Eyka Blog: SS : Cinta Yang Pudar

Sunday, 6 March 2016

SS : Cinta Yang Pudar

#Cinta Yang Pudar
====================================================================


Wajah Jihyo kelihatan sugul, berkali-kali dia cuba menghubungi buah hati pengarang jantungnya itu. Namun, si dia tetap tidak menjawabnya. Hati Jihyo semakin lama semakin terasa tidak enak. Seolah-olah sesuatu yang dahsyat akan berlaku.
XXX
Sementara itu, didalam bilik mesyuarat. Xia Junsu sedang rancak membentangkan proposalnya dihadapan bos besar. Orang ramai kelihatan fokus dan tertarik dengan setiap apa yang dibicarakannya. Telefon bimbitnya yang ditinggalkan pada setiausahanya berkali-kali bergegar menandakan ada orang yang menghubunginya. Hani iaitu setiausahanya menjawab. “Annyeong? Ini yeoja chingu bos ke?” soal Hani. Jihyo mula mengetap bibirnya. Kemudian, talian itu dimatikan dengan begitu sahaja. Hani mula mengangkat keningnya tanda tidak mengerti. Eh, dia pergi matikan pula. Dah kenapa perempuan ni? bisik hati kecil Hani.
Hati Jihyo mula berasa tidak tenteram. Kenapa akhir-akhir ni oppa dah macam tak hiraukan aku yrw? Betul ke apa yang dikatakan Gary yang oppa Junsu dah ada orang lain? Pelbagai persoalan bermain difikirannya sehinggalah lampu isyarat pejalan kaki berubah menjadi hijau. Tanpa melengahkan masa dia pun melintasinya.. Dan..
XXX
“Oppa!!” panggil Hani sebaik Junsu selesai meetingnya. Junsu mula memandang ke arahnya. “Oppa.. tadi yeoja chingu oppa ada call.” Beritahunya. Junsu mengangguk tanda terima kasih. Kemudian, dia kembali masuk ke dalam pejabatnya. Hatinya baru sahaja tergerak ingin menelefon kekasihnya itu. Dia ingin sekali menimbusi segala waktu yang diabaikannya atas dasar ingin menyiapkan projek besarnya itu. Today is the day! Hari ni juga aku akan lamar Jihyo sebagai yeobo ku selamanya, sengihnya seorang diri sambil terbayang-bayangkan wajah Jihyo didalam gaun pegantin.

Treett!! Treett!! Belum sempat dia ingin menelefon tiba-tiba tertera disitu nama ‘yeoja chingu~ Jihyo’. Junsu tersenyum manis. “Bae!! Awa.. awak dekat mana?!?” dengan semangat dia menjawab panggilan itu. Namun... Junsu pantas bangun dari duduknya dan menekup mulutnya tanda tidak percaya..
Dua tahun kemudian..
Kringg!! Kring!! Dia mula menuju ke bilik air sebaik terdengarkan bunyi penggera loceng itu. Dipicitnya ubat gigi itu dan disapunya pada berus giginya, sambil dia menggosok gigi.. pandangannya mula terbayangkan wajah Jihyo yang selalunya turut sama berada disampingnya dan memberus gigi bersama-sama. Junsu mengerdip matanya berkali-kali tanda tidak percaya. Dengan itu, bayang itu mula hilang..
Setelah selesai memakai sutnya, dia kemudian ke dapur untuk menyiapkan sarapan paginya iaitu roti bakar disapu jem. “Oppa..!! ppalli (cepat) nanti oppa lambat pula nak ke pejabat..!!” pop!! Roti bakar selesai dibakar. Junsu mula tersedar dari dunia khayalan.
Di pejabat..
Hidup dia menjadi tidak tenteram disaat pemergian Jihyo 2 tahun yang lepas. Hidup dia terasa kosong, kosong.. dan kosong. Hani iaitu setiausahanya mula mengetuk pintu pejabatnya. “Masuk!” arah Junsu. “Boss, ini dokumen untuk projek tu..” terang Hani. Junsu mengangguk. “Ermm, bos boleh saya tanya sikit?” soal Hani sebelum berlalu pergi. Junsu hanya sekadar mengangguk dan terus mengangguk. “Tak boleh ke bos lupakan kekasih bos tu?? Lagipun dia dah lama mati. Buat apa kita ingatkan orang yang dah lama mati tu..” terbeliak Junsu mendengar statement Hani itu. Fail yang dipegangnya itu dihempuknya diatas meja. Pekerja-perkerja yang berada diluar mula memandang mereka didalam pejabatnya itu. Maklumlah cermin lut sinar dan bukannya kalis bunyi pun. Hani mula tersentak. Salah ke apa yang diperkatakannya itu?
“Sebelum aku pecat engkau!! Baik engkau KELUAR!! SEKARANG JUGA!! KELUAR!!!!” jerkah Junsu membuatkan air mata Hani jatuh berderai dan dia pun lari keluar. Junsu mula meraup wajahnya. Jantungnya naik turun naik menahan amarah. Dilihatnya pekerjanya yang lain memandangnya seolah-olah dia makhluk paling kejam dan dayus sekali. Dia kemudian bangun dan menutup tirai kaca itu. Kemudian, dibukanya laci bawahnya.

