Eyka Blog: Biasa Saja

Sunday, 12 June 2016

Biasa Saja

  

Aku hnyalh gdis yg biasa yg selalu mengenakan shawl & tshirt saja. Nak kata cantik pun tak juga, biasa-biasa saja. Ermm, umur?!? Tahun ni aku bakal msuk 21. InsyaAllah tunggu 26 Nov aku rasmi jadi 21, buat masa ni biar aku perasan 20 sekejap. Ramai org kta "Nurul Ersha bt Ibrahim, bila engkau nk jd matang ni?". Omg, that's was hurt. Suka hati sayalah! Selagi Nurul Ersha still perasan muda biar Ersha hargai saat-saat muda ni.
XXXXX
"Oit!" tegur seorg lelaki ni sambil menolak sedikit bahu milik Ersha. Mujur berlapik! Tapi tetap saja bkn muhrim. "Yah!!" marah Ersha sambil memandang gerangan itu, tajam. Lelaki itu dgn nakal hanya trsenyum manis ke arah Ersha. Org lain mula memandang tajam ke arah mereka terutama sekali pelajar perempuan. Jeles ke korang!! Hahaha #devillaugh
"Oit! Apa yg kau gelakkan seseorg tu. Ke kau dh tergoda tengok senyuman aku yg manis mcm honey ni?" ujar V. Ersha mencebik tanda menyampah. Ada masa pula aku nk tergoda dgn mamat playboy ni. Siang, malam, pagi, petang krja dia mengayat perempuan saja yg dia tahu. “Eh, masa bila pula aku tergoda tengok engkau. Buat pengetahuan Encik Taehyung or a.k.a singkatannya ialah V. Kita ni dah lama kenal. Boleh dikatakan sejak kita lahir sampailah masuk U ni. Aku dah lalilah dengan perangai engkau.” Ngomel Ersha, panjang lebar. Kini giliran V pula untuk menarik mukanya.
Hah, buat pengetahuan korang semua aku dengan V ni dah lama berkawan. Macam mana boleh jadi kawan? Sebabnya parents kita berdua ni dah lama kenal sejak dulu lagi dan siap kahwin atas pelamin yang sama lagi, beranak pun sekali dan boleh dikatakan semuanya sekalilah. Itu pasal ke mana saja aku pergi mesti ada mamat poyo ni. Ramai yang datang dekat aku semuanya atas dasar alasan.. actually nak berkenalan dengan V. Bukannya aku. (Menyampahkan!!) That’s why ada saja mata-mata dan mulut-mulut manusia yang tak puas hati dengan aku.
“Okaylah.. siapalah kita dimata dia.” Nadanya mula kelihatan pasrah. Ersha mula terasa serba salah tapi malas nak layan pun ada juga perangai mamat ni.
Tiba-tiba, dewan kuliah kelihatan sunyi sepi tatkala Prof Kim Soohyun, masuk. Emm, untung sangat. Setiap kali masuk waktu matematik semua orang akan sentiasa memberi sepenuh perhatian dekat hadapan. Tak pernah seorang pun nak buat bising. Maklumlah, dapat lecturer handsome nak mampus. Itu pasal kelas dia tak pernah seorang pun fail. Terutama sekali pelajar perempuanlah. Aku? Hmm, of courselah anak murid dia yang paling dia sayangi.
“Baiklah semua sebelum saya memulakan kelas kita pada hari ni. Saya nak kenalkan korang semua dengan budak baru kita iaitu… Kim Hanbi.” Semua pelajar perempuan kelihatan terhegeh-hegeh tatkala pelajar baru itu melangkah masuk kedalam dewan kuliah itu. Ada saja ayat-ayat yang didengari keluar dari mulut mereka. “Aumm.. hensemnya. Cair I tengok..” “Kan.. kan..” Aku hanya mampu menggeleng. Handsome? Biasa saja aku tengok.
“Annyeong, bangabseubnida (Selamat berkenalan). Nama saya Kim Hanbi. Tapi awak semua boleh panggil saya B.I kalau awak semua nak. Ini kali pertama saya berada di Meliaya (Maaf, tidak wujud langsung dlm peta giografi), sebelum ni saya tinggal dekat Luar Negara. Jadi saya harap awak semua boleh beri kerjasama yang baik dengan saya.” semua pelajar kelihatan fokus dan terpegun tatkala dia memperkenalkan dirinya. “Baiklah.. awak boleh duduk sekarang B.I. Pilihlah tempat mana-mana yang awak suka.” Arah Prof Soohyun. Semua pelajar perempuan kelihatan mengharap sangat-sangat yang dia akan memilih tempat duduk berhampiran dengan mereka kalau boleh. Tengok-tengok dia terlebih dahulu menerpa duduk disebelah Ersha.
