Eyka Blog

Wednesday, 25 May 2016

The Reality!!

Bukan nak mengutuk atau apa,,

Hari ni mama bagi surat dekat Eyka suruh Eyka minta cuti hari Isnin sebab ada urusan keluarga. Actually, kami nak pergi bercuti dekat Langkawi.. Mama dah ready semuanya... Tiket feri semua dah tempah. Okay fine, tak apalah minta borang dekat cikgu kelas & then cikgu pun sain lepas tengok surat mama tulis tu. Mama just tulis sebabnya ialah ada urusan keluarga. Cikgu kata selasa mai sebab tinggal satu modul lagi dan modul tu nak start hari tu. Lepas minta tandatangan cikgu kena minta tandatangan pengurus pula. Okay!! Ni yang Eyka sakit hati sesangat!!! Jumpa dia ...

Lepas tu, kata "Boleh tak tolong sain sebab nak minta cuti hari Isnin ni. Ada hal kelurga.." N then, dia kata hal keluarga apa tu? Eyka pun macam.. Errr, nak habaq apa erkk? Kalau habaq konfem dia takkan bagi. Tapi just sehari jew pun.. Isnin tu kiranya Eyka dah nak balik dari holiday. Eyka pun cakap "Saya manalah tahu hal keluarga tu apa.." Dia pun mulalah start.. "Takkan awak sendiri pun tak tahu hal tu.. Kenalah ada munasabab yang kukuh.. Exam dah nak dekatlah. Padahal 20/06.. (Lmbt lagi.. mcm dia yang exam.. Puihh!!) Ni mesti pergi sana sebab mak nak shopping2.. nak bersuka2.. Hari tu bukan dh pergi ke langkawi.. (Pala otak dia!!) (Masa bila aku pergi hari tu).." Lepas tu.. Eyka kata tu hah ada nombor mak. kollah dia tanya sebab apa. Dia balas.. "Saya busy kol orang tu.. kol orang ni.. ada masa pula saya nak kol mak awak.." EEEEE!! Ba*********** Aku macam geram gila ayat & cara dia cakap tu. Cara dia cakap macam dia tu hebat sangat oiiiii!! Lepas tu, Eyka pun minta diri.. Eyka kata tak apa.. Eyka balik tanya mak macam mana. Dia pun kata.. "Hah, tanya apa sebab dia. Saya pun tak boleh sesuka hati nak bagi cuti dekat orang." Dalam hati berkali-kali aku dok menyumpah dia.

Lepas tu, mesej mama kata pengurus tak mau sain. Mama kata tak apa nanti mama suruh ayah jumpa pengurus. Waktu tu, Eyka macam stress sangat!! Eyka tengok jew dalam alam maya ni macam berani, tough apa semua tapi realitinya Eyka bukan seperti yang korang bayangkan. Dalam blog ni.. Eyka lebih banyak meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Dalam realiti Eyka lebih suka pendam dan biarkan hati Eyka seorang sahaja yang terluka. Jangan orang lain! Eyka bukannya jenis yang selalu bergaul dengan orang. Sometimes Eyka selalu cuba untuk think positif. But sometimes perasaan negatif tu yang lebih..

Sama macam kes ni.. Eyka takut nanti ayah mai giat n then besar-2 keadaan pula. K fine.. Malas nak pikir waktu tu. Eyka tahan saja air mata bila masuk dalam kelas. Buat-buat busy sampai pukul 1 lebih macam tu ayah kol kata dia dah jumpa pengurus. Baru jew nak happy-II & then baru teringat..!! Surat kebenaran cuti tu ada dekat Eyka.. Ayah tak habaq nak mai nak suruh dia minta sain terus.

OMJ!!! Jawabnya esok Eyka kena jumpa pengurus tu lagi!! No way!! True story.. I'm crying a lot right now! Sh****

Tuesday, 24 May 2016

How to create a STRONG password?


Assalamualaikum semua..

Hari ni Eyka nak share-II dengan korang semua satu ilmu yang Eyka peroleh dari menyertai satu program ni. Apa itu password? Password ni sejenis huruf, nombor or even perkataan apa sekalipun yang dicipta oleh kita sebagai security sebelum memasuki sesuatu laman sesawang.

Contohnya:
- Facebook
- Gmail
- Blogger
- Yahoo
- Wechat
- Instagram
- Playstore

Dan actually banyaklah lagi kan. kan.. kan..

Okay, untuk mengelak dari media sosial kita dicerobohi or di hack... Jom!! Belajar bagaimana nak jadikan password kita ni.. Betul3, STRONG!!

1) Password: 1234 / abcd
--- OMJ!!! Gila ke apa?!? Ingat ni budak darjah 1 ke.. *ketawa terbahak-bahak* Pernah terjadi dan mungkin terjadi. Okay, ini tidak selamat!! Eyka ulang!! Tak secure!! Okay!!

2) Password: Bufday pakwe/makwe/diri sendiri/crush, nombor telefon, nama sendiri/makwe/pakwe
---- ni pun tak secure juga..!!

3) Password: 333hh
---- ni okay juga.. tapi macam tak balance nombor & huruf tu..

Now, meh tengok cara Eyka..

Example:-

Tadaaa!! nampak macam payahkan?? Tapi actually penceramah tu kata.. Password yang macam ni lebih secure daripada sebelum-sebelum ni yang korang pernah pakai.. Emm, terpulanglah macam mana korang nak buat password tu.. Tapi pastikan dia lebih payah dari soalan STPM or even degree or whatever denganya. So, hacker ni taklah senang sangat nak ceroboh masuk. InsyaAllah. Selamat.. Aminnn..

p/s: So, hopefully ilmu ni bermanfaat sangat.. Tak pun korang boleh search lagi cara nak STRONG kan password.. Eyka just told to u all about what penceramah tu beritahu Eyka sebelum ni jw..




Saturday, 7 May 2016

JJPP (Jalan-II Pergi Penang)


Where are we heading to?!?

Assalamualaikum semua.. Hari ni Eyka nak cerita dengan korang semua. 

Emm, khamis semlm punya semalam Eyka patutnya pergi langkawi ikut trip dia orang pergi langkawi. Tapi Eyka tak pergi sebab pertama, bajet nak pergi tak ada (cukup tapi sayang nak hulur bawa keluar.. Rasa membazir & malas gila!! So, khamis tu.. Cadang dengan seorang akak ni (kwn giat kita >,^) Dia pun tak pergi.. So, kami berdua pun semalam keluar pergi jejalan ke mana??

Of courselah ke penang ke kita.. Hik8!! We're heading to Queensbay.. Dekat queensbay tempat pertama yang kami tuju ialah Daiso!! Omo~! Omeylah barang-barang dekat situ.. Kedai dia lagi banyak choice & besar berbanding yang dekat Jusco ALma tu.. Rambang mata ceqq menengoknya. Lepas tu, masuk kedai Jelly Bunny.. Emm, kedai ni sedaplah bau dia.. Bau jelly.. Kikikiki.. Lepas ronda2 satu Queensbay.. Turun dekat ground floor singgah masuk dalam satu kedai ni yang jual asam.. Orang mai beli kami mai try makan tester saja. Hat tuu yang lawak tuu.. Try punya try tetiba tetry benda alah ni..


Hissyy!! Geramnya.. Aku ni main makan saja.. Tengok.. tengok KACANG WASABiiii ...!!! Haish!! Tak lak guna betul.. Berapi-api jw lidah ni rasa. Tapi ia tetap tak memutuskan semangat aku untuk terus cuba lagi makanan lain. Ahahak!! 

Lepas penat jalan.. singgah makan.. Perut pun dah bunyi groooowll.. *mohon diisi katanya*


Subway.. 1st time, try ni.. not bad... Price dia pun agak berpatutan.. Ingatkan mahal gila nak mampus..!! Hat ni kami buat sendiri kami punya sandwiches. (^_<) Holaaa.. And then, destinasi seterusnya ialah.. singgah Sunway Carnival.. Dekat situ pergi kedai kasut.. 
Kak Ekin nak pergi cari kasut.. Singgah kedai ni kejap.. *Hanya mampu menerai saja kita ni*
Lepas tu, pergi sp arena dekat seberang jaya.. Ada buat sales kain murah-II.. Ni yang buat dua2 orang excited ni.. Mentang-mentanglah belajar menjahit =,=' 
Pilih akak.. korek sampai ke lobong cacing.. ^_^
Okay, it's time to go home!! Sebelum tu, singgah makan lagi dekat Pak Mat Western.. *nampak tak makan jw kerja kami* Waktu tu, langit kelihatan redup saja. *tanda2 nak hujan* 
Mix grill *me* Homemade meatball 100% *kak Ekin*

Tiramisu blended *me* Mocha blended *kak ekin*
Waktu ni it's so funny.. sebab semua orang tengok kami macam sedap gila..!! gila makanan yang kami makan tu.. Depa usya jw.. Ahahaha.. 

p/s: Dalam pukul 8.00 malam macam tu kami berdua baru selamat sampai.. Berani juga kak ekin drive sampai balik rumah even hujan lebat.. T^T Expert siut!! Teringin nak jadi macam dia. What a tough, brave, brilliat.. and soon. She's the greatest one. Nanti kita jejalan lagi okay. ;)





Monday, 2 May 2016

How bad luck I was today?!?

Assalamualaikum semua..

Semua apa khabar? Sihat walfiat ke? Huhu, Eyka dekat sini alhamdulillah sihat sahaja. Emm, lama tak update sesuatukan.. Kejap saja masa berlalu. Tengok-tengok dah masuk bulan 5. T^T Kawan-kawan semua dah ada haluan masing-masing. Eyka? Hmph, setakat ni masih lagi ingin berada di giatmara sampailah semuanya tamat. Lepas tu?? Biarlah Yang Maha Esa yang menentukan segala-galanya.  *kenyit mata tanya selere* Kikikiki >,< Btw, back to the title.. Hari ni nak cerita.. Wht a sad story?!? Td pergi bank ingatkan nk cocok bawa keluar duit. Masya-Allah, entah macam mana boleh lupa no. pin.. What a stupidest I am!!! Tak pasal-pasal kena marah dengan mak dekat situ.. Huhuhu, malu ceqq.. Mujur mesin tu tak telan card bank kitew!! Minta-minta, esok mama try boleh!! Please, everyone pray for me..

Mungkin, ini padah bila mama tanya nak buat apa bawa keluar duit RM******************* She was liked shocked when I said liked that.. Actually, nak buat surprise bagi dekat dia RM****** dengan ayah RM******** Saja.. teringin nak merasa bagi duit sendiri dekat mak ayah.. Kalau kita habaq nak bagi bukannya dia nak terima.. katanya, simpanlah untuk nanti-nanti.. That why Eyka tak nak bagi tahu kenapa Eyka nak bawa keluar banyak tuu..

Walaupun, actually valued dia taklah banyak mana nak dibandingkan dengan apa yang diaorang dah buat sepanjang Eyka lahir.. But, then semuanya tak kesampaian.. Dugaan telah menimpaku terlebih dahulu *sob sob* Please, pray 4 me.. Moga-moga, esok try elok balik card tu.. T_T jebal!!

Oh yrw, lepas pergi bank. Mama drop Eyka dekat rumah kawan Eyka iaitu Milia.. Omoyai, sesampai saja dekat rumah dia.. Eyka cuba tahan sebak ni. Actually, nak teriak!! Tapi tahan juga!! Okay, we hangout pergi jejalan dekat mydin.. Omoyai, hilang kejap perasaan serba salah, takut or whatever tu..






Ingatkan nak mengopi..>>Peminat kopi sebenarnya Eyka ni, walaupun actually tak boleh minum kopi<< *bukan selalu* Oh yrw, waiter tu kata kopi dah habis sebab semalam hari pekerja. Dia orang bancuh kopi tu bukannya dari serbuk tapi dari biji kopi itu sendiri.. So, kilang tu tutup 4 awhile sebab hari pekerja. Tak apalah, janji dapat jumpa 2 orang sahabat yang selama ni menjadi tulang belakang ku disaat jatuh dan bangun. Nanti dia orang nak masuk F6 dah.. Confirm, semua lagi pakat busy. Alang2 hari ni tak tahu nak buat apa.. Keluar sajalah..

Wednesday, 13 April 2016

How miss I was to him?!?

Ahak3, damn it~!

Dalam pd Eyka tengah tengok moment orang tetiba boleh pula ter 'stalk' dia punya profile balik. Kelakarlah.. agak terkejut tengok gambar terbaru dia yg ala-II abg sado tu. Well, my heart was immediately start to *dugubbb dugubb* & aching. I know this thing well happen again.. Why?!? sebab ada pepatah mengatakan kita memang takkan pernah lupakan first love kita walau apapun yang terjadi. Siapa sokong?!? Ahhaaaa.. Tak apalah.. kejap jw virus ni. Minggu depan baiklah.. sebab minggu depan Eyka busy balik. Sekarang dia tengah tak busy. Baru habis buat baju kebaya. Tu yang meroyan tu...

Esok2, tulat2, seterusnya, selepas itu.. lupalah balik.. Well, dia ada musim dia. betul tak?!? Ad jodoh kita ONNN..!! kikikikikiki.. tak ada jodoh tak apa.. mungkin Allah tu ada yang lebih baik & sesuai dengan kita. Who's know? Apa yg penting DOA, USAHA... TAWAKAL.. REDHO..! Ada phm~!
p/s: Thks to my little sis.. b'cuz of her 2day Eyka ada chance tuk berborak dgn dia. Setelah sekian lama tak tegur. Emm, jadilah.. lepas sikit sakit meroyan ni *laugh* Nnty raya ceqq tegur blk.. Buahahaha... Do I look like a pschyo + crazy person?? Perrhh, ad gua kisah.. (=-,-=)

Sunday, 3 April 2016

Resepi Oreo Cheese Cake

Oh yeah..

Ni pun lagi satu resepi yang Eyka nak share. Entah kenapa, semalam rajin sangat nak masak + baking. But, yang ni Eyka tolong sikit-sikit saja. Adik Eyka ~> Hirah yang buatkan.. I'm prefer cooking than baking. And she loves baking than cooking.. Kikikiki, kita orang ni terbalik sikit. Tapi nak buat tu bolehlah tapi tak se-terer dia buat.. Dia pun kalau masak tak se-terer Eyka. Masak telur je yang mampu.. (Jahat tak kite..) *renyeh* Mianhae..~! =>^<=

Okay, resepi ni Eyka ambil dari My Baking Workshop .. Eyka suka tengok resepi cake, kuih muih.. & soon dekat blog dia.. Semua simple.. Okay, meh turn Eyka pula nak share dengan korang. *kenyit mata*


Base:
  • 200g biskut oreo (hancur)
  • 50g butter (cairkan)

Cara Buat Base:
  1. Satukan biskut oreo yang telah dihancurkan bersama butter yang telah dicairkan. Gaul rata.
  2. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci & tekan hingga rata.
  3. Bakar dalam oven pd suhu 180 celsius selama 10 minit. Ketepikan & sejukkan sebentar.

Filling:
A
  • 750g cream cheese
  • 130g gula kaster
B
  • 1/2 sk esen vanila
C
  • 3 biji telur
D
  • 200g whipping cream
E
  • biskut oreo (hancur)
Cara Membuat Filling:
  1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Kemudian, masukkan bahan B, pukul lagi.
  2. Masukkan pula bahan C satu persatu. Pukul sebati.
  3. Masukkan bahan D. Pukul sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan E, gaul guna spatula 
  5. Tuang adunan kedalam loyang base tadi. Ratakan permukaannya sedikit. 
  6. Bakar dalam oven 180 celsius selama 60 minit. 
  7. Bila kek sudah masak. Biarkan ia sejuk sebentar. 
  8. Hias kek. Eyka ambil biskut oreo yang dihancurkan & gunting kertas ikut huruf yang Eyka suka & susun atas kek. Dan Eyka shake oreo tu dalam bekas penapis. Bila dah siap tarik kertas tu keluar & akan dapat perkataan tu..
  9. Masukkan dalam peti sejuk semalaman & boleh dimakan..



p/s: Semoga berjaya semua.. Simple saja.. Semua orang boleh buat.





Resepi Lasagna Roti

Assalamualaikum.. Hek3, bertemu lagi kita pada hari ini.. Harap korang semua tak jemu dengan tajuk kita pada hari ini, ok..~! (-,- dah macam buat show tv pula)

Tanpa lengahkan masa.. meh Eyka share dengan korang Resepi Lasagna Roti yang Eyka ambil dari sedaptube Thanks 4 sharing that simple recipe.. So, sekarang giliran Eyka pula nak share dengan korang semua.. *kenyit mata sebelah*

Bahan dia senang saja..

Bahan:
  • Roti
  • Telur 
  • Susu segar
  • cheese keping
  • mozarella cheese (diparut)
  • daun sup
  • cili merah
  • sos lada hitam (Eyka letak serbuk lada hitam)
  • sos tomato (Eyka gantikan dengan sos kimball yang nak buat kuah spaghetti tu)
  • daging cincang (Eyka guna produk Ramly)
  • bawang besar & putih
  • garam
Cara Buat Inti Daging:
  1. Panaskan kuali dengan minyak. Kemudian, tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang hingga empuk.
  3. Masukkan sos kimball spaghetti tu, serbuk lada hitam & masukkan air sikit.
  4. Perisakan dengan garam 
  5. Masak semua sehingga kering.
Cara Buat Lasagna Roti:
  1. Sapukan seluruh pan dengan butter supaya tak melekit.
  2. Pukul telur dengan susu sehingga sebati.
  3. Celup roti dalam bancuhan susu tadi (tapi sebelum tu Eyka lenyet dulu roti tu supaya nipis) & susun dlm bekas sehingga penuh.
  4. Tuang separuh inti daging tadi ke atas roti & ratakan.
  5. Susun slice cheese diatas daging.
  6. Ulangi langkah 3 hingga 5 mengikut kesukaan anda sehingga berapa layer.
  7. Akhir sekali, tabur mozarella kat lapisan atas sekali.
  8. Jika ada lebihan telur siram diatas roti.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 180 celsius lebih kurang 30 minit.
Jeng3..~! .. ni rupa dia lepas keluar dari oven.. Hat ni Eyka letak 20 minit. Kalau nak keperang-perangan lagi letaklah lama lagi..

Rupa dia waktu kena potong.. *renyeh*
p/s:- Okay, that's all from me.. I hope resepini dapat membantu anda semua. It's simple saja.. semua orang boleh try.. Okay.. ^_^

 
Images by Freepik