Seandainya dia diberi peluang kedua.... ingin sekali dia mengubahnya..
>>SKIP<<
Setiap malam hari, Junsu akan berjogging disekitar kawasan perumahannya untuk tenangkan dirinya. Setiap hari, berada dirumah boleh membuatkan dirinya menjadi gila. Dia sering kali teringatkan arwah Jihyo dari pada pagi sehingga malam. Maklumlah, rumah itu banyak menyimpan kenangan mereka bersama. Kenapa tak pindah? Dia terlalu sayangkan Jihyo.. sebab tu dia tak dapat terima hakikat yang Jihyo telah pergi meninggalkannya.
Disebabkan terlalu penat Junsu pun berhenti disebuah kedai serbaneka ini untuk membeli air mineral. Di kaunter, dia terlihat kelibat seorang budak kecil yang sedang memandang sebatang lollipop panjang. Junsu terasa kasihan lalu mengambil sebatang lollipop itu dan membayarnya untuk budak kecil itu. Sejurus itu, dia pun keluar dari kedai itu dan duduk sebentar di bangkuk yang disediakan diluar kedai itu.
“Ajeossi (uncle)...” sapa budak kecil itu. Junsu yang sedang meneguk air mineral itu mula berhenti dan memandangnya. “Boleh saya tanya sesuatu?” soalnya. Junsu mengangguk. “Boleh saya tahu perkara apa yang ajeossi ingin lakukan sebelum ajeossi meninggal dunia?” Junsu mula ketawa berdekeh. Dia macam tak percaya sahaja budak kecil tu boleh tanya dia soal lepas apa nak buat selepas mati? “Emm, ajeossi kalau boleh nak selamatkan seseorang..” jelasnya sambil memandang ke atas langit. Budak itu mengangguk. “Kalau macam tu saya akan tunaikan permintaan ajeossi tu..” ujar budak kecil itu. Junsu mula ketawa dengan jenaka yang dilakukan budak itu. Ingin sahaja dia mencubit pipi montel budak itu, namun dilihat budak itu sudah pun hilang dari situ. Junsu mula menjadi panik. Aik?!? Dengan siapakah aku sedang berbicara tadi?
Junsu menggeleng. Mungkin budak itu sudah pulang agaknya, pujuk hatinya. Dia kemudian pulang ke rumah dan tidur.
Keesokkan paginya, patutnya hari-hari macam ni dia hanya menghabiskan harinya dirumah sahaja. Maklumlah, cuti umum. Kalau dulu Jihyo ada mesti dia akan datang dan masakan sarapan pagi untuknya. Lepas tu, keluar pergi dating sama-sama.
Ting!! Tong!! Ting!! Tong!! Loceng rumahnya berkali-kali berbunyi menandakan ada orang yang datang. Haikk!! Tak pernah-pernah orang datang bertandang ke rumahnya. Siapa pula ni? Dengan malas, dia mencapai bajunya dan menuju ke pintu masuk. Tanpa melihat pada lubang kecil siapakah manusia yang datang dia pun membuka pintu itu tanpa banyak songeh.
Alangkah, terkejutnya dia..