Ersha kelihatan sedikit terkejut. Namun dibiarkan saja. Takkan nak halang kowd? Hak apa aku. Suka hatilah dia nak duduk mana pun. Bukannya setiap bangku ni dah tertulis atau cop nama sendiri. Kalau macam tu senanglah kerja aku lepas ni. Taklah kalut nak berebut tempat. “Hai..” sapaku. Kalau tak tegur nanti kata apa pula. Namun, tiada balasan pun diterima oleh Ersha. B.I hanya mendiamkan diri dan memfokuskan matanya dihadapan saja. Adeh, terasa menyampah pula hati ni. V yang memang selalu berada disebelah Ersha mula ketawa berdekeh-dekeh memerhatikan gelagat Ersha. Sepantas kilat sebatang marker pen hinggap dikepala milik V. Dia mula mengaduh kesakitan. “Mungkin awak boleh berdiri diluar kelas saya Mr V.” Sekarang giliran Ersha pula untuk ketawa terbahak-bahak. Hambik kau! Rasakan penangan kuasa tiga Prof Soohyun.
“Miss Ersha.. mungkin awak nak sertai Mr V juga?” dengan pantas Ersha mula menekup mulutnya dan menggeleng. Kini pembelajaran kembali seperti biasa sehinggalah kelas seterusnya pula bermula.
XXX
Minggu ni merupakan study week untuk semua orang. Jadi semua orang pakat pulun dok baca sebab test tak lama lagi dah nak tiba. Ershalah manusia pertama yang selalunya akan bertapa dekat library dan tempat-tempat yang seangkatan dengannya. Manakala, V pula akan bertapa ditempat-tempat seperti Cyber café kebanyakkannya. Tapi gred dia tak pernahlah nak fail teruk-teruk sangat. Setengah orang tu sampai ada yang kena repeat. OMJ!! No way! Tak ada istilah ‘REPEAT PAPER OR SEM’ untuk Nurul Ersha Bt Ibrahim.
Sedang leka membelek buku di rak perpustakaan, Ersha pun mengambil salah satu buku yg diminatinya. Sepantas kilat matanya bertembung dgn mata seorg lelaki ini dan lelaki itu ialah B.I. Alamak! Dup dab dup dab.. Awat mata dia ni cantik sangat! Koko.. Koko gelap gitu.. Kalah aku!
"Sweetie.. Awak dekat sini rupanya.." cupp, satu ciuman hinggap dipipi kiri B.I tatkala gadis itu datang menerpa kearahnya. Ersha dgn pantas meletakkan kembali buku yg dipegangnya tdi untuk menghalang agenda yg tidak sepatutnya dilihatnya. Kemudian, dia dengan pantas keluar dari library itu secepat yg mungkin. Err, apakah? Bagaimanakah? Siapakah? Tak sangka macam tu rupanya perangai si B.I tu. Aku ingat dia budak baik. Hmmm, baiklah sangat!
XXX
Seusai membeli makanan, Ersha pun mencari tempat duduk yg sesuai untuk makan. Sedang asyik menjamah makanan, tetiba datangnya B.I duduk disebelahnya. Ersha mula gelabah tidak tentu pasal. Mampuslah aku! Jawabnya dalam hati. "Ehek!! Ehek!!" tersedak-sedak Ersha dibuatnya disebabkan terlalu cepat sangat makan untuk beredar dari situ. "Tunggu!!" panggil B.I. Ersha mula menelan liurnya. Wah! Ini 1st time dia tegur aku. Matilah!! B.I mula bangun dari duduknya dan menghala kearah Ersha.
"Ersha!!! Puas saya cari awak! Dekat sini rupanya awak..!" panggil V. Ersha mula menghembuskan nafasnya dan cepat-cepat menerpa kearah V. "V.... I miss you... Aku pun memang tengah cari kau tadi." ucap Ersha lalu menarik hujung pangkal lengan baju V untuk mengikutinya pergi jauh dari situ.
XXX
Di tempat parking kereta kampus. "Fuhh, lega.." sebut Ersha. V mula menggaru kepalanya yang terasa tidak gatal itu. "Engkau dah kenapa?" soal V. "Tak ada apalah. Engkau nak cakap apa tadi?" ucap Ersha. "Ooo.. Mama ada buat makan.. Makan sikit malam ni. Jangan lupa ajak umi dengan baba taw." Ersha mengangguk. Well, sejak kecil lagi V memang suka sangat panggil umi dengan baba aku macam tu. Dah macam dia tu anak depa pula. Ehek, tapi aku pun sama suka panggil mama dengan papa dekat parents dia.
XXX
Malam yang dinantikan, di rumah V. Orang mula kelihatan ramai. "Umi... Baba!!" panggil V lalu datang menerpa kearah baba untuk menyalami tangannya. Begitu juga dengan aku. Dengan pantas menyalami tangan mamanya. "Ingatkan tak datang. Kenapa lambat sangat?" soal papa V. "Ni hah anak dara aku ni. Kalau bersiap kalah umi dia." balas baba. Ersha mencebik. Padahal baba dia yang melaram lebih tadi. "Sudah.. Sudah.. V bawa Ersha pergi makan. Kami ada hal nak bincang." arah mamanya. V mengangguk lalu menarik lengan bajuku.
Aku melihat satu persatu makanan yang terhidang didalam buffet makanan itu. Emm, sedapnya. Ada kambing, ayam golek, macaroni cheese, oreo cheese cake. Wow! Perut mula berbunyi *dugugugugugugu* *kruk kruk* *growl growl*. "Oii, menung apa tu? Nak makan jewlah. Kan ni semua favorite kau." Ersha mengangguk tanda terharu sambil menayang mata bulat macam kucing dalam cerita Shrek tu. V menggeleng sambil membantu Ersha mengambil makanan. "Thanks to mama kau. Aku dah lama mengidam nak makan oreo cheese cake ni. Lepas tu, ad macaroni cheese pula tu.. Arrr!! Cheese!!" bagi sajalah apa pun makanan yang berkaitan dengan cheese. Pasti Ersha akan cair punya dengan orang tu.
Selesai mengambil makanan, mereka berdua pun mengambil tempat duduk untuk duduk.
"Assalamualaikum, semua. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua orang kerana sudi hadir pada jamuan kami yang tak seberapa ni, ucap mama V. Semua tetamu kelihatan tekun mendengar. "Tanpa melengahkan masa. Saya nak menjemput kedua anak kesayangan saya iaitu V dan Ersha untuk naik ke atas pentas ni." tercengang V dan Ersha dibuatnya.
"Waeyo?".
Sebaik berdirinya mereka berdua diatas pentas itu, Umi Ersha pun turut sama naik bersama kotak kecil berbentuk segi empat. Ersha mengerutkan dahinya.
"Sebenarnya.. Saya nak ucapkan terima kasih juga pada semua orang kerana sudi hadir pada majlis pertunangan anak saya iaitu V dan Ersha Ibrahim. Serentak ternganga mulut kami berdua. What?? Tunang?!? Orang ramai mula memberikan tepukkan yang gemuruh. Umi sudah pun membuka kotak kecil itu dan kelihatan dua bentuk cincin. Mungkin satu untuk V dan aku.
"V.. Tunggu apa lagi? Cepatlah.." suruh Mama V. V yang kelihatan terkebil-kebil itu mula mengambil cincin itu dan menyarungnya ke jari manis Ersha. "Ersha.. Giliran kamu pula, nak." ujar umi. Aku mula berbelah bahagi. Mataku kini tertacap tepat ke arah V. "Ersha.. Please jangan malukan aku." itulah apa yang terpancul pada riak wajah V. Aku mengeluh lalu mengambil cincin itu dan menyarungkannya pada jari V. Dengan serta merta orang ramai mula menepuk tangan.
XXX
"Umi.. Baba.. Kenapa umi dengan baba buat Ersha macam ni." soal aku. Ini dah tak adil. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia kena tunang pada hari ni. Umi kelihatan agak marah sedikit. "Awadnya?!? Salah ke apa yang umi buat ni. Kamu dengan V tu kan dah lama berkawan. Tak elok orang tengok. Bila dah ikat ni tak adalah orang nak fikir yang bukan-bukan" jelas umi. Aku mula menarik muncung. Wajahku sengaja ditayangkan pada baba untuk meraih simpati. Namun apakan daya baba turut sama membela umi. Aku dengan rajuknya lari naik keatas. "Hah!! Merajuk.. Merajuk.." teguran umi langsung tidakku peduli. Mereka suka sangat buat keputusan sendiri setiap kali berbincang dengan family V. Geramnya hati ni!!!
Wajahku mula disembamkan diatas bantal. "Arrrrr!!".
XXX
"Umi.. Eir pergi dulu yrw." beritahuku sebaik turun dari tangga. "Eir.. Mehlah makan dulu dengan your future husband ni." mulutku melopong. 'Future husband' ?? Langkah kaki ku tuju ke ruang meja makan. Dilihatnya V sedang tersengih-sengih sambil menjamu bihun goreng yang umi masak. Bibirku herot ke sebelah. "Umi Eir ada examlah hari ni. Kena cepat." ujarku lalu menyalami tangan umi dan beredar keluar. "V.. Cepatlah hantar dia." suruh umi sambil menepuk belakang badan V. Belum sempat V ingin menelan air milo panas itu, dia pun tersedak. "Baik umi!" balasnya lalu mengejar langkah Ersha.
XXX
Didalam kereta V. "Takkan engkau tak tahu langsung pasal hal ni!" soalku. "Sumpah aku memang tak tahu apa!!" balas V dengan serius sekali. Ersha mendengus geram. Sebaik sampai ditempat parking, Ersha jurus turun dari kereta ferari milik V itu.
"Hisy! Sakit punggung tahu tak! Gedik naik kereta sport apasal tak tahu." ngomel Ersha sambil belajar. V menggeleng sambil memerhatinya dari jauh. "Mian (maaf), Eir." ucap V dalam hati. Dari jauh ada seseorang yang sedang memandang  kearah mereka.
