Eyka Blog: | The Precious One | - Part 1

Monday, 17 October 2016

| The Precious One | - Part 1


The Precious One


Part 1

"Destinasi Cinta 1"
♦♦♦

-RANGGA POV-
“Rangga, kamu udah kemasin bilik tamu semua?” soal Puan Fatimah pada anak sulungnya itu. Rangga pantas mengangguk. Nampak gayanya ibunya itu sudah tidak sabar untuk menerima kehadiran tetamu istimewa mereka pada hari itu. Agak-agak siapa yrw? Bisik hati Rangga. Sempat juga dia menyoalnya pada Rezza dan Nabila iaitu adik-adiknya. Namun mereka juga tidak mengetahui siapakah tetamu yang special itu.
“Ibu.. beritahu saja sama kami siapa tetamu itu?” soal Rezza, ingin tahu. Puan Fatimah menggeleng sambil tersenyum sengih. “Ngak surprise kalau ibu kasi tahu kamu semua.” Balas Puan Fatimah lalu berlalu ke dapur untuk menyediakan juadah. Pasti mereka bakal kelaparan apabila tiba nanti. Jadi lebih baik dia sediakan semuanya dengan segera.
-Ariana POV-
“Ariana! Ariana!” tersentak Ariana sebaik mamanya menarik headphone yang dipakainya ditelinga. Kacau betullah! Baru nak dengar lagu syok-syok. “Mana passport kamu! Jangan kata kamu tinggal dekat rumah.” minta Puan Ross. Ariana dengan malas membuka beg galasnya dan mengeluarkan passportnya lalu diserahkan pada ibunya. Puan Ross mendegus geram.
Pening kepalanya memikirkan tentang percutian mereka ke Indonesia kali ini. Ini kali pertama mereka satu keluarga bercuti keluar negara. Naik kapal terbang pula tu. Sebagai seorang ibu, tak ke dia gelabah urus itu ini untuk memastikan percutian mereka berjalan dengan lancar. Anak-anak dia boleh pula buat bodoh.
“Ma, sabarlah yang nak kalut-kalut sangat tu kenapa?” tegur Encik Lufis, iaitu suaminya. “Mana saya tak kalut bang! Ni kali pertama kini naik kapal terbang. Lepas tu, nak jejak kaki pula dekat Negara orang.” Gumam Puan Ross, risau. “Fatimahkan dah uruskan semuanya dekat kita. Dia kata nanti ada seorang lelaki ni nama dia Jaka. Dia yang akan jemput kita dekat airport nanti. Jangan risaulah.” Jelas Encik Lufis cuba menenangkan hati isterinya itu.
Puan Ross sedikit bertenang.
“Pelepasan ke Indonesia bakal bertolak lagi 2 jam, para penumpang boleh bergegas ke balai pelepasan sekarang.” Pengumuman itu mengejutkan Puan Ross dan seisi keluarganya menyebabkan mereka cepat-cepat ke pintu imigresen.
-Rangga POV-
“Rangga kau rasa siapa yah tetamu ibu yang special tu?” soal Rezza, adik keduanya. Rangga hanya acuh tak acuh saja membalas.
“Entahlah?”
“Rangga!! Rezza!! Nabila!! Sini!! Tetamu kita udah sampai!!” panggil Puan Fatimah dimuka pintu hadapan. Kalut saja 3 beradik itu bergegas kehadapan.
-Ariana POV-
Sejak turun dari kapal terbang tadi badan Ariana sudah berasa tidak enak. Maklumlah, ini kali pertama dia naik kapal terbang. Lepas tu, berani pula pramugari tadi suruh dia isi borang. Borang apa entahlah! Disebabkan terlalu kasihan melihat ibunya yang menulisnya seorang diri. Ariana mengambilnya separuh dan tulis. Hampir dia terlupa yang dia ni cepat rasa mabuk kalau baca atau tulis dalam kenderaan yang bergerak.
Lepas tu, dipaksanya pula naik van buruk yang ada pendingin hawa tapi tidak dibukanya. Hanya tingkap dibuka agar udara luar yang segar masuk. Tahulah suasana bukit tu, nyaman. Tapi tetap saja asap kenderaan yang menerpa masuk menyesakkan saluran pernafasan semua orang. OMJ!! Sabar sajalah wahai hati!
SKIP
Akhirnya, mereka tiba juga dirumah keluarga Puan Fatimah yang dikatakan saudara Indonesia mereka sebelah ibunya. Ariana mencebik. Begini saja rumah yang bakal mereka duduki. SO, lame and kekampungan! Getus hatinya. Rumah kampung yang separuh papan dan batu itu ditenungnya, jelik.
Kampung dia dekat Malaysia lagi lawa dan besar!
“Wow, sis! Mom did a great job!” bisik abang sulungnya, Aris. Lelaki ni memang pandai mengapi-apikan hatinya. Ariana memeluk tubuhnya. Dia mahu tinggal di hotel, RIGHT NOW!!
