Aku hnyalh gdis yg biasa yg selalu
mengenakan shawl & tshirt saja. Nak kata cantik pun tak juga, biasa-biasa
saja. Ermm, umur?!? Tahun ni aku bakal msuk 21. InsyaAllah tunggu 26 Nov aku
rasmi jadi 21, buat masa ni biar aku perasan 20 sekejap. Ramai org kta
"Nurul Ersha bt Ibrahim, bila engkau nk jd matang ni?". Omg, that's
was hurt. Suka hati sayalah! Selagi Nurul Ersha still perasan muda biar Ersha
hargai saat-saat muda ni.
XXXXX
"Oit!" tegur seorg
lelaki ni sambil menolak sedikit bahu milik Ersha. Mujur berlapik! Tapi tetap
saja bkn muhrim. "Yah!!" marah Ersha sambil memandang gerangan itu,
tajam. Lelaki itu dgn nakal hanya trsenyum manis ke arah Ersha. Org lain mula
memandang tajam ke arah mereka terutama sekali pelajar perempuan. Jeles ke
korang!! Hahaha #devillaugh
"Oit! Apa yg kau gelakkan
seseorg tu. Ke kau dh tergoda tengok senyuman aku yg manis mcm honey ni?"
ujar V. Ersha mencebik tanda menyampah. Ada masa pula aku nk tergoda dgn mamat
playboy ni. Siang, malam, pagi, petang krja dia mengayat perempuan saja yg dia
tahu. “Eh, masa bila pula aku tergoda tengok engkau. Buat pengetahuan Encik
Taehyung or a.k.a singkatannya ialah V. Kita ni dah lama kenal. Boleh dikatakan
sejak kita lahir sampailah masuk U ni. Aku dah lalilah dengan perangai engkau.”
Ngomel Ersha, panjang lebar. Kini giliran V pula untuk menarik mukanya.
Hah, buat pengetahuan korang semua
aku dengan V ni dah lama berkawan. Macam mana boleh jadi kawan? Sebabnya
parents kita berdua ni dah lama kenal sejak dulu lagi dan siap kahwin atas
pelamin yang sama lagi, beranak pun sekali dan boleh dikatakan semuanya sekalilah.
Itu pasal ke mana saja aku pergi mesti ada mamat poyo ni. Ramai yang datang
dekat aku semuanya atas dasar alasan.. actually nak berkenalan dengan V.
Bukannya aku. (Menyampahkan!!) That’s why ada saja mata-mata dan mulut-mulut
manusia yang tak puas hati dengan aku.
“Okaylah.. siapalah kita dimata
dia.” Nadanya mula kelihatan pasrah. Ersha mula terasa serba salah tapi malas
nak layan pun ada juga perangai mamat ni.
Tiba-tiba, dewan kuliah kelihatan
sunyi sepi tatkala Prof Kim Soohyun, masuk. Emm, untung sangat. Setiap kali masuk
waktu matematik semua orang akan sentiasa memberi sepenuh perhatian dekat
hadapan. Tak pernah seorang pun nak buat bising. Maklumlah, dapat lecturer
handsome nak mampus. Itu pasal kelas dia tak pernah seorang pun fail. Terutama
sekali pelajar perempuanlah. Aku? Hmm, of courselah anak murid dia yang paling
dia sayangi.
“Baiklah semua sebelum saya
memulakan kelas kita pada hari ni. Saya nak kenalkan korang semua dengan budak
baru kita iaitu… Kim Hanbi.” Semua pelajar perempuan kelihatan terhegeh-hegeh
tatkala pelajar baru itu melangkah masuk kedalam dewan kuliah itu. Ada saja
ayat-ayat yang didengari keluar dari mulut mereka. “Aumm.. hensemnya. Cair I
tengok..” “Kan.. kan..” Aku hanya mampu menggeleng. Handsome? Biasa saja aku
tengok.
“Annyeong, bangabseubnida (Selamat
berkenalan). Nama saya Kim Hanbi. Tapi awak semua boleh panggil saya B.I kalau
awak semua nak. Ini kali pertama saya berada di Meliaya (Maaf, tidak wujud
langsung dlm peta giografi), sebelum ni saya tinggal dekat Luar Negara. Jadi
saya harap awak semua boleh beri kerjasama yang baik dengan saya.” semua
pelajar kelihatan fokus dan terpegun tatkala dia memperkenalkan dirinya.
“Baiklah.. awak boleh duduk sekarang B.I. Pilihlah tempat mana-mana yang awak
suka.” Arah Prof Soohyun. Semua pelajar perempuan kelihatan mengharap
sangat-sangat yang dia akan memilih tempat duduk berhampiran dengan mereka
kalau boleh. Tengok-tengok dia terlebih dahulu menerpa duduk disebelah Ersha.
Ersha kelihatan sedikit terkejut.
Namun dibiarkan saja. Takkan nak halang kowd? Hak apa aku. Suka hatilah dia nak
duduk mana pun. Bukannya setiap bangku ni dah tertulis atau cop nama sendiri.
Kalau macam tu senanglah kerja aku lepas ni. Taklah kalut nak berebut tempat.