XXX
Didalam dewan kuliah, waktu Miss Jessica iaitu waktu English. Dengan tekun Ersha sedang menjawab soalan yang diberikan oleh Miss Jess itu. Tiba-tiba tangannya terasa disiku oleh orang sebelah. Berkali-kali pula tu. Ingatkan orang sebelah tu tak sengaja. Ersha mula terasa hilang sabar disaat orang  itu melakukannya sekali lagi. "Hoii!! Kau dah kenapa dok siku-siku tangan aku!!" bentak Ersha sambil berdiri. Semua orang kelihatan terkejut gila dengan tindakkan Ersha itu. Miss Jess yang baru saja ingin mencalit lipsticknya dibibir habis terlajak comot. "Who's that!!" kini giliran Miss Jess pula nak naik angin. Ersha mula menelan liurnya. Namun sempat lagi Ersha mengerling ke sebelah. "B.I?!" nama itu terpancul dari mulutku perlahan.
"Miss Ersha.. Tell me what's wrong with you!" soal Miss Jess. "He was trying to disturbing me, Miss Jess. When, I was trying to write he push my right elbow. It was really annoying me!!" jelasku. "Is that true? B.I?" soal Miss Jess pada B.I pula. "That's true. But I'm pushing her elbow because I'm left-handed hand. It was just an excuse incident." Miss Jess mengangguk. "Both of you.. I want you to repeat your exam. Now get out from my class." arah Miss Jess. Melopong mulut Ersha. Repeat exam!!! No!!! Dengan langkah longlai, dia pun menuju ke library.
XXX
Kini fokusnya hanya tertumpu pada buku yang diambilnya dirak tadi. B.I sengaja duduk dihadapannya sambil menayang wajah berang, tak puas hati semuanya ada. "Sebab kau aku kena repeat paper!!" marah B.I. Ersha mengangkat kening sebelahnya. "Hey!! Yang kau dok siku-siku lengan aku tu apasal!" marahku juga. Namun masih lagi dalam nada yang sederhana kerana berada di perpustakaan.
"Tu hah! Cincin sapa yang bagi?" soal B.I tetiba. "Hah?!?" seribu tanda tanya mula bermain dibenak hati Ersha. Tetiba mamat ni tanya pasal cincin? Siapa bagi?!? Alamak!! Baru aku terperasan yang aku lupa nak cabut buang cincin ni. Dengan pantas, dia menarik keluar. "Cincin? Alah, biasalah. Aksesori. Kau kalut apa nak tahu." ngomel Ersha. "Mestilah aku nak tahu sebab aku ni kawan kelas kau." ujarnya. "Kawan kelas?? Baru sekejap tadi kau hancurkan saat aku nak ambil exam. Lepas tu kau nak aku ngaku kawan?" cebik Ersha. B.I diam membisu. Lama dia perhatikan Ersha. "Awak tak tahu dengan siapa awak sedang bermain." ucap B.I lalu meninggalkan Ersha seorang diri yang masih terpinga-pinga.
XXX
Otaknya masih lagi ligat memikirkan apa yang diucapkan oleh B.I tu. "Eir.." dari jauh kelihatan V sedang memanggilnya sambil melambai kedua belah tangannya. Ersha tersengih. Kadang-kadang tak boleh blah juga tengok V ni. Kadang-kadang annoying, kadang-kadang comel gitu macam bebudak. Baru ingin melangkah menuju ke V, tiba-tiba tangannya direntap dan ditarik oleh seseorang masuk kedalam kereta. "Warggh!! Let me goo!! Let me goo.." ni la mula nak nyanyi lagu frozen ni. "Shh.. Awak boleh diam dak!" ujar B.I sambil menekup mulut Ersha. Ersha dengan pantas mengigitnya. "Adoii!". "Awak nak apa hah?!? Jangan nak main-main dengan saya!! V! V!" jerit Ersha didalam kereta itu. B.I dengan pantas menghidupkan enjin keretanya dan bergerak keluar dari kampus itu. "V!!!" V yang terpandang kelibat Ersha didalam kereta bumblebee itu mula berasa hairan.
"V!!" panggil Ersha.
XXX
"Yah!! Awak nak bawa saya ke mana ni?" soal Ersha bertubi-tubi. Dari tadi dok pusing sekitar pusat bandar tu dah kenapa. "Saya geram tengok awak!!" Ersha merenungnya hairan. Dah kenapa mamat ni nak geram dengan aku. Kereta tiba-tiba berhenti secara mendadak di tepi jalan raya. Uitt! Apasal mamat ni?!? "Kau dah kenapa?" soal Ersha. "Sha.. Sampai hati awak buat saya macam ni. You make me look like a crazy guy you know!" bentaknya. "Waeyo! Waeyo! Masa bila say buat awak jadi gila hah?!" soal Ersha.
Berkerut dahi B.I. "Awak ni lupa atau buat-buat lupa?!?" marah B.I. "Hello.. Saya memang tak kenal awak. Lepas tu awak kata buat-buat lupa. Memang crazy sungguhlah awak ni!" ucap Ersha. B.I mula terasa bengang lalu turun dari keretanya dan menuju ke pintu Ersha dan menariknya keluar. Ersha terkedu dengan tindakkan B.I itu. "Awak duduk sini." ujarnya lalu masuk kembali ke dalam keretanya dan menguncinya. Jangan kata dia nak tinggalkan aku dekat sini! Akhirnya dilihatnya kereta itu memecut pergi. Lagi tergamamlah Ersha dibuatnya.