Puan Ross pantas memeluk Puan Fatimah sebaik wanita itu menerpa ke arahnya. “Lama tak jumpa!” ujar Puan Ross. Puan Fatimah mengangguk. Dulu Puan Ross pernah datang sekali waktu dia kecil bersama keluarganya yang lain. Jadi Puan Fatimah ni boleh dikatakan saudara belah datuknya. (aduiih, tak tahulah nak explain) sebab datuknya ada darah campuran Jawa.
“Kenalkan ni anak-anak aku.. dan suamiku Lufis.” Masing-masing mula memperkenalkan diri mereka.
“Ni.. pun anak-anak aku.. Rangga, Rezza dan Nabila. Suami aku dah lama meninggal dunia.” Sayu saja dihujung ayatnya itu.
Mata Ariana kini melekat pada wajah Rangga. Hmph! No bad anak-anak dia ni. Boleh tahan kacak, pantas Ariana tersenyum kelat. Tanpa disedari Rangga turut memandang ke arahnya membuatkan Ariana pantas mengerling ke arah lain.
SKIP
Makan malam sudah pun tiba, semua orang masih lagi kelihatan kekok dan malu. Maklumlah, ibu pun boleh dikatakan pertama kali bertemu semula selepas bertahun lamanya tidak ketemu. Ariana dan Aris dari tadi hanya didalam kamar, seolah-olah menunjukkan protes saja. Rangga katanya ada kerja sambilan. Rezza pula ada study group malam tu. Tinggal Nabila dan Puan Fatimah melayan mereka sekeluarga.
“Ariasya.. mana kakak dengan abang kamu?” soal Puan Ross.
“Dalam bilik..” spontan saja sambil melabuhkan punggungnya diatas kerusi makan.
“Pergi panggil mereka!” arah Puan Ross tegas sebelum Puan Fatimah kembali ke hadapan bersama beberapa lagi hidangan. Ariasya mengeluh.
Disebabkan malas dia menyuruh Arian pula yang pergi panggil mereka.
“Arian.. pergi panggil mereka.” Suruh Ariasya pada kembar Ariana itu. Arian dengan wajah dua kali ganda monyok hanya menurut. Asyik-asyik dia!
XXX
“Riana! abang.. mama panggil makan!” panggil Arian. Aris pantas keluar kerana disaat ini perutnya benar-benar berkumandang bunyi drum minta diisi, cepat. Tetapi Ariana masih lagi didalam kamarnya, protes!
XXX
Kembali dimeja makan.
Puan Fatimah mula menyoal tentang Ariana. “Ahaha, dia kata dia letih sangat dan nak tidur dulu. Biarlah. Kejap lagi kalau dia lapar dia cari.” Beritahu Puan Ross dengan wajah yang berpura-pura. Puan Fatimah sekadar menggangguk tanda mengerti. Padahal dia sudah dapat menganggak, bahawa Ariana pasti sedang merajuk kerana tidak betah tinggal didalam rumah yang kecil sebegini.
SKIP
Malam menjelang tiba, semua orang sudah pun nyenyak diulik mimpi indah. Ariana sejak dari tadi tertoleh ke kiri dan ke kanan. Pertama, ruang yang sempit! Kedua, sejuk nak mampus walaupun tak ada kipas atau penghawa dingin. Ketiga!! Lapar!!! *growl* (bunyi perutnya)
Perlahan-lahan, Ariana keluar dari bilik itu dan menuju ke dapur. Dicarinya makanan yang boleh dimakan. Tapi gelap punya pasal meraba-raba dia mencari. Sampailah dipegangnya sesuatu objek yang dirasakannya keras. “Apa ni?” tanyanya pada diri sendiri sambil meramas-ramas. “Kamu buat apa malam-malam buta ni? Lapar yah?” soal suara itu lalu dibukanya sius lampu disebelahnya itu. Ternganga mulut Ariana apabila didapati objek keras yang dipegangnya tadi ialah dada bidang milik Rangga.
OMJ!! Tangan itu pantas dilepaskannya dan ditolehnya badan ke belakang. Tak sanggup nak pandang wajah lelaki itu lelama. Merona merah wajah Ariana disaat ini menahan perasaan malu. Rangga hanya tersenyum sinis. Dia pantas membuka kabinet rumahnya dan mencari periuk untuk memasak maggi.
Ariana hanya mampu terkaku disitu sambil menahan malu dan liurnya akibat bau maggi yang dimasak oleh Rangga. Niatnya mahu lari masuk bilik balik. Tapi disebabkan godaan bau maggi tu dia masih lagi tercegat disitu.
“Duduklah.. saya pun baru pulang. Makan barang yok!” jemput Rangga, setelah maggi itu selesai dimasaknya. Ariana menelang liurnya lalu pantas menarik kerusi dan duduk. Garfu pantas diambilnya dan *Slurppp*…
*Burrkkk*
“Alhamdulillah…! Kenyang juga!” ucap Ariana sebaik selesai makan. Rangga tersengih-sengih memandang kelakuan Ariana yang agaklah kurang sopan sikit. Tiba-tiba sendawa dihadapannya. Ariana pantas bangun dan berlari masuk kedalam kamar.
Sudahlah berganda-ganda dia menahan malu pada malam itu. Tak sanggup lagi beb!!
TBC (To Be Continued)
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik