Eyka Blog

Friday, 3 November 2017

Nasihat serba sedikit by Ms. Eyka

Assalamualaikum.... 😃

Korang semua sihat? Eyka disini sihat walafiat.. Hopefully, para readers yang lain semuanya sihat belaka...

Hehehe, dh lama Eyka tak luahkan perasaan dekat sini.. 😊 Blog ni pun dah macam berhabuk n bersarang. Maklumlah, dulu rajin bebenor update kat sini. La ni nak buka pun dah malas!

Okay, untuk pengetahuan semua Eyka sekarang ni dah masuk sem 2. Ada lagi 3 sem perlu Eyka hadap! Hmm, tapi sem 2 ni pun dah cukup perit sebenarnya.. Tak macam sem lepas.. sem ni dah boleh nampak sikit sapa lawan, sapa kawan.. etc.

Baru-baru ni kelas Eyka melalui banyak gangguan emosi dan perasaan. Assignment? Alhamdulillah, tak macam sem lepas sem ni Eyka rasa semua orang macam bersungguh-sungguh sikit bila melibatkan assignment. Cumanya yang masalahnya adalah segelintir manusia tu.

Eyka cuma nak nasihat dekat sini satu perkara saja. Jangan pernah sesekali menilai seseorang itu daripada luarannya saja. Mungkin, luaran dia menampakkan macam dia ni jahat, selekeh, tak baik dan sebagainya. Tapi hakikatnya kalau nak tahu kenalilah orang tu terlebih dahulu sebelum kau menilainya. Kenapa Eyka cakap macam ni? sebabnya Eyka ada kawan ni muka dia suci nak mampus. Dia pijak semut pun belum tentu orang perasan. Pendekkan cerita muka yang selama ini kami bayangkan suci rupanya.... FAKE semata!! Akhirnya, muka yang macam penyangak tu juga rupanya baik sesangat. Satu lagi Eyka nak pesan. kekadang kita ni tak boleh dengar satu belah pihak saja. Lebih afdal kita dengar dua belah pihak baru adil. Tak gitu?! takut sebelah cakap lain sebelah lagi cakap lain.. Nak lagi senang meh buka meja ajak sembang sekali.. Settlekan masalah!! Simple kan? Tapi yang simple tu lah susah nak buat... *geleng kepala*

Cukup cerita pasal benda tu...

Satu lagi Eyka nak tanya.. korang pernah tak ada kawan yang kuat sentap? 

Hmm... Nazubillah.. Eyka kekadang tak suka orang yang macam ni.. Even, Eyka ada adik yang kuat menyentap.. (Better aku hadap adik aku sentap daripada orang luar menyentap dengan kau) (ADA FAHAM??_ 😏) Muka dia bila sentap tu.. macam nak sepak jew.. Bukan apa.. Eyka tak rasa apa yang Eyka cakap tu kasar. Well, biasalah orang penang memang cakap bunyi dia macam kasar!! Nak buat macam mana. Kita kalau dah berkawan kena saling memahami.. Takkanlah aku nak paham kau seorang jew. Aku pun ada 💓, ingat kau seorang jew yang ada!!! So, korang kalau ada orang yang macam ni korang buat apa? Seriusly, Eyka cakap.. Eyka orang macam ni Eyka malas nak pujuk.. Okay, kalau Eyka salah Eyka memang direct minta maaf.. Tapi kalau orang ni nak menyentap lagi memang minta simpang peduli apa aku.. Banyak lagi benda nak fikir selain sentap kau.. Okay... Hopefully, buangkan sikap sentap tu gaiss!! Tak semua benda perlu sentap.... Ada certain benda yang boleh kita sentap dan ada certain benda anggap jew benda tu tak penting.

Hmmm... 🤔 lagi.. lagi.. emm... oh yrw, semalam eyka ada appointment dengan Dr Gigi.. Hehehe, Eyka dalam peringkat fasa 1.. semalam setiap gigi graham eyka kena pasal satu rubber band ni untuk renggangkan gigi tu.. sebab next week nak letak cincin besi.. Wish me, luck gaiss!! Setakat ni makan bubur jew.. *duck face* Takut nak kunyah benda lain.. Sakit? Emm, time pasang benda alah tu sakit.. tapi balik rumah... alhamdulillah,tak sakit pun...

Okaylah.. bye² semua... Eyka minta diri dulu.. nanti pape eyka update lagi dekat sini..

XOXO

Thursday, 13 July 2017

L.U.L.U.S

Assalamualaikum, semua.. salam sejahtera juga Eyka ucapkan.. 🙋😄

Eh.. eh... lama benor tak datang ziarah blog ni. Dah berhabuk gamaknya. Entah.. entah.. peminat Eyka semua dah pakat lari dah. 😢 [perasan] 😒

Maaflah Eyka busy nak mampus! [hakikatnya malas -,-] sebab tu tak ada masa nak buka.. Lagipun, tak ada story yang menarik nak dikongsikan. He! He! He! Btw, baru hari ni rasa macam ada benda yang Eyka nak kongsikan sikit dekat korang semua...

Pengalaman pergi test JPJ‒!!

Setelah... em.. rasanya 1½ bulan juga.. Eyka pergi praktis bawa kereta dengan moto dekat sekolah memandu tu. Akhirnya, hari ni adalah masa yang ditunggu-tunggukan. Ya Allah, punyalah ketaq lutut nak mampus.. Hati ni dok dub.. dab.. dub.. dab.. Praktis dah banyak kali dah woi tapi dok rasa macam tak boleh² lagi. Mana tak ketaq?!? Dari rumah dah berdoa dekat dalam hati.. supaya Lulus, tu ja! Eyka tak minta lebih dah.. Motor & kereta serentak lulus semua. Malas, nak menyusahkan mak pak... kalau gagal of coz lah kena bayar lagi kalau nak belajar. 😞

13/07/17 ↴↴

Pukul 9 pagi macam tu sampai dekat sekolah memandu.. Pihak JPJ tu bagi taklimat, pendaftaran apa semua.. Dan kemudiannya terus bergerak dekat tempat test motor.. Tahu tak gaiss!! No angka giliran Eyka adalah yang pertama sekali.. Ku fikir, no-2 ke? no-3 ke? Bolehlah juga tengok orang lain buat macam mana dulu.. Ni tak!! Eyka yang pertama.


  1. Mula² kena buat RPM (Rutin Pemeriksaan Motor)..
  2. Lepas, RPM tunggu giliran lagi sekali pastu baru ambik motor dan buat KPP2..(titi, bengkang bengkok, brek kecemasan, jalan tak rata & berlapan)
  3. Lepas tu, berhenti dekat KPP3 buat pemeriksaan lagi sekali & jalan.. (ni dia nak tengok kita bagi signal macam mana, jalan dia banyak straight ja... tapi agak mencabar juga.. sebab calon selalu lupa bagi signal bila belok)


TAMAT! 

Tunggu dia bagi keputusan, Eyka terus direct pergi buat test kereta pula. Alhamdulillah, time tu cam nak teriak jew. Sesungguhnya Allah tu Maha Mendengar.. Eyka lulus KPP2 dan KPP3 sekali gus..

Okay, ketaq tu mula datang balik.. kereta pun sama..


  1. Mula², kena buat RPK (Rutin Pemeriksaan Kereta)..
  2. Lepas tu, tunggu giliran buat dekat bahagian DALAM dulu (jalan 's', jalan 'zig zag', bukit, parking & 3 penjuru)
  3. Lepas tu, JALAN RAYA pula..

TAMAT!

Alhamdulillah, semuanya LULUS!! Macam tak percaya jew.. Balik tu habaq kat ayah.. Ayah punya banggalah.. Ayah ingat Eyka kemungkinan gagal hat mana-mana.. Tengok², anak dia Lulus.. Ya Allah seronok tak terkira. Eyka pun ingat nak gagal.. Tak semua, satu, dua cam tu. Tengok².. alhamdulillah..

So, moral value dekat sini.. USAHA ADA, DOA PUN ADA!

Lagi satu pesanan Eyka.. bila kita berhadapan situasi macam ni.. Cuba untuk relaks, abaikan orang sekeliling, tahu hormat orang, senyum sentiasa.. Tu jew.. 😉 KUNCI untuk segalanya..

Okaylah, tu jew yang Eyka nak kongsikan dengan awak sekalian.. Thanks sebab sudi jejak ke blog Eyka ni.. Eyka hargai sesangat..

Bye...

Semoga bertemu lagi.. 😂


Monday, 29 May 2017

3 Ramadhan 2017

Assalamualaikum, semua.. & salam sejahtera untuk yang bukan islam Eyka ucapkan.. 😥 

Siapa rindu Eyka? Ha! Ha! Ha! Cis, ada ke manusia yang rindu nak baca blog ni lagi? Btw, banyak benda dah berlaku dalam hidup Eyka.. sekarang ni Eyka dah sambung belajar dekat uitm merbok, kedah. Alhamdulillah, nanti nak masuk sem 2. Lagi satu, sekarang ni Eyka tengah ambil lesen kereta & moto. Yeay!! 🎉🎉 Lepas ni, boleh pergi mana-mana sendiri. InsyaAllah doakan Eyka lulus sekali test yrw. Walaupun, tak pernah bawa. Hihik! Bukan apa tak nak bayar banyak-banyak kali. Menyusahkan. 

Lagi.. lagi.. Hmmm...

Baru-baru ni Eyka dapat panggilan daripada pihak hospital mengatakan Eyka dipanggil untuk buat braces. Ingat tak dulu Eyka pernah cakap yang Eyka punya gigi macam 'Rabbit' kedepan. Tapi.. entahlah, Eyka rasa tiba-tiba benda tu tak penting dan melecehkan. Eyka tak tahu nak pergi ke tak! berbelah bahagi. Haha! Satu lagi mungkin sebab takut sama.. 😓😓 dan Eyka sebenarnya benci dokter gigi!! Entahlah kenapa.. 

Sebenarnya dah macam-macam berlaku dekat hidup Eyka. Kadang-kadang Eyka semakin takut nak membesar. Alahai, rindunya zaman sekolah dulukan. Berkeliaran sana sini bila cikgu tak ada. Hihik! Mmm, Ooo, lupa pula! nak ucapkan selamat menyambut hari ramadhan semua. Jangan cilop-cilop makan pula yrw!!! Eyka tak pew.. #onlyladiesknow

Ya Allah, apa lagi yrw nak luah?! Hmm, rindunya dengan blog ni. Bersepah dengan entri lama yang entahlah ada orang baca ke idok! Btw, siapa yang rindu nak baca cerita Eyka silalah pergi dekat 》 wattpad 《 Boleh, klik dekat sini.. tapi sebelum tu korang kenalah ada acc sendiri untuk masuk. Dekat sini macam-macam cerita korang boleh baca. Semuanya free okay!! jangan risau *wink* *wink* 

Rasanya.. sampai situlah cerita Eyka.. Bye, semua.. semoga bertemu lagi kita..

xoxo

Sunday, 12 February 2017

Life

Dear Zindagi (Life)....

Ahahaha, xD
Ini semua gara-gara terpengaruh tengok cerita hindustan yang SRK berlakon tu, Dear Zindagi..
Btw, Eyka tulis entri kali ni adalah.. Hmm, entahlah mungkin sesaja.. Rindu nak luahkan perasaan dekat blog ni.. Korang semua macam mana??? Sihat?!? =D
Eyka dekat sini sihat walafiat ja lagi.. Hmm, macam mana life dekat U?!? K.O
Hahahak.. well, setiap orang pasti ada pahit, manis, gula, derita, suka dia.. Conclusionnya, I just miss my old high school and seangkatan yang bawah-bawah dia. Hidup U ni dia banyak bebanan yang harus ditanggungnya. Ku fikir dulu mudah untuk belajar di U ni.
Biasalah kelas ikut suka, pakai ikut suka, kawan adalah ibu bapa... makan ikut suka...

Tapi..

Tapi....

Hakikatnya adalah sebaliknya.. Boleh dikatakan hari ni test.. esok lusa dengar kata ada test lagi.. *serabut!!
Assignment.. toksah kata.. setiap hari, setiap kala nak ada assignment.. Huhuhu!! T^T Eyka sendiri tak faham why?!?
Makan??! Hmmm, kalau dulu dekat kantin sekolah RM1.20, RM1 saja kalau makan.. tapi dekat U.. semua standard gerai makan kat luar sana.. Terpaksalah kekadang den ikat perut makan biskut kering.. Entertaiment, toksah nak kata.. 0 entertainment.. Boleh dikatakan setiap hari juga Eyka nak balik rumah.. Yrwlah, Bukan nak kata tapi merbok tu memang tak ada apa.. Takkan nak tala Sg. Petani setiap hari.. Rabak duit aku nak bayar tambang teksi!!

Okaylah.. okaylah.. setakat sini dulu Eyka cerita pasal Life Eyka akhir-akhir ni.. Maaf kalau ada kata yang tersinggung hati para pembaca atau sebaliknya.. Eyka cuma nak luahkan perasaan..Maaf!!

Sunday, 25 December 2016

My 1st Experience!

Assalamualaikum, reader sekalian.. & hi pada yang non-muslim.. 👋😁

Without wasting our time, Eyka nak share saat detik-detik 'surviving mode' Eyka sepanjang ada dekat U ni.. Well, bila semua orang dengar perkataan university ni.. Mesti dia orang akan rasa wow!! minah ni masuk U lah.. mamat ni belajar dekat U tu lah.. Hebat.. hebat.. Sebenarnya, di mana pun kita belajar yang penting niat  & nawaitu kena betul.. Bagi, yang islam.. kita menuntut ilmu kerana ia adalah suruhan ALLAH S.W.T... Bagi, yang non-muslim pun.. Mesti dia orang nak menuntut ilmu agar menjadi orang yang berilmu tak gitu?? 😊😉

Sepanjang Eyka ada dekat merbok ni.. Alhamdulillah, even though kekadang tu rasa macam struggling sikit.. Tapi, Eyka cuba juga untuk kuatkan semangat n tak mau.. tak mau nangis.. 😣 walaupun, kekadang tu menitis juga air mata ni. Tapi dalam bilik air time mandi tu lw.. 😢😢 Orang kata air mata tu tak salah untuk dititiskan.. Sebab ia membuatkan kita berasa lebih kuat dan kurang penderitaan.

Ooo, nak habaq!! Hari tu 1st time Eyka balik seseorang diri naik kTm.. Ambil, teksi naik dengan roommate n kekawan dia. Perhh! Dugaan yang Eyka tempuh waktu tu kan.. Roommate dah booking teksi tu dari semalam lagi dan dia kata boleh.. boleh.. Esok harinya, bila call lagi sekali dia tetiba cakap.. Ah! sorrylah 'jalan jem'!! tak leh nak mai ambik !! I was like what?! Kami pun kalut call teksi yang lain-lain.. Moga-moga boleh mai ambik kami. Tapi semuanya dah penuh dan kalau boleh mai ambik pun dalam pukul 9 malam.. Gila kau!! Takkan nak balik naik kTm tengah-tengah malam!!

Akhirnya, dapat call satu teksi ni dia kata boleh ambik pukul 7. Sementara, nak tunggu pukul 7 kami p makan dulu. Perut sudah kenyang, hati sudah tenang sikit. Roommate pun call pak cik tu. Pak cik tu kata dah sampai.. Plat bla.. bla.. Kita orang pun pergilah dekat teksi tu. Time pak cik tu macam blurr.. blurr.. Pak cik tu actually ada penumpang lain. Kiranya macam pak cik yang kami call tu sebenarnya tak boleh mai.. dan minta orang lain yang dah ada penumpang hantar kami.. Tapi penumpang dia tak mai lagilah.

Disebabkan dia kesian dengan kami dan kami pun dah naik dalam teksi dia.. Dia pun baik hati hantar kami.. Dalam teksi tu, dia punya bla.. bla.. marah pak cik teksi yang buat kami macam ni. 😠😠

Ku fikir tak sempat nak naik train pukul 7.42 sebab sampai dekat satu jambatan ni punyalah jem.. sebab ada kemalangan. Ah! Eyka rasa pak cik tu ambil penumpang lain dulu sebab tu dia kata dia tak leh ambik kami sebab jem. Kuang asam punya pak cik!!

Dalam hati Eyka ni tak henti-henti berdoa agar sampai. Alhamdulillah, dalam pukul 7.30 Eyka pun sampai dekat stesen tu. Terus beli tiket nak ke 'parit buntar' terus.. Tapi kena turun dekat Bkt Mertajam dulu untuk tukar train..



Ku fikir nak naik seseorang. Gabralah juga!! Nama pun perempuankan.. So, dalam hati dah siap baca surah 'Kursi' sebagai pelindung diri. Tapi waktu duduk dekat tempat menunggu tu.. Eyka dengan berani tegur perempuan dekat sebelah ni. Alangkah, tidakku sangka.. Dia pun student dari Uitm Merbok. Nak turun dekat tasik gelugur.. Kawan dia dari parit buntar.. Yeay!! Dalam hati sudah meloncat-loncat kegembiraan. Apa lagi.. Eyka pun berkenal.. kenalan dgn dia orang sampailah dekat bm.. Eyka terjumpa Aina (kawan lama sklh menengah) .. Ahaha.. 😆😆 sungguh tkku sangka..

Dekat bm tunggu dekat platform 3.. bila train sampai.. naiklah pergi ke PB..

Alhamdulillah, dalam pukul 9.. Eyka sampai dekat rumah.. Itulah my 1st pengalaman..

Sunday, 11 December 2016

I make my own decision!

Assalamualaikum, to muslim.. & hiiii, to non-muslim.. ^^

We meet again after that MAMA Award post... Acewah, feeling macamlah aku ada dekat Mama Award tu.. Btw, did anyone miss me?! Ahahaha, if 'yes'.. 😍😍 Luckyly, that I miss all of my readers too. Tyvm, 4 staying wth this horrible teribble blog.. I hoped the story tht I share to u at here.. R very helpful & useful.. 😉 Okay, tak nak feeling2x broken english sangat.. b/c I'm not prefectly fasih berbahasa inggeris..

Now, I want to share to u all my desicion tempoh hari about universiti mana yang Eyka patut choose 4 my future life... Alhamdulillah, setelah membuat solat istikharah berkali-kali, minta pendapat orang yang berilmu.. Akhirnya, I choose to go to UITM.. kasi hashtag sikit #uitmkedahdihatiku.. ^^ ahahaha.. Ceqq, nak habaq mai minggu MDS tu amatlah memenatkan.. Boleh dikatakan semua benda yang kami buat nak kejar masa. Well, 'masa itu emaskan'.. jadi hargailah masa.. Ia berlangsung selama 4 hari sahaja.. Hmph, apa lagi erkk? makanan disediakan.. Akak2x pm & abang2x pm semuanya sporting belaka... Like seriously, I want to learn how to be Mc like them.. So, supporting & tegas ! xD Lagi?!?!?! Hmmm, of cos I meet to many chingu (friends) at there.. And alhamdulillah setakat ni Eyka rasa roommate & kawan-kawan Eyka okay lagi..

But, I dunno what will happen in the future.. --' I hope kita orang takkan ada perselisihan faham.. U know wht I mean kan? Girls is so complicated.. Salah sikit nak sentap!! bukan nak mengata.. Even though, I'm also the girls... Lainlah kalau dah tukar jantina.. xD hehehek!! Pokoknya, Eyka berdoa semuanya baik-baik sahaja..

Okay, how bout my course? Eyka dapat course Information Management (IM110).. I dunno about this course in details yet.. cause semuanya baru introduction.. So, otak pun still blurr~!! 😁😁 I hope pasni tak mau dah blurrr3x..!! But, u know msuk U ni semuanya totally in english.. OMJJJJ?!!?! So, start from now on.. I must learn it a little bit.. Well, I can understand it.. But, I dunno how to write it.. And speak it.. Eyka rasa semua orang sama.. BEtul tak?!😎😎

Lagi satu.. masuk U ni semuanya kena bersabar.. Perlu ada skill surviving yang tinggi.. Ahaha, I thought bila masuk U ni macam heaven... alah, macam dalam drama tu.. But, it's was totally not the same way as drama show u!!!! All of that is totally F>A>K>E !!! Pasni, Eyka bagi amaran jangan percaya sangat dengan drama!! KONON, 1st orientasi langgar bahu jatuh cinta.. PUIH!! Itu semua dusta belaka.. HOMESICK yang ku dapat adalah 😭😭

Baiklah, rasanya setakat tu saja kowd.. Emm, sebelum kita bersurai.. Meh, Eyka belanja gambar sikit..

This is our room & my 2nd house 😔~ I dunno why... Rsa mcm dua2 feminine sesgt.. Padahal, Eyka suka kaler purple.. Tiba2 rasa mcm purple ni lma2 mcm pink.. So, gegirls.. LOL!! Belah ni katil Eyka.. 👉



Saturday, 3 December 2016

MAMA 2016 AWARDS !! [WINNER]


MAMA 2016 Winner:

  1. Album of The Year: EXO


  2. Artist of The Year: BTS


  3. Song of The Year: TWICE


  4. Best Dance Female: GFriend
  5. Best Male Artist: Zico
  6. Best Rap Perfomance: Cjamm, Bewhy “Puzzle”
  7. Best collaboration: Suzy & Baekhyun “Dream”
  8. Best Music Video: Blackpink “Whistle”
  9. Best Band Perfomance: CNblue
  10. Best Female Group: TWICE
  11. Best Male Group: EXO
  12. Best Vocal Perfomance Group: DAvichi
  13. Best Dance Perfomance SOLO: Taemin “Press Ur Number”
  14. Best Vocal Perfomance Female SOLO: Ailee
  15. Best Vocal Perfomance Male SOLO: CRUSH
  16. World Performer: SEVENTEEN
  17. Best Dance Perfomance Male Group:  BTS
  18. Best Female Artist: Taeyeon
  19. Best OST: Lee Juck “Don’t Worry”
  20. Worldwide Fav Artist: GOT7
  21. Best Asian Style Award: EXO
  22. Best New Male Artist: NCT 127
  23. Best New Female Artist: I.O.I
  24. 2016 Best of Next Award (Female): BLACKPINK
  25. 2016 Best of Next Award (Male): Monsta X
 
Images by Freepik