XXX
Pukul 7 malam, V baru tiba disitu. Ersha yang menyedari kelibat V yang berdiri dihadapannya mula bangun dan memeluknya. "V!! Ersha nak umi dengan baba!! V!!" ujarnya dengan tangis yang teresak-esak. V mengepal tangannya membentuk penumbuk.

"Siapa yang buat awak macam ni, hah?" soal V sebaik tangis Ersha mula reda. "Tak ada sapalah." balas Ersha. Kalau boleh aku betul-betul tak mahu rumitkan keadaan. Lagipun mungkin B.I tu marah sebab pasal kami kena repeat paper tu kowd, pujuk hati ini. V memandangnya lama. "Dahlah.. Tidur. Nanti sampai saya kejutkan awak." ujarnya lalu menarik jaketnya yang tergantung di bahagian belakang seatnya lalu menyelemuti tubuh badan Ersha yang separuh menggigil.
Tanpa disedari baba meminta tolong V untuk mengangkat Ersha naik keatas biliknya. Dalam keadaan mamun Ersha seolah terdengar baba dan V membincangkan sesuatu yang agak serius. Namun ia hanyalah samar-samar kerana badan terasa penat sangat-sangat.
XXX
Disebabkan peristiwa tempoh hari V telah pun menukar jadual kelasnya supaya sama dengan Ersha. "Hisy, awak ni dah kenapa ikut saya ke hulu ke hilir." ngomel Ersha pada V. V mula menayang muka comelnya.
*Gedebushh*
Sebaik sampai diselekoh Ersha tiba-tiba terlanggar bahu seseorang sehingga terjatuh. Mujur V ada untuk sambutnya dari belakang. "Yah!! Jalan tengok depan." marah Ersha lalu menoleh kearah orang yang melanggarnya itu. B.I memandangnya dengan riak yang tidak bersalah. Ersha diam membisu selepas menyedari orang itu ialah B.I. V memandang B.I lama.
"Tak payah nak menggedik sangat. Macam engkau sorang punya jalan. Ikut suka hatilah. Kalau kau nampak mesti kau tak langgar aku kan?" balas B.I. V mula merengus geram. Mujur ada Ersha. Kalau tak dah lama penumbuk V hinggap dekat muka B.I yang hensem tu. Ersha tersengih lalu memohon maaf. Hanya itu saja jalan penyelesaian untuk orang yang macam B.I ni. B.I akhirnya senyap dan berlalu pergi. Sambil itu sempat lagi dia melanggar bahu V dengan agak kasar. Sengaja!
XXX
Hari ni merupakan hari minggu. Sebaik selesai mandi Ersha pun turun ke bawah untuk breakfast. Sempat dia berpatah balik untuk mengambil tudungnya sebaik kedengaran suara umi dan baba bersembang dengan mama papa, V. Dengan ayu dia pun turun kembali.
"Mama.. Papa bila sampai." tegur Ersha sambil menyalami tangan mama V. "Ni hah mama dengan papa datang sini sebab nak bincang pasal weeding korang berdua." jelas mama V. Ersha mula mencari kelibat V. Namun tidak kelihatan. "Pa, ma.. Mana V? Tak datang ke?" soal Ersha hairan. Selalunya mesti dia yang kepoh dalam rumah ni. "Ooo, dia kata dia ada hal penting nak buat. Kenapa?" soal papa V. "Hah.. Rindu lew tuu." tegur mama V. Ersha sepantas kilat menggeleng. Eh? Aku nak rindu. Uwekss! No way!
XXX
Semua gadis yang berada di cafe itu menggila-gila  memandang ke arah V. Hensem nak mampus. Beberapa minit kemudian datang seorang lelaki yang berpakaian segak duduk dihadapan V. Lagi menjerit-jerit gadis yang berada di dalam cafe itu memandang mereka yang duduk diluar cafe. "Kau ni siapa?" soal B.I "Aku tunang Ersha untuk pengetahuan kau." B.I yang dari tadi buat endah tak endah akhirnya memfokuskan wajahnya pada setiap butir bicara yang diucapkan oleh V. "Jadi kaulah penyamar tu." ujar B.I. "Aku lebih rela jadi penyamar dari penghancur.!" balas V. Wajah B.I mula bertukar menjadi merah akibat menahan marah. "Buat pengetahuan kau dia tak ingat langsung pasal kau. She completely forgot about you in her memories. So, stay away from her." ujar V lalu bangun dari duduknya untuk belah dari situ. "Kalau macam tu mungkin aku boleh ingatkan dia." V kembali toleh ke belakang memandang B.I dengan tajam.
XXX
Hari ni merupakan last paper. Lepas tu horray.. Horray! Horray! Aku yang terpandang kelibat V yang baru keluar mula menerpa kearahnya. Namun belum sempat untuk  pergi, datang seorang gadis yang cantik lagi menawan menutup mata V dari belakang. Ersha serta merta menghentikan langkahnya dan menyorok disebalik dinding. Dari jauh Ersha memerhatikan tingkah laku mereka. Macam happy semacam. Hermm.. Hisy, dah kenapa dengan aku ni.
"Kenapa jeles ke tengok dia orang?" bisik B.I tetiba ditelinga Ersha. Ersha mula menjerit kecil. "Kau ni dah kenapa?!" marah Ersha. "Sha.. Jom pergi makan. Aku laparlah." ajak B.I tanpa rasa segan silu. Dahlah hari tu dia tinggal aku dekat tepi lebuh raya. Lepas tu ada hati nak ajak makan. Cis, aku takkan terpedaya lagi dengan kau. No way! Lelaki tak guna. Ersha mula melangkah pergi. Namun B.I sengaja berjalan dihadapannya untuk menghalanginya. Bila Ersha ketepi dia ketepi. "Eee... Tepilah!!" sedaya upaya diri ini cuba menolak B.I ketepi. Namun tak berdaya. Well, perempuan nak dikatakan. Ok, that's it!! "Baiklah, saya akan teman awak makan. Tapi dengan satu syarat awak takkan tinggalkan saya dekat tepi jalan." jelasnya. B.I dengan pantas tersenyum lebar lalu mengangguk pantas.
XXX
Di Marrybrown
Tempat duduk buaian. "Isy, buaian bagai. Tempat duduk biasakan ada." ngomelku. "Alah sekali sekala. Bukan selalu." ujarnya sambil menayang muka comelnya dan membantuku untuk membuka makananku. Eee, kalau kau tak tinggal aku hari tu konfem aku dah tersuka dekat kau.
"Sha boleh B.I tanya satu benda?" Ersha mengangguk. "Agak-agak Sha ingat tak lagi zaman kanak-kanak Sha?" Ersha tergamam. Tetiba tanya pasal zaman kanak-kanak aku dah kenapa? "Hmm.. Aku banyak habiskan masa aku dengan V. Kemana V ada mesti ada aku. Cuma sekarang ni lainlah sebab kami kos lelain sikit." cerita Ersha sambil menyedut minumannya. "Oo, jadi awak memang tak boleh hidup tanpa V la ni?" soal B.I. Ersha diam seketika. Dia pun tak pasti sebab sejak kecil dia dengan V memang tak pernah terpisah. Macam dah sebati. Ersha menjungkitkan bahunya.
XXX
Selesai makan, B.I pun menghantarnya dihadapan rumah Ersha. "Kali ni saya tak tipu awakkan?" ucap B.I setelah membantu Ersha membukakan pintunya. "Hmm.. Yrwlah tu.. Esok.. Esok tak tahu lagi." balas Ersha. "Eh, maksudnya saya ada chance lah nak keluar dengan awak lagi." Ersha tersenyum tanda seolah-olah memberi green light pada B.I.
Tiba-tiba, motor yamaha ninja warna hitam berhenti betul-betul terus dihadapan pintu pagar rumahnya. Ersha mula menelan liurnya. Omj~! My Taecyeon oppa.
Perlahan-lahan dia membuka helmetnya itu menampakkan wajahnya. Dia kemudian menerpa kearah mereka berdua. Ersha mula tersengih-sengih macam kerang busuk. "Eir, tolong oppa bawa masuk barang-barang oppa ni." arah Taecyeon. Ersha tanpa banyak songeh mengangkat tabik ala kadet menerima arahan dari sarjennya "Baiklah, oppa.".
Kini tinggal mereka berdua dihadapan pankin rumah. "Saya tak suka awak berkawan dengan adik saya." tegur Taecyeon terus terang. B.I memandangnya hairan. "Tapi.. Kenapa?" soalnya. "Awak tak layak untuk dia." jelas Taecyeon lagi. "Ini tak adil.. Kenapa V boleh?!" akhirnya hasratnya terkeluar jua. Taecyeon memandangnya tajam sambil mencekak kolar lehernya. "Awak jangan berani sebut hal ni dekat adik kesayangan saya. Dia dah tak ingat langsung pasal awak. Jadi awak tak perlu nak rasa serba salah untuk apa yang awak dah buat." marah Taecyeon. B.I dengan rasa kecewa, geram, sakit hati semua pergi meninggalkan rumah itu setelah dihalau oleh Taecyeon.
XXX
Malam itu, hatinya berasa gundah gulana. Rahsia apakah yang dimaksudkan oleh oppa dengan B.I tu. Kenapa dari gaya mereka tu macam mereka dah kenal lama. Hah! Ingat lagi. Umi larang gila aku naik stor atas loteng. Kenapa erk?! Tak kira. Malam ni aku nak naik tengok ada apa.
Jam didinding mula berdetak menandakan pukul 12 malam. Suasana rumah itu mula gelap gelita. Ersha dengan berhati-hati memulakan misinya. Dahlah tanggan loteng tu dekat dengan bilik oppa dia. Mampus kalau kena tangkap. Kakinya perlahan-lahan menjungkit menuju naik ke atas loteng. Dibukanya pintu loteng yang diambilnya waktu makan tadi. Torch telefon bimbit disuluh di loteng itu mencari bahan bukti. Kemas juga loteng ni. Yang pasti banyak mainan lama-lama.
Tiba-tiba matanya tertarik pada satu buku tebal yang berkunci. Ditepi buku itu tertulis "My Diary". Ersha mengambil buku itu dan perlahan-lahan meniup cover hadapan yang dipenuhi dengan habuk itu. ‘Eyka Diary’. Ersha menjadi tertarik. Dengan pantas dia terus keluar dari bilik itu. Mungkin itu petunjuk bagi segalanya.
XXX
Taecyeon menjadi tanda tanya tatkala memandang wajah Ersha yang kelihatan sugul. Dah kenapa adik dia ni? Umi dan Baba turut sama berasa hairan. “Eir.. Eir okay ke ni?” soal umi. Ersha mula terkedu. Bebola matanya mula memandang baba, umi dan oppanya. Perlahan dia menggeleng lalu meminta diri untuk naik ke kamar. “Dah kenapa dengan anak kau yang seorang tu?” soal baba pada umi. Umi menggeleng tidak tahu.
Selesai makan, Taecyeon naik ke atas untuk menjenguk adiknya. Pintu yang tidak berkunci itu dikuaknya sedikit. Tiba-tiba kelihatan adiknya sedang menangis teresak-esak diatas lantai yang berterabur dengan kertas-kertas lama. Taecyeon pantas menerpa ke arahnya dan bertanya. “Oppa.. apa semua ni? Siapa B.I tu?” soal Ersha. Taecyeon mula menjadi buntu. Nasi sudah menjadi bubur. Kini, segala rahsia sudah pun terbongkar. Jadi nak tak nak dia terpaksa menceritakan segalanya pada adiknya.
Flashback
Zaman kanak-kanak adalah satu kisah silam yang semua orang tak dapat lupakan. Betapa indahnya kita semua pada waktu itu. Ketika jatuh hanya kaki dan tangan saja yang luka. Namun, kini semuanya terasa. Ersha yang sedang leka berlari-lari dipadang bunga itu mula menerpa kearah B.I yang terbaring elok ditengah padang bunga itu. Ersha mula berhenti dan membaringkan kepalanya diatas perut B.I. Indahnya hari tu. Burung-burung berkicauan. Angin sepoi-sepoi bahasa dan yang pastinya B.I sentiasa ada disisinya.
“Sha.. kalau satu hari saya dah tak ada. Awak nak buat apa?” Ersha mula mengangkat wajahnya memandang B.I. “Andwae!! Kenapa awak cakap macam tu?! Kalau awak tak ada saya pun tak ada!” marah Ersha. B.I mula tersenyum lalu mencubit kedua belah pipi Esha yang montel itu. “B.I.. kenapa awak suka panggil saya dengan nama panggilan Sha erkk? Sedangkan orang lain semua panggil saya dengan nama Eir tak pun Ersha.” B.I diam sejenak sambil memandang langit. “Sebab.. bagi saya awak special..” ujarnya lalu mengenyit mata sebelahnya pada Ersha. Wajah Ersha mula bertukar menjadi merah kemerahan. “Kalau macam tu saya nak panggil awak B saja boleh?” pinta Ersha. B.I mengerutkan keningnya tanda mengapa. “Ermm.. sebab awak pun special bagi saya.” jawab Ersha. Akhirnya mereka berdua pun tertawa riang.
26 Nov
Hari itu merupakan majlis hari jadi Ersha yang ke 15. Semua teman-temannya dijemput hadir ke majlis hari jadinya yang biasa-biasa saja. Tidak lupa juga B.I iaitu temannya sejak kecil. “Hai, sweetheart. Happy special day!” ucap B.I lalu memberikannya sebungkus hadiah kecil berbentuk segi empat. Aik? Dia nak purpose aku ke? Ada apa erk dalam kotak ni, hati Ersha mula menjadi tanda tanya. “Bukalah sekarang. Aku tak kisah pun.” Suruh B.I. Ersha mula tersenyum riang. Macam tahu-tahu saja dia ni. Ersha dengan pantas membukanya. Alangkah terkejutnya dia melihat rantai berlian yang indah itu. Disitu terukir ‘MY LOVE’.” B.I kini membantu Ersha untuk menyarungkannya. (Dulu tak pakai tudung lagi). “Thanks, B.I.” ucap Ersha.
Umi tiba-tiba memanggil diriku. “Eir.. kenalkan ni kawan umi sejak dibangku sekolah rendah lagi. Ni anak lelaki dia orang nama dia V.” Aku mula tersenyum manis kearah dia orang. “Kalau macam ni bila kita boleh start majlis pertunangan anak-anak kita.” Ucap Papa V. Aku yang mendengarnya mula menjadi tidak keruan. Aik? Baru jumpa aku dah nak bincang pasal kahwin. Aku mula bergurau senda “Sekarang pun boleh uncle.” Semua orang mula ketawa terbahak-bahak. Namun begitu, ada satu makhluk yang telah pun berkecil hati dan aku mula mengejarnya yang lari dari majlis ku itu.

“B.. tunggulah!! Tadi Sha main-main jewlah.” Aku mula menarik lengannya agar dia berhenti dari terus berlari. B.I memandangku geram. “Yrwlah tu, tengok-tengok jadi kenyataan. Sapa tahu!” marahnya. “B.. dengarlah Sha nak cakap.” Tiba-tiba, lelaki yang bernama V itu datang. “Sayang.. umi panggil untuk potong kek.” Ersha mula mengerutkan dahinya. Dah kenapa lelaki ni panggil aku sayang? B.I yang mendengar mula menarik tangannya dan melintas seberang untuk ke keretanya. Aku turut mengejar.


Pin!!! Pin!!!
Ersha kemudian membuka matanya. Kepalanya terasa sakit. Betul-betul sakit. “Eir, okay?” soal Taecyeon. Ersha dengan pantas memeluk oppanya erat. Air matanya mengalir dengan deras. Lepas dari kemalangan tu dia menyedari yang dia sudah pun hilang ingatan. Uminya langsung memberitahu bahawa V adalah temannya sejak kecil. Padahal itu adalah B.I. Memori yang selama ini dia fikir itu ialah V semuanya palsu belaka.
Beberapa hari ini, Ersha jarang sangat nak keluar rumah, turun makan. Dia banyak menghabiskan masanya didalam kamar. Taecyeon mula berasa serba salah. Menyesal pula cerita semua tu dekat adiknya.
XXX
Perlahan-lahan, V mengetuk pintu biliknya dan kemudian masuk kedalam apabila disuruh. “Hai.” tegur V. Ersha hanya mampu tersenyum kelat. V mula berasa serba salah. Taecyeon sudah pun menceritakan segalanya padanya. “Mianhae.” Ucap V. Ersha menggeleng. “Awak tak bersalah pun. Dah takdir semuanya nak jadi macam ni.” jelas Ersha. “Saya betul-betul minta maaf. Salah saya juga sebab ikut rancangan umi awak. First time, saya jumpa awak. Saya betul-betul dah Jatuh Hati pada awak sebab tu bila awak kemalangan saya terus bersetuju untuk menyamar jadi dia. Tapi percayalah… yang saya ikhlas selama ni.” Ersha pantas meletakkan jari telunjuknya pada bibir V minta dia senyap seketika.
“Kalau awak serba salah boleh awak buat sesuatu pada saya?” V dengan pantas mengangguk.
XXX
“B…!!!”

B.I dengan serta merta menoleh ke belakang apabila kedengaran ada orang yang memanggil. Ersha dengan riang gembira melambai-lambai ke arahnya. B.I berasa hairan sebentar. Ersha dengan pantas berlari kearah B.I dan baru saja dia ingin memeluk B.I perbuatannya itu terhenti. Lupa bukan muhrim! Dan lagipun dulu-dulu bolehlah buat. Sekarang masing-masing dah ada hati dan perasaan. So, kena kawal sikit.
“B.. Sha rindu la B..” B.I mula tersenyum padat. Apakah ini semua? Adakah dia sedang bermimpi? Dia rindu dengan nama panggilan itu. Dan hanya seorang manusia saja yang boleh memanggilnya ‘B’ iaitu Ersha. “Awak tak mimpilah!! Ni Ersha yang dulu-dulu selalu main dengan awak dekat padang bunga tu.” Jelas Ersha. “Saya dah tahu semua. Saya dah ingat semuanya. Jadi boleh kita mulakan semuanya semula?” soal Ersha. B.I mengangguk sambil tersenyum bahagia. Ersha kemudian tersenyum lalu menoleh dan memanggil seseorang. “V!!! Sinilah.”

V yang sedang mengelamun mula menghampiri mereka.

“Baiklah.. mulai dari saat ni. Saya nak kita tiga orang jadi kawan dulu boleh?!?” soal Ersha. B.I dan V memandang sesama mereka. Seolah-olah macam suka tak suka pun ada. Ersha berasa geram lalu mengetuk kepala kedua-dua itu. “Dah jom!! Perut saya lapar fikirkan hal yang tak patut difikirkan lagi.” Ucap Ersha lalu beredar pergi. Mereka berdua mula kalut mengejar langkar Ersha. Ersha tersengih.
THE END
p/s: Maaf kalau endingnya macam membuatkan korang semua tertanya-tanya siapakah pilihan hati Ersha. Well, tak semua cerita yang endingnya berakhir dengan orang tu akan dapat orang tu. Terpulanglah pada semua orang punya imaginasi. Kan… Jadi agak2 sapa erk dah tawan hati Ersha. Korang fikirlah sendiri. Btw, thanks bagi yang sudi membacanya sampai habis. Maaf kalau tak menarik atau tergantung atau whatever.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik