Macam mana Nad? Haruskah aku beritahu dia? Patut ke aku kejar dia? Tapi macam mana cita-cita aku? Inikan yang aku nak sangat selama ni? Shafiqa mula kebingungan.
XXX
Di sebuah kafe.
Nampaknya ini peluang terakhirnya untuk jelaskan semuanya pada Nad. Mana nak tahu dia boleh mendapatkan kedua-duanya sekali gus. Okay! Tarik nafas panjang-panjang!! Mari kita mulakannya, bisik hati Shafiqa.
“Nad.. aku nak cakap something dengan engkau ni?”ujar Shafiqa, gugup. Nad kemudian bersuara “Sebelum engkau nak cakap. Biar aku cakap dulu.”ujarnya. Shafiqa mula berasa tidak senang duduk. Hatinya berasa aneh tiba-tiba.
“Iqa.. Sebenarnya aku nak beritahu engkau. Engkaulah kawan aku dunia dan akhirat. Engkau sentiasa ada disaat aku susah dan senang. Aku hargai sangat-sangat. Jadi aku harap engkau tak rosakkan persahabatan kita ni yrw. Well, aku takut nanti mana nak tahu atas sebab sesuatu kita berdua dah tak mahu jadi kawan dah. Who know? Right! Kawan!!”ujar Nad, lalu menyua tangannya untuk mendapat persetujuan. Shafiqa mula menjadi terkedu.
Kawan? Just kawan? Siapa nak berkawan dengan engkau, hah?!? Bentak hati Shafiqa. Namun digagahinya juga untuk terus tersenyum. Dia membalas salaman itu seolah-olah bersetuju dengan setiap kata-kata Nad. “So, engkau nak cakap apa tadi?”soal Nad, lalu menyambung makan. Shafiqa terus menggeleng. “Tak ada apalah. Jom sambung makan! Aku cuma nak habaq makanan ni sedap sangat. Pandai engkau pilih tempat makan noh!!”jelas Shafiqa, lalu ketawa.
Hari itu merupakan hari bersejarah untuk Shafiqa. Sebaik sahaja pulang ke rumah sewanya dia terus masuk ke dalam bilik dan mengunci dirinya sendiri. Selepas kejadian itu dia jarang sekali menghubungi Nad. Manakala, Nad tak habis-habis menghantar mesej bertanya ‘Kenapa?’namun dibiarkannya tiada balas. Hati Shafiqa hancur dimakan anai-anai.
Akhirnya, dia membuat pilihan untuk menyambung pelajarannnya diluar Negara.
XXX
Di Airport
“Iqa? Engkau okay ke ni?”soal Aliya dan Lydia, risau. Kawannya itu betul-betul membuatkan tindakkan yang sangat drastik.
Shafiqa mengangguk. Nampaknya dia sudah nekad untuk membuat keputusan ini. Meninggalkan tanah air semata-mata ingin melupakan Si dia.
“Dia tahu tak engkau nak pergi ni?”soal Lydia. Shafiqa menggeleng. Dia seolah seperti zombie yang tidak bermaya sebaik sahaja mendengar nama Nad disebut-sebut.
“Okaylah! Kami berdua doakan engkau yang terbaik okay. Nanti apa-apa hubungilah kami dengan sini okay!”ujar Aliya dan Lydia, sebak. Shafiqa mengangguk. “Mana boleh aku lupakan korang berdua. Koranglah kawan aku dunia dan akhirat. Okay!”balas Shafiqa, lalu menarik mereka untuk memberikan pelukkan yang terakhir.
Mulalah agenda menangis antara sahabat bertiga itu.
Kemudian kedengaran bahawa penerbangan ke Australia akan berlepas 20 minit lagi. Shafiqa kemudiannya bergegas pergi.
XXX
5 tahun kemudian
“Korang? Korang dekat mana ni? Seorang batang hidung pun aku tak nampak. Aku dah penat dah ni.”marah Shafiqa, yang sudah lama tunggu di Airport itu. “Kejap! On the waylah ni.”balas Lydia, manakala Aliya tak habis-habis menekan hon kereta suruh orang depan cepat sikit.
“Okaylah, cepat sikit taw!”ujar Shafiqa, lalu mematikan telefon bimbitnya.
Kemudian disapa oleh seseorang dari arah belakang. “Iqa?”
Shafiqa mula toleh ke belakang. Dia kemudian tergamam. Rupa-rupanya, Nad. Sudah lama dia tidak melihat wajah itu. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu. Dan sudah lama dia tidak bertanya khabar. Dia ingin bersura tetapi kerongkongnya seolah seperti tersekat sesuatu.
“Dah lama saya tunggu awak? Awak pergi mana?”ujarnya.
Masa seolah-olah terasa seperti terhenti. Hati Shafiqa terasa seperti tersentuh sekali lagi olah orang yang sama. Hatinya mengeluh. Nampak gayanya biarlah takdir menentukan sama ada lelaki dihapannya adalah jodohnya ataupun tidak.

TAMAT♥♥♥♥♥♥♥♥♥



p/s: Kalau ada typo 2 mohon maaf yrw.. Harap paham.. >_<



 
Images by Freepik