#Cinta Yang Pudar
====================================================================
Wajah Jihyo kelihatan sugul, berkali-kali dia cuba
menghubungi buah hati pengarang jantungnya itu. Namun, si dia tetap tidak
menjawabnya. Hati Jihyo semakin lama semakin terasa tidak enak. Seolah-olah
sesuatu yang dahsyat akan berlaku.
XXX
Sementara itu, didalam bilik mesyuarat. Xia Junsu
sedang rancak membentangkan proposalnya dihadapan bos besar. Orang ramai
kelihatan fokus dan tertarik dengan setiap apa yang dibicarakannya. Telefon
bimbitnya yang ditinggalkan pada setiausahanya berkali-kali bergegar menandakan
ada orang yang menghubunginya. Hani iaitu setiausahanya menjawab. “Annyeong?
Ini yeoja chingu bos ke?” soal Hani. Jihyo mula mengetap bibirnya. Kemudian,
talian itu dimatikan dengan begitu sahaja. Hani mula mengangkat keningnya tanda
tidak mengerti. Eh, dia pergi matikan pula. Dah kenapa perempuan ni? bisik hati
kecil Hani.
Hati Jihyo mula berasa tidak tenteram. Kenapa
akhir-akhir ni oppa dah macam tak hiraukan aku yrw? Betul ke apa yang dikatakan
Gary yang oppa Junsu dah ada orang lain? Pelbagai persoalan bermain
difikirannya sehinggalah lampu isyarat pejalan kaki berubah menjadi hijau.
Tanpa melengahkan masa dia pun melintasinya.. Dan..
XXX
“Oppa!!” panggil Hani sebaik Junsu selesai
meetingnya. Junsu mula memandang ke arahnya. “Oppa.. tadi yeoja chingu oppa ada
call.” Beritahunya. Junsu mengangguk tanda terima kasih. Kemudian, dia kembali
masuk ke dalam pejabatnya. Hatinya baru sahaja tergerak ingin menelefon
kekasihnya itu. Dia ingin sekali menimbusi segala waktu yang diabaikannya atas
dasar ingin menyiapkan projek besarnya itu. Today is the day! Hari ni juga aku
akan lamar Jihyo sebagai yeobo ku selamanya, sengihnya seorang diri sambil
terbayang-bayangkan wajah Jihyo didalam gaun pegantin.
Treett!! Treett!! Belum sempat dia ingin menelefon
tiba-tiba tertera disitu nama ‘yeoja chingu~ Jihyo’. Junsu tersenyum manis.
“Bae!! Awa.. awak dekat mana?!?” dengan semangat dia menjawab panggilan itu.
Namun... Junsu pantas bangun dari duduknya dan menekup mulutnya tanda tidak percaya..
Dua tahun kemudian..
Kringg!! Kring!! Dia mula menuju ke bilik air sebaik
terdengarkan bunyi penggera loceng itu. Dipicitnya ubat gigi itu dan disapunya
pada berus giginya, sambil dia menggosok gigi.. pandangannya mula terbayangkan
wajah Jihyo yang selalunya turut sama berada disampingnya dan memberus gigi
bersama-sama. Junsu mengerdip matanya berkali-kali tanda tidak percaya. Dengan
itu, bayang itu mula hilang..
Setelah selesai memakai sutnya, dia kemudian ke
dapur untuk menyiapkan sarapan paginya iaitu roti bakar disapu jem. “Oppa..!! ppalli
(cepat) nanti oppa lambat pula nak ke pejabat..!!” pop!! Roti bakar selesai
dibakar. Junsu mula tersedar dari dunia khayalan.
Di pejabat..
Hidup dia menjadi tidak tenteram disaat pemergian
Jihyo 2 tahun yang lepas. Hidup dia terasa kosong, kosong.. dan kosong. Hani
iaitu setiausahanya mula mengetuk pintu pejabatnya. “Masuk!” arah Junsu. “Boss,
ini dokumen untuk projek tu..” terang Hani. Junsu mengangguk. “Ermm, bos boleh
saya tanya sikit?” soal Hani sebelum berlalu pergi. Junsu hanya sekadar
mengangguk dan terus mengangguk. “Tak boleh ke bos lupakan kekasih bos tu??
Lagipun dia dah lama mati. Buat apa kita ingatkan orang yang dah lama mati
tu..” terbeliak Junsu mendengar statement Hani itu. Fail yang dipegangnya itu
dihempuknya diatas meja. Pekerja-perkerja yang berada diluar mula memandang
mereka didalam pejabatnya itu. Maklumlah cermin lut sinar dan bukannya kalis
bunyi pun. Hani mula tersentak. Salah ke apa yang diperkatakannya itu?
“Sebelum aku pecat engkau!! Baik engkau KELUAR!!
SEKARANG JUGA!! KELUAR!!!!” jerkah Junsu membuatkan air mata Hani jatuh
berderai dan dia pun lari keluar. Junsu mula meraup wajahnya. Jantungnya naik
turun naik menahan amarah. Dilihatnya pekerjanya yang lain memandangnya
seolah-olah dia makhluk paling kejam dan dayus sekali. Dia kemudian bangun dan
menutup tirai kaca itu. Kemudian, dibukanya laci bawahnya.
Seandainya dia diberi peluang kedua.... ingin sekali
dia mengubahnya..
>>SKIP<<
Setiap malam hari, Junsu akan berjogging disekitar
kawasan perumahannya untuk tenangkan dirinya. Setiap hari, berada dirumah boleh
membuatkan dirinya menjadi gila. Dia sering kali teringatkan arwah Jihyo dari
pada pagi sehingga malam. Maklumlah, rumah itu banyak menyimpan kenangan mereka
bersama. Kenapa tak pindah? Dia terlalu sayangkan Jihyo.. sebab tu dia tak
dapat terima hakikat yang Jihyo telah pergi meninggalkannya.
Disebabkan terlalu penat Junsu pun berhenti disebuah
kedai serbaneka ini untuk membeli air mineral. Di kaunter, dia terlihat kelibat
seorang budak kecil yang sedang memandang sebatang lollipop panjang. Junsu
terasa kasihan lalu mengambil sebatang lollipop itu dan membayarnya untuk budak
kecil itu. Sejurus itu, dia pun keluar dari kedai itu dan duduk sebentar di
bangkuk yang disediakan diluar kedai itu.
“Ajeossi (uncle)...” sapa budak kecil itu. Junsu
yang sedang meneguk air mineral itu mula berhenti dan memandangnya. “Boleh saya
tanya sesuatu?” soalnya. Junsu mengangguk. “Boleh saya tahu perkara apa yang
ajeossi ingin lakukan sebelum ajeossi meninggal dunia?” Junsu mula ketawa
berdekeh. Dia macam tak percaya sahaja budak kecil tu boleh tanya dia soal
lepas apa nak buat selepas mati? “Emm, ajeossi kalau boleh nak selamatkan
seseorang..” jelasnya sambil memandang ke atas langit. Budak itu mengangguk.
“Kalau macam tu saya akan tunaikan permintaan ajeossi tu..” ujar budak kecil
itu. Junsu mula ketawa dengan jenaka yang dilakukan budak itu. Ingin sahaja dia
mencubit pipi montel budak itu, namun dilihat budak itu sudah pun hilang dari
situ. Junsu mula menjadi panik. Aik?!? Dengan siapakah aku sedang berbicara
tadi?
Junsu menggeleng. Mungkin budak itu sudah pulang
agaknya, pujuk hatinya. Dia kemudian pulang ke rumah dan tidur.
Keesokkan paginya, patutnya hari-hari macam ni dia hanya
menghabiskan harinya dirumah sahaja. Maklumlah, cuti umum. Kalau dulu Jihyo ada
mesti dia akan datang dan masakan sarapan pagi untuknya. Lepas tu, keluar pergi
dating sama-sama.
Ting!! Tong!! Ting!! Tong!! Loceng rumahnya
berkali-kali berbunyi menandakan ada orang yang datang. Haikk!! Tak
pernah-pernah orang datang bertandang ke rumahnya. Siapa pula ni? Dengan malas,
dia mencapai bajunya dan menuju ke pintu masuk. Tanpa melihat pada lubang kecil
siapakah manusia yang datang dia pun membuka pintu itu tanpa banyak songeh.
Alangkah, terkejutnya dia..
“Oppa!! Annyeong!!” ucap Jihyo dengan penuh riang
gembira. Junsu bagaikan tidak percaya. Adakah ini bayangannya lagi?!? Tanpa
menunggu Junsu menjemputnya masuk, Jihyo pun melangkah masuk tanpa pelawaannya.
Diletaknya barang-barang dapur yang dibelinya sebentar tadi diatas meja kabinet
dapur itu. Lagi sekali Junsu memandangnya dari jauh. Kalau itu bayangan sekali
pun dia tidak kisah. Namun, kenapa suaranya.. bayangnya kelihat sangat jelas
seolah real..!!
“Oppa!! Waeyo?? Kenapa pandang Jihyo macam tu? Macam
nampak hantu sahaja..!” ngomel Jihyo. Kalendar yang sentiasa berada diatas peti
sejuknya itu dilihatnya.
Sebulan sebelum tarikh kematian Jihyo? Apakah semua
ni? Adakah selama ini aku sedang bermimpi yang Jihyo dah mati? Atau adakah ini
mimpi yang Jihyo sedang hidup? Grrr!! Serabut!!
“Oppa!! Jihyo tak sukalah oppa buat muka macam tu..”
ujar Jihyo lalu mencubit kedua belah pipinya. Junsu terasa seakan tidak percaya
kerana dia berasa sakit apabila dicubit sebegitu oleh Jihyo. Kalau betul dia
kembali ke masa lampau!! Ini sudah memadai.. kerana ada Jihyo di situ. Dengan
erat dia memeluk Jihyo seerat yang mungkin. “Yah, oppa! Waerae? Jihyo tak boleh
bernafas ni. Kalau yrw pun rindu janganlah sampai nak bunuh Jihyo.” Ujar Jihyo.
Junsu yang menyedarinya mula melepaskan pelukkan yang terlalu erat itu. “Mian!!
Bogo-sip-eo (miss you)!!” ucap Junsu berkali-kali sehingga merona merah wajah
Jihyo. “Ahhh.. tak nak dengar.. tak nak dengar..” ada dia kisah, lepas ni.. dan
mulai dari saat ini ayat itu akan keluar dari mulutnya setiap saat, setiap
detik dan waktu, setiap hari.
>>SKIP<<
Hari adanya Jihyo membuatkan dirinya semangat untuk
teruskan hidup. Setiap kali dia pulang dari tempat kerja dia akan dijemput baik
oleh Jihyo. Tidak lupa juga, dia telah pun membuat senarai tarikh dimana hari
kematian Jihyo akan berlaku. Dia tidak akan lupa dengan tarikh itu. Dan hari
itu semakin tiba..
XXX
Di sebuah pasar raya.
Hari ni merupakan hari minggu. Jadi Jihyo bercadang
nak pergi beli barang dapur mereka. Kalau dulu Junsu paling malas nak teman
Jihyo. Namun, pagi ni dia semangat kata dekat Jihyo “Ga-ja (Let’s go)!!”. Jihyo
mula hairan. Junsu banyak berubah akhir-akhir ini dan perubahan itu amatlah
disukainya. Sedang Jihyo ralit memilih barang, tiba-tiba.. Junsu terserempak
dengan budak kecil yang pernah dijumpainya dulu.
“Adik??
Bukan..??”
Budak itu mengangguk. “Hyeong.. kena jaga dia
elok-elok.. kalau tak barang berharga hyeong itu akan hilang lagi sekali untuk
selama-lamanya. Mungkin, hyeong boleh ubah masa silam tapi tidak untuk masa akan
datang..” jelas budak itu. Junsu terasa kurang faham. Ingin dia bertanya, namun
budak itu sudah pun hilang. “Oppa?? Oppa cakap dengan siapa tadi?” soal Jihyo
hairan. Junsu menggeleng.
XXX
Beberapa hari sebelum tarikh kematian Jihyo..
Junsu nekad. Dia akan mengubah segala-galanya.
Buktinya hari ni dia telah pun menempah satu meja makan khas untuk mereka
berdua disebuah restoran yang terkemuka semata-mata untuk melamar Jihyo. Namun
begitu, tiba-tiba bos besarnya memintanya untu menyiapakan proposalnya itu sebelum
esok hari kerana ada meeting yang hendak dibuat esok. Perasaannya berbelah
bahagi.
Sementara itu, Jihyo sedang menanti di restoran itu
dengan penuh debaran. Kelibat Junsu masih lagi tidak kelihatan. Hatinya berasa
resah.
Kini sudah dekat 2 jam dia menunggu. Orang ramai
kian pulang. Tiba-tiba, pelayan itu datang. “Cik.. maafkan kami restoran ni dah
nak tutup dan waktu tempahan cik pun dah tamat..” ujar pelayan itu. Jihyo
dengan malunya mengangguk dan meminta dirinya untuk pulang. Di sepanjang
perjalanan pulangnya itu, dia tiba-tiba terserempak dengan Gary iaitu teman
lamanya. “Yah!! Jihyo.. lama tak jumpa awak? Bogo-sip-eo..!!” ucap Gary. Jihyo
tersenyum lebar. Rindu juga dia dengan kawannya itu. Jadi mereka pun memilih
satu restoran biasa ni dan duduk bersama dan berbual panjang.
“Wah, semakin yeppeun (cantik) awak sekarang ni
yrw!! Dah ada namja chingu ke? Kalau tak ada boleh saya try?” gurau Gary tapi
sebenarnya BENAR. “Mian.. saya dah ada..” balas Jihyo. Gary mula berubah
menjadi hampa. “Jadi boleh saya tengok rupa dia?” Jihyo mengangguk lalu
mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan Gary wajah namja chingunya yang
handsome itu. Gary sekadar melihat gitu-gitu sahaja.
“Untunglah.. Tapi jaga-jaga.. muka handsome ni
kadang-kadang banyak skandal. Bukan boleh harap sangat pun.. orang macam saya
ni pun ramai yang berebut.” Nasihat Gary.
Jihyo sekadar mengangguk.
XXX
Tepat pukul 1 pagi, Junsu baru pulang dari tempat
kerjanya. Terjerit-jerit dia memanggil nama Jihyo. Jihyo yang terlelap mula
mendapatkan Junsu yang kedengaran seperti dalam ketakutan. “Awak!!” jeritnya
lalu memeluk Jihyo. Jihyo hairan. Diusapnya belakang Junsu agar dia tenang.
Junsu mula berasa resah. Tinggal lagi beberapa hari
sahaja lagi.
>>SKIP<<
Junsu kini kembali seperti dirinya yang dahulu.
Sentiasa sibuk dengan kerjanya dan kini Jihyo banyak menghabiskan waktunya di
galerinya. Dia cuba menyiapkan potret yang dilukisnya itu secepat yang mungkin.
Semoga potret ni mampu mengharukan oppa.. bisik hati kecil Jihyo.
>> Skip <<
Hari ni merupakan hari keramat buat Junsu. Dia akan
mengubah segala-galanya. Jihyo takkan MATI pada hari ni. “Mr Junsu.. meeting
akan bermula sebentar lagi..” panggil Hani, iaitu setiausahanya.
Sementara itu, Jihyo dengan cerianya membawa potret
yang disiapkannya itu ke rumah Junsu. Digantungnya potret itu secantik yang
mungkin didinding. Kemudian, dikemasnya pula rumah itu. Hari ni juga merupakan
anniversary mereka yang ke-5 tahun. Sejak dari university sehinggalah sekarang.
Cinta mereka tetap utuh walaupun banyak halangan yang berlaku. Kemudian, mata
Jihyo tertacap pada satu pokok bunga yang sedang layu ini. “Hmm, kesiannya
bunga ni. Kenapa layu? Emm, apa kata aku pergi belikan yang baru..” ujar Jihyo
sendiri. Dia kemudian keluar dari rumah itu untuk ke kedai bunga. Dan alangkah
bagusnya telefon bimbitnya tertinggal di rumah.
Junsu mula berasa tidak senang hati. Berkali-kali
dia cuba menghubungi Jihyo dan dia tetap tidak angkat. Meeting akan bermula
sebentar lagi. Dilihat pekerja lain mula memenuhi ruang bilik mesyuarat itu.
Bosnya pun sudah masuk. Tunggu nak bentangkan sahaja proposalnya. Junsu mula
ketakutan. Ingatannya mula mengimbau kembali saat Jihyo terlibat dengan
kemalangan. “Semua.. maafkan saya!!!” ucap Junsu akhirnya membuatkan suasana
bilik itu kecoh dengan pemergiannya yang tidak dijangka itu.
Jihyo!! Tunggu oppa!! Jerit hatinya.
Sementara itu..
“Emm, oppa mesti gembirakan..” sengihnya sambil
memegang bunga matahari yang dibelinya sebentar tadi. Seperti biasa, lampu
pejalan kaki itu masih lagi berwarna merah.
Hukk.. hukk.. hukk.. Junsu yang hampir sampai pada
Jihyo mula memandangnya dengan wajah yang ceria. Mujur aku sempat sampai, bisik
hatinya lega. Tit! Lampu pejalan kaki mula bertukar menjadi hijau. Jihyo mula
melintasinya dan.. “Andwae!!! Jihyo!!!!” jerit Junsu lalu.. berlari sepantas
yang kilat untuk menyelamatkannya.
XXX
“Oppa..” panggil Jihyo.
“Emm..” balas Junsu sambil memegang erat tangannya. “Oppa
tak menyesal ke ikut Jihyo??” soal Jihyo, dengan wajah yang sedikit bersalah.
Junsu menggeleng. “Tapi.. oppa..” Junsu dengan pantas menarik Jihyo untuk
mendekatinya dan perlahan-lahan diciumnya dahi Jihyo itu. “Oppa tak menyesal
MATI bersama Jihyo.. sebab oppa sayang sangat-sangat dekat Jihyo..” jelas
Junsu, tegas. Jihyo tersenyum lebar. “Ga-ja!!” ajak Jihyo.
Junsu mengangguk.
“Oppa.. saranghaeyo..” ucap Jihyo.
“Nado saranghaeyo Jihyo..” balas Junsu.
“Nado saranghaeyo..~!”
THE END
p/s: Jalan cerita ni Eyka petik dari mv JYJ iaitu In
Heaven. Well, moral value dia.. Hargailah seseorang itu sebelum semuanya
terlambat. Hak3, kalau ada keajaiban mungkin engkau boleh patah balik ke masa
silam dan kembali pada orang tersayang tu. Tapi fikir logiklah.. ini dunia
realiti.. Bukannya FANTASI.. so, gaiiss.. beringatlah.. tak kisahlah orang itu
parents kita ke.. namja chingu (boyfriends)… or yeoja chingu (girlfriends)
janji dia adalah orang yang paling kita sayang…