“Hai..” sapaku. Kalau tak tegur nanti kata apa pula. Namun, tiada balasan pun
diterima oleh Ersha. B.I hanya mendiamkan diri dan memfokuskan matanya
dihadapan saja. Adeh, terasa menyampah pula hati ni. V yang memang selalu
berada disebelah Ersha mula ketawa berdekeh-dekeh memerhatikan gelagat Ersha. Sepantas
kilat sebatang marker pen hinggap dikepala milik V. Dia mula mengaduh
kesakitan. “Mungkin awak boleh berdiri diluar kelas saya Mr V.” Sekarang
giliran Ersha pula untuk ketawa terbahak-bahak. Hambik kau! Rasakan penangan
kuasa tiga Prof Soohyun.
“Miss Ersha.. mungkin awak nak
sertai Mr V juga?” dengan pantas Ersha mula menekup mulutnya dan menggeleng.
Kini pembelajaran kembali seperti biasa sehinggalah kelas seterusnya pula
bermula.
XXX
Minggu ni merupakan study week
untuk semua orang. Jadi semua orang pakat pulun dok baca sebab test tak lama
lagi dah nak tiba. Ershalah manusia pertama yang selalunya akan bertapa dekat
library dan tempat-tempat yang seangkatan dengannya. Manakala, V pula akan
bertapa ditempat-tempat seperti Cyber café kebanyakkannya. Tapi gred dia tak
pernahlah nak fail teruk-teruk sangat. Setengah orang tu sampai ada yang kena
repeat. OMJ!! No way! Tak ada istilah ‘REPEAT PAPER OR SEM’ untuk Nurul Ersha
Bt Ibrahim.
Sedang leka membelek buku di rak
perpustakaan, Ersha pun mengambil salah satu buku yg diminatinya. Sepantas
kilat matanya bertembung dgn mata seorg lelaki ini dan lelaki itu ialah B.I. Alamak!
Dup dab dup dab.. Awat mata dia ni cantik sangat! Koko.. Koko gelap gitu.. Kalah
aku!
"Sweetie.. Awak dekat sini
rupanya.." cupp, satu ciuman hinggap dipipi kiri B.I tatkala gadis itu datang
menerpa kearahnya. Ersha dgn pantas meletakkan kembali buku yg dipegangnya tdi untuk
menghalang agenda yg tidak sepatutnya dilihatnya. Kemudian, dia dengan pantas
keluar dari library itu secepat yg mungkin. Err, apakah? Bagaimanakah? Siapakah?
Tak sangka macam tu rupanya perangai si B.I tu. Aku ingat dia budak baik. Hmmm,
baiklah sangat!
XXX
Seusai membeli makanan, Ersha pun
mencari tempat duduk yg sesuai untuk makan. Sedang asyik menjamah makanan,
tetiba datangnya B.I duduk disebelahnya. Ersha mula gelabah tidak tentu pasal.
Mampuslah aku! Jawabnya dalam hati. "Ehek!! Ehek!!" tersedak-sedak Ersha
dibuatnya disebabkan terlalu cepat sangat makan untuk beredar dari situ. "Tunggu!!"
panggil B.I. Ersha mula menelan liurnya. Wah! Ini 1st time dia tegur aku.
Matilah!! B.I mula bangun dari duduknya dan menghala kearah Ersha.
"Ersha!!! Puas saya cari
awak! Dekat sini rupanya awak..!" panggil V. Ersha mula menghembuskan
nafasnya dan cepat-cepat menerpa kearah V. "V.... I miss you... Aku pun
memang tengah cari kau tadi." ucap Ersha lalu menarik hujung pangkal
lengan baju V untuk mengikutinya pergi jauh dari situ.
XXX
Di tempat parking kereta kampus.
"Fuhh, lega.." sebut Ersha. V mula menggaru kepalanya yang terasa tidak
gatal itu. "Engkau dah kenapa?" soal V. "Tak ada apalah. Engkau
nak cakap apa tadi?" ucap Ersha. "Ooo.. Mama ada buat makan.. Makan
sikit malam ni. Jangan lupa ajak umi dengan baba taw." Ersha mengangguk.
Well, sejak kecil lagi V memang suka sangat panggil umi dengan baba aku macam
tu. Dah macam dia tu anak depa pula. Ehek, tapi aku pun sama suka panggil mama dengan
papa dekat parents dia.
XXX
Malam yang dinantikan, di rumah V.
Orang mula kelihatan ramai. "Umi... Baba!!" panggil V lalu datang
menerpa kearah baba untuk menyalami tangannya. Begitu juga dengan aku. Dengan
pantas menyalami tangan mamanya. "Ingatkan tak datang. Kenapa lambat
sangat?" soal papa V. "Ni hah anak dara aku ni. Kalau bersiap kalah
umi dia." balas baba. Ersha mencebik. Padahal baba dia yang melaram lebih
tadi. "Sudah.. Sudah.. V bawa Ersha pergi makan. Kami ada hal nak bincang."
arah mamanya. V mengangguk lalu menarik lengan bajuku.
Aku melihat satu persatu makanan
yang terhidang didalam buffet makanan itu. Emm, sedapnya. Ada kambing, ayam
golek, macaroni cheese, oreo cheese cake. Wow! Perut mula berbunyi *dugugugugugugu*
*kruk kruk* *growl growl*. "Oii, menung apa tu? Nak makan jewlah. Kan ni
semua favorite kau." Ersha mengangguk tanda terharu sambil menayang mata
bulat macam kucing dalam cerita Shrek tu. V menggeleng sambil membantu Ersha
mengambil makanan. "Thanks to mama kau. Aku dah lama mengidam nak makan oreo
cheese cake ni. Lepas tu, ad macaroni cheese pula tu.. Arrr!! Cheese!!"
bagi sajalah apa pun makanan yang berkaitan dengan cheese. Pasti Ersha akan
cair punya dengan orang tu.
Selesai mengambil makanan, mereka
berdua pun mengambil tempat duduk untuk duduk.
"Assalamualaikum, semua. Saya
nak ucapkan terima kasih kepada semua orang kerana sudi hadir pada jamuan kami
yang tak seberapa ni, ucap mama V. Semua tetamu kelihatan tekun mendengar.
"Tanpa melengahkan masa. Saya nak menjemput kedua anak kesayangan saya
iaitu V dan Ersha untuk naik ke atas pentas ni." tercengang V dan Ersha
dibuatnya.
"Waeyo?".
Sebaik berdirinya mereka berdua
diatas pentas itu, Umi Ersha pun turut sama naik bersama kotak kecil berbentuk
segi empat. Ersha mengerutkan dahinya.
"Sebenarnya.. Saya nak ucapkan
terima kasih juga pada semua orang kerana sudi hadir pada majlis pertunangan anak
saya iaitu V dan Ersha Ibrahim. Serentak ternganga mulut kami berdua. What??
Tunang?!? Orang ramai mula memberikan tepukkan yang gemuruh. Umi sudah pun
membuka kotak kecil itu dan kelihatan dua bentuk cincin. Mungkin satu untuk V
dan aku.
"V.. Tunggu apa lagi? Cepatlah.."
suruh Mama V. V yang kelihatan terkebil-kebil itu mula mengambil cincin itu dan
menyarungnya ke jari manis Ersha. "Ersha.. Giliran kamu pula, nak."
ujar umi. Aku mula berbelah bahagi. Mataku kini tertacap tepat ke arah V. "Ersha..
Please jangan malukan aku." itulah apa yang terpancul pada riak wajah V.
Aku mengeluh lalu mengambil cincin itu dan menyarungkannya pada jari V. Dengan
serta merta orang ramai mula menepuk tangan.
XXX
"Umi.. Baba.. Kenapa umi
dengan baba buat Ersha macam ni." soal aku. Ini dah tak adil. Tak ada
angin tak ada ribut tiba-tiba dia kena tunang pada hari ni. Umi kelihatan agak
marah sedikit. "Awadnya?!? Salah ke apa yang umi buat ni. Kamu dengan V tu
kan dah lama berkawan. Tak elok orang tengok. Bila dah ikat ni tak adalah orang
nak fikir yang bukan-bukan" jelas umi. Aku mula menarik muncung. Wajahku
sengaja ditayangkan pada baba untuk meraih simpati. Namun apakan daya baba turut
sama membela umi. Aku dengan rajuknya lari naik keatas. "Hah!! Merajuk..
Merajuk.." teguran umi langsung tidakku peduli. Mereka suka sangat buat
keputusan sendiri setiap kali berbincang dengan family V. Geramnya hati ni!!!
Wajahku mula disembamkan diatas
bantal. "Arrrrr!!".
XXX
"Umi.. Eir pergi dulu yrw."
beritahuku sebaik turun dari tangga. "Eir.. Mehlah makan dulu dengan your
future husband ni." mulutku melopong. 'Future husband' ?? Langkah kaki ku
tuju ke ruang meja makan. Dilihatnya V sedang tersengih-sengih sambil menjamu
bihun goreng yang umi masak. Bibirku herot ke sebelah. "Umi Eir ada examlah
hari ni. Kena cepat." ujarku lalu menyalami tangan umi dan beredar keluar.
"V.. Cepatlah hantar dia." suruh umi sambil menepuk belakang badan V.
Belum sempat V ingin menelan air milo panas itu, dia pun tersedak. "Baik
umi!" balasnya lalu mengejar langkah Ersha.
XXX
Didalam kereta V. "Takkan
engkau tak tahu langsung pasal hal ni!" soalku. "Sumpah aku memang
tak tahu apa!!" balas V dengan serius sekali. Ersha mendengus geram.
Sebaik sampai ditempat parking, Ersha jurus turun dari kereta ferari milik V
itu.
"Hisy! Sakit punggung tahu
tak! Gedik naik kereta sport apasal tak tahu." ngomel Ersha sambil belajar.
V menggeleng sambil memerhatinya dari jauh. "Mian (maaf), Eir." ucap V
dalam hati. Dari jauh ada seseorang yang sedang memandang kearah mereka.
XXX
Didalam dewan kuliah, waktu Miss Jessica
iaitu waktu English. Dengan tekun Ersha sedang menjawab soalan yang diberikan
oleh Miss Jess itu. Tiba-tiba tangannya terasa disiku oleh orang sebelah. Berkali-kali
pula tu. Ingatkan orang sebelah tu tak sengaja. Ersha mula terasa hilang sabar disaat
orang itu melakukannya sekali lagi. "Hoii!!
Kau dah kenapa dok siku-siku tangan aku!!" bentak Ersha sambil berdiri.
Semua orang kelihatan terkejut gila dengan tindakkan Ersha itu. Miss Jess yang
baru saja ingin mencalit lipsticknya dibibir habis terlajak comot. "Who's
that!!" kini giliran Miss Jess pula nak naik angin. Ersha mula menelan
liurnya. Namun sempat lagi Ersha mengerling ke sebelah. "B.I?!" nama
itu terpancul dari mulutku perlahan.
"Miss Ersha.. Tell me what's
wrong with you!" soal Miss Jess. "He was trying to disturbing me, Miss
Jess. When, I was trying to write he push my right elbow. It was really
annoying me!!" jelasku. "Is that true? B.I?" soal Miss Jess pada
B.I pula. "That's true. But I'm pushing her elbow because I'm left-handed
hand. It was just an excuse incident." Miss Jess mengangguk. "Both of
you.. I want you to repeat your exam. Now get out from my class." arah
Miss Jess. Melopong mulut Ersha. Repeat exam!!! No!!! Dengan langkah longlai, dia
pun menuju ke library.
XXX
Kini fokusnya hanya tertumpu pada
buku yang diambilnya dirak tadi. B.I sengaja duduk dihadapannya sambil menayang
wajah berang, tak puas hati semuanya ada. "Sebab kau aku kena repeat
paper!!" marah B.I. Ersha mengangkat kening sebelahnya. "Hey!! Yang
kau dok siku-siku lengan aku tu apasal!" marahku juga. Namun masih lagi
dalam nada yang sederhana kerana berada di perpustakaan.
"Tu hah! Cincin sapa yang
bagi?" soal B.I tetiba. "Hah?!?" seribu tanda tanya mula bermain
dibenak hati Ersha. Tetiba mamat ni tanya pasal cincin? Siapa bagi?!? Alamak!!
Baru aku terperasan yang aku lupa nak cabut buang cincin ni. Dengan pantas, dia
menarik keluar. "Cincin? Alah, biasalah. Aksesori. Kau kalut apa nak
tahu." ngomel Ersha. "Mestilah aku nak tahu sebab aku ni kawan kelas
kau." ujarnya. "Kawan kelas?? Baru sekejap tadi kau hancurkan saat
aku nak ambil exam. Lepas tu kau nak aku ngaku kawan?" cebik Ersha. B.I
diam membisu. Lama dia perhatikan Ersha. "Awak tak tahu dengan siapa awak
sedang bermain." ucap B.I lalu meninggalkan Ersha seorang diri yang masih
terpinga-pinga.
XXX
Otaknya masih lagi ligat
memikirkan apa yang diucapkan oleh B.I tu. "Eir.." dari jauh
kelihatan V sedang memanggilnya sambil melambai kedua belah tangannya. Ersha
tersengih. Kadang-kadang tak boleh blah juga tengok V ni. Kadang-kadang
annoying, kadang-kadang comel gitu macam bebudak. Baru ingin melangkah menuju ke
V, tiba-tiba tangannya direntap dan ditarik oleh seseorang masuk kedalam
kereta. "Warggh!! Let me goo!! Let me goo.." ni la mula nak nyanyi
lagu frozen ni. "Shh.. Awak boleh diam dak!" ujar B.I sambil menekup
mulut Ersha. Ersha dengan pantas mengigitnya. "Adoii!". "Awak
nak apa hah?!? Jangan nak main-main dengan saya!! V! V!" jerit Ersha
didalam kereta itu. B.I dengan pantas menghidupkan enjin keretanya dan bergerak
keluar dari kampus itu. "V!!!" V yang terpandang kelibat Ersha didalam
kereta bumblebee itu mula berasa hairan.
"V!!" panggil Ersha.
XXX
"Yah!! Awak nak bawa saya ke
mana ni?" soal Ersha bertubi-tubi. Dari tadi dok pusing sekitar pusat bandar
tu dah kenapa. "Saya geram tengok awak!!" Ersha merenungnya hairan.
Dah kenapa mamat ni nak geram dengan aku. Kereta tiba-tiba berhenti secara
mendadak di tepi jalan raya. Uitt! Apasal mamat ni?!? "Kau dah
kenapa?" soal Ersha. "Sha.. Sampai hati awak buat saya macam ni. You
make me look like a crazy guy you know!" bentaknya. "Waeyo! Waeyo!
Masa bila say buat awak jadi gila hah?!" soal Ersha.
Berkerut dahi B.I. "Awak ni
lupa atau buat-buat lupa?!?" marah B.I. "Hello.. Saya memang tak
kenal awak. Lepas tu awak kata buat-buat lupa. Memang crazy sungguhlah awak
ni!" ucap Ersha. B.I mula terasa bengang lalu turun dari keretanya dan
menuju ke pintu Ersha dan menariknya keluar. Ersha terkedu dengan tindakkan B.I
itu. "Awak duduk sini." ujarnya lalu masuk kembali ke dalam keretanya
dan menguncinya. Jangan kata dia nak tinggalkan aku dekat sini! Akhirnya dilihatnya
kereta itu memecut pergi. Lagi tergamamlah Ersha dibuatnya.
XXX
Pukul 7 malam, V baru tiba disitu.
Ersha yang menyedari kelibat V yang berdiri dihadapannya mula bangun dan
memeluknya. "V!! Ersha nak umi dengan baba!! V!!" ujarnya dengan
tangis yang teresak-esak. V mengepal tangannya membentuk penumbuk.
"Siapa yang buat awak macam ni,
hah?" soal V sebaik tangis Ersha mula reda. "Tak ada sapalah."
balas Ersha. Kalau boleh aku betul-betul tak mahu rumitkan keadaan. Lagipun
mungkin B.I tu marah sebab pasal kami kena repeat paper tu kowd, pujuk hati ini.
V memandangnya lama. "Dahlah.. Tidur. Nanti sampai saya kejutkan
awak." ujarnya lalu menarik jaketnya yang tergantung di bahagian belakang
seatnya lalu menyelemuti tubuh badan Ersha yang separuh menggigil.
Tanpa disedari baba meminta tolong
V untuk mengangkat Ersha naik keatas biliknya. Dalam keadaan mamun Ersha seolah
terdengar baba dan V membincangkan sesuatu yang agak serius. Namun ia hanyalah samar-samar
kerana badan terasa penat sangat-sangat.
XXX
Disebabkan peristiwa tempoh hari V
telah pun menukar jadual kelasnya supaya sama dengan Ersha. "Hisy, awak ni
dah kenapa ikut saya ke hulu ke hilir." ngomel Ersha pada V. V mula
menayang muka comelnya.
*Gedebushh*
Sebaik sampai diselekoh Ersha
tiba-tiba terlanggar bahu seseorang sehingga terjatuh. Mujur V ada untuk sambutnya
dari belakang. "Yah!! Jalan tengok depan." marah Ersha lalu menoleh
kearah orang yang melanggarnya itu. B.I memandangnya dengan riak yang tidak
bersalah. Ersha diam membisu selepas menyedari orang itu ialah B.I. V memandang
B.I lama.
"Tak payah nak menggedik
sangat. Macam engkau sorang punya jalan. Ikut suka hatilah. Kalau kau nampak
mesti kau tak langgar aku kan?" balas B.I. V mula merengus geram. Mujur
ada Ersha. Kalau tak dah lama penumbuk V hinggap dekat muka B.I yang hensem tu.
Ersha tersengih lalu memohon maaf. Hanya itu saja jalan penyelesaian untuk
orang yang macam B.I ni. B.I akhirnya senyap dan berlalu pergi. Sambil itu sempat
lagi dia melanggar bahu V dengan agak kasar. Sengaja!
XXX
Hari ni merupakan hari minggu. Sebaik
selesai mandi Ersha pun turun ke bawah untuk breakfast. Sempat dia berpatah
balik untuk mengambil tudungnya sebaik kedengaran suara umi dan baba bersembang
dengan mama papa, V. Dengan ayu dia pun turun kembali.
"Mama.. Papa bila
sampai." tegur Ersha sambil menyalami tangan mama V. "Ni hah mama
dengan papa datang sini sebab nak bincang pasal weeding korang berdua."
jelas mama V. Ersha mula mencari kelibat V. Namun tidak kelihatan. "Pa,
ma.. Mana V? Tak datang ke?" soal Ersha hairan. Selalunya mesti dia yang
kepoh dalam rumah ni. "Ooo, dia kata dia ada hal penting nak buat.
Kenapa?" soal papa V. "Hah.. Rindu lew tuu." tegur mama V. Ersha
sepantas kilat menggeleng. Eh? Aku nak rindu. Uwekss! No way!
XXX
Semua gadis yang berada di cafe itu
menggila-gila memandang ke arah V. Hensem
nak mampus. Beberapa minit kemudian datang seorang lelaki yang berpakaian segak
duduk dihadapan V. Lagi menjerit-jerit gadis yang berada di dalam cafe itu memandang
mereka yang duduk diluar cafe. "Kau ni siapa?" soal B.I "Aku
tunang Ersha untuk pengetahuan kau." B.I yang dari tadi buat endah tak
endah akhirnya memfokuskan wajahnya pada setiap butir bicara yang diucapkan
oleh V. "Jadi kaulah penyamar tu." ujar B.I. "Aku lebih rela
jadi penyamar dari penghancur.!" balas V. Wajah B.I mula bertukar menjadi
merah akibat menahan marah. "Buat pengetahuan kau dia tak ingat langsung
pasal kau. She completely forgot about you in her memories. So, stay away from
her." ujar V lalu bangun dari duduknya untuk belah dari situ. "Kalau
macam tu mungkin aku boleh ingatkan dia." V kembali toleh ke belakang
memandang B.I dengan tajam.
XXX
Hari ni merupakan last paper.
Lepas tu horray.. Horray! Horray! Aku yang terpandang kelibat V yang baru keluar
mula menerpa kearahnya. Namun belum sempat untuk pergi, datang seorang gadis yang cantik lagi
menawan menutup mata V dari belakang. Ersha serta merta menghentikan langkahnya
dan menyorok disebalik dinding. Dari jauh Ersha memerhatikan tingkah laku mereka.
Macam happy semacam. Hermm.. Hisy, dah kenapa dengan aku ni.
"Kenapa jeles ke tengok dia
orang?" bisik B.I tetiba ditelinga Ersha. Ersha mula menjerit kecil.
"Kau ni dah kenapa?!" marah Ersha. "Sha.. Jom pergi makan. Aku
laparlah." ajak B.I tanpa rasa segan silu. Dahlah hari tu dia tinggal aku
dekat tepi lebuh raya. Lepas tu ada hati nak ajak makan. Cis, aku takkan
terpedaya lagi dengan kau. No way! Lelaki tak guna. Ersha mula melangkah pergi.
Namun B.I sengaja berjalan dihadapannya untuk menghalanginya. Bila Ersha ketepi
dia ketepi. "Eee... Tepilah!!" sedaya upaya diri ini cuba menolak B.I
ketepi. Namun tak berdaya. Well, perempuan nak dikatakan. Ok, that's it!!
"Baiklah, saya akan teman awak makan. Tapi dengan satu syarat awak takkan tinggalkan
saya dekat tepi jalan." jelasnya. B.I dengan pantas tersenyum lebar lalu
mengangguk pantas.
XXX
Di Marrybrown
Tempat duduk buaian. "Isy,
buaian bagai. Tempat duduk biasakan ada." ngomelku. "Alah sekali
sekala. Bukan selalu." ujarnya sambil menayang muka comelnya dan membantuku
untuk membuka makananku. Eee, kalau kau tak tinggal aku hari tu konfem aku dah
tersuka dekat kau.
"Sha boleh B.I tanya satu
benda?" Ersha mengangguk. "Agak-agak Sha ingat tak lagi zaman
kanak-kanak Sha?" Ersha tergamam. Tetiba tanya pasal zaman kanak-kanak aku
dah kenapa? "Hmm.. Aku banyak habiskan masa aku dengan V. Kemana V ada
mesti ada aku. Cuma sekarang ni lainlah sebab kami kos lelain sikit."
cerita Ersha sambil menyedut minumannya. "Oo, jadi awak memang tak boleh
hidup tanpa V la ni?" soal B.I. Ersha diam seketika. Dia pun tak pasti sebab
sejak kecil dia dengan V memang tak pernah terpisah. Macam dah sebati. Ersha
menjungkitkan bahunya.
XXX
Selesai makan, B.I pun
menghantarnya dihadapan rumah Ersha. "Kali ni saya tak tipu awakkan?"
ucap B.I setelah membantu Ersha membukakan pintunya. "Hmm.. Yrwlah tu..
Esok.. Esok tak tahu lagi." balas Ersha. "Eh, maksudnya saya ada
chance lah nak keluar dengan awak lagi." Ersha tersenyum tanda seolah-olah
memberi green light pada B.I.
Tiba-tiba, motor yamaha ninja
warna hitam berhenti betul-betul terus dihadapan pintu pagar rumahnya. Ersha
mula menelan liurnya. Omj~! My Taecyeon oppa.
Perlahan-lahan dia membuka
helmetnya itu menampakkan wajahnya. Dia kemudian menerpa kearah mereka berdua. Ersha
mula tersengih-sengih macam kerang busuk. "Eir, tolong oppa bawa masuk
barang-barang oppa ni." arah Taecyeon. Ersha tanpa banyak songeh
mengangkat tabik ala kadet menerima arahan dari sarjennya "Baiklah,
oppa.".
Kini tinggal mereka berdua dihadapan
pankin rumah. "Saya tak suka awak berkawan dengan adik saya." tegur
Taecyeon terus terang. B.I memandangnya hairan. "Tapi.. Kenapa?"
soalnya. "Awak tak layak untuk dia." jelas Taecyeon lagi. "Ini
tak adil.. Kenapa V boleh?!" akhirnya hasratnya terkeluar jua. Taecyeon
memandangnya tajam sambil mencekak kolar lehernya. "Awak jangan berani
sebut hal ni dekat adik kesayangan saya. Dia dah tak ingat langsung pasal awak.
Jadi awak tak perlu nak rasa serba salah untuk apa yang awak dah buat." marah
Taecyeon. B.I dengan rasa kecewa, geram, sakit hati semua pergi meninggalkan rumah
itu setelah dihalau oleh Taecyeon.
XXX
Malam itu, hatinya berasa gundah
gulana. Rahsia apakah yang dimaksudkan oleh oppa dengan B.I tu. Kenapa dari
gaya mereka tu macam mereka dah kenal lama. Hah! Ingat lagi. Umi larang gila
aku naik stor atas loteng. Kenapa erk?! Tak kira. Malam ni aku nak naik tengok
ada apa.