“Oppa!! Annyeong!!” ucap Jihyo dengan penuh riang gembira. Junsu bagaikan tidak percaya. Adakah ini bayangannya lagi?!? Tanpa menunggu Junsu menjemputnya masuk, Jihyo pun melangkah masuk tanpa pelawaannya. Diletaknya barang-barang dapur yang dibelinya sebentar tadi diatas meja kabinet dapur itu. Lagi sekali Junsu memandangnya dari jauh. Kalau itu bayangan sekali pun dia tidak kisah. Namun, kenapa suaranya.. bayangnya kelihat sangat jelas seolah real..!!
“Oppa!! Waeyo?? Kenapa pandang Jihyo macam tu? Macam nampak hantu sahaja..!” ngomel Jihyo. Kalendar yang sentiasa berada diatas peti sejuknya itu dilihatnya.
Sebulan sebelum tarikh kematian Jihyo? Apakah semua ni? Adakah selama ini aku sedang bermimpi yang Jihyo dah mati? Atau adakah ini mimpi yang Jihyo sedang hidup? Grrr!! Serabut!!
“Oppa!! Jihyo tak sukalah oppa buat muka macam tu..” ujar Jihyo lalu mencubit kedua belah pipinya. Junsu terasa seakan tidak percaya kerana dia berasa sakit apabila dicubit sebegitu oleh Jihyo. Kalau betul dia kembali ke masa lampau!! Ini sudah memadai.. kerana ada Jihyo di situ. Dengan erat dia memeluk Jihyo seerat yang mungkin. “Yah, oppa! Waerae? Jihyo tak boleh bernafas ni. Kalau yrw pun rindu janganlah sampai nak bunuh Jihyo.” Ujar Jihyo. Junsu yang menyedarinya mula melepaskan pelukkan yang terlalu erat itu. “Mian!! Bogo-sip-eo (miss you)!!” ucap Junsu berkali-kali sehingga merona merah wajah Jihyo. “Ahhh.. tak nak dengar.. tak nak dengar..” ada dia kisah, lepas ni.. dan mulai dari saat ini ayat itu akan keluar dari mulutnya setiap saat, setiap detik dan waktu, setiap hari.
>>SKIP<<
Hari adanya Jihyo membuatkan dirinya semangat untuk teruskan hidup. Setiap kali dia pulang dari tempat kerja dia akan dijemput baik oleh Jihyo. Tidak lupa juga, dia telah pun membuat senarai tarikh dimana hari kematian Jihyo akan berlaku. Dia tidak akan lupa dengan tarikh itu. Dan hari itu semakin tiba..

XXX
Di sebuah pasar raya.
Hari ni merupakan hari minggu. Jadi Jihyo bercadang nak pergi beli barang dapur mereka. Kalau dulu Junsu paling malas nak teman Jihyo. Namun, pagi ni dia semangat kata dekat Jihyo “Ga-ja (Let’s go)!!”. Jihyo mula hairan. Junsu banyak berubah akhir-akhir ini dan perubahan itu amatlah disukainya. Sedang Jihyo ralit memilih barang, tiba-tiba.. Junsu terserempak dengan budak kecil yang pernah dijumpainya dulu.
“Adik??  Bukan..??”
Budak itu mengangguk. “Hyeong.. kena jaga dia elok-elok.. kalau tak barang berharga hyeong itu akan hilang lagi sekali untuk selama-lamanya. Mungkin, hyeong boleh ubah masa silam tapi tidak untuk masa akan datang..” jelas budak itu. Junsu terasa kurang faham. Ingin dia bertanya, namun budak itu sudah pun hilang. “Oppa?? Oppa cakap dengan siapa tadi?” soal Jihyo hairan. Junsu menggeleng.
XXX
Beberapa hari sebelum tarikh kematian Jihyo..
Junsu nekad. Dia akan mengubah segala-galanya. Buktinya hari ni dia telah pun menempah satu meja makan khas untuk mereka berdua disebuah restoran yang terkemuka semata-mata untuk melamar Jihyo. Namun begitu, tiba-tiba bos besarnya memintanya untu menyiapakan proposalnya itu sebelum esok hari kerana ada meeting yang hendak dibuat esok. Perasaannya berbelah bahagi.
Sementara itu, Jihyo sedang menanti di restoran itu dengan penuh debaran. Kelibat Junsu masih lagi tidak kelihatan. Hatinya berasa resah.
Kini sudah dekat 2 jam dia menunggu. Orang ramai kian pulang. Tiba-tiba, pelayan itu datang. “Cik.. maafkan kami restoran ni dah nak tutup dan waktu tempahan cik pun dah tamat..” ujar pelayan itu. Jihyo dengan malunya mengangguk dan meminta dirinya untuk pulang. Di sepanjang perjalanan pulangnya itu, dia tiba-tiba terserempak dengan Gary iaitu teman lamanya. “Yah!! Jihyo.. lama tak jumpa awak? Bogo-sip-eo..!!” ucap Gary. Jihyo tersenyum lebar. Rindu juga dia dengan kawannya itu. Jadi mereka pun memilih satu restoran biasa ni dan duduk bersama dan berbual panjang.
“Wah, semakin yeppeun (cantik) awak sekarang ni yrw!! Dah ada namja chingu ke? Kalau tak ada boleh saya try?” gurau Gary tapi sebenarnya BENAR. “Mian.. saya dah ada..” balas Jihyo. Gary mula berubah menjadi hampa. “Jadi boleh saya tengok rupa dia?” Jihyo mengangguk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan Gary wajah namja chingunya yang handsome itu. Gary sekadar melihat gitu-gitu sahaja.
“Untunglah.. Tapi jaga-jaga.. muka handsome ni kadang-kadang banyak skandal. Bukan boleh harap sangat pun.. orang macam saya ni pun ramai yang berebut.” Nasihat Gary.
Jihyo sekadar mengangguk.
XXX
Tepat pukul 1 pagi, Junsu baru pulang dari tempat kerjanya. Terjerit-jerit dia memanggil nama Jihyo. Jihyo yang terlelap mula mendapatkan Junsu yang kedengaran seperti dalam ketakutan. “Awak!!” jeritnya lalu memeluk Jihyo. Jihyo hairan. Diusapnya belakang Junsu agar dia tenang.
Junsu mula berasa resah. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi.
>>SKIP<<
Junsu kini kembali seperti dirinya yang dahulu. Sentiasa sibuk dengan kerjanya dan kini Jihyo banyak menghabiskan waktunya di galerinya. Dia cuba menyiapkan potret yang dilukisnya itu secepat yang mungkin. Semoga potret ni mampu mengharukan oppa.. bisik hati kecil Jihyo.

>> Skip <<
Hari ni merupakan hari keramat buat Junsu. Dia akan mengubah segala-galanya. Jihyo takkan MATI pada hari ni. “Mr Junsu.. meeting akan bermula sebentar lagi..” panggil Hani, iaitu setiausahanya.
Sementara itu, Jihyo dengan cerianya membawa potret yang disiapkannya itu ke rumah Junsu. Digantungnya potret itu secantik yang mungkin didinding. Kemudian, dikemasnya pula rumah itu. Hari ni juga merupakan anniversary mereka yang ke-5 tahun. Sejak dari university sehinggalah sekarang. Cinta mereka tetap utuh walaupun banyak halangan yang berlaku. Kemudian, mata Jihyo tertacap pada satu pokok bunga yang sedang layu ini. “Hmm, kesiannya bunga ni. Kenapa layu? Emm, apa kata aku pergi belikan yang baru..” ujar Jihyo sendiri. Dia kemudian keluar dari rumah itu untuk ke kedai bunga. Dan alangkah bagusnya telefon bimbitnya tertinggal di rumah.
Junsu mula berasa tidak senang hati. Berkali-kali dia cuba menghubungi Jihyo dan dia tetap tidak angkat. Meeting akan bermula sebentar lagi. Dilihat pekerja lain mula memenuhi ruang bilik mesyuarat itu. Bosnya pun sudah masuk. Tunggu nak bentangkan sahaja proposalnya. Junsu mula ketakutan. Ingatannya mula mengimbau kembali saat Jihyo terlibat dengan kemalangan. “Semua.. maafkan saya!!!” ucap Junsu akhirnya membuatkan suasana bilik itu kecoh dengan pemergiannya yang tidak dijangka itu.

Jihyo!! Tunggu oppa!! Jerit hatinya.
Sementara itu..

“Emm, oppa mesti gembirakan..” sengihnya sambil memegang bunga matahari yang dibelinya sebentar tadi. Seperti biasa, lampu pejalan kaki itu masih lagi berwarna merah.
Hukk.. hukk.. hukk.. Junsu yang hampir sampai pada Jihyo mula memandangnya dengan wajah yang ceria. Mujur aku sempat sampai, bisik hatinya lega. Tit! Lampu pejalan kaki mula bertukar menjadi hijau. Jihyo mula melintasinya dan.. “Andwae!!! Jihyo!!!!” jerit Junsu lalu.. berlari sepantas yang kilat untuk menyelamatkannya.

XXX
“Oppa..” panggil Jihyo.
“Emm..” balas Junsu sambil memegang erat tangannya. “Oppa tak menyesal ke ikut Jihyo??” soal Jihyo, dengan wajah yang sedikit bersalah. Junsu menggeleng. “Tapi.. oppa..” Junsu dengan pantas menarik Jihyo untuk mendekatinya dan perlahan-lahan diciumnya dahi Jihyo itu. “Oppa tak menyesal MATI bersama Jihyo.. sebab oppa sayang sangat-sangat dekat Jihyo..” jelas Junsu, tegas. Jihyo tersenyum lebar. “Ga-ja!!” ajak Jihyo.
Junsu mengangguk.

“Oppa.. saranghaeyo..” ucap Jihyo.
“Nado saranghaeyo Jihyo..” balas Junsu.
“Nado saranghaeyo..~!”


THE END

p/s: Jalan cerita ni Eyka petik dari mv JYJ iaitu In Heaven. Well, moral value dia.. Hargailah seseorang itu sebelum semuanya terlambat. Hak3, kalau ada keajaiban mungkin engkau boleh patah balik ke masa silam dan kembali pada orang tersayang tu. Tapi fikir logiklah.. ini dunia realiti.. Bukannya FANTASI.. so, gaiiss.. beringatlah.. tak kisahlah orang itu parents kita ke.. namja chingu (boyfriends)… or yeoja chingu (girlfriends) janji dia adalah orang yang paling kita sayang…
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik