Eyka Blog

Saturday, 7 May 2016

JJPP (Jalan-II Pergi Penang)


Where are we heading to?!?

Assalamualaikum semua.. Hari ni Eyka nak cerita dengan korang semua. 

Emm, khamis semlm punya semalam Eyka patutnya pergi langkawi ikut trip dia orang pergi langkawi. Tapi Eyka tak pergi sebab pertama, bajet nak pergi tak ada (cukup tapi sayang nak hulur bawa keluar.. Rasa membazir & malas gila!! So, khamis tu.. Cadang dengan seorang akak ni (kwn giat kita >,^) Dia pun tak pergi.. So, kami berdua pun semalam keluar pergi jejalan ke mana??

Of courselah ke penang ke kita.. Hik8!! We're heading to Queensbay.. Dekat queensbay tempat pertama yang kami tuju ialah Daiso!! Omo~! Omeylah barang-barang dekat situ.. Kedai dia lagi banyak choice & besar berbanding yang dekat Jusco ALma tu.. Rambang mata ceqq menengoknya. Lepas tu, masuk kedai Jelly Bunny.. Emm, kedai ni sedaplah bau dia.. Bau jelly.. Kikikiki.. Lepas ronda2 satu Queensbay.. Turun dekat ground floor singgah masuk dalam satu kedai ni yang jual asam.. Orang mai beli kami mai try makan tester saja. Hat tuu yang lawak tuu.. Try punya try tetiba tetry benda alah ni..


Hissyy!! Geramnya.. Aku ni main makan saja.. Tengok.. tengok KACANG WASABiiii ...!!! Haish!! Tak lak guna betul.. Berapi-api jw lidah ni rasa. Tapi ia tetap tak memutuskan semangat aku untuk terus cuba lagi makanan lain. Ahahak!! 

Lepas penat jalan.. singgah makan.. Perut pun dah bunyi groooowll.. *mohon diisi katanya*


Subway.. 1st time, try ni.. not bad... Price dia pun agak berpatutan.. Ingatkan mahal gila nak mampus..!! Hat ni kami buat sendiri kami punya sandwiches. (^_<) Holaaa.. And then, destinasi seterusnya ialah.. singgah Sunway Carnival.. Dekat situ pergi kedai kasut.. 
Kak Ekin nak pergi cari kasut.. Singgah kedai ni kejap.. *Hanya mampu menerai saja kita ni*
Lepas tu, pergi sp arena dekat seberang jaya.. Ada buat sales kain murah-II.. Ni yang buat dua2 orang excited ni.. Mentang-mentanglah belajar menjahit =,=' 
Pilih akak.. korek sampai ke lobong cacing.. ^_^
Okay, it's time to go home!! Sebelum tu, singgah makan lagi dekat Pak Mat Western.. *nampak tak makan jw kerja kami* Waktu tu, langit kelihatan redup saja. *tanda2 nak hujan* 
Mix grill *me* Homemade meatball 100% *kak Ekin*

Tiramisu blended *me* Mocha blended *kak ekin*
Waktu ni it's so funny.. sebab semua orang tengok kami macam sedap gila..!! gila makanan yang kami makan tu.. Depa usya jw.. Ahahaha.. 

p/s: Dalam pukul 8.00 malam macam tu kami berdua baru selamat sampai.. Berani juga kak ekin drive sampai balik rumah even hujan lebat.. T^T Expert siut!! Teringin nak jadi macam dia. What a tough, brave, brilliat.. and soon. She's the greatest one. Nanti kita jejalan lagi okay. ;)





Monday, 2 May 2016

How bad luck I was today?!?

Assalamualaikum semua..

Semua apa khabar? Sihat walfiat ke? Huhu, Eyka dekat sini alhamdulillah sihat sahaja. Emm, lama tak update sesuatukan.. Kejap saja masa berlalu. Tengok-tengok dah masuk bulan 5. T^T Kawan-kawan semua dah ada haluan masing-masing. Eyka? Hmph, setakat ni masih lagi ingin berada di giatmara sampailah semuanya tamat. Lepas tu?? Biarlah Yang Maha Esa yang menentukan segala-galanya.  *kenyit mata tanya selere* Kikikiki >,< Btw, back to the title.. Hari ni nak cerita.. Wht a sad story?!? Td pergi bank ingatkan nk cocok bawa keluar duit. Masya-Allah, entah macam mana boleh lupa no. pin.. What a stupidest I am!!! Tak pasal-pasal kena marah dengan mak dekat situ.. Huhuhu, malu ceqq.. Mujur mesin tu tak telan card bank kitew!! Minta-minta, esok mama try boleh!! Please, everyone pray for me..

Mungkin, ini padah bila mama tanya nak buat apa bawa keluar duit RM******************* She was liked shocked when I said liked that.. Actually, nak buat surprise bagi dekat dia RM****** dengan ayah RM******** Saja.. teringin nak merasa bagi duit sendiri dekat mak ayah.. Kalau kita habaq nak bagi bukannya dia nak terima.. katanya, simpanlah untuk nanti-nanti.. That why Eyka tak nak bagi tahu kenapa Eyka nak bawa keluar banyak tuu..

Walaupun, actually valued dia taklah banyak mana nak dibandingkan dengan apa yang diaorang dah buat sepanjang Eyka lahir.. But, then semuanya tak kesampaian.. Dugaan telah menimpaku terlebih dahulu *sob sob* Please, pray 4 me.. Moga-moga, esok try elok balik card tu.. T_T jebal!!

Oh yrw, lepas pergi bank. Mama drop Eyka dekat rumah kawan Eyka iaitu Milia.. Omoyai, sesampai saja dekat rumah dia.. Eyka cuba tahan sebak ni. Actually, nak teriak!! Tapi tahan juga!! Okay, we hangout pergi jejalan dekat mydin.. Omoyai, hilang kejap perasaan serba salah, takut or whatever tu..






Ingatkan nak mengopi..>>Peminat kopi sebenarnya Eyka ni, walaupun actually tak boleh minum kopi<< *bukan selalu* Oh yrw, waiter tu kata kopi dah habis sebab semalam hari pekerja. Dia orang bancuh kopi tu bukannya dari serbuk tapi dari biji kopi itu sendiri.. So, kilang tu tutup 4 awhile sebab hari pekerja. Tak apalah, janji dapat jumpa 2 orang sahabat yang selama ni menjadi tulang belakang ku disaat jatuh dan bangun. Nanti dia orang nak masuk F6 dah.. Confirm, semua lagi pakat busy. Alang2 hari ni tak tahu nak buat apa.. Keluar sajalah..

Wednesday, 13 April 2016

How miss I was to him?!?

Ahak3, damn it~!

Dalam pd Eyka tengah tengok moment orang tetiba boleh pula ter 'stalk' dia punya profile balik. Kelakarlah.. agak terkejut tengok gambar terbaru dia yg ala-II abg sado tu. Well, my heart was immediately start to *dugubbb dugubb* & aching. I know this thing well happen again.. Why?!? sebab ada pepatah mengatakan kita memang takkan pernah lupakan first love kita walau apapun yang terjadi. Siapa sokong?!? Ahhaaaa.. Tak apalah.. kejap jw virus ni. Minggu depan baiklah.. sebab minggu depan Eyka busy balik. Sekarang dia tengah tak busy. Baru habis buat baju kebaya. Tu yang meroyan tu...

Esok2, tulat2, seterusnya, selepas itu.. lupalah balik.. Well, dia ada musim dia. betul tak?!? Ad jodoh kita ONNN..!! kikikikikiki.. tak ada jodoh tak apa.. mungkin Allah tu ada yang lebih baik & sesuai dengan kita. Who's know? Apa yg penting DOA, USAHA... TAWAKAL.. REDHO..! Ada phm~!
p/s: Thks to my little sis.. b'cuz of her 2day Eyka ada chance tuk berborak dgn dia. Setelah sekian lama tak tegur. Emm, jadilah.. lepas sikit sakit meroyan ni *laugh* Nnty raya ceqq tegur blk.. Buahahaha... Do I look like a pschyo + crazy person?? Perrhh, ad gua kisah.. (=-,-=)

Sunday, 3 April 2016

Resepi Oreo Cheese Cake

Oh yeah..

Ni pun lagi satu resepi yang Eyka nak share. Entah kenapa, semalam rajin sangat nak masak + baking. But, yang ni Eyka tolong sikit-sikit saja. Adik Eyka ~> Hirah yang buatkan.. I'm prefer cooking than baking. And she loves baking than cooking.. Kikikiki, kita orang ni terbalik sikit. Tapi nak buat tu bolehlah tapi tak se-terer dia buat.. Dia pun kalau masak tak se-terer Eyka. Masak telur je yang mampu.. (Jahat tak kite..) *renyeh* Mianhae..~! =>^<=

Okay, resepi ni Eyka ambil dari My Baking Workshop .. Eyka suka tengok resepi cake, kuih muih.. & soon dekat blog dia.. Semua simple.. Okay, meh turn Eyka pula nak share dengan korang. *kenyit mata*


Base:
  • 200g biskut oreo (hancur)
  • 50g butter (cairkan)

Cara Buat Base:
  1. Satukan biskut oreo yang telah dihancurkan bersama butter yang telah dicairkan. Gaul rata.
  2. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci & tekan hingga rata.
  3. Bakar dalam oven pd suhu 180 celsius selama 10 minit. Ketepikan & sejukkan sebentar.

Filling:
A
  • 750g cream cheese
  • 130g gula kaster
B
  • 1/2 sk esen vanila
C
  • 3 biji telur
D
  • 200g whipping cream
E
  • biskut oreo (hancur)
Cara Membuat Filling:
  1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Kemudian, masukkan bahan B, pukul lagi.
  2. Masukkan pula bahan C satu persatu. Pukul sebati.
  3. Masukkan bahan D. Pukul sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan E, gaul guna spatula 
  5. Tuang adunan kedalam loyang base tadi. Ratakan permukaannya sedikit. 
  6. Bakar dalam oven 180 celsius selama 60 minit. 
  7. Bila kek sudah masak. Biarkan ia sejuk sebentar. 
  8. Hias kek. Eyka ambil biskut oreo yang dihancurkan & gunting kertas ikut huruf yang Eyka suka & susun atas kek. Dan Eyka shake oreo tu dalam bekas penapis. Bila dah siap tarik kertas tu keluar & akan dapat perkataan tu..
  9. Masukkan dalam peti sejuk semalaman & boleh dimakan..



p/s: Semoga berjaya semua.. Simple saja.. Semua orang boleh buat.





Resepi Lasagna Roti

Assalamualaikum.. Hek3, bertemu lagi kita pada hari ini.. Harap korang semua tak jemu dengan tajuk kita pada hari ini, ok..~! (-,- dah macam buat show tv pula)

Tanpa lengahkan masa.. meh Eyka share dengan korang Resepi Lasagna Roti yang Eyka ambil dari sedaptube Thanks 4 sharing that simple recipe.. So, sekarang giliran Eyka pula nak share dengan korang semua.. *kenyit mata sebelah*

Bahan dia senang saja..

Bahan:
  • Roti
  • Telur 
  • Susu segar
  • cheese keping
  • mozarella cheese (diparut)
  • daun sup
  • cili merah
  • sos lada hitam (Eyka letak serbuk lada hitam)
  • sos tomato (Eyka gantikan dengan sos kimball yang nak buat kuah spaghetti tu)
  • daging cincang (Eyka guna produk Ramly)
  • bawang besar & putih
  • garam
Cara Buat Inti Daging:
  1. Panaskan kuali dengan minyak. Kemudian, tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang hingga empuk.
  3. Masukkan sos kimball spaghetti tu, serbuk lada hitam & masukkan air sikit.
  4. Perisakan dengan garam 
  5. Masak semua sehingga kering.
Cara Buat Lasagna Roti:
  1. Sapukan seluruh pan dengan butter supaya tak melekit.
  2. Pukul telur dengan susu sehingga sebati.
  3. Celup roti dalam bancuhan susu tadi (tapi sebelum tu Eyka lenyet dulu roti tu supaya nipis) & susun dlm bekas sehingga penuh.
  4. Tuang separuh inti daging tadi ke atas roti & ratakan.
  5. Susun slice cheese diatas daging.
  6. Ulangi langkah 3 hingga 5 mengikut kesukaan anda sehingga berapa layer.
  7. Akhir sekali, tabur mozarella kat lapisan atas sekali.
  8. Jika ada lebihan telur siram diatas roti.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 180 celsius lebih kurang 30 minit.
Jeng3..~! .. ni rupa dia lepas keluar dari oven.. Hat ni Eyka letak 20 minit. Kalau nak keperang-perangan lagi letaklah lama lagi..

Rupa dia waktu kena potong.. *renyeh*
p/s:- Okay, that's all from me.. I hope resepini dapat membantu anda semua. It's simple saja.. semua orang boleh try.. Okay.. ^_^

Friday, 1 April 2016

Berdebu~!

Assalamualaikum semua..

Maafkan daku kerana baru sekarang boleh up-to-date something.. masih ingat lagi anda semua dengan cerita My Worst Days ?!? Ke dah lupa.. *sob sob* Sampai atyy.. Well, btw, jangan risau.. bg sesiapa yg sedang menunggu sambungan utk cerita tu bawa-bawalah bersabar. I'm very busy disaat masuk giatmara ni. Banyak benda nak kena buat and settle. Errrkk, >_< Oh yeah, tapikan berkemungkinan besar Eyka lepas ni akan banyak update cerpen berbanding dengan cerita-cerita ber-episode ni.. Hehek3.. So, maybe sambungan utk My Worst Days Eyka akan post lama lagi.. *mianhae*


Tup! Tap! Tup! Orang kata kejap shja masa berlalu tengok-tengok dah masuk 1 April.. Kan3..?!? Alhamdulillah, Eyka masih lagi mampu bertahan dekat giatmara setakat ni & dah banyak benda Eyka belajar. Macam2 lah.. belajar jahit, belajar utk jadi matang.. belajar.. & belajar.. until I'm stressed out!! Hak3!! *big laugh* 

Emm, setakat ni Eyka dah belajar buat baju:-
  • Baju kurung tradisional
  • Blaus & Skirt
  • Baju kurung moden
  • Baju hamil
  • Baju silat 
Well, tinggai ..:
  • Baju kebaya moden
  • Seluar slek
  • Baju korporat
  • Baju kanak-kanak
  • Baju jururawat
  • Jaket wanita
  • Sulaman 
Sadisss juga ...~!! T^T sebab dapat tahu baju melayu tak ada dalam modul.. Huhukk, Eyka dah semangat janji dekat Abah (Tok lelaki) nak ajar buat baju melayu tu.. Dah janji dengan pak su nak buat baju melayu dia raya nanti.. *sob sob* Hisy!! Sabar sjalah.. 

Okaylah, that's all apa yg berlaku dalam hidup Eyka akhir-akhir ni. Actually, banyak lagi nk cerita. tapi nanti kang tulis panjang berjela pula.. dah jadi cerita berepisode.. Kikikikiki.. =^_^=  Bye semua.. Semoga bertemu lagi kita di lain hari dgn lain cerita. *kenyit mata*


Sunday, 6 March 2016

SS : Cinta Yang Pudar

#Cinta Yang Pudar
====================================================================


Wajah Jihyo kelihatan sugul, berkali-kali dia cuba menghubungi buah hati pengarang jantungnya itu. Namun, si dia tetap tidak menjawabnya. Hati Jihyo semakin lama semakin terasa tidak enak. Seolah-olah sesuatu yang dahsyat akan berlaku.
XXX
Sementara itu, didalam bilik mesyuarat. Xia Junsu sedang rancak membentangkan proposalnya dihadapan bos besar. Orang ramai kelihatan fokus dan tertarik dengan setiap apa yang dibicarakannya. Telefon bimbitnya yang ditinggalkan pada setiausahanya berkali-kali bergegar menandakan ada orang yang menghubunginya. Hani iaitu setiausahanya menjawab. “Annyeong? Ini yeoja chingu bos ke?” soal Hani. Jihyo mula mengetap bibirnya. Kemudian, talian itu dimatikan dengan begitu sahaja. Hani mula mengangkat keningnya tanda tidak mengerti. Eh, dia pergi matikan pula. Dah kenapa perempuan ni? bisik hati kecil Hani.
Hati Jihyo mula berasa tidak tenteram. Kenapa akhir-akhir ni oppa dah macam tak hiraukan aku yrw? Betul ke apa yang dikatakan Gary yang oppa Junsu dah ada orang lain? Pelbagai persoalan bermain difikirannya sehinggalah lampu isyarat pejalan kaki berubah menjadi hijau. Tanpa melengahkan masa dia pun melintasinya.. Dan..
XXX
“Oppa!!” panggil Hani sebaik Junsu selesai meetingnya. Junsu mula memandang ke arahnya. “Oppa.. tadi yeoja chingu oppa ada call.” Beritahunya. Junsu mengangguk tanda terima kasih. Kemudian, dia kembali masuk ke dalam pejabatnya. Hatinya baru sahaja tergerak ingin menelefon kekasihnya itu. Dia ingin sekali menimbusi segala waktu yang diabaikannya atas dasar ingin menyiapkan projek besarnya itu. Today is the day! Hari ni juga aku akan lamar Jihyo sebagai yeobo ku selamanya, sengihnya seorang diri sambil terbayang-bayangkan wajah Jihyo didalam gaun pegantin.

Treett!! Treett!! Belum sempat dia ingin menelefon tiba-tiba tertera disitu nama ‘yeoja chingu~ Jihyo’. Junsu tersenyum manis. “Bae!! Awa.. awak dekat mana?!?” dengan semangat dia menjawab panggilan itu. Namun... Junsu pantas bangun dari duduknya dan menekup mulutnya tanda tidak percaya..
Dua tahun kemudian..
Kringg!! Kring!! Dia mula menuju ke bilik air sebaik terdengarkan bunyi penggera loceng itu. Dipicitnya ubat gigi itu dan disapunya pada berus giginya, sambil dia menggosok gigi.. pandangannya mula terbayangkan wajah Jihyo yang selalunya turut sama berada disampingnya dan memberus gigi bersama-sama. Junsu mengerdip matanya berkali-kali tanda tidak percaya. Dengan itu, bayang itu mula hilang..
Setelah selesai memakai sutnya, dia kemudian ke dapur untuk menyiapkan sarapan paginya iaitu roti bakar disapu jem. “Oppa..!! ppalli (cepat) nanti oppa lambat pula nak ke pejabat..!!” pop!! Roti bakar selesai dibakar. Junsu mula tersedar dari dunia khayalan.
Di pejabat..
Hidup dia menjadi tidak tenteram disaat pemergian Jihyo 2 tahun yang lepas. Hidup dia terasa kosong, kosong.. dan kosong. Hani iaitu setiausahanya mula mengetuk pintu pejabatnya. “Masuk!” arah Junsu. “Boss, ini dokumen untuk projek tu..” terang Hani. Junsu mengangguk. “Ermm, bos boleh saya tanya sikit?” soal Hani sebelum berlalu pergi. Junsu hanya sekadar mengangguk dan terus mengangguk. “Tak boleh ke bos lupakan kekasih bos tu?? Lagipun dia dah lama mati. Buat apa kita ingatkan orang yang dah lama mati tu..” terbeliak Junsu mendengar statement Hani itu. Fail yang dipegangnya itu dihempuknya diatas meja. Pekerja-perkerja yang berada diluar mula memandang mereka didalam pejabatnya itu. Maklumlah cermin lut sinar dan bukannya kalis bunyi pun. Hani mula tersentak. Salah ke apa yang diperkatakannya itu?
“Sebelum aku pecat engkau!! Baik engkau KELUAR!! SEKARANG JUGA!! KELUAR!!!!” jerkah Junsu membuatkan air mata Hani jatuh berderai dan dia pun lari keluar. Junsu mula meraup wajahnya. Jantungnya naik turun naik menahan amarah. Dilihatnya pekerjanya yang lain memandangnya seolah-olah dia makhluk paling kejam dan dayus sekali. Dia kemudian bangun dan menutup tirai kaca itu. Kemudian, dibukanya laci bawahnya.

Seandainya dia diberi peluang kedua.... ingin sekali dia mengubahnya..
>>SKIP<<
Setiap malam hari, Junsu akan berjogging disekitar kawasan perumahannya untuk tenangkan dirinya. Setiap hari, berada dirumah boleh membuatkan dirinya menjadi gila. Dia sering kali teringatkan arwah Jihyo dari pada pagi sehingga malam. Maklumlah, rumah itu banyak menyimpan kenangan mereka bersama. Kenapa tak pindah? Dia terlalu sayangkan Jihyo.. sebab tu dia tak dapat terima hakikat yang Jihyo telah pergi meninggalkannya.
Disebabkan terlalu penat Junsu pun berhenti disebuah kedai serbaneka ini untuk membeli air mineral. Di kaunter, dia terlihat kelibat seorang budak kecil yang sedang memandang sebatang lollipop panjang. Junsu terasa kasihan lalu mengambil sebatang lollipop itu dan membayarnya untuk budak kecil itu. Sejurus itu, dia pun keluar dari kedai itu dan duduk sebentar di bangkuk yang disediakan diluar kedai itu.
“Ajeossi (uncle)...” sapa budak kecil itu. Junsu yang sedang meneguk air mineral itu mula berhenti dan memandangnya. “Boleh saya tanya sesuatu?” soalnya. Junsu mengangguk. “Boleh saya tahu perkara apa yang ajeossi ingin lakukan sebelum ajeossi meninggal dunia?” Junsu mula ketawa berdekeh. Dia macam tak percaya sahaja budak kecil tu boleh tanya dia soal lepas apa nak buat selepas mati? “Emm, ajeossi kalau boleh nak selamatkan seseorang..” jelasnya sambil memandang ke atas langit. Budak itu mengangguk. “Kalau macam tu saya akan tunaikan permintaan ajeossi tu..” ujar budak kecil itu. Junsu mula ketawa dengan jenaka yang dilakukan budak itu. Ingin sahaja dia mencubit pipi montel budak itu, namun dilihat budak itu sudah pun hilang dari situ. Junsu mula menjadi panik. Aik?!? Dengan siapakah aku sedang berbicara tadi?
Junsu menggeleng. Mungkin budak itu sudah pulang agaknya, pujuk hatinya. Dia kemudian pulang ke rumah dan tidur.
Keesokkan paginya, patutnya hari-hari macam ni dia hanya menghabiskan harinya dirumah sahaja. Maklumlah, cuti umum. Kalau dulu Jihyo ada mesti dia akan datang dan masakan sarapan pagi untuknya. Lepas tu, keluar pergi dating sama-sama.
Ting!! Tong!! Ting!! Tong!! Loceng rumahnya berkali-kali berbunyi menandakan ada orang yang datang. Haikk!! Tak pernah-pernah orang datang bertandang ke rumahnya. Siapa pula ni? Dengan malas, dia mencapai bajunya dan menuju ke pintu masuk. Tanpa melihat pada lubang kecil siapakah manusia yang datang dia pun membuka pintu itu tanpa banyak songeh.
Alangkah, terkejutnya dia..

“Oppa!! Annyeong!!” ucap Jihyo dengan penuh riang gembira. Junsu bagaikan tidak percaya. Adakah ini bayangannya lagi?!? Tanpa menunggu Junsu menjemputnya masuk, Jihyo pun melangkah masuk tanpa pelawaannya. Diletaknya barang-barang dapur yang dibelinya sebentar tadi diatas meja kabinet dapur itu. Lagi sekali Junsu memandangnya dari jauh. Kalau itu bayangan sekali pun dia tidak kisah. Namun, kenapa suaranya.. bayangnya kelihat sangat jelas seolah real..!!
“Oppa!! Waeyo?? Kenapa pandang Jihyo macam tu? Macam nampak hantu sahaja..!” ngomel Jihyo. Kalendar yang sentiasa berada diatas peti sejuknya itu dilihatnya.
Sebulan sebelum tarikh kematian Jihyo? Apakah semua ni? Adakah selama ini aku sedang bermimpi yang Jihyo dah mati? Atau adakah ini mimpi yang Jihyo sedang hidup? Grrr!! Serabut!!
“Oppa!! Jihyo tak sukalah oppa buat muka macam tu..” ujar Jihyo lalu mencubit kedua belah pipinya. Junsu terasa seakan tidak percaya kerana dia berasa sakit apabila dicubit sebegitu oleh Jihyo. Kalau betul dia kembali ke masa lampau!! Ini sudah memadai.. kerana ada Jihyo di situ. Dengan erat dia memeluk Jihyo seerat yang mungkin. “Yah, oppa! Waerae? Jihyo tak boleh bernafas ni. Kalau yrw pun rindu janganlah sampai nak bunuh Jihyo.” Ujar Jihyo. Junsu yang menyedarinya mula melepaskan pelukkan yang terlalu erat itu. “Mian!! Bogo-sip-eo (miss you)!!” ucap Junsu berkali-kali sehingga merona merah wajah Jihyo. “Ahhh.. tak nak dengar.. tak nak dengar..” ada dia kisah, lepas ni.. dan mulai dari saat ini ayat itu akan keluar dari mulutnya setiap saat, setiap detik dan waktu, setiap hari.
>>SKIP<<
Hari adanya Jihyo membuatkan dirinya semangat untuk teruskan hidup. Setiap kali dia pulang dari tempat kerja dia akan dijemput baik oleh Jihyo. Tidak lupa juga, dia telah pun membuat senarai tarikh dimana hari kematian Jihyo akan berlaku. Dia tidak akan lupa dengan tarikh itu. Dan hari itu semakin tiba..

XXX
Di sebuah pasar raya.
Hari ni merupakan hari minggu. Jadi Jihyo bercadang nak pergi beli barang dapur mereka. Kalau dulu Junsu paling malas nak teman Jihyo. Namun, pagi ni dia semangat kata dekat Jihyo “Ga-ja (Let’s go)!!”. Jihyo mula hairan. Junsu banyak berubah akhir-akhir ini dan perubahan itu amatlah disukainya. Sedang Jihyo ralit memilih barang, tiba-tiba.. Junsu terserempak dengan budak kecil yang pernah dijumpainya dulu.
“Adik??  Bukan..??”
Budak itu mengangguk. “Hyeong.. kena jaga dia elok-elok.. kalau tak barang berharga hyeong itu akan hilang lagi sekali untuk selama-lamanya. Mungkin, hyeong boleh ubah masa silam tapi tidak untuk masa akan datang..” jelas budak itu. Junsu terasa kurang faham. Ingin dia bertanya, namun budak itu sudah pun hilang. “Oppa?? Oppa cakap dengan siapa tadi?” soal Jihyo hairan. Junsu menggeleng.
XXX
Beberapa hari sebelum tarikh kematian Jihyo..
Junsu nekad. Dia akan mengubah segala-galanya. Buktinya hari ni dia telah pun menempah satu meja makan khas untuk mereka berdua disebuah restoran yang terkemuka semata-mata untuk melamar Jihyo. Namun begitu, tiba-tiba bos besarnya memintanya untu menyiapakan proposalnya itu sebelum esok hari kerana ada meeting yang hendak dibuat esok. Perasaannya berbelah bahagi.
Sementara itu, Jihyo sedang menanti di restoran itu dengan penuh debaran. Kelibat Junsu masih lagi tidak kelihatan. Hatinya berasa resah.
Kini sudah dekat 2 jam dia menunggu. Orang ramai kian pulang. Tiba-tiba, pelayan itu datang. “Cik.. maafkan kami restoran ni dah nak tutup dan waktu tempahan cik pun dah tamat..” ujar pelayan itu. Jihyo dengan malunya mengangguk dan meminta dirinya untuk pulang. Di sepanjang perjalanan pulangnya itu, dia tiba-tiba terserempak dengan Gary iaitu teman lamanya. “Yah!! Jihyo.. lama tak jumpa awak? Bogo-sip-eo..!!” ucap Gary. Jihyo tersenyum lebar. Rindu juga dia dengan kawannya itu. Jadi mereka pun memilih satu restoran biasa ni dan duduk bersama dan berbual panjang.
“Wah, semakin yeppeun (cantik) awak sekarang ni yrw!! Dah ada namja chingu ke? Kalau tak ada boleh saya try?” gurau Gary tapi sebenarnya BENAR. “Mian.. saya dah ada..” balas Jihyo. Gary mula berubah menjadi hampa. “Jadi boleh saya tengok rupa dia?” Jihyo mengangguk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan Gary wajah namja chingunya yang handsome itu. Gary sekadar melihat gitu-gitu sahaja.
“Untunglah.. Tapi jaga-jaga.. muka handsome ni kadang-kadang banyak skandal. Bukan boleh harap sangat pun.. orang macam saya ni pun ramai yang berebut.” Nasihat Gary.
Jihyo sekadar mengangguk.
XXX
Tepat pukul 1 pagi, Junsu baru pulang dari tempat kerjanya. Terjerit-jerit dia memanggil nama Jihyo. Jihyo yang terlelap mula mendapatkan Junsu yang kedengaran seperti dalam ketakutan. “Awak!!” jeritnya lalu memeluk Jihyo. Jihyo hairan. Diusapnya belakang Junsu agar dia tenang.
Junsu mula berasa resah. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi.
>>SKIP<<
Junsu kini kembali seperti dirinya yang dahulu. Sentiasa sibuk dengan kerjanya dan kini Jihyo banyak menghabiskan waktunya di galerinya. Dia cuba menyiapkan potret yang dilukisnya itu secepat yang mungkin. Semoga potret ni mampu mengharukan oppa.. bisik hati kecil Jihyo.

>> Skip <<
Hari ni merupakan hari keramat buat Junsu. Dia akan mengubah segala-galanya. Jihyo takkan MATI pada hari ni. “Mr Junsu.. meeting akan bermula sebentar lagi..” panggil Hani, iaitu setiausahanya.
Sementara itu, Jihyo dengan cerianya membawa potret yang disiapkannya itu ke rumah Junsu. Digantungnya potret itu secantik yang mungkin didinding. Kemudian, dikemasnya pula rumah itu. Hari ni juga merupakan anniversary mereka yang ke-5 tahun. Sejak dari university sehinggalah sekarang. Cinta mereka tetap utuh walaupun banyak halangan yang berlaku. Kemudian, mata Jihyo tertacap pada satu pokok bunga yang sedang layu ini. “Hmm, kesiannya bunga ni. Kenapa layu? Emm, apa kata aku pergi belikan yang baru..” ujar Jihyo sendiri. Dia kemudian keluar dari rumah itu untuk ke kedai bunga. Dan alangkah bagusnya telefon bimbitnya tertinggal di rumah.
Junsu mula berasa tidak senang hati. Berkali-kali dia cuba menghubungi Jihyo dan dia tetap tidak angkat. Meeting akan bermula sebentar lagi. Dilihat pekerja lain mula memenuhi ruang bilik mesyuarat itu. Bosnya pun sudah masuk. Tunggu nak bentangkan sahaja proposalnya. Junsu mula ketakutan. Ingatannya mula mengimbau kembali saat Jihyo terlibat dengan kemalangan. “Semua.. maafkan saya!!!” ucap Junsu akhirnya membuatkan suasana bilik itu kecoh dengan pemergiannya yang tidak dijangka itu.

Jihyo!! Tunggu oppa!! Jerit hatinya.
Sementara itu..

“Emm, oppa mesti gembirakan..” sengihnya sambil memegang bunga matahari yang dibelinya sebentar tadi. Seperti biasa, lampu pejalan kaki itu masih lagi berwarna merah.
Hukk.. hukk.. hukk.. Junsu yang hampir sampai pada Jihyo mula memandangnya dengan wajah yang ceria. Mujur aku sempat sampai, bisik hatinya lega. Tit! Lampu pejalan kaki mula bertukar menjadi hijau. Jihyo mula melintasinya dan.. “Andwae!!! Jihyo!!!!” jerit Junsu lalu.. berlari sepantas yang kilat untuk menyelamatkannya.

XXX
“Oppa..” panggil Jihyo.
“Emm..” balas Junsu sambil memegang erat tangannya. “Oppa tak menyesal ke ikut Jihyo??” soal Jihyo, dengan wajah yang sedikit bersalah. Junsu menggeleng. “Tapi.. oppa..” Junsu dengan pantas menarik Jihyo untuk mendekatinya dan perlahan-lahan diciumnya dahi Jihyo itu. “Oppa tak menyesal MATI bersama Jihyo.. sebab oppa sayang sangat-sangat dekat Jihyo..” jelas Junsu, tegas. Jihyo tersenyum lebar. “Ga-ja!!” ajak Jihyo.
Junsu mengangguk.

“Oppa.. saranghaeyo..” ucap Jihyo.
“Nado saranghaeyo Jihyo..” balas Junsu.
“Nado saranghaeyo..~!”


THE END

p/s: Jalan cerita ni Eyka petik dari mv JYJ iaitu In Heaven. Well, moral value dia.. Hargailah seseorang itu sebelum semuanya terlambat. Hak3, kalau ada keajaiban mungkin engkau boleh patah balik ke masa silam dan kembali pada orang tersayang tu. Tapi fikir logiklah.. ini dunia realiti.. Bukannya FANTASI.. so, gaiiss.. beringatlah.. tak kisahlah orang itu parents kita ke.. namja chingu (boyfriends)… or yeoja chingu (girlfriends) janji dia adalah orang yang paling kita sayang…
 
Images by Freepik