Jam didinding mula berdetak
menandakan pukul 12 malam. Suasana rumah itu mula gelap gelita. Ersha dengan
berhati-hati memulakan misinya. Dahlah tanggan loteng tu dekat dengan bilik
oppa dia. Mampus kalau kena tangkap. Kakinya perlahan-lahan menjungkit menuju
naik ke atas loteng. Dibukanya pintu loteng yang diambilnya waktu makan tadi.
Torch telefon bimbit disuluh di loteng itu mencari bahan bukti. Kemas juga
loteng ni. Yang pasti banyak mainan lama-lama.
Tiba-tiba matanya tertarik pada
satu buku tebal yang berkunci. Ditepi buku itu tertulis "My Diary".
Ersha mengambil buku itu dan perlahan-lahan meniup cover hadapan yang dipenuhi
dengan habuk itu. ‘Eyka Diary’. Ersha menjadi tertarik. Dengan pantas dia terus
keluar dari bilik itu. Mungkin itu petunjuk bagi segalanya.
XXX
Taecyeon menjadi tanda tanya
tatkala memandang wajah Ersha yang kelihatan sugul. Dah kenapa adik dia ni? Umi
dan Baba turut sama berasa hairan. “Eir.. Eir okay ke ni?” soal umi. Ersha mula
terkedu. Bebola matanya mula memandang baba, umi dan oppanya. Perlahan dia
menggeleng lalu meminta diri untuk naik ke kamar. “Dah kenapa dengan anak kau
yang seorang tu?” soal baba pada umi. Umi menggeleng tidak tahu.
Selesai makan, Taecyeon naik ke
atas untuk menjenguk adiknya. Pintu yang tidak berkunci itu dikuaknya sedikit.
Tiba-tiba kelihatan adiknya sedang menangis teresak-esak diatas lantai yang
berterabur dengan kertas-kertas lama. Taecyeon pantas menerpa ke arahnya dan
bertanya. “Oppa.. apa semua ni? Siapa B.I tu?” soal Ersha. Taecyeon mula
menjadi buntu. Nasi sudah menjadi bubur. Kini, segala rahsia sudah pun
terbongkar. Jadi nak tak nak dia terpaksa menceritakan segalanya pada adiknya.
Flashback
Zaman kanak-kanak adalah satu kisah
silam yang semua orang tak dapat lupakan. Betapa indahnya kita semua pada waktu
itu. Ketika jatuh hanya kaki dan tangan saja yang luka. Namun, kini semuanya
terasa. Ersha yang sedang leka berlari-lari dipadang bunga itu mula menerpa kearah
B.I yang terbaring elok ditengah padang bunga itu. Ersha mula berhenti dan
membaringkan kepalanya diatas perut B.I. Indahnya hari tu. Burung-burung
berkicauan. Angin sepoi-sepoi bahasa dan yang pastinya B.I sentiasa ada
disisinya.
“Sha.. kalau satu hari saya dah
tak ada. Awak nak buat apa?” Ersha mula mengangkat wajahnya memandang B.I. “Andwae!!
Kenapa awak cakap macam tu?! Kalau awak tak ada saya pun tak ada!” marah Ersha.
B.I mula tersenyum lalu mencubit kedua belah pipi Esha yang montel itu. “B.I..
kenapa awak suka panggil saya dengan nama panggilan Sha erkk? Sedangkan orang
lain semua panggil saya dengan nama Eir tak pun Ersha.” B.I diam sejenak sambil
memandang langit. “Sebab.. bagi saya awak special..” ujarnya lalu mengenyit
mata sebelahnya pada Ersha. Wajah Ersha mula bertukar menjadi merah kemerahan. “Kalau
macam tu saya nak panggil awak B saja boleh?” pinta Ersha. B.I mengerutkan
keningnya tanda mengapa. “Ermm.. sebab awak pun special bagi saya.” jawab
Ersha. Akhirnya mereka berdua pun tertawa riang.
26 Nov
Hari itu merupakan majlis hari
jadi Ersha yang ke 15. Semua teman-temannya dijemput hadir ke majlis hari
jadinya yang biasa-biasa saja. Tidak lupa juga B.I iaitu temannya sejak kecil. “Hai,
sweetheart. Happy special day!” ucap B.I lalu memberikannya sebungkus hadiah
kecil berbentuk segi empat. Aik? Dia nak purpose aku ke? Ada apa erk dalam
kotak ni, hati Ersha mula menjadi tanda tanya. “Bukalah sekarang. Aku tak kisah
pun.” Suruh B.I. Ersha mula tersenyum riang. Macam tahu-tahu saja dia ni. Ersha
dengan pantas membukanya. Alangkah terkejutnya dia melihat rantai berlian yang
indah itu. Disitu terukir ‘MY LOVE’.” B.I kini membantu Ersha untuk
menyarungkannya. (Dulu tak pakai tudung lagi). “Thanks, B.I.” ucap Ersha.
Umi tiba-tiba memanggil diriku. “Eir..
kenalkan ni kawan umi sejak dibangku sekolah rendah lagi. Ni anak lelaki dia
orang nama dia V.” Aku mula tersenyum manis kearah dia orang. “Kalau macam ni
bila kita boleh start majlis pertunangan anak-anak kita.” Ucap Papa V. Aku yang
mendengarnya mula menjadi tidak keruan. Aik? Baru jumpa aku dah nak bincang
pasal kahwin. Aku mula bergurau senda “Sekarang pun boleh uncle.” Semua orang
mula ketawa terbahak-bahak. Namun begitu, ada satu makhluk yang telah pun
berkecil hati dan aku mula mengejarnya yang lari dari majlis ku itu.
“B.. tunggulah!! Tadi Sha
main-main jewlah.” Aku mula menarik lengannya agar dia berhenti dari terus
berlari. B.I memandangku geram. “Yrwlah tu, tengok-tengok jadi kenyataan. Sapa
tahu!” marahnya. “B.. dengarlah Sha nak cakap.” Tiba-tiba, lelaki yang bernama
V itu datang. “Sayang.. umi panggil untuk potong kek.” Ersha mula mengerutkan
dahinya. Dah kenapa lelaki ni panggil aku sayang? B.I yang mendengar mula
menarik tangannya dan melintas seberang untuk ke keretanya. Aku turut mengejar.
Pin!!! Pin!!!
Ersha kemudian membuka matanya.
Kepalanya terasa sakit. Betul-betul sakit. “Eir, okay?” soal Taecyeon. Ersha
dengan pantas memeluk oppanya erat. Air matanya mengalir dengan deras. Lepas
dari kemalangan tu dia menyedari yang dia sudah pun hilang ingatan. Uminya
langsung memberitahu bahawa V adalah temannya sejak kecil. Padahal itu adalah
B.I. Memori yang selama ini dia fikir itu ialah V semuanya palsu belaka.
Beberapa hari ini, Ersha jarang
sangat nak keluar rumah, turun makan. Dia banyak menghabiskan masanya didalam
kamar. Taecyeon mula berasa serba salah. Menyesal pula cerita semua tu dekat
adiknya.
XXX
Perlahan-lahan, V mengetuk pintu
biliknya dan kemudian masuk kedalam apabila disuruh. “Hai.” tegur V. Ersha
hanya mampu tersenyum kelat. V mula berasa serba salah. Taecyeon sudah pun
menceritakan segalanya padanya. “Mianhae.” Ucap V. Ersha menggeleng. “Awak tak
bersalah pun. Dah takdir semuanya nak jadi macam ni.” jelas Ersha. “Saya
betul-betul minta maaf. Salah saya juga sebab ikut rancangan umi awak. First
time, saya jumpa awak. Saya betul-betul dah Jatuh Hati pada awak sebab tu bila
awak kemalangan saya terus bersetuju untuk menyamar jadi dia. Tapi percayalah…
yang saya ikhlas selama ni.” Ersha pantas meletakkan jari telunjuknya pada
bibir V minta dia senyap seketika.
“Kalau awak serba salah boleh awak
buat sesuatu pada saya?” V dengan pantas mengangguk.
XXX
“B…!!!”
B.I dengan serta merta menoleh ke
belakang apabila kedengaran ada orang yang memanggil. Ersha dengan riang
gembira melambai-lambai ke arahnya. B.I berasa hairan sebentar. Ersha dengan
pantas berlari kearah B.I dan baru saja dia ingin memeluk B.I perbuatannya itu
terhenti. Lupa bukan muhrim! Dan lagipun dulu-dulu bolehlah buat. Sekarang masing-masing
dah ada hati dan perasaan. So, kena kawal sikit.
“B.. Sha rindu la B..” B.I mula
tersenyum padat. Apakah ini semua? Adakah dia sedang bermimpi? Dia rindu dengan
nama panggilan itu. Dan hanya seorang manusia saja yang boleh memanggilnya ‘B’
iaitu Ersha. “Awak tak mimpilah!! Ni Ersha yang dulu-dulu selalu main dengan awak
dekat padang bunga tu.” Jelas Ersha. “Saya dah tahu semua. Saya dah ingat
semuanya. Jadi boleh kita mulakan semuanya semula?” soal Ersha. B.I mengangguk
sambil tersenyum bahagia. Ersha kemudian tersenyum lalu menoleh dan memanggil
seseorang. “V!!! Sinilah.”
V yang sedang mengelamun mula
menghampiri mereka.
“Baiklah.. mulai dari saat ni.
Saya nak kita tiga orang jadi kawan dulu boleh?!?” soal Ersha. B.I dan V
memandang sesama mereka. Seolah-olah macam suka tak suka pun ada. Ersha berasa
geram lalu mengetuk kepala kedua-dua itu. “Dah jom!! Perut saya lapar fikirkan
hal yang tak patut difikirkan lagi.” Ucap Ersha lalu beredar pergi. Mereka
berdua mula kalut mengejar langkar Ersha. Ersha tersengih.
THE END
p/s: Maaf kalau endingnya macam
membuatkan korang semua tertanya-tanya siapakah pilihan hati Ersha. Well, tak
semua cerita yang endingnya berakhir dengan orang tu akan dapat orang tu.
Terpulanglah pada semua orang punya imaginasi. Kan… Jadi agak2 sapa erk dah
tawan hati Ersha. Korang fikirlah sendiri. Btw, thanks bagi yang sudi
membacanya sampai habis. Maaf kalau tak menarik atau tergantung atau whatever.